Monday, 7 March 2011

Muhasabah diri,Kenapa pilih Panggung Wayang? =(



السلام عليكم



Ada ape la sangat dengan tengok wayang ni?bukannya ada manfaat pun bergegas ke panggung wayang tu..Rasanya banyak keburukan daripada kebaikannya.Ana sendiri tak pernah pergi menonton filem di panggung wayang.Ada juga search En.google tadi,ana dapati daripada apa yang ana baca di blog mereka yang pernah menonton wayang ni merungut dengan keadaan dan suasana dalam panggung tu sendiri.

Masalahnya macam orang keluar masuk sesuka hati,bawa anak2,bising,kaki yang tertendang kerusi depan la dan mungkin banyak lagi yang ana tak tahu tentangnya.Tapi...pernah tak mereka terfikir tentang kewajipan agama mereka yang ditinggalkan macam solat fardhu.Yang tak tinggal solat tu,Alhamdulillah.Tapi...pernah tak mereka terfikir tentang pergaulan bebas mereka dalam masyarakat??ye la..selalunya yang pergi tengok wayang filem ni golongan remaja kan?dan....remaja ni pula ada yang bersosial bebas sehingga tak mengenal jantina kononnya?percampuran antara lelaki dan perempuan sudah tentunya mengundang padah yang tidak kita ingini spt maksiat.

Tak dinafikan dulu ana pun ada juga berminat untuk menonton wayang bersama rakan2 dan keluarga.Namun,ummi dan abi tak pernah ajar kami adik beradik untuk pergi sana.Dan sebelum ini ana dan sahabat ada merancang untuk keluar menonton wayang bersama sbb tengah menganggur lepasan SPM ni lapang.Tapi..ada aral yang melintang,membuatkan aktiviti tersebut dibatalkan.Alhamdulillah...pasti ada hikmahnya.

Muallimah ana pun pernah tanya,"Bagaimana kalau kita meninggal dunia semasa menonton wayang?''Memang ajal maut itu rahsia dan ketentuan Allah SWT.Tapi mahukah kita meninggal di tempat maksiat spt itu?muhasabah diri balik.Selagi kita boleh elak,elak la daripada pergi ketempat maksiat.(WAJIB ELAKKAN DIRI DARIPADA JEJAKKAN KAKI KE TEMPAT MAKSIAT!)

Terlintas satu blog yang membuatkan ana terkesima seketika.Tajuk entrinya "Syarat-Syarat menonton wayang dihalalkan islam."

Perkongsiannya seperti dibawah:





SYARAT-SYARAT

Dr Yusuf qardawi telah menggariskan 3 syarat untuk mengharuskan melihat cerita di panggung wayang, pentas teater dan seumpamanya.

1. Bebas daripada unsur-unsur sex dan perkara yang menyalahi syariat

Hendaklah isi cerita tersebut tidak ada perkara yang mempunyai unsur-unsur sex, kejahatan dan semua perkara yang menyalahi syariat dan adab-adab Islam.

Cerita-cerita yang menaikkan syahwat, menggalakkan untuk membuat dosa, merangsang jenayah, membawa pemikiran yang menyeleweng dan mempunyai unsur2 akidah yang sesat adalah haram dilihat oleh orang Islam

2. Tidak menyebabkan tinggalkan kewajipan agama
Tidak menyebabkan terlalai dari mengerjakan kewajipan agama, terutamanya kewajipan solat. Firman Allah swt :

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,


الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, (4 dan 5 surah al-Ma’un)

3: Tidak berlaku pergeselan diantara penonton lelaki perempuan dan tidak ada percampuran yang mendorong kepada maksiat.

Ini bagi mengelakkan maksiat dan menjauhkan dari fitnah. Lebih-lebih lagi menonton dalam gelap. Nabi saw bersabda:

لِأَنْ يُطْعَنَ فِيْ رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِْخَيطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمُسَّ اِمْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ

“ Ditusuk di kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis riwayat al-Baihaiqi dan at-Thabrani dengan sanad yang sahih)

MELIHAT AURAT DIKACA TV

Hukum melihat aurat dikaca tv adalah diharuskan menurut fatwa dari ulama Azhar, fatwa lajnah fatwa ulama Kuwait dan ulama-ulama yang lain. Ianya disayaratkan dengan syarat tidak menimbulkan fitnah seperti merangsang nafsu atau terpautnya hati. Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj disebut pengharusan melihat aurat imej wanita dalam air atau dalam cermin selagi tidak ditakuti fitnah (tarikan).

Namun ada juga mengharamkannya seperti ulama Saudi dan Dr Taufik Ramadan al-Bouti.

Rujukan: Al-Halal wal Haram fil Islam oleh Dr Yusuf al-Qardawi, Tufatul Muhtaj oleh Ibnu Hajar haitami dan lain-lain

Dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/


p/s:Nasihat ana buat pembaca blog ana yang budiman dan buat diri ana sendiri juga semestinya,seeloknya jangan lah pergi tengok wayang tu,beli sahaja VCD/DVD kalau filem tu bermanfaat la..~ade ke filem mcm tu??susah nak cari la..dapat hindarkan diri ini terjebak secara "langsung" dalam perkara yang dilarang syariat.


Wassalam,


Nur Farhana




2 comments:

ainshams said...

salam,
thanks atas perkongsian :)
Saya bukan 'kaki wayang', alhamdulillah setakat ini tak pernah jejak kaki ke sana, teringat pesan mak, "Arwah embah tak pernah ajar mak ke wayang, karaoke, bar..jadi, mak pun akan pastikan anak-anak mak tak jejak kaki ke tempat-tempat tu"

Apapun, mengikut kata kawan-kawan, wayang di Jordan lebih kepada 'kekeluargaan'.. means, suasana tak seperti M'sia.. wallahu A'lam.

Ukhti Hana said...

Wa'alaikumussalam,
A'fwan,sekadar perkongsian kecil buat kesedaran diri sendiri dan yg lain.

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers