Thursday 29 November 2012

mencari kekuatan..

Bismillahirrahmanirrahim.













لا حول ولاقوة إلا بالله
“La Hawla Wa La Quwwata illa Billah”

"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah S.W.T"
(There is no power and strength except with Allah S.W.T)








minggu yang padat.sangat padat..
bulan yang sangat padat..
dalam pencarian mencari ilmu..
dalam kegelapan menuju cahaya..
Moga Allah redha..

Moga setiap hari yang ana lalui..
makin bertambah amalan..
makin menaik tahap iman..
biar ia sedikit demi sedikit menaik..
jangan terlalu memaksa..
kerna takut tersungkur,lalu rebah tiada daya..

biarlah,istiqamah!
itu yang penting.

meskipun payah!
ayuh maju!
teruskan usaha!
perlukan muhajadah di situ.

"Strive for Mardhotillah!"

fighting!!

AllahuAkbar !!!












# isu Palestine bukan bermusim.
save syria,free palestine!




Monday 26 November 2012

Manifestasi Cinta Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.












serius!
ana dah jatuh cinta..

haha..

jatuh cinta dengan Qasidah.
addicted dengan qasidah sekarang.

gara2 join satu kem yang...SubhanAllah tersangatlah ohsem!!
meskipun terasa sesangat-sangatlah kerdil masa dalam kem tu,sebab yang hadir semuanya
yang hebat-hebat belaka ilmu agama mereka dengan hafazan Quran mereka.
ana malu sangat-sangat..malu..
malu lagi ana pada Allah.
Moga lepas ni dapat tingkatkan hafazan.
(Hana!bukan cakap kosong ya!!) ^^

terima kasih Ya Rabb sebab sudi pilih ana untuk itu.
sayang Allah! =)


owh ya...Qasidah.
dulu mana ana kenal qasidah2 ni semua..
yang ana tahu selawat ja..
Ya Allah.... ='(

sekarang...Alhamdulillah.
siap jatuh cinta lagi dengan qasidah.
dengar ulang2 kali pun tak jemu.
kalah la k-pop!boooooo.....
haha,..ntah apa2(tetiba masuk k-pop)

antara qasidah yang ana suka dan tahu setakat ni:
- ya badrotim.
- ya thoybah
- ya hanana
- solatun bissalamil mubin

# nak dengar search di utube sendiri ya!

jangan kita lupa sesuatu...

"Api kecintaan kepada tanah Palestin mesti sentiasa dihidupkan, jangan biarkan ia bermusim, tetapi berbunga sepanjang kehidupan kita. Didiklah masyarakat kita, bentuklah anak-anak di rumah untuk sentiasa mencintai saudara-saudara seaqidah yang sentiasa berjuang membebaskan tanah air mereka."


Qasidah yang hebat,
bukan dinilai dari lunaknya suara-suara yang menyampaikannya,
bukan dinilai dari rancaknya  paluan gendang,
bukan sama sekali.


Qasidah yang hebat,
adalah qasidah yang apabila didendangkan,
menusuk ke jiwa pendengarnya,
kerana itulah bait-bait madah kerinduan,
buat sang kekasih lindungan awan.






Selawat dan salam ke atas Baginda,
Muhammad s.a.w




 p.s: Qasidah itu, manifestasi cinta kita, buat Rasulullah:)






Thursday 15 November 2012

bukan bicara kosong!saya sayang PALESTINE.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ! ^^




Peluru kezaliman !!!



“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ”

 ( Surah Al-Maidah : 82)



***


Sememangnya,Isu Palestine bukanlah 'bermusim' !
tanya pada diri..

"Apa usaha kita untuk bantu saudara seakidah kita di sana???"

"kita semua dah berdoa untuk mereka???"jika 'ia',Alhamdulillah..

jangan terlalu pentingkan diri dan hidup dalam ketidak"peduli"an..
jangan masih berselimut dengan kesombongan!
jangan!jangan!

tolonglah ubah.

 cakna.ambil peduli.
tapi...sejauh mana?

sejauh mana kita dapat bergerak dan membantu?
setidaknya janganlah kita lupa untuk memberikan 'tembakan doa' buat mereka di sana...
meskipun jauh dari pemandangan kita,namun dengan adanya 'tembakan doa' dari kita,InsyaAllah..Allah mendengar doa kita.
usah risau!teruslah berdoa..teruskanlah berdoa..meski doa itu bisu dalam bicara,biar ia hanya bicara dalam qalbu..Allah tahu..Allah Maha Mendengar.
jadi,usah risau doamu yang bisu dalam bicara tidak didengar.




Realiti dunia sekarang.. ='(



#Realiti umat yang menyedihkan#

Ramai yang menyangka bahawa isu Palestin hanya untuk mereka yang beragama ISLAM, namun hakikatnya mereka terlupa bahawa isu ini juga membawa isu KEMANUSIAAN.

Bagi yang beragama Islam, sudah cukupkah kita keluarkan segala kemampuan kita untuk menolong mereka ? Cukupkah hanya dengan sekadar berkata; "kasihan mereka" sambil menopang dagu sehaja ?

Bagi yang bukan Islam, dimanakah kita meletakkan rasa keperimanusiaan kita ? Adakah mereka bukan makhluk yang bernyawa di mata kita ?


 ***


" Gaza diserang lagi semalam 14 Nov 2012 !. "


*berapa ramai yang cakna?*
dengan adanya medium perantaraan antara makhluk bumi yang agak efektif yakni facebook,maka tersebarlah dengan mudah berita ini.
Alhamdulillah ramai yang cakna,maka ramailah yang berdoa..

Allah..Allah..Allah..
semakin bertambah penghuni syurga Ilahi.

 Allahurabbi...
Awal muharram telah dimulakan dengan serangan Israel ke atas Palestine..

Ya Allah, LINDUNGI MEREKA di sana..
Israel cuma ada senjata..tapi kita ADA ALLAH, teruskan BERDOA untuk saudara kita di Gaza..Allah mahu doa dari kita, jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di Palestine..

Berdoalah walau di dalam hati TANPA SIAPA KETAHUI sesungguhnya Allah Maha Mendengar.


***


Saat ini Israel sedang mengebom menggunakan pesawat F-16 ke atas Gaza iaitu antara penempatan paling padat di dunia!
Israel Laknatullah!

Bacakan qunut nazilah..

Ingatlah Senjata Orang Mukmin Itu Adalah Doa Yang Sememangnya Lebih Tajam Daripada Mata Pedang.

-JANJI ALLAH PASTI BERLAKU-

***

[Hari ini Palestin menangis lagi]

Hari ini Palestin menangis lagi,
Setelah berabad lamanya menyeka air mata duka,
Menyapu air mata kecewa, air mata sengsara,
Hari ini Palestin merintih lagi,
Setelah berkurun lamanya menyaksikan bukan sepuluh,
Bukan seribu bahkan berpuluh-puluh juta anak bangsanya,
Terkongkong di sebalik penjara besi,
Teraniaya di tangan yahudi bangsat.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rejim laknatullah mula menggila,
Katanya, “ini tanah yang dijanjikan kepada kami”,
“Ini adalah kampong halaman kami”,
“Disinilah asal nenek moyang kami”,
Ahh, suara sumbang mereka mula melontarkan alasan jelek,
Hatta dengan beraninya menapakkan kaki mereka,
Memijak bumi suci Isra’ Mikraj.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rakyatnya disembelih beramai-ramai,
Tatkala segerombolan kereta kebal membedil seluruh isi Gaza,
Tatkala Bandar suci Gaza dihujani peluru tak bermata,
Kurang dari setengah jam 150 penduduk Gaza di bunuh,
Tanpa mengira usia waima bayi kecil,
Akhirnya mereka menjadi pelarian di bumi sendiri,
Angkara kejahatan syaitan bertopengkan manusia.

Hei, rakyat dunia!
Dimanakah kemanusiaan kamu?
Tidak adakah walau secebis kasihanmu untuk anak-anak Palestin?
Tidak adakah walau sedetik di hatimu mereka juga ada hak untuk HIDUP?
Mengapa kalian seolah-olah merelakan bumi suci kita diinjak?
Mengapa kalian seolah-olah mengiyakan segala tindak tanduk bangsa itu?
Mengapa kalian? Mengapa?

Hei, bangsa dunia!
Dimanakah kamu yang selama ini memperjuangkan keamanan sejagat?
Dimanakah janji-janjimu untuk meredakan konflik dan sengketa dunia?
Atau itu hanya sebahagian dari sandiwaramu, sekadar retorik semata?
Kononnya kamulah pendokong keamanan dunia,
Tapi kamu berpura-pura seperti serigala berbulu domba,
Rupanya kamulah musang berbulu ayam yang mencetus pergolakan.

Wahai saudaraku di Gaza,
Puisi ini hanya sebahagian dari apa yang terbuku dalam kamus kebenaran,
Masih banyak penderitaanmu yang disimpan kemas dalam kotak penipuan,
Bersabarlah wahai saudaraku,
Semuanya akan terpapar di dada dunia bila tiba saatnya,
Semoga ketemu lagi wahai pejuang Gaza.

#sajakDAQ2011
***
 selain berdoa..

kita boleh bergerak dengan memboikot barangan yahudi laknatullah.
yup!boikot!ayuh!

tahu barangan apa yang kita nak boikot?
ni ana kepilkan seperti dibawah.

jelas??jadi tunggu apa lagi,jom boikot dan...moga istiqamah lah!



ingat!boikot adalah peperangan.
biar kita berperang dengan nafsu,kemenangan buat islam.
berjihad lah..!ini cuma jihad kecil dari kita untuk dipersembahkan.

jika sebelum ini juga kita boikot,Alhamdulillah...teruskan!tafadhol!
ingat,boikot bukan juga bermusim.
istiqamah lah..


memang agak sukar bilamana kita berhadapan dengan keluarga dan saudara mara kita yang tidak memahami tentangnya,maka..ambil lah masa untuk menerangkan kepada mereka.biar sama-sama memahami.biar sama-sama memboikot.kan manis?

ana sendiri punya pengalaman dalam memboikot ni.
ana dulu memang makan juga lah KFC ni.tapi...setelah ana tahu KFC juga menyumbang kepada isreal laknatullah.tak kira lah dia sumbang sikit ka banyak.tetap menyumbang kan?
jadi,itu menjadi titik tolak kepada ana untuk memboikot.
sememangnya bukan senang.serius!
almaklumlah..dari kecik lagi memang dah biasa makan KFC.
bila birthday ja..sikit2 KFC..Reunion juga..sikit2 KFC.
sudah-sudahlah tu.. =(

ini cerita ana dengan sahabat se"geng"..
semasa keluar sekali dengan sahabat-sahabat..ana dengan slumber bagi tahu,tak nak makan di kedai "pak cik ayam" aka KFC.
Alhamdulillah..mereka memahami,jadi kami makan di kedai lain.
mudah kan? ^^

bak kata Hlovate : saya tak makan "pak cik ayam(KFC)" dan "pak cik burger(MCD)"..


ini cerita ana dengan family..
sewaktu abah memandu kereta ternampak sign board KFC..
"eh..jom makan KFC nak?"
"alah...jom la makan kat tempat lain,KFC tu kan sumbang duit kepada israel."
"tak sanggup nak makan..sedangkan kita tahu duit kita itu disalurkan untuk mereka buat beli peluru nak bunuh umat islam di Palestine."

='(


 Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari..
pada hari yang lain.
ana seorang dirumah,tak suka keluar,jadi abah,mak dan adik bawa balik makanan nak makan sekali.
abah beli KFC.huhu..sayu bila teringat balik.sedih!
semua orang makan KFC,tapi ana tetap bertegas tak nak sentuh sikit pun KFC.
itu azam ana.
adik ana ada juga semawa minum air,tetapi ana tetap bertegas juga tak nak.
pastu...apa lagi,mengalir la air mata ni,dalam kepala dah terbayang dah jet israel dengan pelurunya menghujani rakyat Palestine dengan kejam dan rakusnya tanpa belas kasihan.
itu azam ana!
dan..InsyaAllah,akan ana teruskan perjuangan kecil yang tak seberapa ini.
Moga Allah terima.

tak kan tergugat dengan potato wedges tu!
hemm..tak kan!!
*telan air liur jugaklah tengok iklan kat tv,huhu..*


mana ada perjuangan sekerat jalan kan?
di UniMAP,ni pun ana tetap ana.
berjuang tetap berjuang lah!
haha...memboikot maksud ana.

di Perlis mana ada Mcd segala..haha..
lagipun ana memang tak suka Mcd.
KFC tu jangan tanya lah..memang ada.
owh ya..apa kata kita tukar menu kita daripada pegi KFC,lebih afdhol pergi RFC.
RFC,Radix fried chicken.sedap gak lah! ^^

ini cerita lagi,dengan sahabat satu kos.
masa tu kami ada hal,jadi kena pegi kangar lah..
dah selesai urusan,semua pakat nak pegi makan di KFC.ana jadi serba salah.
tapi ana tetap bersuara,ana cakap kat depa yang ana tak makan KFC.ha..tu dia..keluaq dah bahasa utagha tu..
Alhamdulillah..mereka faham.
tiba-tiba,ada sorang ni tanya:"boleh tak masuk KFC?"
rasa kelakar sikit dengan persoalan tu,tapi ana jawab juga:"err...rasa bersalah juga la."
kawan tu pun angguk-angguk.
masuk ja kedai "Pak cik ayam",ana terus ambil tempat nak duduk.yang lain semua dah serbu kaunter.Almaklumlah...lapaq kot masa tu.
bosan..ana bawa keluaq phone main game angry bird.haha..*childish* ^^

tetiba...salah sorang dari kawan ana datang(patah balik dari kaunter),dia ajak pegi beli nasi kandaq..
owh..terharu kot masa tu.
kami pun keluaq la dari kedai "pak cik ayam" menuju ke kedai "pak cik mamak" pulak dah..
dengan membawa perut yang lapaq..
dah selesai membeli(tapau),kami pun patah balik menuju kedai "pak cik ayam"..
dengan harapan nak makan sekali dengan kawan-kawan yang lain.
meskipun sebenarnya dalam hati,dah risau sangat dan terasa cuak takut kena halau dengan akak KFC.
kaki tetap melangkah masuk jugak,terus menuju tingkat atas kedai "pak cik ayam" sebab kengkawan ada di tingkat atas.

letak bungkusan daripada kedai "pak cik mamak" atas meja..
buat muka cuak kejap..sebab tak nampak pekerja KFC,nak minta izin tumpang makan di situ.
last sekali...
"encik..encik..er....nak tumpang makan makanan luar kat sini boleh?"
skema kan ana?haha..
encik tu dengan muka blur...dan setelah itu dia bersuara:
"hem..boleh"

Alhamdulillah..
rasa seperti berjihad pula.haha..padahal bukannya apa pun.


pas tu...tunggu apa lagi..buka lah bungkusan tu..
dan...kengkawan yang makan KFC tu kata"hem....bau kari.."
haha...malu la ana.


***


sumber di bawah dari fb:

Update Tengah Malam: Rejim Israel terus menyerang gaza, Kecederaan hampir mencecah 100 orang dan kematian sudah mencecah 16 orang termasuk kanak-kanak Baby Hanin 10 bulan dan Waleed AlAbdlah 2.5 thn. Teruskan menyumbang.

Buat para mahasiswa/siswi atau badan kebajikan dakwah kampus atau komuniti masyarakat setempat yang prihatin. Cubalah untuk kutip dana semampunya.

Saya yakin dengan Aqsa Syarif. Di kala kita tidur, mereka masih berjaga memikirkan tentang saudara kita disana. Tatkala kita menyambut perayaan bersama keluarga, ada aktivis yang dihantar ke sana. Saya ikuti perkembangan mereka dalam diam.

Hulurkanlah setakat yang mampu walaupun hanya RM1.
Update Tengah Malam: Rejim Israel terus menyerang gaza, Kecederaan hampir mencecah 100 orang dan kematian sudah mencecah 16 orang termasuk kanak-kanak Baby Hanin 10 bulan dan Waleed AlAbdlah 2.5 thn. Teruskan menyumbang.

Buat para mahasiswa/siswi atau badan kebajikan dakwah kampus atau komuniti masyarakat setempat yang prihatin. Cubalah untuk kutip dana semampunya.

Saya yakin dengan @[107299275960416:274:Aqsa Syarif]. Di kala kita tidur, mereka masih berjaga memikirkan tentang saudara kita disana. Tatkala kita menyambut perayaan bersama keluarga, ada aktivis yang dihantar ke sana. Saya ikuti perkembangan mereka dalam diam.

Hulurkanlah setakat yang mampu walaupun hanya RM1.






***













"Jangan putuskan doa kalian, dengan doa kalian semoga Gaza(Palestin) terus kuat berjuang."








Wednesday 14 November 2012

random about my life,maybe..

Assalamualaikum! ^^



wanna be there soon..country 4 season..^^


tetiba rasa rindu kat matrik Penang.
haha..
rasa pelik! =.='

lagi pelik bila situasi ni berlaku kat ana di UniMAP ni sekarang.
dulu bila masuk matrik,selalu jumpa orang yang muka sama dengan kengkawan sekolah.
dah tu bila datang sini(UniMAP) pula,selalu terserempak dengan orang yang muka sama dengan kengkawan matrik.

apakah ini jodoh menemui wajah seiras.
~.~

tu lah antaranya sebab2 mengingatkan ana kembali kepada sahabat2 ana.
rindu.ahaks!

baghu perasan khazanah gambaq2 masa di matrik dulu habis tak dak dah.
huhu..sedih.lost and "not found"!
angkara virus !!
benci betul.
habis tak dak gambaq bedah tikus tu.suka sangat2 bedah2 ni.
sekolah rendah dulu seingatku tak dak bedah2 menatang,just tanam pokok taugeh..haha,memori kot.
meningkat dewasa sikit,dewasa kah?
rasa macam budak hingusan yang baru lihat dunia besaq sikit ja,sekolah menengah.
sekolah menengah,bedah katak.best habaq kat hang! ^^'
ingat lagi,ada sekoq katak tu besaq gila kawan ana cari tepi bendang dia kata,katak tu terlepas dalam makmal,tak sempat  mak cik penolong makmal tu nak pelali dia dengan formalin.am i right?formalin?

then,besaq sikit gi,masuk matrik bedah tikus putih yang comel!
siap bedah otak dia lagi!!eksited gila masa tu..
orang lain tengok ana bedah,siap kata kejamnya..haha..
dah cikgu suruh bedah otak dia,tunggu apa lagi.tu lah masanya nak jadi doktot hewan jap.





then..



...





...






...







...






 ..






sekarang ana belajar fizik!!
tak dak dah bedah2 hewan segala.

jangan mimpi lah~ ='(
sedih o..

dah lah cinta ana pada biologi sedalam dalam lautan,setinggi tinggi semesta alam.
hiperbola melampau pulak dah.

takdir ana di sini,bedah komputer kot.
anyway,best gak lah.
pensyarah comp.programming ana bagi tahu:"kalau dah teror comp.programming ni tahap dewa,bleh la buat game.."

dalam hati,*wah..wah...dah eksited nak buat game seniqi*haha..

apa ingat senang ka!last skali,buat manual tulis comp.prog pun tak lepas.
hampeh~
dah berangan dah nak jadi macam Baek Seung Jo dalam ceqita mischievous kiss yang ganti ayah dia masa sakit tu,cipta game terbaru untuk syarikat ayah dia.


apa ana ni ada gaya engineer-to-be kah?

impian duniawi ana,nak sambung master di korea dalam kos engineering.harap-harapnya dapatlah!
not because i'm crazy with k-pop and yada..yada..
but..after egypt as my dream to future study is korea!!
menyampah gak la dgn budak sekarang,minat k-pop gila2..over lebih.ada ka patut menangis,sebab jealous kawan dia yang lain sebut nama band korea yang dia minat gila.(adik ana ceghita la..)

baik menangis rindukan Rasulullah ka.

eh!sarkastik pulak.tapi betoi pa..





# apa motif entri kali ni?

huh... =.="


Wednesday 7 November 2012

fighting?!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum! ^_^



motif boh gambaq nie?heh..bukan nak hide kesalahan.





exam.
Basic Electronic Engineering.
#apakah????kenapa soalan yang kena guna 'benda petak ada nombot' tu sikit ja?
ha...?=.="
banyak soalan simple,
tapi malangnya,baca nota sekali imbas.
pap!!kena muka.
aduh,sakit. ='(
hafal formula bagaai nak rak tahap petala kelapan buka tutup buku.
=.="
terfikir juga,macam mana lah nak aplikasikan menda alah tu semua dari 
segi 'aspek kehidupan'.=.=??
adakah?perlukah?aplikasi dalam exam,aiwah~sudah pasti!
harap2nya..formula tersebut terus melekat hingga final exam.harap2..
sekarang ingat?
#sambil otak ligat berfikir,mentol yang malap semakin menyala-nyala.

Ya Allah... ='(

exam.
Electric Circuit Theory.
lecturer cakap,sem 1 tahun 1 ni semua basic ja..
senang lah maksudnya?
habis tu yang tadi tu..jawab apa lah Hana hoi~
soalan 1,yup!theory membuktikan itu..ini..yada2..hem.... =.='
soalan 2,kira ok lagi kot..kira Req<<my favorite,ahaks!^^
soalan 3,yakni yang terakhir..apa lah yang merepek bersama nodal n mesh analysis.
 siap last sekali tanya yang mana proper,mesh?or... nodal?
 pilih mesh,rasa macam senang lg nak cari Vo.

Usaha.Doa.Tawakal.
^^

Hope lepas ni lebih chayok!chayok!fightingg!!
jihad!
AllahuAkbar!





eh!semangat nyer dik.. ^^








** huwaa.... TT_TT nak balik rumah,nak balik juga..harap2 ada tiket bas lagi**

 

Tuesday 6 November 2012

Oneshot Anecdotes~Hlovate.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum! ^_^


tak sabar tunggu novel Hlovate terbaru! ^^

Oneshot Anecdotes,persembahkan....*clap* ^^'





bila lah nak tengok budaya baca Quran di mana ja..???huh..='( biar tak nampak asing.







“Hari ni hari Jumaat.Baca al-Kahfi la patut.” Najib pandang teman di sebelah yang tengah potong fishball dengan hujung mata.Arah muka tegak je pada isi periuk yang tengah menggelegak.Senyum yang terasa nak pecah di bibir ditahan je sungguh-sungguh.Karang mau ada yang berbuka makan penyepak jadi main course silap-silap.Mee kari ni buat dessert je karang.

“Panjang sangat la surah tu….” Muka kelat. “Mengah aku nak habiskan.”

Haha.Jawapan dah diagak.Gelak yang terasa nak pecah jadi vokal pun dia telan terus je masuk perut.Telan gelak secara figurative taper.Tak batal puasa.Eheh.

Najib sengih. “Kau ni pun…..novel panjang berkajang beratus muka surat larat pulak nak baca sehari semalam tak berhenti.”

“Pedih la weh,sindir makan dalam.” Muka makin kelat.

Ketawa. “Surah Kahfi tu best la weh sebenarnya.Tapi dengan syarat kena baca sekali dengan dia punya tafsir la.”

Fahmi si teman berhenti terus potong fishball.“Lagi double the panjang nak ambil masa la kot kalau nak kena baca tafsir ayat dia sekali!Double mengah semput!”

Najib muka toya. “Aku buat tader la pulak semput putus nafas?”

“Kau lain….” Fahmi muka cemberut.Terus dia sambung kerja potong fishball.Nak makan mee kari di bumi yang beribu batu jauh dari rumah ni pandai-pandai buat sendiri la,bro.Mana nak cekau gerai tak pun merengek kat mak suruh masak.

“Amende yang lainnya.Kau makan nasik,aku makan nasik.Kau makan mee kari,aku makan mee kari….”

“Kau nampak aku pegang pisau ni?” Fahmi pandang Najib yang pegang senduk dengan kening terangkat sebelah.

Najib sengih selamba. “Sesungguhnya aku berpuasa.” Heh.

Tak jadi nak marah.Fahmi balik sambung potong fishball.

Senyap sekejap ruang dapur studio apartment tu.Hanya bunyi kipas cooker hood dan bunyi kuah menggelegak je yang mengisi ruang.Dan jugak bunyi pisau bertemu cutting-board.

Senduk di tangan mengacau kuah mee kari dalam periuk.Najib pandang Fahmi sekilas sebelum kembali dia pandang kuah mee karinya. “Kita rasa boring mengah macam tu sebab kita baca tak paham hujung pangkal,tak faham apa kot?”

Fahmi tak menjawab.Hanya terus potong fishball.

“Bila baca dengan makna,baru feel.Tau dalam tu sebenarnya sebut pasal apa.”

Tak bagi respond apa juga.Fishball dah habis,Fahmi sambung pulak dengan potong fishcake.

“Macam kalau orang tengok Hindustan tak pakai subtitle la.Sah tak faham apa kot,kan?Lost kelam kot ada.Lepas tu kata storyline ntahapahapantah.Padahal sendiri yang tak faham bahasa.” Fahmi dipandang lagi dengan hujung mata.

“Kau,memang suka bagi sindir makan dalam.” Kelat dah bertambah pahit.Makin laju tangan potong fishcake.

Najib sengih. “Tak….aku cakap benda betul la ni,cuma on a lighter note with an extreme example je.Nak bagi lagi senang faham and relate.” Senduk diletak dalam piring tepi dapur.Dia memusing badan agar dapat bersandar pada kitchen counter. “But seriously,surah Kahfi best kot.Banyak kisah.Banyak ibrah.”

“Kau jangan apply Arabic kau kat aku,boleh?” Mulut je yang menjawab.Tapi Fahmi tak angkat muka pun.

Haha. “Ibrah tu loosely translated as pengajaran la.”

“Bukan dalam surah Kahfi tu cerita pasal orang tidur dalam gua tu je ke.” Pisau yang berlari memotong fishcake terhenti.Fahmi pandang Najib dengan muka berkerut.

Sengih. Dia melangkah ke arah meja makan yang jadi pemisah ruang dapur dengan ruang belajar/bilik tidur.Tafsir hitam di tangan diletak di atas meja study si teman. “Try kau cuba baca pakai tafsir aku.Tapi dengan syarat after each ayat kena baca the meaning.”

“Kau tak nampak aku tengah buat apa ni?”

“Lepas habis masak karang la,bro!”

***

“Best betul kau punya tafsir!”

Sengih I-told-you-so.

Dengan gaya buat tak nampak sengih tu je dia terus menyambung. “Baru aku tau lepas cerita pasal pemuda Kahfi tu ada cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir as well.” Fahmi gosok dagu sambil pandang siling. “Then lepas tu cerita pasal kisah Zulkarnain pulak.An the story example of the two men with the gardens.Siap ada blow-by-blow dialogues tu.” Muka kagum. “Serius sebelum ni aku tak pernah perasan dan tau.” Masih bercerita dengan gaya bersemangatnya. “And the complimentary hadiths to support the kisah of those ayats!Serius tafsir kau best,weh.Yang pasal kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir punya hadith panjang tu memang totally detailed and complimented the ayat yang cerita pasal the kisah.And the hadith pasal Yakjuj and Makjuj jugak.” Senafas je Fahmi menghabiskan detailed commentary.Kalah sports commentator bagi commentary pasal Usain Bolt lari tengah Olimpik.

Senyap sekejap tiga saat.“I guess… the passion and enthusiasm are in the right place.” Najib sengih. “Kau dah gaya bagi review novel yang menang Hadiah Nobel je gayanya.”

“This..” Tafsir di tangan di angkat. “…is beyond all the best books ever written by mankind.Ever!” Fahmi memang gaya semangat sungguh.

“Of course.” Sengih I-told-you-so lagi.Sengaja menggiat.

“Provided that orang faham the maksud,though.” Muka berubah.

“Yang penting kita mulakan dengan baby steps kot,no?”

“Hmm.” Non-committal.Fahmi renung dinding.Dahi sedikit berkerut.Kemudian dia pandang Najib yang tengah bersila di atas katil setentang.Najib pandang dia balik dengan kening terangkat sebelah.

“Apanya?” Tau muka ada soalan.

Fahmi pandang tafsir di tangan.Kemudian pandang Najib balik. “Bukan kau ke dulu yang cakap kat aku kalau betul sayang kawan,benda yang dia paling sayang patut bagi kat kawan yang dia sayang tu.” Kening double-jerk sambil pandang tafsir di tangan.

“Weh!Tu aku nak buat pusaka keturunan aku tu!”

Hahahaha.Ingat dia je tau menggiat orang?

“Tapi kalau kau dah nak sangat,kau ambil je la de.” Muka pasrah.

Fahmi senyum. “Esok turun Darus Salam,yuk.”

“Nak cari apa?”

“Aku pun nak ada benda buat pusaka keturunan aku jugak.”

Sengih.

“Harapnya pusaka berbaca.” Fahmi sengih juga. "Dan difaham makna.Dan dihadam diamalkan jugak."

“Tau taper.Letak dalam almari kumpul habuk,tak ada makna.”

“Weh.”

“Hmm?”

“Thanks.”

Sengih aje.

________________
may Allah bless




-Hlovate-
 

Thursday 1 November 2012

ana dan 'smart circle'.

http://youtu.be/mCsFOe2FU98
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ! ^^







hayati dengan mata hati ^^


eh?!pernah ke dulu ana join usrah?budak hingusan macam ana ni,dulu hidup dalam 'jahiliyah circle',ana bukan budak sekolah agama.tapi itu bukan alasan buat ana untuk bangun dengan semangat sambil menjerit "Sayonara Jahiliyah".hoyehh!~Alhamdulillah...Allah bimbing ana kini dalam landasan yang benar.

Imbasan sirah menunjukkan walau sahabat Nabi sekalipun mempunyai kekurangan dan jahiliyah dalam diri. Mereka yang dekat dengan Nabi!

Bagaimana kisah Abu Dhar menggunakan perkataan 'anak orang hitam' kepada Bilal, dan apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah SAW, beliau berkata,
“Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Dhar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.

[Di ambil dari Sahih Bukhari (8/76)]



Dulu zaman muda di sekolah,mana pernah dengar BADAR.rupa-rupanya itu adalah badan dakwah dan tarbiyah.owh gitu~waktu di Matrikulasi pun,ana tak tahu sangat akan kewujudan usrah a.k.a bulatan gembira segala..seriyes,tak tahu!mungkin sebab ana second intake,jadi tak boleh nak join AJK Surau.=( tak pe lah dah tak boleh join AJK Surau,dapat join AFC,An-Nur Fan Club.An-Nur ni nama Surau ana semasa di KMPP dulu.AFC ni diwujudkan sebab nak handle satu program islamik yang sememangnya diadakan saban tahun.Program tu MEMORI,minggu evolusi minda optimis remaja islam.di Surau An-Nur juga sangat aktif dengan kuliah maghrib,solat jemaah dan qiam sesama.memang best!imarahkan surau.ana pun ada jugak join brotherhood tapi masa sem2 lah,sebab konon nak study sem1 tak nak ganggu.kat sana mana ada sisterhood.=)


Dan..sekarang ana dah sambung study di UniMAP.waktu first datang sini,otak dah memang set nak cari 'bulatan gembira' disini sebab nak isi kekosongan hati dan untuk makanan rohani,makanan iman.bukan setakat jasad saja yang perlukan makanan kan?tapi..persepsi ana bila sampai di Uni ni agak berbeza..nak tahu kenapa?Semasa Orientasi,tak ada langsung solat berjemaah!setakat ceramah yang banyak teramat sehingga buat orang bosan tu ada la.tazkirah?ada tu ada,sekali ja pun.huh..kat sini kaum selain melayu tu ramai.jadi bila nak buat program yang keagamaan ni macam susah la.lagipun memang peraturan disini tak boleh nak buat secara terbuka aktiviti keagamaan.memang sedih.Macam mana lah tak hanyut budak-budak Uni.Memang lah ianya sebenarnya bergantung pada diri sendiri.tapi sekurangnya bila ada aktiviti macam usrah ni dapat membimbing kita dan mengingatkan kita setiap masa agar ada pada landasan  yang benar di sisi Allah.

Di sini kalau nak jalankan smart circle,secara diam-diam.memang tabik spring la,akak-akak di sini sampai ketuk pintu setiap blok nak bagi tahu malam ni ada tayangan video yada2...SubhanAllah!ana pernah join,selalunya lepas solat maghrib jemaah ada usrah(yang dalam bulatan tu)..pas tu ada la tayangan video.best!osem!owh ya,disamping ana join usrah besar ni ana juga ada join satu lagi usrah yang dihandle oleh naqibah,senior dari tahun4.nak di jadikan cerita,ana dapat join usrah ni semua sebab ada sensei ni mesej ana.waktu pendaftaran tu ada sensei yang minta no.fon ana,katanya untuk mudah inform aktiviti masa orientasi.tapi semasa orientasi tu tak ada langsung information daripada sensei tu.pelik!lepas seminggu orientasi baru dapat contect,akak tu ajak jumpa.lepas tu ana jumpa dia dan borak2 lebih kepada ta'aruf(pengenalan) la..Alhamdulillah,akak tu ajak ana join usrah bawah dia.jadi akak tu naqibah ana sekarang.^^ Allah sayang ana.usrah tu yang cari ana.precious!rasa sangat bahagia sebab Allah sudi pilih ana untuk join usrah ni.


'Barangsiapa Allah nak beri kebaikan padanya, Allah akan beri kefahaman agama' 
[Bukhari]



mula-mula,seriyes rasa takut pegang amanah ni,sebagai 'anak-anak usrah'.apa ingat senang nak bermujahadah dengan nafsu?!pernah naqibah ana hantar mesej bertanya free bila sebab dia nak buat usrah.tapi ana bagi jawapan yang membuatkan ana sendiri rasa bersalah teramat!!ana kata "kak..tak boleh la malam ni sebab esok ada test"cis,dayus!huhu.. ='( ketuk kepala sendiri~lepas ni kena ubah!
lepas ni ana nak join usrah secara konsisten,InsyaAllah..

usrah ni ada rukunnya yang tersendiri =)

persembahkan resepi cinta! jeng!jeng!jeng!!!!!!!!!!!!



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

 " Ukhuwwah is not about how many sisters or akhwat we have, but it's all about what we do for each other "



"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." 
(As-Saff ayat 4)


manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...



Ustazah Fatimah Syarha said:

"Bangunlah para daie dan daeiah dalam apa jua organisasi Islam. Bersatu dan menangi hati-hati berhajat di luar sana. Generasi kita dah mula kembali kepada fitrahnya. Hajatkan pengisian.

Buat mereka yang rasa sangat berhajat tapi rasa rendah diri nak join usrah...usrah bukan untuk orang yang dah berilmu saja. Jika sekelompok ahli nak start dengan alif, ba, ta sekalipun, kita boleh bentuk usrah permulaan. Kita mula dengan yang paling asas.

Moga kita sentiasa jelas objektif. Kita nak saling melengkapi untuk bebaskan diri dan orang lain dari neraka Allah. Bertolong bantu sejak sekarang menuju detik dibangkitkan dan ditayang segala amalan. Sebarkan bahagia..."






# Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah.



Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers