Friday, 4 March 2011

Teluk Batik,Perak-Reunion bersama sahabat sekelas



السلام عليكم

Tanggal 26 & 27 Februari 2011 telakar sejarah antara kami(budak2 kelas 5I) bersama bercuti di Teluk Batik,Perak.

Perancangan kami sebenarnya sudah lama iaitu sebelum tahun 2011 lagi.Namun dalam keadaaan dan masa yang mungkin tidak mengizinkan menyebabkan percutian kami ditangguhkan sehingga bulan Februari 2011.Dalam keadaan dan situasi lepas SPM2010 ni sudah semestinya ada di antara kami yang sudah bekerja dan masing2 sibuk dengan hal sendiri.Begitu juga dengan ana sendiri sibuk "tanam anggur berlemak" yang dalam istilah tersuratnya ialah menganggur.

Pada mulanya ramai juga sahabat2 yang tidak dapat melibatkan diri masing2 dalam percutian reunion ini kerana kerjaya masing2 dan masalah kewangan.{taip perkataan kewangan ni teringat pula dulu time sekolah buat karangan silap eja jadi kekwangan pula,aduh!malu~ = . =" }

Alhamdulillah... ana juga yang pada mulanya tidak dapat menghadirkan diri akhirnya pergi juga reunion dengan mereka.dengan semangat Jalinan Ukhuwah abadan abada yang mengalir dalam darah. ^_^ cee wah ayat!

Pergi bercuti di Teluk Batik,Perak naik bas.Dalam pukul8 pagi bertolak dan sampai pukul 12.30 t/hari.Teluk Batik ni ok shj...ada pantai,chalet.Pemandangan ??SubhanAllah..indah sangat.^^
Kawasan peranginan ni sesuai untuk pergi berehat2..shopping?emm...boleh juga,ada gerai2 yang jual baju,cenderamata.

Di Pantai Teluk Batik ni ada juga aktiviti di pantainya..macam aktiviti "banana split" yang naik pelampung panjang yang macam bentuk pisang(macam bentuk pensil pun ada juga) n_n
harga nak naik tu dalam RM6.boleh naik maximum 6 orang.Bot akan tarik banana split itu di pantai.Siapa yang naik tahu la rasa ape.ana nak cakap pun tak tahu sebab tak naik.Mungkin best sebab rasa angin pantai~sejuk...~ nyaman...~ best...~ (-- . --)***~

bab makan kat Teluk Batik ni,jangan risau ada gerai2 yg jual makanan.ice-cream paling banyak yang jual kat sana.Kalau tinggal kat chalet di sana(nama ape ntah chalet tu) dapat promosi snorkling..ha....!!yang ni ana cuba.Hanya Allah shj yang tahu..susah betul snorkling ni bagi seseorang yang macam ana tak reti berenang.Snorkling kat sana bukan kat pantai Teluk Batik,sebaliknya kami ber-snorkling di dalam kolam air yg sangat3 masssiiiinnn....yang ada beberapa jenis ikan dalamnya.

Reunion ana dan rakan sekelas ke Teluk Batik dalam masa 2 hari 1 malam.Namun begitu,Kami juga berkesempatan untuk pergi ke Lumut pada hari keduanya.Perjalanan dari Teluk Batik ke Lumut mengambil masa dalam setengah jam kalau tak silap.Di sana boleh shopping Sotong kering dan mcm2 yg ana dah lupa apa dia.Kebetulan pula,kami sekelas dapat boucher hadiah misteri pembelian RM10 keatas utk shopping di kedai depan Hotel Blue Bay di Lumut.


http://farm4.static.flickr.com/3555/3378940568_c3f5576a7e_o.jpg
Pemandangan Pantai Teluk Batik



Wassalam,


Nur Farhana








2 comments:

amir said...

ni x-bdk tok jiring ker??

:: Zahratu Billaurah :: said...

xla Akh, ni adik b2! ^_~