Wednesday, 13 April 2011

Hlovate???

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

hlovate

Siapa tak kenal Hlovate?Terus terang ana hanya mengenalinya melalui nama samaran yang digunakannya iaitu "HLOVATE".Itu pun melalui sahabat ana.Belum pernah terjumpa lagi buku-buku beliau,hah!~jakunnya ana.


aduh~Rasa tercabar pula sebagai seorang yang meminati dan mengumpul buku2 novel,tetiba novel penulisan Hlovate yang sangat diminati ramai ini tak ada??huhuhu...sadis nya~


first impression bila dengar nama pena Hlovate ni,emm...ni mesti macam penulis Harry Potter,J.K.Rowling yang digemari ramai dan yang novel karya penulisannya juga diterjemah ke bahasa melayu,entah macam mana boleh terlintas juga yang Hlovate ni merupakan seorang penulis cerita2 penyiasatan,dan Hlovate ni merupakan penulis luar. {aneh nya budak ni tak kenal Hlovate}Smile!~ ^^

tak boleh jadi ni,kena search kat encik Google ni.


Owh~rupa-rupanya Hlovate ni merupakan penulis Malaysia.Jantina..status..umur..pekerjaan..dirahsiakan oleh beliau.Dalam forum iluvislam.com pun ada thread yang membincangkan mengenai penulis Hlovate ini.Tak percaya???KLIK SINI

Daripada hasil kajian ECECECEE ;)bagi yang mengenali Hlovate akan amat mengenali & meminatinya. Tapi bagi yang tidak kenal,memang takkan ada idea siapakah dia. <<---Highlight ini

Ya..apa yang berlaku pada ana sekarang ini,no idea la~ (=.=)" Tu laa...tak kenal maka tak cinta.Bila nak beli??(buku hari tu baru beli pun tak baca habis lagi,jangan tamak)

Hlovate sebenarnya seorang penulis yang mula menulis di alam blog. Blog pertamanya http://hlovate.blogdrive.com dibina sekitar Januari 2005.Sedikit perkenalan mengenai hasil karya beliau seperti di bawah(Yang dicedok dari sumber tertentu yang dinyatakan spt dibawah):

E-novel pertamnya, GT_i Trilogy ~ GreatTroubleMaker_i; GreatTroubleMaker[i'm a senior] & GreatTroubleMaker[i'm outta Teens]~. Kisah kehidupan budak-budak sekolah asrama. I’m outta Teens pulak kesinambungan selepas watak-watak tamat zaman belajar, hingga masing-masing masuk ke alam perkahwinan. A very refresh story i can say. Dengan humor & lawak yang boleh buat kita gelak sakan; dan persoalan hidup yang buat kita fikir panjang. Bagi aku, yang menarik bagi novel ini adalah penceritaan yang selamba. Kini, novel ini telah dibukukan pada Januari 2008 dengan tajuk Aa+Bb. Bagi, Aa+Bb ni lebih kepada kisah I’m outta teen’s dengan flashback kepada kisah-kisah sewaktu mereka di sekolah. GT_i & I’m a Senior pula dibukukan pada Julai 2008 dengan tajuk [Tunas].


E-novel kedua Hlovate ialah Versus.Kisah remaja alam street yang berubah untuk hidup cara Islam. Kisah cinta yang berlandaskan Islam jugak, ada sedikit tarik tali…tapi aku tetap suka jugak…hahaha. Kesinambungan dari Versus, dihasilkan juga Ked’s Story, kisah abang kepada heroin Versus…hohoho.


E-cerpen Schubert’s Serenade, not a love story. Lebih kepada kisah adik beradik lain mak lain bapa…hohoho. Yang menariknya, it’s not a happily ever after type of story.Versi cetaknya dimuatkan dalam kompilasi 3 cerpen : Gurindam Jiwa (April 2007). Ada pernambahan dalam versi cetak, yet still not a love story


5 Tahun 5 Bulan, plain jane’s diary type of novel bagi hlovate. Novelnya yang pertama dibukukan sekitar Februari 2006. Ia kisah remaja yang belajar erti dewasa. Kisah cinta yang dipagar syariat.


Rooftop Rant,Heroinnya remaja yang datang dari keluarga yang telah porak poranda, maka selalu ingin nak bunuh diri. Kenal pada sahabat yang menjadi kawan penyelamat. Mereka terpisah kemudian. Sewaktu terpisah ini, mereka sama-sama berubah jadi yang lebih baik.

Anthem,Kisah mengenai remaja yang membesar di luar negara, terpaksa berpindah belajar ke Malaysia balik. Mengalami kejutan budaya. Sering dikutuk dari belakang oleh orang-orang yang hanya tahu mengutuk, tapi tak pernah nak suluh cara kehidupan yang sepatutnya. Bila baca buku ni buat kita fikir hakikat yang selalu kita buat, treat people bad when we have negetive first impression for them. Didn’t give the chances to people to understand & learn before change, yet expecting people to behave according to the ‘standard’ way of life regardless what kind of life they had before…hoho.

Cerpen lain tulisan hlovate ialah A Moment dan Biru.Kesimpulannya, novel-novel dia menarik kerana jalan cerita yang fresh & kreatif; penulisan yang selamba & rilex. Ayat-ayat bombastik & ilmu-ilmu yang payah nak tahu kalau bukan minat kita..haha. Dan yang paling best, penerapan cara hidup Islam bagi seorang yang biasa-biasa. Berbeza dengan watak Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta yang begitu perfect hingga sukar menjadi ikutan, tetapi watak-watak yang dihidupkan hlovate adalah insan-insan biasa yang menerap cara hidup Islam secara sederhana.

Mengenai penulis itu sendiri. Dia teramat low profile. Dia pernah tulis:

jujur-sejujurnya, kalau baca material kat sini, ignore je la me as the writer.my status,location,education,background history,abaikan aje,k.for all you know I might be in Guatemala doing phD in nuclear science,and am 35 yrs old. .atau mungkin je seorang budak tepi jalan yang nomad[bak kata aie], travel around the world,tak study,tader kerje,dan ader speciality dalam field buat air soya.

the blog is for my story to come to life,not for my life to become a story.

SUMBER:http://hurulaini.net/mengenali-hlovate-bersama-hurul_aini/



1. Gaya penulisannya c00l, sempoi, menarik..memang mendekati jiwa2 remaja sekarang.
Paling best..saya pasti tergelak bila baca novel Hlovate..tip t0p punya gaya penulisan!banyak diselit ayat2 quran 4 our references on advices
Banyak words yang saya belajar daripada novel Hlovate..sampaikan ada sekali dua kena buka kamus english-melayu..ada juga istilah2 medic (i like it!),istilah2 budak hostel,etc

2. kurengnya, novel Hlovate mix melayu+english. Bagi sesetengah yang memang sayang bahasa Melayu sangat 1000x..mungkin tak sukalaa sebab mencampur adukkan bahasa.. (bahasa rojak). Tapi bagi saya, mendekati jiwa remaja untuk berubah itu lebih penting sekarang ^_^.

aA+bB Novel
ngaa..orang kata best novel nie..
sebab berkisar tentang..... (tak tahu sebab belum baca ;p)
-life as a d0c vs engine- (macam interesting,rite?..ini orang cakaplaa)

SUMBER:http://dr-wani91.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai Hlovate,
Boleh Klik di bawah ini:


http://hlovatalk.blogdrive.com/


Wallahu'alam.

p/s:Sekadar perkongsian ya..(^_~)"
InsyaAllah nak beli juga nanti,
owh ya!siapa tahu buku Hlovate
keluaran syarikat mana???
JS?apa tu?



18 comments:

mapplestree said...

JS, jemari seni.
terbaik.

adibah aziz said...

shes a doctor .

iqbalsyarie said...

She? Wanita? Segan sendiri dnegan beliau. Mmg saya akui, saya sering mendengar namanya, tetapi satu buku pun belum pernah saya pegang. InsyaAllah, jika ada rezeki... akan~

Nur Farhana said...

@mapplestree:owh~jemari seni.Syukran kasi tahu ^^ sahabat KILI.

@adibah aziz:dari mana tahu ni?

@iqbalsyarie:owh sama la,blm pernah memiliki buku Hlovate juga,InsyaAllah...akan~

Nurfazila Suhaide said...

hehe..slalu juak dengar pasal hlovate tapi 1 bukunya pun takda..hehe

Ibnbakr said...

sama la..
novel ummi ana beli banyak..tp xde satu pown novel Hlovate nie.. Semalam keluar cari,tp x jumpa.. Maybe sabtu ni try cari lg..

Nur Farhana said...

@Nurfazila Suhaide:ye la kan,sama la kita ^^

@Ibnbakr:wah~semangatnya pergi cari buku Hlovate^^
ana agak pelik juga sbb tak pernah bertembung dgn buku2 Hlovate,mungkn juga ana sendri yg tidak menyedari.

Syauqatul Wardah said...

akak pun baru je kenal novel Hlovate ni..em, mula2 dgr nama ms kwn akak dkt sekolah menengah dulu dia cerita beli novel Tunas, sedap kata dia

sekarang akak baru juga baca novel Hlovate, yang akak ada skrg, Aa+Bb, Tunas, Rooftop Rant dan Versus ^_^

bila akak baca novel dia, akak pun ada belek kamus mcm adik ^_^ novel Hlovate byk istilah2 medik, ada bab kimia, yg lama dh akak x sentuh, sbb akak skrg ambik course BA, mmg jauh dah dgn BIO KIM FIZ.. baca novel Hlovate, buat akak nak belajar semuanya balik! ^_^ Hlovate menaikkan semangat

novel Hlovate lain drpd yg lain, dgn gaya bahasa santai dan selamba..sbb x semua org suka bhs berbunga-bunga ^_^ dakwah itu penuh seni..

lady.fw said...

cuti2 ni elok hbskan mse dgn hlovate.
terbaik! kah3

Nur Farhana said...

Syauqatul Wardah: ^_^
wah~akak ambil course BA di uia kan?ana ada baca blog akak,memang best!~
Dah cari buku Hlovate di kedai buku POPULAR di 2 tempat tapi dah habis stok,laris buku2 Hlovate ni ^_^

lady.fw:Hlovate^_^

mira said...

Assalamualaikum. samalah. saya pun tk pernah ag bace novel2 beliau. aiceh. teringin nak pergi beli n baca.
Jom!
:)

Nur Farhana said...

Wa'alaikumussalam.
sama~ ce wah..ada geng ni^_^

Jom!~ ^^

Syauqatul Wardah said...

Farhana boleh panggil akak, kak Rabiatul ^_^ akak nak panggil apa, Farhana je ke, atau ada nama panggilan lain, Ana?

Farhana skrg umur brp ye, belajar dkt mana, ke tgh tunggu U?

blog Farhana pun sedap! ^_^ akak suka

Hlovate ni akak minat tapi yg lebih akak minat novel Hilal Asyraf, Farhana ada baca? pastinya satu lagi novel Fatimah Syarha, hee~

p/s: akak ambik link Farhana ye, syukran dik ^_^

Syauqatul Wardah said...

lagi..
akak baru baca shoutbox, hehe ^_^
oo..muda setahun la ni ye ^_^ org Pulau Pinang, akak org Ganu, hehe..tgh tunggu UPU?
Farhana minta apa?
(ha'ah, Farhana nak panggil kak b2 ke? akak x kisah, mana2 boleh ^_^)

p/s: byk ckp lah akak ni,haha
maaf ye..^_^ seronok kenal Farhana!

Nur Farhana said...

Kak Rabiatul~sedap nama akak ^_^
Panggil apa pun tak pe..
Novel Hilal Asyraf pernah nmpak di kedai buku,tapi..tak pernah beli pun,hehehe..

Farhana minat novel Fatimah Syarha juga.Tapi buat masa ni pernah baca melalui ebook shj.

owh org ganu~^_^
ya,masih tunggu UPU.
minta shj,entah rezeki di mana..^^
UIA(Asasi Seni bina n alam sekitar),UIA(Asasi Undng2),UIA(Asasi Sains kemanusiaan),UM(Asasi Alam bina),UPSI(Diploma sains matematik),UPSI(Diploma sains),UITM(Diploma pengimejan perubatan).

p/s:Mohon doanya ya akak..^_^

Syauqatul Wardah said...

Farhana, akak mmg suka nama 'Farhana' ni dulu lagi, manis je ^_^ mesti mcm orgnya

Farhana cubalah beli, Allahuakbar, sedap sgt2, cara penulisan Akh Hilal lebih dkt dgn hati akak berbanding Hlovate tp Hlovate pun akak suka, ada org lain kata Hlovate pula sedap sgt2, msg2 punya pilihan, ada yg suka ayat berbunga, ada yg suka ayat jelas dn pendek dan ada yg suka ayat selamba ^_^ sbb tu dunia penulisan pelbagai, kerana manusia itu juga berbagai-bagai, satu seni dakwah~

Fatimah Syarha pun akak suka, cuma penulisan Hilal naik sikit je, atas sikit je, mungkin mengikut buku juga ^_^

iya, akak org Ganu, Ganu kiter ^_^
Insya-Allah, pasti ada, percaya apa2 pun dpt nanti itulah] yg terbaik

mari akak cerita sikit psl UIA (kalau blh akak nk je tulis satu2 psl course tu, tp ha, pjg la pulak ^_^ membebel je kejenya akak ni)


asasi buat dkt 2 tempat:
1) UIA NILAI , dkt sini kos mcm BAR (BA), IRK (ilmu wahyu), HS (human science), ECONS (economics), BEN (BI)
2) UIA PJ dkt sini pula kos mcm SC2, Architecture, Engineering, Law

bila degree, ada 2 tempat juga:
1) UIA NILAI automatik pergi UIA Gombak buat degree
2) UIA PJ semua pergi UIA Kuantan kecuali kos Architecture, Engineering dan Law pergi UIA Gombak


p/s: kalau result kuar, kalau x keberatan, ckplah dkt akak ye, akak harap sgt Farhana boleh UIA, Insya-Allah, Ameen ^_^

Izzati Hashim said...

Salam alaik. buku Hlovate ni agak bagus. terutama Versus, ada nilai2 dia yg tersendiri.

for me, baca penulisan Hlovate ni memg cool, sempoi dan ada pengajaran di sebalik kisah2 tu (=




p/s : my senior penah jumpa Hlovate. tapi dia dah berjanji dgn Hlovate sendiri tak blh nak bongkarkan rahsia so still tatau siapakah dia (=

dan saya rasa dia perempuan... (=

halimatun rosmi said...

Assalammualaikum kakak!JS-JEMARI SENI.hai dkt dlm intrnt nih xade ke novel aA+bB yg bleh dimuat turuny free?sy bla nk beli bku dia asyik bnyk hlAngn je.