Sunday 26 August 2012

Sudah genap setahun lebih..bertudung labuh.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !  ^_^











"Kenapa pakai tudung labuh?"



kerana...



"Yang Tertutup Itu Indah!" =)

cliche ye?



juga kerana



. . .




"Allah suka" 
pendek jawapannya tapi mantap saya rasa.


Kolot? Tak ikut fesyen? Biarlah.

“Bukan nak tunjuk baik, cuma nak jadi baik.” :)
 
"Jika tudung labuh boleh menyebabkan cintaku padaMu Ya Allah meningkat, maka dikau istiqamahkan ku di jalan ini. Aku tutup aurat keranaMu ya Allah. Tudung labuh ini juga kerana cinta padaMu."






Alhamdulillah..kira-kira saya rasa sudah genap setahun lebih saya bertudung labuh.bukan niat untuk riak berbangga diri cuma ini adalah jalan pilihan saya untuk berubah menjadi lebih baik.Bermula dari form6 sekolah menengah(cuma di hari pendaftaran) kerna seterusnya saya meneruskan langkah untuk berpijak di bumi Kolej Matrikulasi dan seterusnya lagi...InsyaAllah,di Universiti ...Mohon doanya dari sahabat-sahabat ya moga diri ini istiqamah(berterusan).



"Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?"

Jawab Rasulullah SAW,

"Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit(berterusan)."

{ Hadis Riwayat Muslim }




Berikanku istiqamah . . .



ya..saya akui bukan mudah untuk berubah dari bertudung biasa hingga bertudung labuh.pertama,tentunya halangan daripada ibubapa dan keluarga.Alhamdulillah saya sudah mendapat 'green light' tu setahun setengah yang lalu..Perubahan ini juga dapat diterima luas oleh sahabat-sahabat saya yang rapat.oh ya..masih saya ingat saat itu yakni bila mana pertama kali sahabat saya berjumpa dengan saya di kedai buku POPULAR(tempat kegemaran),dia terlopong beberapa saat,heh..kalau saya jadi dia pun agak terkejut la~


Entri kali ni lebih kepada nak 'refresh' balik pengalaman yang pernah saya lalui.Seingat saya,saya tak pernah diuji sehebat laut yang bergelora menghempas di dasar hati ni(metafora tahap merapu..) macam cabaran kena fitnah ke hapa..tak pernah lagi rasanya.Alhamdulillah,Allah pelihara dari menghadapi semua tu sebab mungkin saya tak kan mampu berdiri dengan yakin di atas ujian seperti itu.Semasa saya menuntut di Kolej Matrikulasi ...masa tu dalam perjalanan dari dewan kuliah nak menuju ke kompel(kolej kediaman),melalui jalan di perpustakaan saya terdengar muslimin ni tengah mengumpat pasal seorang muslimat bertudung labuh yang mereka rasa tak puas hati..bla3...menyampah pula terdengar mereka mengumpat.cis!tak rasa bersalah langsung lagaknya.agaknya mereka terlihat kelibat saya di belakang,terus diam. =} tahu pun bersalah.


Semasa berjalan dengan sahabat-sahabat rapat saya di jusco,saya tersedar yang salah seorang daripada sahabat saya yang selama ini kami sangat ramah berceloteh,tiba-tiba hanya diam saja.Bila saya mulakan bicara potpet potpet...baru la dia ketawa dan kata 'la hang ni sama ja'.dia fahamkan dengan perubahan saya tu akan membawa kepada diri ini akan jadi lebih pendiam,mungkin.tapi sebenarnya tidak,saya dengan sahabat-sahabat rapat masih boleh buat humor,heh..siapa sangka?kalau orang yang baru kenal mesti akan cakap saya ni sombong.hakikatnya,saya tidak sombong ya..


Teringat beberapa hari lepas pergi menziarah rumah sepupu di hari raya sempena rumah terbuka,anaknya yang selalunya agak nakal akan kacau saya,tapi tidak kali ini.aik!saya hairan~sebab anak sedara saya tu cuma kacau sepupu saya yang muda setahun dari saya.Selepas usai 'melahap' kuih shortbread kegemaran beserta air oren sejuk,saya dan adik pergi ke ruang tamu.pas tu,sepupu saya yang muda setahun tu cakap bagi pihak anak menakan saya..'ni ustazah ka?'.saya.. =.=" heh..patut la..dia tak nak kacau saya sebab dia ingat saya ni ustazah,haha..tau pun takut!pas tu..siap tanya lagi kat saya 'mengajar kaum apa?'..apa dia ingat mak long dia ni ustazah betui2 ka macam ummi dia jadi cikgu..aissyeeh. . .saya pun mula la nak mengarut dengan anak menakan..tambahan pula anak menakan ni suka tanya pelik-pelik.'mengajar kaum korea!'ha..adakah kaum spesis tu di sini?' ha..??dengan muka konpius habis..'k-o-r-e-a ?'anak menakan dah konpius.


Niat nak menggoreng sesedap mungkin untuk ayat-ayat seterusnya di batalkan sebab nak jadi contoh teladan untuk anak menakan.ececece... ^_^ ni Mak Long --isi tempat kosong-- la..~tak kenal ke?Mak Long dia memang ramai...sebab tu bila sebut Mak Long lepas tu kena sebut nama saya sekali.yang sama umur dengan Pak Tam tu..muka konpius dia dah bertukar ke muka faham..jeng!jeng!jeng!acene tu?(bayangkan...)bila dah teringat la kot kat Mak Long dia ni yang mana satu,mula la dia buat ramah dan bertanya itu ini.dan sempat juga menemu ramah adiknya yang bakal meneruskan pertandingan hafazan surah-surah lazim di peringkat daerah,mungkin.adiknya cakap cita-cita nak jadi ustaz macam dalam tv. =)


Pengalaman seterusnya...ada kawan di Kolej dulu waktu pertama kali jumpa bertanya adakah saya ni orang kelantan?pastu emo kejap dalam hati sambil kata,oo...asal pakai tudung labuh je orang kelantan ke?tak adil rasanya."eh tak!saya asal dari Pulau Pinang"okeyh..~lagi satu persepsi orang terhadap yang bertudung labuh ini dari sekolah agama.adakah budak sekolah agama saja yang layak bertudung labuh?semestinya tidak,semua orang perempuan muslimah layak bertudung labuh.


Dah lama niat di hati ni nak bertanya kepada kawan-kawan sekolah agama yang bertudung bawal di luar sekolah dan bertudung labuh di dalam kawasan sekolah.tertanya kenapa,dan nak tahu sangat jawapannya.Kerna bagi saya mereka yang bersekolah agama sudah pun diberikan keizinan oleh ibubapa mereka untuk bertudung labuh,sedangkan muslimah lain ada yang perlu mujahadah habis-habisan semata-mata nak dapatkan kebenaran dan keredhaan ibubapa dalam perubahannya untuk bertudung labuh.Alhamdulillah,Allah memberikan kesempatan dan keberanian untuk saya bertanyakan soalan tersebut kepada mereka..Peralihan waktu pertukaran untuk ke kuliah masing-masing,saya mengambil kesempatan untuk bertanya.Dan..saya dah dapat jawapannya sekarang dengan harapan mereka tidak terguris hati dengan persoalan aneh saya.


Seterusnya...semasa di kolej dulu,ada juga kawan yang bertanya pakai tudung labuh tu rasa macam pakai tudung sekolah ke?baiklah..secara jujurnya,pakai tudung labuh dan tudung sekolah memang nampak sama sebab berjahit di tengah yakni tidak perlukan kerongsang untuk pakai dan tak perlu nak perbetul atau lilit sana sini,betul?ya memang betul tu TAPI...'auranya' rasa lain sangat.seriusly!lain...Masya-Allah rasa ketenangan yang tak dapat dirasa semasa sebelum bertudung labuh dulu.Bahagianya bertudung labuh,tak kan pernah menyesal.



 



Pernah satu hari tu saya dan adik pergi kedai fotostat/fotokopi.Tiba-tiba ..bila adik saya tolak pintu kedai tu nak masuk pintu tu terkena kaki pak cik sorang tu.tak sengaja la.Pak cik tu kepoh lebih padahal dah minta maaf pun.Pak cik tu macam gedik ja dok kepoh-kepoh kata kat adik saya ni seolah-olah di sengaja buat macam tu.tak malu ke Pak cik oii??sampaikan tokei cina kedai fotostat tu pun geleng-geleng dengan tingkah laku Pak cik tu.Semasa saya dan adik menuggu akak tu tolong fotostat,seorang lagi Pak cik yang ada disitu bersama Pak cik yang kepoh tu bersuara menyindir saya katanya lebih kurang macam ni..'aku tak bleh la kalau tak ikut fesyen la ni'.memandang saya dengan pandangan yang menjerit bahawa saya kolot.cis!tundukkan pandangan la~!biaq la orang nak pakai tudung labuh pun.apehal?tak kacau pun.emo jap,maaf.. :(


Bila bertudung labuh ni saya sering menerima tamparan hebat.sakit ooo..! bukan tamparan dari segi fizikal tetapi lebih kepada tamparan mental.tahu?Almaklumlah..bila seseorang itu bertudung labuh,dianggapnya perfect,bayangan malaikat segala seolah-olah tidak akan melakukan dosa.siapa kata?tak betul semua tu,kami bukan perfect pun dan bukan bajet alim.Cuma mempunyai perasaan yang kuat untuk berubah lebih baik,tutup aurat dengan sempurna dan perbaiki diri lagi dalam masa yang sama.bukan aci tutup kepala ja..la ni kan pesyen cover kepala ja seolah rambut tu ja aurat,tengkok dia tak pun.kalau lagu tu jenis cover kepala buat masuk tandas ja boleh.kalau nak keluar rumah kena cover ikut syariat ye cik kak..


Dulu waktu pakai tudung biasa ni,tak sedar yang kaki tu pun kena tutup pakai stokin sebab aurat.jahilnya..huhu..( T_T )" sekarang ni kalau keluar rumah kena la pakai stokin nanti sepupu/ajnabi(lelaki asing) nampak,ha..?Dulu tinggal di rumah tok,satu bumbung..jadi,adalah sepupu lelaki yang keluar masuk rumah tok,susah jaga aurat waktu tu.Sekarang dah tinggal di rumah sendiri dengan family,Alhamdulillah..Bila mula pakai tudung dan stokin depan sepupu dan bapa saudara,semua orang suruh buka...bukalah..hangat..adik beradik ja pun.Inilah yang kita salah ertikan ...tak boleh buka la..~saya senyum saja pada mereka.lama-lama mereka pun dah biasa dengan 'perubahan baru' saya.


malu bertudung labuh?wahai muslimah di luar sana..ayuh maju!jangan malu,lalu megundurkan niat yang suci nak bertudung labuh.malu biar bertempat kata orang..
niat yang baik,teruskan!tafadol!InsyaAllah,dipermudahkan-Nya..Yakinlah!saya juga datang dari keluarga yang biasa-biasa,cuma tok yang bertudung labuh.dan saya juga hanya bersekolah agama semasa sekolah rendah.Semasa di sekolah agama rendah sabtu dan ahad ja belajar,tak dak pun pelajar pakai tudung labuh,ustazah ja..memang best sekolah tu!ah..~rindu.Di sekolah menengah pula,sekeliling saya cuma yang bertudung biasa-biasa sahaja,ada juga yang bertudung labuh tapi hanya boleh dikira dengan sebelah tangan ja..tak ada pendedahan secara langsung mengenai tudung labuh.apa!tudung labuh macam khemah bergerak???kecik hati kami..urrghh..tak pa..biaq la kat depa tu(ha..tudia keluaq dah utagha dia).err...."cendawan comel" lebih sopan dari "khemah bergerak"~ =)  


Cendawan comel!ya... ;)



“…..Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung…”
~an nur :31~



Ada juga sepupu yang bertanya pada saya,tak panas ke bertudung labuh?ya..memang agak panas bila baru nak terbiasa dengan tudung labuh ni.Lama-lama,Insya-Allah..nyaman dan selesa sahaja bila pakai tudung labuh.Sebabnya..tudung labuh ni agak besar,jadi ada ruangan untuk udara keluar masuk dari bawah.ye lah,daripada pakai selendang singkat dah tu siap belit-belit lagi,memang la lagi panas,mana ruang udara keluar masuknya?tapi..kalau angin kuat,pegang siap-siap tudung labuh yang dipakai nanti terselak tudung tu pula..okeyhh?



Akhir kata,saya sangat bersyukur dengan penghijrahan ini.Alhamdulillah...bahagia!Moga istiqamah dan mugkin lepas ni boleh jadi ninja girl(niqabis) pula?mohon doanya.Bagi muslimah yang punyai niat untuk bertudung labuh teruskanlah perjuanganmu itu.InsyaAllah,akan lebih bahagia.Moga di permudahkan-Nya ya sahabatku muslimah. ^_^  

fighting!!                


ayuh muslimah!







8 Syawal 1433.
~ sudah genap setahun lebih bertudung labuh ~

Alhamdulillah..Ya ALLAH..  <3



# teringin nak buat entri salam perantau from universitas oversea.Ya Allah..bilakah aku juga dapat menjejak bumi perantauan demi meneguk ilmu membasahi hati dalam sudut tarbiah yang berbeza.ingin sekali! ^_^

contoh gmbr kalau wujud benar entri tu.

  

Friday 24 August 2012

Renungan bersama . .

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !  ^_^





 





 







 

>>Klik ! untuk tumbesaran <<





Tuesday 21 August 2012

Kisah Seorang Wartawan Yang Menyamar Mengenakan Burqa.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum!  ^_^







Seorang perempuan memakai baju abaya hitam lengkap dengan burqanya menjadi pusat perhatian para pengunjung mall Itäkeskus di kota Helsinki, bandar terbesar di negara Finland. Tak seorang pun tahu bahawa sosok dibalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim tetapi seorang wartawan, non-Muslim, daripada surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia.
 
 
 
Nama wartawan itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap dengan burqanya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam, bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya. Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab.
 
 
 
Inilah yang ditulisnya …
 
Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua-dua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu seorang laki-laki di sebuah kedai barang-barang etnik. Laki-laki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap acuh tak acuh seperti kebiasaannya.
 
Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa, pakaian khas perempuan Muslim. Tiba-tiba laki-laki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya saat meminta maaf. Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.
 
 
 
 
Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro. Ketika saya naik ke sebuah metro berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat dengan penumpang.
 
“Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.
 
Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,” kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan pengepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.
 
Saya tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.
 
Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan burqa, dia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan. Gadis Somalia itu juga memberitahu bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan menarik perhatian orang ramai.
 
“Busana warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.
 
 
 
 
Dan di mall Itäkeskus, saya memperhatikan ramai orang yang melihat saya dengan renungan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan raut muka panik.
 
Saya sendiri mula membiasakan diri memakai abaya dan burqa. Saya mula merasakan pakaian ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana burqa yang saya kenakan.
 
 
 
 
Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak kereta di mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hemat mengucapkan “Assalamu’alaikum”.
 
Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan “Assalmua’alaikum” ketika bertemu dengan saya. Ketika itu saya tidak mengerti apa arti ucapan itu, sehingga saya akhirnya tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa kesejahteraan dan kesalamatan.
 
Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. “Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi. Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.
 
 
 
 
Beberapa jam selepas berjalan – jalan dengan mengenakan busana abaya dan burqa, saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.
 
Sepanjang perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan. Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasakan kedamaian.”
 
Kisah ini menjadi renungan di saat negara-negara Eropah beramai-ramai mula melarang jilbab dan burqa. Seharunya mereka yang mengenakan larangan itu, membaca kisah wartawan Helsinki ini sehingga tidak perlu ada dasar larangan berjilbab atau bercadar yang sejatinya dikuatkuasakan kerana sikap Islamofobia masyarakat Barat.




Saturday 18 August 2012

='(

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !





 


 



 




***** *****


"Jangan kita lupa 'mereka' di sana!"



Di saat kita meraikan Aidil Fitri bersama-sama keluarga



tapi mereka?


ada di antara mereka yang tidak dapat meraikan dalam sebuah keluarga yang lengkap



"Tembakkan doa buat 'mereka' di sana ya.."



Allahu Akbar!



 



 



 












Friday 17 August 2012

Ramadhan yang bakal pergi. ='(

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !




 





 Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar daripada menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat.





Aidilfitri wujud, untuk meraikan graduan-graduan Ramadhan yang berjaya kembali kepada fitrah. Aidilfitri wujud, untuk meraikan mereka yang bermati-matian mengisi Ramadhan dengan amal ibadah dengan tujuan untuk kembali kepada fitrah ini. Aidilfitri wujud, untuk mereka yang menghidupkan Ramadhan dan mengambil manfaatnya dengan bersungguh-sungguh, untuk dibawa keluar manfaatnya itu pada sebelah bulan yang lain.
Itulah maknanya Aidilfitri.














 Persoalannya, adakah aku benar-benar mengisi Ramadhan kali ini sehingga selayaknya aku meraikannya kelak di Aidilfitri?















biar aku yang menjawabnya di dalam hati.









. . .








 Hari-hari yang ku lalui,
Terasa benar-benar berbeza dalam madrasah ini,
Namun insan hina ini gagal membina segunung ibadah,
Malahan selautan kelalaian pula yang di berikan,
Tika mata-mata keinsafan membasahi bumi,
Sujud, tunduk merasai kebesaran ilahi dalam syahdu Ramadhan ini.
Apakah kesempatan ini dapat ku miliki?
Jangan biarkan hati-hati ini kaku dalam kealpaan,
Jangan biarkan kami gembira dalam dosa,
Berilah kesedaran ini walaupun ia pahit untuk ditelan,

Ya ALLAH!
Apakah sisa Ramadhan ini bakal ditempuhi,
Dengan membawa sekeping hati yang suci,
Moga masih ada ruang waktu untukku,
Agar hadiah yang ku terima kelak di Aidilfitri benar untukku.




 

Tuesday 14 August 2012

5 Tips berurusan dengan lelaki

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ! ^_^




 




Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.



1.    Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.




2.   Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.  Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
 “Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?



3. Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, 

“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”



4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…



5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.


Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.



Sumber: Halaqah.net



kredit : http://akuislam.com

Warkah cinta Dari ILAHI

Bismillahirrahmanirrahim..








 




" Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberi kepadamu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha(berpuas hati). "

[ Ad-Dhuha:5 ]
















  "If you believe Allah loves you more than your parents, Allah will love you more than your parents. If you believe Allah will forgive your sins, Allah will forgive your sins. If you believe that Allah will grant you Jannah, Allah will not betray your faith on Him. " :')










Monday 13 August 2012

Cakna Dunia ISLAM !ayuh !!




Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


 
jangan hanya diam di meja studi tanpa cakna isu pergolakkan di Syria,Palestin,Mynmar...
ayuh sedar!


tik tok..tik tok..tik tok.. *bunyi jarum jam membelah masa*

17:22 petang..
13-08-2012
24 Ramadhan 1433

instrumental free as a bird-Omar Akram bergema di ruang tamu memanggil-manggil tuannya untuk menjawab panggilan.saya melihat nama si pemanggil di skrin,owh sahabat ku tercinta..ukhti ~

sekilas detik saya teringatkan mesej daripadanya petang kemarin bertanyakan khabar kerana sudah sekian lama tidak berhubung.Almaklumlah..sekarang ni masing2 sibuk dengan perjuangan di jalan berbeza namun merebut matlamat yang sama,Mardhatillah.. =)

lantas button hijau di tekan menyahut panggilan ukhti tersayang.rindu sama kamu.Salam bersambut,dia juga memberi salam kepadaku.ahh~masing2 tidak mahu mengalah untuk memulakan salam fikirku..ataupun mungkin juga dia tidak mendengar salamku sebenarnya.biarlah,itu bukan isu nya.

suaranya di hujung talian kedengaran sebak,aku juga turut merasai getaran kegusaran di hatinya.aduh!apa yang telah membuatkan sahabatku ini bersedih sedemikian,soal hatiku.Dia meneruskan bicara hatinya untuk berkongsi bersamaku.

perbualan kami mengenai apa?

Dia berkongsi denganku mengenai apa yang sedang berlaku sekarang di Syria..hatiku tersentuh.terbayang dimindaku pergolakkan,kemusnahan,kesedihan dan kekejaman yang berlaku di sana sekarang ini.Hati bergetar merasai keperitan yang mereka lalui..sebak.Tahukah kalian apa yang berlaku di Syria sekarang? Tahukah kalian betapa kejamnya pembunuhan umat Islam Sunni di sana?

Adakah kita peduli?

peduli?

cakna?

atau hanya berpeluk tubuh,sikap 'tidak pedulisme' merajai jiwa?

masih ramai yang dengan mudahnya mengambil sikap 'tidak pedulisme' daripada cakna dengan saudara seakidah kita di sana!apakah 'seketul daging' di dalam diri mereka itu tidak merasakan apa-apa?

Alhamdulillah saya dikelilingi sahabat-sahabat yang cinta pada agama.secara tidak langsung diri ini mudah ditarbiyah.

Nabi S.A.W bersabda, 
“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
(Riwayat At-Tabrani)

cukup lah!

hentikan sikap 'tidak pedulisme' !!

Lihatlah dengan mata hati !

apa sebenarnya berlaku sekarang?soal pada diri..

Kini,di Syria sudah ramai yang terkorban,syahid.Allah...



 



Apa yang mampu kita lakukan?apa?Adakah kita mampu mengangkat senjata dan bersedia menembak musuh dari setiap penjuru?jika ia,silakan...mungkin syahid yang kita impikan tercapai.Namun,jika tidak sekalipun kita dapat mengangkat senjata menembak musuh.Berilah pertolongan kepada mereka dari segi kewangan.akaun Maybank.untuk Syria(HCSFR) 564-4902-11159.

jika itu juga kita tidak mampu.

Tembakkan doa buat mereka di sana..peluru 'tembakan doa' kita tidak mungkin terpesong daripada sasaran yang kita ajukan.Allah Maha Mendengar doa kita.Teruskan berdoa dengan kudus buat mereka setiap kali selepas solat.

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda bermaksud:  

“Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”
 (Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)


"Doa qunut nazilah boleh dilakukan pada setiap solat baik Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Insyak. Tangan diangkat sewaktu berdoa dan boleh mengaminkan bacaan sang Imam dengan suara yang kuat menurut pendapat mazhab Syafie dan Hambali. Berdoalah untuk umat Islam di Syiria, Palestin dan seluruh dunia yang sedang tertindas. Sama ada kita membacanya dalam solat sebagai imam atau berusaha memujuk imam di tempat kita supaya membacakannya. Itulah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim!"





Nukilan seterusnya saya ingin kongsikan daripada seorang ukhti yakni Qani'ah Mawaddah 

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qordhawi?

Gambaran tentang Syria agak tidak jelas apabila dijelaskan oleh media-media terutamanya media antarabangsa. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria?

Media barat sebenarnya tidak mahu seluruh dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka, media barat telah memutarbelitkan fakta.

Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata, dia melihat dan membaca di surat khabar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan Syria telah mengumpulkan pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Walhal, hakikatnya sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
PUNCA REVOLUSI

Puncanya apabila ada sekumpulan kanak-kanak lebih kurang 28 orang sedang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. 

Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yang sedang melakukan revolusi. Apabila mereka mendapat tahu akan hal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanan ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga menuntut mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. 


Kerajaan telah meletakkan syarat dimana apabila mahu dilepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.


        Terlalu banyak, dan tersangat sedih untuk aku coretkan. Sahabat-sahabat, tahukah kalian kisah Zainab Al Husni? Dia ditangkap dan ingin diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi dia melawan. Lantas dia dibunuh dan badannya dikerat 4. Mayatnya dimasukkan ke dalam plastik kemudian dicampak di hadapan ahli keluarganya.

Serius ini sangat kejam.

            Wanita-wanita di sana, dirogol di hadapan keluarga. Kemudian digari dan dibunuh. Aku terasa gerun. Aku wanita sahabatku. Tolonglah, aku dapat merasai ketakutan mereka. Aku seakan mendengar jeritan mereka, mempertahankan maruah seorang wanita.

Tolonglah sahabat, cakna isu Syria.

Selebihnya bacalah di sini, tanganku sudah tidak  mampu meneruskan. Sedih Ya Allah.

*****

                Serius, tangan ini ketar. Sudah tidak boleh untuk terus menulis. Biarlah gambar-gambar di bawah ini sahaja, menyatakan erti sebenar, apa yang berlaku di Syria.


Korban di Lattakia, Syiria pada 28-1-2012. Bayi ini terbunuh bersama 3 bayi yang lain. Mereka sengaja ditembak oleh samseng Bashar Al-Asad dengan memanjat bumbung rumah ibu bapa mereka dan melepaskan tembakan ke arah bayi-bayi ini.


Korban Homs, Syiria pada 8-2-2012.


Korban Homs, Syiria pada 9-2-2012.


Korban Homs, Syiria pada 9-2-2012 akibat dibedil dengan helikoptar dan roket Bashar Al-Asad.


Korban Homs, Syiria


Korban Homs, Syiria


 *****


 Tahukah kalian PBB terhalang untuk menghantar tentera ke Syria, kerana China dan Russia menggunakan kuasa Veto mereka, sebagai sebuah kuasa besar, menghalang semua ini. Bangkitlah umat Islamku! Mahukah kalian melihat seluruh umat Islam Sunni terhapus?

Baca di sini. Geram Ya Allah. Ya Allah. Bantulah umat Islam di sana.


Berita-berita mengenai isu Syria hakikatnya disekat. Setelah setahun berlalu, baru hari ini kita lihat kekejaman mereka. Namun begitu, seluruh dunia masih belum tahu hakikatnya. Malaysia sendiri tidak cakna dengan isu ini. Tidak ditontonkan bagaimana pembunuhan umat Islam Syria pada seluruh rakyat Malaysia. 

Kalian cakna bukan?

            'Search'lah di internet. Dunia di hujung jari. Jangan buang masa sahaja. Ayuh jadi muslim cakna!


*****

 Kurang ajar Basyar!

Kawan-kawan, tahu tak. Tentera Basyar..mereka heret budak-budak perempuan. Mereka rogol budak-budak perempuan tu beramai-ramai. Diorang pukul budak perempuan itu sampai mati. Diorang ambik pisau, diorang kerat.


Ya Allah..sakit :'( Lepas kerat diorang masukkan dalam plastik dan baling depan rumah. Di dada perempuan yang dibunuh diorang akan toreh dan tulis..


"Tiada Tuhan selain Basyar.."


Kurang ajar! Sungguh kurang ajar :'(


Kenapa dunia masih belum sedar semua ini. Kenapa wahai dunia? Kenapa!

*****



Dunia,

Kenapa hari ini kita sibuk berpecah di pentas politik hingga kita abaikan isu ummah? Dunia, tolong bezakan.. politik dan juga isu ummah.. Kamu mahu berpecah di atas medan politik silakan, tapi jangan biarkan isu ummah, isu aqidah kita turut berpecah. Tolonglah jangan.

Kita alpa kawan-kawan. Kita tidak cakna. Kita fikir hidup kita. Kita bebas ke sana-sini. Kita buat maksiat. Kita buat dosa. Tapi kita lupa ada jasad yang tidak sempat berbuat semua itu, hidup mereka berjuang. Mereka tidak ada jalan lain, melainkan memilih jihad fisabilillah.

Bukalah mata kita melihat dunia...


Jom sama-sama kita doakan Tentera Bebas Syria. Tentera Bebas Syria merupakan pasukan tentera yang terdiri daripada pimpinan dan juga tentera yang berpaling tadah daripada rejim Syria dan menyokong kebangkitan rakyat.

Sehingga kini, mereka merupakan tentera yang bertanggungjawab memelihara rakyat Syria daripada kekejaman rejim Basyar dan sekutunya. Mereka juga bertanggungjawab memelihara Syria daripada kerakusan rejim Basyar yang kelihatan semakin hari semakin kejam.

Walaupun Tentera Bebas Syria serba kekurangan dari sudut persenjataan, namun semangat jihad mereka jelas menggerunkan pihak rejim.

Teruskan berdoa untuk mereka agar doa kita menjadi pembantu kepada mereka berjihad dan berjuang menghadapi rejim Basyar yang begitu zalim.

Moga kemenangan menjadi milik rakyat Syria. Insya-Allah..




# Doakan juga buat saudara kita di Palestin dan Mynmar.Ayuh cakna!


Thursday 9 August 2012

"O Allah!You are most forgiving,you love to forgive,so forgive me."

Bismillahirrahmanirrahim.


^_^ ~



duaoftheday:

O Allah, on this day, place me among those who seek forgiveness. Place me among Your righteous and obedient servants, and place me among Your close friends, by Your kindness, O the most Merciful.
 





    







Forgive me...  = '(

✿Hey! tundukkan pandangan✿

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum !  ^^





 




“katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan-pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat.Katakanlah kpd wanita-wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” 
(surah an-nur:30-31)



       Sabda Rasulullah SAW mafhumnya


” Jaminlah kalian kepadaku akan 6 perkara ini nescaya aku jamin syurga utk kalian; iaitu bercakap benar dlm percakapan,menunaikan janji,melaksanakan amanah,memelihara kemaluan,menundukkan pandangan, dan menghindari dari menyakiti org lain”
(riwayat Ahmad,Ibn Dunya,Ibn Hibban dan al-hakim)





 -------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesyumulan Islam itu tidak dapat dipertikaikan lagi dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya tidak dipandang sunyi oleh Islam.Bahkan dari segenap aspek turut dititik beratkan kepada penganutnya agar dapat melahirkan hamba Allah yang soleh dan patuh kepadaNya.Di situlah kekuatan agama suci Allah yang mana amat beruntung bagi orang-orang yang memahami keindahan Islam itu.Antara aspek yang dititik beratkan oleh Islam adalah tundukkan pandangan.


Tundukkan pandangan merupakan amalan yang dianggap remeh dan diambil mudah segelintir dari kita.Ia berikutan menundukkan pandangan seolah-olah tidak memberi apa-apa impak kepada diri mahupun masyarakat.Namun,sebagai muslim sejati tundukkan pandangan adalah suatu suruhan Illahi yang tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan diri individu itu sendiri meskipun kesannya tidak kepada masyarakat secara total.


 -------------------------------------------------------------------------------------------------------


 Mata antara anugerah tidak ternilai Allah kepada manusia. Ia merupakan bukti kesempurnaan Yang Maha Agung dan rahmat untuk kita. Justeru menyedari hakikat ini, sewajarnya anugerah itu dipelihara sebaik mungkin agar tidak merosakkan anggota-anggota lain.


Tundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan dan syubhah telah termaktub di dalam al-quran sebagaimana yang disebutkan di awal tadi.Allah SWT mengaitkan perintah tundukkan pandangan dengan pelihara kemaluan seiringan seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa dengan pandangan akan menyebabkan pelbagai perkara buruk terutamanya zina.Dimanakah logiknya? Muslim yg beriman sekali-kali tidak akan mempersoalkan kelogikan suruhan Allah kerana sesuatu yg diperintahkan kepada kita demi kebaikan manusia dan selari dgn fitrah sejagat.


      Suatu hari sahabat Fudhail Ibn Abbas RA telah menjadi peserta yg mengikut  Rasulullah SAW pada hari raya A’iduladha (10 Zulhijjah) dari Muzdalifah ke Mina. Dlm perjalanan sekumpulan wanita yg menaiki sekedup telah memukau pandangan sahabat itu. Lantas beliau melihatnya.Maka serta-merta Rasulullah SAW menolak kepalanya ke arah lain utk menghalang dari melihat ke arah wanita-wanita itu.

(riwayat Bukhari,Muslim&Tarmizi)


      Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan situasi yang mengharuskan pandangan.Antaranya ketika bermuamalah,persaksian,menuntut ilmu,merawat dan pertunangan.Sungguhpun begitu,tidaklah sampai menimbulkan fitnah dan melampaui batas-batas syariat.



 
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------



 10 faedah tundukkan pandangan:

 
1) sebagai salah-satu jalan mensucikan hati

2) menutup pintu-pintu fitnah

3) mengosongkan hati dari kekusutan

4) memudahkan ilmu sampai ke hati

5) mewariskan kemahiran dan kebijaksaan serta cahaya penglihatan

6) Allah menggantikan tundukkan pandangan dgn nur penglihatan hakiki

7) mewariskan kekuatan, istiqomah dan keberanian di hati

8) mewariskan kegembiraan dan kesenangan di hati melebihi dari kelazatan pandangan.

9) meleraikan ikatan syahwat, hawa nafsu dan kelalaian yg terbuku di hati

10) menutup salah-satu pintu neraka.



 -------------------------------------------------------------------------------------------------------




 -------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun yang menghindarkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan yang akan ia temui manisnya di dalam hati,"

(HR Al-Hakim)

Kata Ibnu Abbas, syaitan berada di tiga tempat di dalam diri seseorang lelaki, pada pandangan, hati dan ingatan. Manakala bagi wanita pula, ada pada lirikan matanya, hati dan kelemahannya.

Hati marahkan mata, "Jangan pandang lah!"
Mata salahkan hati, "Eh, engkau yang buat aku rasa nak pandang!"

Tragik..

Memang fitrah, kita suka pada perkara yang cantik,comel dan bla bla bla. tapi..itu bukan bermaksud mata kita boleh melilau-lilau sesuka hati kan?
Kaum Adam terutamanya, kadangkala pandangannya dari hujung ke hujung, atas ke bawah..
"oii..pandang ape ha?!"
(jap, ini bukan perasan cantik atau comel)

tapi memang kalau ditanya kepada mana-mana perempuan mesti pernah rasa dipandang macam tu.
takut kan? rasa macam nak lari je time tu. 

"Sya..hati-hati la kalau berjalan dekat kawasan yang ada lelaki ni. Diaorang ni pandang boleh tembus pakaian," kata seorang kawan.
Waa...nak pengsan dengar!

Jadinya wahai kaum Hawa..
Jangan benarkan dirimu dimurahkan sesuka hati
Jika 'dirimu begitu berharga' maka labuhkanlah pakaianmu dengan seadanya
Kita berusaha memelihara, mereka juga berusaha menjaga..

Sampaikan tentang ini kepada lelaki-lelaki yang beriman..

" Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" ( 24:30 )

Dan pesan ini bukan hanya kepada kaum Adam, tetapi kepada saya dan anda juga wahai Hawa..
pesan yang sama dari Allah buat kita pada ayat yang seterusnya
Baiknya Allah..terperinci sekali pesanannya..

Rumusannya mudah , Allah sudah siap memberikan jawapan..

"..yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu..." (33:59)

Islam itu tidak hanya hadir dengan solusi
tapi berusaha mencegah dari punca yang datang dari akar umbi

Menundukkan pandangan itu solusi buat masalah hati
Supaya hati lebih terpelihara kesuciannya
Soal hati ini memang susah kan?
"Kita tak hendak tapi ia datang dengan sendiri.."
"I didn't mean it!"
Haih, jangan mudah memberi alasan, kita ini yang sebenarnya tidak menjaga..

Pandangan itu pun bukan hanya setakat pada mata
Saya tetap rasa HATI adalah tempat yang paling utama
selagi hati tak settle, anggota yang lain juga akan turut bermasalah
Nabi kata, hati itukan umpama raja?

Tundukkanlah pandangan hati ..
Mungkin tidak nampak dek pandangan mata,
Tapi hati sedang tercalar luka
Mungkin juga saat kita bergelak ketawa, hati kita sebenarnya sedang menderita sakit
Iman tercarik-carik tanpa kita sedar..

Tundukkanlah pandangan mata..
itu lebih baik untuk hati kita..
saya dan anda..

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Moga Allah mengampuni
Pada pandangan yang tidak terjaga
pada hati yang tidak terhijab..

Syukran jazeelan,jazakallahu khair  ~  ^^  ~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers