Tuesday 8 March 2011

Kejadian Kita menurut Al-Quran

http://www.gameswithbaby.com/images/asianbaby_med.jpg

PERINGKAT SATU

NUTFAH
Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
*nutfah* ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.

PERINGKAT KEDUA
ALAQAH ,Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di alam rahim.

PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH,Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain.

Jantung bayi pula mula berdengup.

PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM,Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14
Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot.

Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR
pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH
Iaitu peringkat peniupan roh.

peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.

Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

TERFIKIRKAH AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?
SubhanALLAH!ALLAHuakbar!

Wassalam,

Nur Farhana



No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers