Wednesday 13 February 2013

ini ceritera aurat...cliché?

Assalamualaikum!







ini isu 'hangat',aku rasa..dah banyak,bahkan dah terlalu banyak isu ni diutarakan di mana-mana jua pelosok alam maya ni.aku percaya.tapi...sejauh mana mereka-mereka-dan-mereka-itu ambil iktibar(pengajaran)???aku tertanya-tanya..sebab benda ni semua orang tau kot,even dalam silibus Pendidikan Agama Islam pun ada.pelik.entah la macam mana lagi nak sedarkan 'mereka' itu.sedar tak sedar,para da'ie(pendakwah) tak pernah jemu dan lelah ulang dan ulang tentang isu yang sama.hampa tak kesian ka?paling tak pun,kesian la kat diri hampa tu sendiri..kenapa hampa pilih jalan yang di mana awak sendiri sedar Allah murka.Bilamana Allah murka,macam mana nak dapatkan keredhoanNya????


cer fikir balik ye. . .


kekadang aku pun terfikir juga lah kenapa 'mereka' itu susah sangat nak ikut perintah Allah untuk bab menutup aurat ini even lelaki pun.mungkin juga family dia orang tak kata apa..atau ada masalah peribadi?eh!eh!benda ni sensitif?maaf..ana perlu juga bersuara di "sini",sebab ana tak pernah buat entri tentang ni rasanya..dah lama nak buat entri pasal ni,tapi setiap kali tengok web,blog,tumblr yang dah pun bagi "nasihat" tentang isu ni,terasa tak jadi buat entri pasal aurat.tapi........bila fikir balik,kalau di akhirat nanti,Allah tanya "Pernah tak tegur orang yang tak tutup aurat?".apa aku nak jawab? ha!






dulu,aku pun tak tau kata yang kaki tu pun aurat.sebab majoritinya muslimah yang aku jumpa di luar rumah yang rata-ratanya bertudung litup tapi kaki tak tutup.jadi aku dah rasa familiar dengan keadaan tu.Tapi,sebenaqnya,aku silap besaq!dan...sekarang ni aku dah selesa dengan stokin+handsock,dah sebati dah dengan kehidupan seharian aku bila keluar rumah macam tu.Sampaikan tahap..kalau aku tak pakai stokin,aku rasa macam tak pakai tudung.dan rasa sangat ganjil kalau meng-'amin'kan doa dengan tak pakai tudung(situasi ni pernah berlaku di hostel KMPP,yang akan ada bacaan doa sblm tidur).aku terfikir,betapa "tabah"nya 'mereka' hadapi kehidupan sehari-harian 'mereka' dengan tidak menutup aurat.sebenarnya,bila kita nak buat sesuatu tu..kadang2 kita mesti,wajib "paksa" diri kita untuk buat sesuatu.



comel apa berstokin !  :)




Analoginya...kalau cikgu ada bagi kerja sekolah yang perlu dihantar pada keesokkan harinya juga.mestilah lepas balik sekolah tu,kita akan "paksa" diri kita ni untuk siapkan kerja sekolah tu juga..ye tak?kalau tak......kita sendiri pun tahu akibatnya kan?kalau tak kena denda berdiri dalam kelas sampai habis waktu cikgu tu mengajar,tak pun kena rotan "kuasa berpadu",tak pun kena lah something yang kita tak suka disuruh oleh cikgu tu..sapa suka kena rotan?buat malu ja..kawan tengok,sakit pun dapat.okeyh!panjang pulak analogi ni..dapat tak gambaran sikit-sikit tu???


macam ni sebenarnya...analogi tu nak menerangkan yang kalau nak tutup aurat ni kadang2 kita kena "paksa" diri kita untuk tutup aurat juga..meskipun teersangatlah payah dan twilight dgn kehidupan kita yg sebelum ni.lama2 bila dah terbiasa dengan apa yang kita terpaksa buat tu,InsyaAllah..kita akan rela.sikit2 dulu menapak,tak pa..asalkan istiqamah(berterusan)..berdasarkan analogi perenggan di atas tu juga nak bagi tahu yang kalau dah kita tak ikut perintah Allah,mestilah akan ada balasan daripadaNya di akhirat nanti(azab) sebagai balasan perilaku kita di dunia ni.jadi,mana satu kita nak pilih?nak Allah suka....atau Allah murka?tepuk dada,tanya iman..aku pasti korang lagi pandai bab ni,cuma tak nak menunjuk ja..dah tu,tunggu apa lagi,jom la tutup aurat.Moga Allah permudahkan ya..biaq la kita "di sana" nanti bertemu semula dengan Allah dalam suasana yang indah,Allah redho.


kemain lagi aku berceloteh kat sini,tapi kat luaq..jadi bisu.Actually,aku ada sahabat yang tak tutup aurat yang satu kelas dengan aku.Tapi,dayusnya aku rasa diri aku ni sebab aku tak pernah tegur dia tentang aurat.aku sedih.Ustazah aku pernah bagi tahu masa kat Kolej dulu,kalau kawan kita tu buat sesuatu yang Allah larang,maka tegurlah dia..at least tegur 3 kali..dah lepas 3 kali tu kalau dia tak mau ikut juga..doakan dia.Sebab hati tu Allah yang pegang..moga dia akan berubah suatu hari nanti.sekurang-kurangnya kita dah tegur 3 kali,lepas dari azab,bila ditanya tentang peranan kita sebagai sahabatnya.


Dulu masa zaman matrik,ada 2 orang muslimah yang aku teringin sangat nak tengok depa bertudung,aku selalu usyar2 depa..tak berani nak tegur.tengok peribadi depa,depa baik sebenarnya..ada juga bertegur sapa hai hai gitu..tapi tak ada kekuatan nak tegur direct.jadi,aku cuma doa dengan lintasan dalam hati.serius!aku teringin nak tengok depa pakai tudung.dan...akhirnya!Alhamdulillah...Allah kabulkan doa aku yang tak seberapa tu,kedua-dua mereka dibukakan pintu hati untuk bertudung.aku rasa gembira sangat-sangat masa tu!senyum sorang2.padahal..depa tak kenal aku pun.bila berselisih,aku cuma "sedekah senyum" saja.aku gembira sangat sebenarnya.aku ni agak pendiam dengan orang yang aku tak pernah mesra alam ni.


Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” 

--- (Riwayat Oleh Muslim).


Hadis di atas ni famous!yakni,aku yakin semua orang pernah dengar/baca..tapi sejauh mana teori yang kita faham dan belajar tu nak di aplikasikan dalam kehidupan kita?

sampai bila kita nak pilih yang selemah lemah iman tu? --yakni mengubah dengan hati.

dan nak berdakwah ni juga kena ada cara-caranya yang praktikal dengan mad'u(orang tu) dan keadaan dia..bukan main hentam ja nak debik dia.kalau macam tu tak jadi la..



"Rasulullah menyampaikan dakwah kepada penduduk-penduduk Makah dengan cara percakapan yang baik, sopan santun, tidak pernah menipu dan sebagainya, Rasulullah juga dikenali dengan akhlak yang baik sehingga dakwah Nabi dapat diterima oleh sesetengah masyarakat Mekah ketika itu."

-- see...Rasulullah pun berdakwah secara sopan santun,jangan pula kita nak over sound direct dekat dia bila berdepan,malu dia(jika di khalayak ramai) dan dia pun boleh fobia dengan pendakwah yang nak dekati dia.










"well it's easier said than done."I Know..but,thats it!when "the bell rings" who can denay??
make u-turn,its hard to enter "Jannah".

 

Tips kekal Menutup Aurat :


  1. Khilaf atas kejahilan lampau - digalakkan melakukan solat taubat terlebih dahulu.
  2. Mendekatkan diri dengan kawan-kawan yang soleh/solehah.
  3. Jangan putus asa dengan tomahan dan cacian sekeliling. "anggap mereka jelezz je, kayy?"
  4. Pergi usrah, halaqah, majlis ta'lim (darul murtaza), ceramah agama dan kaunseling dengan ustaz/ustazah.
  5. Dekatkan diri dengan rumah Allah.
  6. Elakkan berkawan dengan member yang suka bersosial tanpa batasan.
  7. Baca dan hayati "surat cinta" (al-Quran)
  8. Kekalkan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
  9. Pastikan tudung/selendang dilabuhkan hingga bawah dada.
  10. Baju tak boleh ketat ikut badan (lelaki suka usha)
  11. Jangan jarang (lelaki susah nak kawal nafsu)
  12. Pastikan juga sahabat memakai seluar sukan/kain dalam jika kain jarang.
  13. Mesti pakai stokin dan arm-sock.
                           "Keep istiqomah, panas di dunia tak apa jangan panas di neraka."


  Jangan menjauhi atau benci bila orang tak terima teguran kita. Tugas kita cuma menyampaikan kebenaran, tapi hatinya milik Allah.





p/s : moga aku kuat untuk tegur 'dia'.InsyaAllah...   :)




Monday 4 February 2013

too fast







" 지 나온 시간들 너무도 빨리 가버렸어 "


MashaAllah..







Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers