Sunday, 20 March 2011

Indahnya MUSLIMAH bertudung labuh ^_^

http://shadiqahmujahidah.files.wordpress.com/2010/07/4566594259aa16d0dc9copyim8.jpg

Bismillahirrahmanirrahim.

Saat qalbu merungkai bicara yang tersingkap di dalam sangkar, mulut terkunci menghurai bicara tabir, jari jemari menari-nari di atas papan kekunci cuba untuk menyigkap rasa ini,mata meliar mencari solusi bicara hati,nur suria terlindung di balik kepulan awan kolumbus yang semakin pucat zahirnya,lalu...terbitlah titik2 jernih dari kepulan awan suram itu,permata jernih itu turun membasahi tanah bumi duniawi yang gersang,menyuburkan tanaman,hidupan dan menyegarkan qalbu musafir dunia ini seperti ana,awan kolumbus yang tadinya suram itu kembali galak beransur-ansur menerbitkan bau warna suci, lalu memberikan kesempatan buat nur suria menerangi alam duniawi,tiba2 sang pelangi ceria menyelusuri awanan putih kebiruan merentasi nur suria itu,SubhanAllah lafaz ditabir bibir dizahirkan,sungguh indah ciptaan Ilahi,Kegusaran yang tadinya membelenggu naluri membuahkan hasil yang warna warni di sulami dedaun kayu berzikir memuji Ilahi.

Kitaran itu berulang lagi sehingga dunia memejamkan mata,sehingga pepohon diam membisu,sehingga musafir dunia tiada nyata.

Begitu juga qalbu ini,

saat gusar pasti akan membelenggu

saat ceria pasti akan menyinari

Maaf ya,berpuisi entah apa-apa ^^

TAPI...(diam membisu seketika)
Telah lama hati ini ingin merungkai gusar awan kolumbus yang terpendam dalam hati,
namun tak punya kekuatan diri.

Akhirnya,titik-titik jernih itu membasahi pipi dan didalam hati hanya mampu berdoa padamu Ya Rabbi.

Adakah ana membuat kan anda tertanya-tanya??hehehe...maaf sekali lagi =D

Sebenarnya ana sudah lama terpaut pada dia,
indah sekali memandang,
ingin sekali mencuba,
Ana jatuh cinta denganmu tudung labuh dan niqab(masih waras ya!)

(^_~)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJU37wxHfo5wFfxYRxnXBXWmHTM_r5Ef1GUKQpiuNP0lupWQPRjEAMnKZZAjby4ZNR2gf7-Umkg7ME9-IR793N5vBqbKwZFZkFmmbKeC6evngDPo28ZZ2Fs3Cm2lvoDO9qJhPhL9vyB_U/s400/muslimah+n+niqab.jpg

Sekian lama,hati memendam rasa yang membuak-buak bagai gunung berapi yang hanya menghitung saat untuk meletus!Duuuuuuuuuuusssssssssshhhhhhhhhhhhh.....~

Ana membuat keputusan untuk merungkai sulaman gusar dalam hati ini buatmu ummi.
ummi...ana teringin sangat bertudung labuh dan berniqab.
ummi...benar,hati ini benar2 tulus
ingin bertudung labuh dan berniqab

Ana akui,
ana hanya musafir dunia yang biasa,
mencari sinar mardhatillah ilahi,
mengecapi redha ilahi,

ana hanya bersekolah di sekolah harian biasa bukan sekolah agama.
ana juga bergaul dalam persahabatan.
Namun ana masih waras dalam mengenal hukum garis syariat,
ana hanya ingin lebih mendekati mu Ya Allah
Ya benar,bukan dengan hanya bertudung labuh dan berniqab dapat mendekati ilahi
Namun ana ingin berhijrah ke arah yang lebih baik dan ana selesa dengannya
salahkah?

Setelah mata bertentang dengan ummi menutur bicara rahsia terpendam ini
ummi lebih memilih memberikan ana "lampu merah"
ana sangat mengharapkan "lampu hijau" itu dari ummi.
{ni bukan siri merebut lampu trafic light ya..!~} ;)

bertudung labuh menjadi persoalan tergantung,inikan pula berniqab?
ana akur pertama kalinya,
Namun hati tetap berperang berjihad
untuk bertudung labuh dan berniqab

Ummi memberikan alasan ilmu agama tidak cukup,akhlak itu ini,nanti nak belajar macam mana,kerja lagi dan ...

Ana akur dan ana akui mengenainya,ana tidak miliki ilmu agama yang gred A++
Jika itu yang ummi persoalkan ana faham
ana akan cuba memenuhi kretiria itu ummi,
InsyaAllah...

ingat tak lagi ummi,
semasa kita berjalan bersama di Terengganu,ana cuba memujuk ummi dan meminta ummi menemani ana untuk ke satu kedai yang menjual tudung labuh itu.
Ummi sudi menemani ana,hati ana berbunga indah
setelah sampai di kedai itu,ummi membelek kain itu.
ummi kata kain itu hangat(panas) nanti bila pakai.
lalu...kami berpaling untuk pulang ke hotel penginapan.
tak jadi beli,
ana sabar menanti saat indah itu

ketika berjalan-jalan di Kuala Lumpur,
ana mengajak ummi untuk ke kedai kain untuk membeli membuat tudung labuh,
namun...hajat itu tidak juga kesampaian.
ana akur...

Ummi...tahu tak yang ana masih menanti hari itu,
Ummi...terima kasih kerana sudi juga memberikan kebenaran untuk ana bertudung labuh
meskipun kebenaran ummi masih samar




Harapan ana,semasa melanjutkan pelajaran di IPT nanti
ana akan bertudung labuh.
niqab?InsyaAllah...akan menyusur
Mohon Doanya ya..^^

Moga bertambah lagi kecintaan serta kasih sayangku pada Allah SWT
Rasulullah SAW
Ummi dan abi

ana masih ingat semasa hati menimbulkan rasa untuk bertudung labuh dan berniqab
dan di saat itu lah
ramai muslimah yang bertudung labuh dan berniqab yang ana jumpa
di mana sahaja
bahkan yang melintasi di hadapan rumah ana

adakah ini hidayah dari Allah?
hidayah itu milik Allah
Moga Allah mempermudahkan lagi hajat ana ini
AMIN...

Untuk melakukan kebaikkan itu pasti ada halangan dan cabaran.
^_^

Biar pelangi itu membiaskan cahaya nya,
biar awan kolumbus itu menagih keindahannya,
biar permata jernih itu membebaskan dirinya,
biar suria itu menyinari lembaran qalbu,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzJdYQ9J3Mg1oJohflcw9iIUNdMH7Qw6TXQTTZtfLcNS-3Wwz1Oo3NTXBv5YOiAQi6kUXiC1J-_Xl2-4oyuxuI4uFGtrVluMatpAbBgG-kw9ch3_-nr9QKzKOOK9sXLY6vfpq1PAHDYzs/s220/niqab.png

6 comments:

farhana said...

assalamualaikum..rasanya boleh kan kalau ana bahasakan diri ana,akak memandangkan adik pun baru nak menginjak ke dunia IPT..sungguh,tersentuh pabila baca entry adik yang ini,,ditambah pula dengan sayu2 irama lagu sedih menemani,,
adik,insyAllah,akak yakin dan pasti,adik pasti akan dapat jugak green light itu satu hari nanti,,kalau adik betul2 bersungguh dan tekad dengan keputusan yang adik buat.."jika kamu bantu agama Allah,Allah pasti membantumu"
Allah takkan mungkir janji dik,,kuatkan juga berdoa semoga dilembutkan hati ummi adik untuk membenarkannya dengan rela hati,,insyaAllah akak turut mendoakannya,,semoga tertunai hasrat itu satu hari nanti:)

Nur Farhana said...

Wa'alaikumussalam...
aiwa,boleh saja ^^
syukran ya akak sbb sudi baca blog ana yg tak seberapa ini.
malu juga ada yg sudi membaca bingkisan qalbu ana.

InsyaAllah,ana mengharapkn sama.
Syukran ya sbb mendoakan ana. =)

ya..InsyaAllah,suatu hari nanti ;)

AFIQFAKHRI said...

amiin insyaAllah.. hari itu akan tiba juga.yakin saja ya.

Ukhti Hana said...

Alhamdulillah...
Ummi ana sudah menempah bbrpa helai tudung labuh ^_^

InsyaAllah,di IPT nanti ana istiqamah,kerana ana dengar byk dugaan bg seseorg yg ingin berubah kearah kebaikkan itu..

Moga Allah memberikan kekuatan.

Jazakallah Sir Dr.Afiq

. NURILLAHEE . said...

Salam 'alak ya ukhti ...

alhamdulillah , enti dipilih oleh Allah utk diberi kesedaran & keinginana itu ...

Akk juga spt itu bbrapa tahun yg lalu , tp alhamdulillah ,hgga saat ini xputus2 akk brsyukur kpd Allah krn Dia permudahkan sgalanya .

prtama kali ingin bertudung labuh ,mmg terus dpt greenlight.bila dinyatakan hasrat berniqab ,mulanya ditntang , tp kali pertama berniqab di dpn mak ayh , alhamdulillah , mereka terima dgn hati terbuka ^_^

percayalah, stiap prkara atau amalan baik yg ingin dilakukan , Allah akn mnguji sama ada sblum atau slpsnya .jd bersedia & bersabarlah , insyaAllah akn ada kemanisan di penghujungnya ...

klau enti adapersoalan atau apa2 yg ingin dikkongsi , jemputlah ke blogakk . insyaAllah akk akn cuba bntu sebolehnya . ^_^

Allahua'lam.

Ummu Ukasyah said...

Alhamdulillah..

semoga ukhti tabah menghadapi apa-apa cabaran.

Berniqab memang banyak cabaran. Ana sendiri mula-mula dulu mendapat tentang dari semua pihak.

Tapi alhamdulillah, ana buat kerana Allah. Ana abaikan kata-kata negatif kerana bagi ana maafkan mereka.

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers