Friday 8 April 2011

Perhatikan Sejadah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlIRdm8qXd9P3m0Zl4RDivlOrJr0QJrM-rO3XMlxDtDk6b5M0GkcdQRosnV6V5fjjhMTY5jZFd3bJ0twa82Cr3aAZturaldx8TXMJiAoKJIjyE4lQVDl5T-EnWRez6TKZ0wy_bnXtLFMA/s400/freemason.jpg

Freemason

Artikel ini juga telah dipetik dari 'efairy-holywar' dan beberapa rangkaian blog lain yang pernah ditutup oleh pihak tertentu kerana memdedahkan rahsia sulit 'The Elite'.Walau bagaimanapun pendedahan ini akan terus dibuat demi menyelamatkan kesucian dan maruah Agama Islam.Mungkin ramai yang telah mengetahui perkara ini.Namun sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu!!.Ini sangat penting demi memelihara akidah anda.

Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.Apa yang menariknya disini?
Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :

Master Carpet Freemason1
Freemason - Mater Carpet

Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;

1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.

Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.Sila perhatikan betul-betul.


Sejadah dengan 3 ciri freemason ; checkered floor,bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)


Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.


Berikut adalah contoh sejadah yang mempunyai 3 ciri freemason iaitu (GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz.


Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye (mata) dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.

Lodge Freemason
Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.

Lodge Freemason (zoom in)
sekali lagi bandingkan dengan sejadah dibawah


Sejadah yang terdapat 3 ciri2 freemason iaitu : GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz

inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar.Mereka akan mnjadikan KITA SESAT DALAM KEADAAN BERIMAN .Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam)."
Al-Baqarah 109..


Saya akan menghuraikan beberapa istilah diatas yang berkemungkinan mengelirukan anda :

1) Freemason

- Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

2) Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor

- Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

3) Bulan dan Bintang

- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

4) All seeing eye

- Simbolik/propoganda "The Hidden Hand/Dajjal" seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.


“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).

WALLAHUALAM

Sumber : 'Efairy-Holywar'
Dari blog:BICARA TANPA SUARA (http://setanggi-permata.blogspot.com)

Copy n paste by:Nur Farhana ^^

6 comments:

CikAizA said...

Ya ALLAH... apa nak jadi lah... takutnya.. nanti ana check sejadah di rumah...

Ukhti Hana said...

kalau boleh tolong sebarkan kepada muslimin muslimat yang lain juga.

Jazakallah..

.::: mr IQ :::. said...

assalamualaikum,
bagi pendapat sy yg kurang ilmu ni,
jahilliyah yg terdidik dalam diri kita ni bukan secara simbolik2. tapi ia adalah secara halus melalui fikiran dan hiburan.

tak salah kalau membongkar perkara ini, namun perlu disedari simbol itu tidak memberi apa makna pun bagi kita.

Ukhti Hana said...

Wa'alaikumussalam wbt.
ya secara halus yg di suntik juga secara halus dan diam penuh perancangan dan ketelitian oleh yahudi laknatullah.

saya juga kurang ilmu,
pendpt saya berbeda,simbol2 spt itu lah yg membwa kita secara halus ke mazmumah.

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).

WALLAHUALAM

.::: mr IQ :::. said...

(pendapat saya yg kurang ilmu lagi)

Ok, sememangnya kalau ia menyerupai sesuatu kaum, maka sememangnya saya setuju dgn saudari.

Namun apa yg sy tahu org yahudi tidak sembahyang pakai sejadah. Kita pakai sejadah. Simbol yg ada pada sejadah itu, jika kita solat, adakah ia tidak sah solat? Sedangkan kita lihat sejadah itu kita tidak membayang apa2.

Untuk apa kita nak hirau pasal sejadah, sedangkan masih ramai lagi manusia yg tidak bersolah?

Ia bukan masalah simbol, ia masalah iman. Simbol tidak memain peranan dlm soal keimanan kita. Islam tidak ada simbol atau logo. Geometri itu sendiri bukannya simbol islam. Betul tak?

(sekadar perkongsian pendapat, maaf sebab panjang sangat, huhu. Kat bwh ni saya sediakan link yg elok utk dibaca)

http://me.leokid.my/langit-ilahi-illuminati
http://me.leokid.my/berdakwah-dengan-perspektif-yang-betul

semoga bermanfaat :)

Ukhti Hana said...

Astaghfirullahhalazim...

maaf,ana khilaf.
ya ana setuju dgn pendapat drp akhi.

Alhamdulillah perkongsian pendapat drp akhi membuka mata ana,tak kisah la panjang pun ^_^

Jazakallah atas perkongsian ini.

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers