Friday, 1 April 2011

Novel MARIA ~ Emine Syenlikoglu

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt. ^^


Pernah baca Novel Maria hasil nukilan Emine Syenlikoglu?
Untuk entry kali ini,ana ingin berkongsi mengenai Novel Maria ini.

Novel:MARIA
Pergelutan tiga penjuru Islam-Ateis-Kristian

Penulis:Emine Syenlikoglu

Penterjemah:Mohd Rofizi Dollah
http://2.bp.blogspot.com/_0nNZyBVoU-A/TIcQaRKf4VI/AAAAAAAABXc/z69tKo0HThI/s1600/Maria-320x535.jpg


Biodata Penulis:

http://www.helali.net/salma/images/EmineSenlikoglu.jpg.jpg
Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu,penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul.Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki.Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985.Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusasteraan antarabangsa.Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya.Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar,Fakulti Usuluddin.

Sinopsis:
Maria adalah gadis Jerman bermazhab Katolik.Mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu,sedangkan ayahnya seorang ateis.Namun,kehendak Allah mengatasi segalanya.Pertemuannya dengan pemuda Mesir membuka episod pergelutan tiga penjuru,Islam-Kristian-Ateis.

Abdul Wahab, pemuda Mesir yang belajar di Jerman berjaya menarik Maria ke jalan Allah akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya,Salwa.Pada saat itu juga,Maria memutuskan hubungan kasihnya dengan pemuda Turki bernama Muhammad yang sudah hilang pegangan Islamnya.Hubungan antara Abdul Wahab dan Maria diuji apabila Abdul Wahab mendapat berita Salwa sebenarnya masih hidup.Maria terperangkap antara cinta dan pengorbanan di samping tekanan daripada ibu dan adiknya.

Mampukah Maria terus berdiri atas niat murni demi Islam yang dianutinya tanpa Abdul Wahab di sisi?
Mampukah dia terus hidup dalam mengharungi kemelut akidah dan tekanan keluarganya?


CORETAN PENULIS

Wahai pemuda dan pemudi seperti Henz
dan Mary,tampillah kalian semua!

Wahai gadis Inggeris,Perancis atau Jerman,kamu...
Setiap kali kamu laungkan kebebasan dunia
bagaikan tercekik!
Bergegar bagaikan mesin
Nyawa-nyawa ingin jadikan manusia mulia
Sayangnya,dosa menjadi penghalang

Wahai manusia...
Arab atau Turki kalian
penderhaka atau yang bergelumang
dengan noda dan dosa

Ingatlah,Allah sahaja yang berhak kalian
sembah!
Hancurkanlah semua berhala
Kenalilah Islam pelajari dan ketahuilah ia
Kalian tidak akan dapat lari dari Allah
Kepadanya kesudahan kalian
Lihatlah kebatilan di sekeliling
Inikah yang dinamakan kehidupan insani?
Jika itulah kehidupan insani
Di mana agaknya alam yang dikatakan
bercorak kehidupan kebinatangan?

Emine Uzqan Syenlik oglu
Istanbul
1 September 1992


p/s:ana sendiri belum habis membaca novel ini =D
P/S:RM18.00 PTS ISLAMIKA Sdn Bhd.

5 comments:

N.A.M.N said...

mesti best novel ne kan??
bru nak baca.. =P

Nur Farhana said...

InsyaAllah..best.ianya mengenai perbalahan antara agama islam,kristian dan aties. ^_^

Selamat membaca dan mengambil iktibar daripada nya.

summayyahromli2687@gmail.com said...

novel nie dah lama..tapi dia dibukan semula.. novel pertama thun 99.... novel ini banyak menyedarkan dan menginsafkan

Syuhada Sharif said...

saya pun ade baca buku ni...memang best dan jalan cerita sgt bagus..sesuai untuk remaja sekarang..

Fathi Ridhuan said...

subhanallah, indahnya Islam...

terbaik!!!