Thursday, 7 April 2011

Sahabat ilmiah baharu

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ceria ^^

Alhamdulillah bersyukur sangat sebab petang tadi dapat pergi ke PESTA BUKU di Dewan Milenium,Kepala Batas,Pulau Pinang.Meskipun sekali ana tak pernah ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur.Ini sudah cukup memadai ^_^

Bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan negeri Pulau Pinang boleh la pergi ke Pesta Buku ini,InsyaAllah masih sempat…

Pesta Buku Pulau Pinang 2011

Tarikh : 4 April – 10 April 2011

Tempat : Dewan Milenium,

Kepala Batas,Pulau Pinang.

Alang-alang dah sampai kat situ,apa lagi?ana pun tawaf la berkali-kali dalam dewan tu nak cari buku-buku yang terpikat di hati =)

Petang tadi,emmm…tak ramai sangat la,jadi lebih mudah nak tawaf2 ni ^^

Setelah puas tawaf sambil belek2(tengok2) buku-buku,yang mana berkenan di hati terus capai.*tengok harga*baca synopsis*menarik???*

Alhamdulillah setelah tawaf 2,3 kali dapat la 4 buah buku yang buat ana terpikat.

Tapi agak terkilan sikit sebab dalam dok tengah tawaf2 tu tak nampak pun buku karya penulis kesayangan ana Fatimah Syarha.(^^) mana dia buku2 ni???

Ke terlepas pandang?

Berminat dengan buku beliau yang berjudul “pemilik cintaku setelah ALLAH & RASUL”.ni pun sebab sahabat ana yang promote,katanya best!~

InsyaAllah mungkin ada di kedai buku lain.(moga dapat memilikinya nanti ^^)

Antara 4 buah buku pilihan ana {sedang menemani ana smbil update entry ni,dok sebelah laptop tersusun je ;) } ialah:

1~Warkah Cinta Berbau Syurga (A.Ubaidillah Alias)



2~Tiga Kali Seminggu (Dr.Faisal Tehrani)

http://4.bp.blogspot.com/-N-FMeyxZWZE/TZqWDjGhhjI/AAAAAAAABNM/Hkx87RF_pNc/s320/Cover+%2528Front%2529+3+Kali+Seminggu+Draft+04.jpg


3~Rahsia Simbol Yahudi (Penyusun:Ibnuyaacob)

http://1.bp.blogspot.com/_pYfDrIclfiU/TQpFGHS447I/AAAAAAAAAPg/BpjBDYniAN4/S390/Rahsia%2BSimbol%2BYahudi.jpg


4~Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang (Dato’ Dr.Hj.Mohd.Fadzilah Kamsah bersama Rohidzir Rais)

http://4.bp.blogspot.com/_He-b5t4HMfY/TI7_6PKzA9I/AAAAAAAAARU/m5J9XxPBvE4/s1600/ScreenHunter_22+Sep.+14+12.53.gif


p/s 1:Sepatutnya baca buku Warkah Cinta berbau Syurga(beli kemudian) dahulu,tapi ana dah baca Ketika Cinta dan Wahyu Bersatu dahulu(beli dahulu). =)

p/s 2:Ana sempat juga baca2 buku Rahsia Simbol Yahudi,memang menarik! + ilmu ckt.

Ianya membongkar rahsia symbol Freemason,illuminati,Peace,Walt Disney,Nazi,Dollar Amerika,Harry Potter(simbol petir),simbol bintang,nombor 666,& banyak lagi…

p/s 3:Buku Tiga Kali Seminggu memperihalkan seorang ustaz kacak lagi petah yg mengajar kuliah tafsir,tajwid dan fiqah sebanyak tiga kali seminggu di sebuah kampung.Ramai yang tertarik dan terpesona.(ada 15 buah cerita pendek)

p/s 4:Rahsia Cemerlang di IPT merupakan junior(mini) kepada buku tip menjadi pelajar IPT cemerlang.


Sekian,Wassalam ^_^







No comments: