Monday 22 August 2011

Takdirku untuk bermujahadah di sini.

http://www.islam101.com/art/greenbism.gif

"Mengapa mujahadah itu pahit?"

kerana...SYURGA itu MANIS!

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumiNYA juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya, juga kepada sahabat-sahabat baginda serta para anbiya’ yang selalu dirindui…



http://farm2.static.flickr.com/1203/4601312710_5ce5ce00ae_o.jpg


SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akbar!
Sesungguhnya dan sememangnya perancangan Allah itu yang terbaik buat setiap hambaNYA.
Dah lama ana nak cerita di sini mengenai perjalanan hidup ana bergelar sebagai seorang pelajar semula setelah beberapa bulan bergelar penganggur..heh.. ^_~

Banyak dugaan yang ana tempuhi.Alhamdulillah..akhirnya Allah takdirkan ana untuk meneruskan pembelajaran ana di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Sesi 2011/2012.
Siapa sangka?ana sendiri pun tak sangka yang ana akan ditakdirkan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang sains lagi dan kembali untuk menilik periodic table,menulis report,menjalankan eksperimen,bermain-main dengan formula dan nombor.

Kerana ana merancang untuk melanjutkan pelajaran ana dalam bidang selain sains,macam...arkitektur,kejuruteraan atau sastera.Oleh itu,UPU ana meletak sasaran Asasi Seni Bina dan Alam Sekitar(UIAM) sebagai sasaran utama.Sasaran yang seterusnya Matrikulasi pangilan kedua.Sasaran yang seterusnya lagi tingkatan enam.ana tidak terlalu berharap untuk mendapatkan sasaran ke2 ana, yakni meneruskan lagi dalam bidang sains.Jadi...ana masa tu sangat berharap untuk mendapatkan sasaran utama ana UIAM.Tapi...Allah lebih mengetahui yang terbaik buat ana.Allah telah takdirkan sasaran yang ke2 buat ana untuk terus bermujahadah dalam mendapatkan ilmu.Alhamdulillah...

Meskipun ana agak kecewa tak dapat melanjutkan pelajaran di UIAM.ana gembira sebab Allah berikan yang lain buat ana.Ana tahu Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat ana.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

Alhamdulillah...ana rasa bertuah sangat sebab di tempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ni.nak tahu kenapa?teruskan membaca sehingga noktah yang terakhir.InsyaAllah...

Pagi Khamis itu,9 Jun 2011...
bakal bermulanya perjalanan mujahadah buat ana
kembali
bergelar
sebagai
seorang PELAJAR semula!
tergalas
TANGGUNGJAWAB
di bahu ini!

Pagi itu,ingatkan awal lagi sampai di Kolej.Rupa-rupanya dah ramai lagi pelajar panggilan kedua yang berpusu-pusu di Dewan Al-Farabi untk mendaftar.Wah..segak2 n comel semuanya.hehehe..Berbekalkan azam dan semangat untuk berjihad di sini.
Lafaz bismillah didahulukan bermulanya langkah menuju 1matlamat yang sama dengan cara yang berbeza.Terpancar nur di wajah-wajah penyejuk hati menenangkan jiwa,ayah bonda..
melihat anak-anak mereka dengan semangatnya untuk mengalas tangunggjawab ini.
Alhamdulillah...proses pendaftaran berjalan dengan lancar.yeah!dapat kot putih labuh(ala-ala doktor)tapi lengan pendek=(
Rupa-rupanya..ada hikmahNYA,panas pakai kot tu masa nak ber"eksperimen" dalam makmal.Nasib lengan pendek kot putih tu dan baju kurung menutupi aurat.
Di sini semuanya wajib berbaju kurung untuk yang muslim(perempuan sahaja).=.="
sejuk mata memandang. =)

Gambar di bawah ni di ambil dari ihsan google..
gambar menunjukkan dewan Al-Farabi,Pusat Sumber,bangunan Dewan Kuliah,Makmal dan laluan berbumbung di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhim_gGAMnU85qBykB2l6AtwuQx-LyFOiPdzwnz-gl0yhTH8a2pGzp6BXk5I1FUM_ANf_yd11_SuP_A85x-ltdFvOqb60LuoM_60xDj0MJfrDRLt9xFvEhikguD8Q0c7pIY3O4nTW7DEZ2z/s1600/kmpp3.jpg

Di KMPP ini asrama dia dipanggil Kompel.Setiap kompel ni ada nama-nama dia dan ada nombor blok.Blok lelaki BlokC(C1,C2,...).Blok Perempuan A&B(A1,B1,A2,B2,...)A1 ni di belakang sekali dekat dengan padang dan jauh la kalau nak jalan pergi kuliah.Berkorban lah tenaga keringat tu. ^_~ Ana dapat blok tengah dan tingkat 4!hehehe..penat angkut barang-barang masa mula datang sini.Nasib baik ada umi,abi n adik^_^
Setiap hari ulang alik dari tingkat4 ke kuliah.Alah bisa tegal biasa.Alhamdulillah...
Suka dengan budaya di KMPP ni,setiap pagi nak ke kuliah akan ada bacaan doa.Bila masing-masing kelam kabut berjalan ke kuliah,semuanya berhenti dan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca.Ameen...


Dan!waktu malam juga ada bacaan doa dalam pukul 11.00 malam.
Suatu hari,ana agak berlengah-lengah nak pergi kuliah.Tiba-tiba ana dengar siren agak kuat bunyi nya.ana pun tanya la roomate bunyi siren kebakaran ke?dia ketawa..dia kata tu bunyi siren untuk kejutkan pelajar-pelajar yang masih berlayar dalam mimpi.hah..begitu rupanya pun ada. =}

Ana dapat Modul1 pada mulanya.Program di Matrkulasi ini ada 3 jenis Modul.
Modul1 = kimia,biologi,fizik,math,MUET
Modul2 = Kimia,fizik,sains komp,MUET
Modul3 = kimia,biologi,sains komp,MUET

Tapi...ana tukar ke Modul3.Selamat tinggal makmal fizik.
Here i come computer lab!!!hehehe...^_^

Pemandangan kat kolej ni penuh kehijauan dengan pepohon dan daunan yang berzikir indah pada Yang Khalik.Cantik sangat!!! ^_^

Buktinya........
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9wyVbDuLY7kCxygv8aT2wmLsw3YtwlpaEKipmRVW-W3HghB1yIGO5fYQLOD1lxCV_0oJGCErSZEKzx2kwk_Um7SbLD6V_yfMyxpi4U268hrkcHj4Fht2fVlSuethDEU6IkpcLX6Ww9uo/s320/kmpp.jpg
Gambar di atas ni dari bangunan makmal kimia kalau tak silap.Tengok tu..ada tasik comel!>_<

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8nDzHbcjFBZFmXKE1pOubGp9-m0JrWcaRn0yCw_vaFuoQtxEbK1rxHLTQxwLO2hVHxmx3Iba0thKq0IOGdzfhdHW2BqGW7L-yPRpHTmI_xA84OEm-euW2iget-F-Ux9OSbWRQ1CIMkrs/s1600/32068_1448259133026_1429647207_31187920_6173025_n.jpg
Gambar ni pula mungkin diambil dari bangunan makmal biologi ^_~

Eeemmm...apa lagi ana nak cerita ya? =.="
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

=.=" zzZZZ..

owh ya!Kat sini ada Tasik yg lebih besar daripada "tasik comel" kat depan bangunan makmal2 tu semua.
http://lh4.ggpht.com/delang.j/RlbWSQpIcSI/AAAAAAAAAPI/ZaiYhpTYUko/s640/122794540772l.jpg
Tadaaa........ini lah dia tasik tu.Tu wakaf kat tengah tasik.
Dulu,rajin juga riadah dengan sahabat ana.Sejak kebelakangan ini tak sempat nak pergi riadah di situ lagi.Masing-masing sibuk dengan Exam Pertengahan Semester1. =p


Pentad!??
Ketat!???
????

ha...sudah,ape tu?
Budak-budak kat sini buat singkatan pejabat pentadbiran jadi Pentad.
kedai potostat(ejaan gopoh^_~) jadi ketat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNINt9cehav7UhnKT_zz3-xguXQobVgJrM5mABb2k3GReE2NLDXMIq07LAs2bC_cmwtmGqf0VeSS9Er2HFjSeibwwY94YsNECyJD3RXdlwjeasDsxyHGaY4485F9qyaW5tHWRZ9hYuK8Mm/s400/kmpp2.jpg
ni jalan menuju ke dataran pelajar.Bangunan yang warna biru hijau tu la bangunan pentadbiran KMPP.^_^

Masa solat sunat terawih para pelajar berjemaah di dataran pelajar ni la depan bangunan pentadbiran.Petang2 dalam pukul 5.30 petang,AJK Surau/An-Nur Commite muslimin akan bergotong royong menghampar tikar di dataran pelajar ni siap2 untuk solat sunat terawih malam tu.Ukhwah itu indah ^_^
Dalam bulan yang mulia penuh keberkatan ini,di Surau An-Nur ada anjurkan tadarus Al-Quran.Alhamdulillah..ramai muslimat yang melibatkan diri.
Kalau hujan,berjemaah di Surau An-Nur.
Alhamdulillah..khatam Al-Quran pun dah selesai dijalankan sebelum ana balik kampung ni.
ana sekarang dah cuti raya.hehehe...jangan jealous ya bagi sesiapa yang belum cuti.Sabar ya.....
Islamik juga belajar disini.
Tapi tak boleh nak nafikan la ada ja budak2 mentah yang bercouple.
ishk..ishk...ishk...rimas betul la! =(
maaf ya bagi sesiapa yang tersinggung.
ana bukan An-Nur Commite,tapi kawan ana ya.
jadi...ana pernah join masa muslimat An-Nur Commite "rushing"(entah betul ke tak ejaan tu)
"rushing" ni macam cegah kemungkaran la(couple2 tu)
Anti Couple! ^_^

Di sini banyak juga program-program yang diadakan termasuklah program dalam bulan Ramadhan ni.Antaranya Brotherhood dan 1pelajar 1Al-Quran/P1Q1(Maaf..ini je yang ingat)
Program 1pelajar 1Al-Quran ni setiap pelajar kena bawa Al-Quran pergi kuliah.Ada hikmah di sebaliknya,InsyaAllah..Bawa Al-Quran pun kan dapat pahala.Senang ja kan dapat pahala?
Dan hikmah lainnya ialah macam pasangan ni dia nak jumpa atau buat date la kononnya..tapi dia bawa Al-Quran,tak kan la dia jadi buat date juga kot?Lain la kot nak tadarus atau baca tafsir sekali ka(perli.. =.=")

Aiiikk..cerita punya cerita tak tunjuk lagi gambar kat bawah ni.^_^
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7eF-T5DPSQ4tBxd8oKZ0Cy50tcVKeSLdYaHPiZn4ksIt0N-cNasp7GT28ti_Pw9exay6yiib-XZnNOxB8hwpBXElSaNykq5jRRs43s-b0WYjKBv88vlnMdWCCtwSg-SDHnV60Sv7-Z6z3/s400/kmpp.jpg
sebelah pintu gerbang KMPP.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv6TussT8gZWbRRcfgXf8hAWdH6CiJeyxDrPbvCyM2Gc3yyMFJ-YgYw_w8cspuiX3lOs5FcVXLLgZBhm4WmTcKPWRU1CNgwhbAGUDl2m2khD500yzl8euJY2O0UbrM-xAe5yTtvtmoOM4/s320/10220_1264935580698_1149009274_30813833_2390845_n.jpg
Gambar atas ni,InsyaAllah pelajar2 KMPP ja yang pandai tafsir.^_~
Bangunan asrama yang sebelah kiri.
Bangunan dewan Al-Farabi,makmal2 semuanya,tutorial2,dewan kuliah sebelah kanan.
Di tengah tu surau An-Nur,pentadbiran,dataran pelajar.
Di KMPP ada 4 buah cafe.(Cafe A-D)
Kalau tinggal kat sini jangan risau bab makan ni.
ni kan KMPP,ustaz kata Kolej Makan Pagi Petang.^____^
ha..terbukti!tak payah nak risau lagi.

Bulan empat hari tu ada buat larian di KMPP.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjwTYCDh0fhh189vAsgbSWgdJQV7rcRw1y3XN1DeYSGJ9FiXWROtbRi7lF9pDjbyusfgS2nNPkikuFp-Q6mz8eE4keNX8xnShILcwyYc4y5WMNlXqzQlgFhYUF9LXd7Sm5jZaS8epSVsOl/s1600/DSCN3045.JPG
gambar ihsan dari google. ;D

Di sini ramai juga pelajar dari negeri Kelantan,Terangganu.
ana orang Pulau Pinang.^_^
ada juga yang ingat ana ni orang kelantan.Mungkin sebab ana bertudung labuh.
kalau nak cakap ana ni dialek kelate,hem...muhong la~
kecek kelate pun tak reti.main hentam ja,InsyaAllah boleh
tapi tu la,kawan2 kelantan gelak ja bila ana kecek kelate.tak jadi la ana oii~ =}
kelas di sini panggil praktikum.
kalau belajar tutorial(buat latihan),amali ikut praktikum masing2.
tapi kalau nak masuk dewan kuliah gabung dalam 5 praktikum.lebih kurang 100+
Di KMPP ada subjek tambahan selain yang wajib tu dan selain KOKO
ada subjek agama islam/moral dan Dinamika.
Dinamika ni macam Sivik la juga ada belajar protokol2 semua tu.
Sebut pasal protokol teringat hari tu ada ujian protokol di meja makan di cafeD.makan chickenchop~ =.="
sedap kot..hehehe.. ^_^nak lagi!(eh...puasa la)

Kenangan di sini hari pertama berpuasa dan bersahur tanpa bersama keluarga.Di sini,masa sahur kadang-kadang akan diberitahu melalui speaker setiap asrama.
Sebelum bulan puasa hari tu memang best dan pelajar semuanya semangat nak sambut bulan Ramadhan ni, Alhamdulillah..Siap buat countdown lagi.Countdown tu ditampal di board kenyataan,Comel la countdown tu^_^
dan lagu Opick-Ramadhan tiba selalu berkumandang di corong speaker setiap kompel muslimat
suka lagu tu..Ramadhan tiba!Ramadhan tiba!Ramadhan tiba!
Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..

Opick-Ramadhan tiba ^_^ KLIK SINI untuk dengar lagu

~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~

LIRIK seperti di bawah.

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X


~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~

Sempena Hari Kemerdekaan setiap kompel kan bertanding.masing2 pasang bendera di tingkap bilik.1 bilik,2 bendera.semangat la~

Owh ya,ada juga pelajar yang pasang lampu lip lap(lampu raya) kat bilik.bajet filusnya sendiri la..
Masa nak balik kampung tu budak Kelantan,Terangganu semangat nak balik.
Masa sebelum kuliah,boleh je slamber pasang lagu raya. ^_~ (not me)

Nak cerita lagi,setiap hari jumaat muslimin pergi solat jumaat dan muslimat ada Kuliah Zohor.

Sebelum bulan puasa,masa kuliah tu spare gula-gula siap.Nanti bila mengantuk ada "ubatnya" =.="
tak suka tertidur dalam kuliah >_< errrrggghh..



Akhir kalam.
Ramadhan Kareem..



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioLBtBO0l_GC_ro_SmGSUsQuwj2zfWDG6gDaPg4iPpykZFJsMa5802ncDLElTBkkjR5St8SLrmhMva32lF7CMwaogw-bMBYwgP2oFBhI_Vr14OZmzeq-GpcAcGhHOdv1SCOJPBNbADlSk/s400/Lailatul+Qadar.jpg



p/s:jangan main mercun! <<--(ayat skema setiap tahun ni ja)
p/s:jangan lupa solat sunat tahajud sekali.Jom! ^_^ Qiamulail mengejar lailatul qadar
Puasa jangan lupa,Solat jangan tinggal.
nasihat dan tamparan buat diri ini,hamba yang lemah.




49 comments:

belle said...

kelakarlah ketat dgn pentad...hahaha :P

Anonymous said...

akak sy bru na msok kmpp taon ney.. mla2 rs neves smcm je tp pas bc akak mia cta ney rs lega~ hehe ^^

Ukhti Hana said...

Mr.Ree : bukan setakat tu je,ada lagi.kedai siswa=kesis =.="


Anonymous : Mabruk ya adik! ^_^
jgn neves2,buat mcm biasa ja.
apa yg nk di takutkan sangat.Jika Allah takdir adik utk berjihad d KMPP.

teruskan!akak sokong.
belajar rajin2.study smart.
InsyaAllah berjaya.

nur said...

akak,kmpp punyer asrama@bilik ok x???

Ukhti Hana said...

Alhamdulillah,akak rasa ok je even akak tak pernah dok asrama sblm ni.

InsyaAllah,ok ja.
setiap blok ada "felo"cikgu yg tinggal kat setiap blok,bwh sekali.
mcm warden la,gitu~ =)

Blok budak perempuan A & B.
A1,A2,A3,A4,A5.B1,B2,B3,B4,B5.
Banyak kan?
Blok budak lelaki C1,C2,C3,C4,C5.

Bilik ok ja,tapi biasa la kalau ada something yg kurang tu mcm tak de cermin ke,tempat nak sangkut tuala.
Bawa penyapu n penyodok sndri ya,sbb 1st time masuk tu memang conform la berdebu n bersawang.

Bawa tikar sendiri.tak kisah la tikar getah ke,tikar buluh ke.nak buat alas utk solat.

Cafe budak perempuan ada 2,bleh pilih la. ^_^
boleh juga bawa pembalut meja studi,balut bg nampak kemas. ;)

mcm biasa,1 bilik ada 4 orang sahabat nanti.setiap seorg 1 katil,1 tilam,1 bantal,1 meja studi,1 kerusi studi,almari.

kalau nak tanya apa2 lg,silakan ya.. ^_^

Owh ya,Tahniah sbb dpt tawaran ke KMPP.Good Luck!Remember Allah always be on your side.ok!
Welcome to KMPP~My junior..hehehe.. ;)

Amar said...

28 hr bln ni...huu....little bit neves....

Ukhti Hana said...

Amar:tahniah ya dik. =D

Owh 28 hr bln ni,enjoy orientasi nanti.akak tak join orientasi nanti. =(

cool...jgn risau sgt.cuma,ingat!bila dah melangkah masuk ke KMPP.go on!struggle for success.

just remember Allah always plan the best for us! ^_^

nanti join la jadi An-Nur Commite(AJK Surau An-Nur,surau KMPP) ye~ =)

join ye..

Amar said...

ow...haha...ok...
insyaallah...
i'll do my level best...
doakn kami ye...

Ukhti Hana said...

InsyaAllah..
always pray for the success of ummah. ^_^

nak link blog adik boleh?

Izzaty Rodzi. said...

Salam kak Farhana .
28may nie daftar sana ,
nervous jugak .
hehe .
Ad pape pesanan tak akak ?
hehe , berdasarkan pengalaman ~

Ukhti Hana said...

IzzatyRodzi :

Wa'alaikumussalam adik .
1st skali tahniah ya.. ^_^
akak 2nd intake matrikulasi,jadinya tak boleh nak terang banyak tentang orientasi.

Bersyukurlah sbb adik dapat peluang study di sana,sedangkan ramai lagi yg mohon tapi tak dpt dan mereka kena buat rayuan(mcm akak dulu)

relax ya dik,tapi bila dah melangkah ja di KMPP,ingat!
automatiknya adik dah janji nak pegang amanah ni.Amanah dari mak n ayah adik nak study n berikan yg terbaik buat mereka.

dan...juga amanah drp ummah sbb bila adik belajar di KMPP nanti,adik akan dapat elaun bulanan.jaga amanah ini dgn sebaiknya.InsyaAllah,ada keberkatan.

elaun tu,kena pandai guna utk yg bermanfaat ja.jgn membazir~ =.="
hehehe...ingat tau!~

untuk buku rujukan,adik jgn risau.sbb di KMPP nanti ada jual buku rujukan.Bila time kuliah jgn tido(even akak sndri pernah tersengguk-sengguk dlm kuliah,hehe..kantoi~)
cuba atasi kalau mengantuk sgt pun,makan gula2 ka.
buat2 jatuhkan pen,then,ambil.

emm...apa lg ye? (>.<)"
kalau ada kuliah Zohor tu join ya,setiap hari jumaat.akan ada penguguman nanti.

jgn lewat ke kuliah ya.
sarapan dulu.
(emmmm...ape la akak ni membebel!urrgghhh..)
hehehe...
maaf ye dik. ^_^ *senyum*

nanti join la An-Nur Commite(AJK Surau An-Nur)ada markah koko..
eh,"NIAT"tu yg 1st skali ikhlas join AJK Surau.yg lain tu advance je.

Nanti aktif dlm koko ya,bolot jer jawatan apa yg ada. (^.-)*kenyit mata*

eerrrr...
maaf sbb membebel panjang.kalau nak tanya apa2 lagi,silakan ya adik.

^_^ GOOD LUCK!Always remember,Allah is always be on your side.InsyaAllah Mumtaz!

Mabruk ya dik. =D

Amar said...

maaf la kak...
sy xdk blog la...(xreti)...huhu
gna google account je...

ha kak....dlm 1 hr 2 ada bpa kelas ek??

Ukhti Hana said...

Amar :

eh..tak pe.tak pe.

kelas memang ada dari isnin sampai jumaat.kelas akan bermula pukul 8 pagi dan habis kelas tak tentu,ikut hari la.

paling lambat balik pukul 5 ptg.kalau Pensyarah nak buat extra class(musim exam),ada la lewat sampai pukul 6 ptg gitu.

hari jumaat balik awal 12.30 kalau tak silap.
utk yg aliran akaun di KMPP,selalunya mereka balik awal lg dr aliran sains.

akan ada selang 1 jam utk sesi rehat dalam 1 hari.2 kali rehat selalunya sehari.

adik aliran sains?
nanti di KMPP,kalau adik aliran sains(bukan akaun)adik boleh pilih modul brp adik nak.
mula2 memang la pihak matrikulasi yg akan aturkan kita modul mana.tapi nanti,kita boleh tukar kalau rasa tak serasi dgn modul yg mereka tetapkan.jgn risau lah~

utk cerita modul rujuk entri diatas tu ya.subjek wajib english,pendidikan agama islam(PAI),koko,dinamika(mcm sivik) n MUET(utk masuk U nanti).

utk setiap subjek(kecuali sbjk tertentu) akan ada kelas kuliah,amali,tutor.
nanti bila dah belajar habis 1 chapter,get ready akan ada kuiz waktu kelas tutoran.

bukan semua chapter akn ada kuiz.
kuiz ni akan diambil markah utk penilaian berterusan.
jadi jgn main2.kalau bleh skor la full mark.
kalau tak puas hati dgn markah kuiz,boleh requiz lg.

nanti akan ada assignment juga.mcm latihan tambahan.utk kelas tutoran akan dapat buku latihan tutoran,buat dulu kat bilik sblm p kelas.

Buku Jotter(jot down) akan di gunakan utk kelas amali.buku tu sebagai persediaan sblm buat experiment.

relax ya dik.akak cuma nk bg tahu dulu ja sbb tak nak bg kejutan budaya(budaya belajar) nanti.

Nanti pensyarah akan bg tahu dgn lebih lanjut.
kalau ada apa2 nak tanya,silakan.
selagi yg termampu membantu.

Amar said...

oww.....tp an...
malangnya...sy aliran akaun...hehe..
thanks 4 da in4mation ya kak...

hmm...akak ada in4mation tntg akaun x?? maaf byk tnya.....

Ukhti Hana said...

ape lak malang?tak pe2.adik bleh kongsi ilmu ni kat roommate yg aliran sains nanti. =)

ok,akaun.dulu roommate akak pun ada aliran akaun.jadi akak tahu la serba sedikit ja.
maaf ya.

akaun akan ada 4 subjek wajib.kalau akak tak silap,subjek tu math,pengurusan perniagaan,ekonomi n perakaunan.
subjk (PAI),english,dinamika,KOKO n MUET tetap ada ya.

utk aliran akaun cuma ada program satu tahun(PST).aliran sains terbahagi kpd 2 iaitu (PST) n Program dua tahun(PDT).

sebabnya aliran akaun senang bg yg serius belajar.sungguh!jgn risau.roommate akak setiap kali exam 4 flat. =)

eh..akak tak kisah la.malu bertanya kan sesat jalan.adik rajin2 la search di internt sndri.mana tahu kot jumpa blog senior aliran akaun.bleh juga tanya di facebook KMPP.

Amar said...

ow...cm2....thanks again ye...
huh,,,,rs cm xsabaq plak nk p KMPP ni,,,hoho (semangat lebih)

Ukhti Hana said...

Amar :

ok,no prob la~ =)
you're welcome.
bagus la bersemangat utk berjihad lg.Alhamdulillah.. ^_^

Anonymous said...

assalamualaikum kak,,
saye tertarik dgn entri akak psl kmpp.. saye dpt kmpp,, daftar 28 mei.. hurm,, nervous giler laa.. ahaha.. saye cume nak tanye mase akak mule2 masuk dulu, mcm mane kmpp tentukan bilik utk akak?? dioerg just bagi kunci secare random je ke??

Ukhti Hana said...

Wa'alaikumussalam adik..

adik yakin dgn diri adik yang adik boleh.kalau rasa ragu(utk kes yg dpt byk tawaran bljr),lebih baik istikharah.

"Allah tidak akan membebani hambaNya dgn sesuatu yang kita tak mampu"

utk pengetahuan adik,akak ni 2nd intake.jadi akak tak pasti proses tu sama atau tak.utk akak dulu dia org dah aturkan(dlm bentuk senarai nama).my be random or..i don't know to.hehe..maaf ya.

lepas pendaftaran adik akan dpt 1 salinan,kat situ ada tulis adik dpt blok mana bilik mana aras mana.
then,nanti beratur utk dptkan kunci n bantal.

bila dah sampai bilik,baru la kenal2 dgn roommate ^_^

Anonymous said...

thanks kak,, ouhyeke.. hurm,, saye dpt matrik same ngan bestie saye.. tu yg risau pasal bilik.. hehe.. harap2 dapat same bilik ngan die.. senang skit.. hehe.. kak,, sains komputer tu senang ke susah? saye x suke fizik laa.. hehe.. lepastu blaja bio fizik kimia kat matrik ade ke mcm spm dulu?

Ukhti Hana said...

you're welcome..
lepas ni adik kena lebih berdikari la.akak dulu pun kawan2 yg rapat dpt KMPP juga tapi blok asrama masing2 jauh,jarang jumpa,berselisih on the way g kuliah pun jarang.
kena pandai bawa diri ya dik..

jgn terlalu berharap sama bilik ya,nak buat pertukaran bilik pun susah.

belajar apa pun susah sebenarnya kalau tak ada usaha.Pendapat akak,dari kuliah yg pertama tu fokus.InsyaAllah tak ada masalah.kalau tak faham walaupun sedikit,rajin2 la bertanya pd pensyarah ya.
s.comp utk first semester byk yg kena hafal.2nd semester pula kena faham betul2 sbb belajar bab2 programmng comp ni(guna bhasa comp).

fizik byk main dgn number,kira2,formula.akak tak bleh.sbb tu akak pun tukar ke modul3 yg tak ade fizik.

mcm mne ye nk bg tahu.eemmmmm...mcm ni la,subjk di matrik nanti mcm kesinambungan drp SPM.tapi!lebih mendalam lagi la.kalau tengok buku2 rujukan STPM aliran sains tu jgn bandingkn dgn matrik sbb pelajar STPM belajar lebih mendalam lg dr matrik.

adik dpt program satu tahun(PST)?
math pun mcm belajar balik dr SPM,tapi ada la yg tambah2 sikit lg tu.(cth:trigo,integration,diffrntn,...)

kalau nak general sub-topic yg bakal belajar nanti,bleh pergi kedai buku mcm POPULAR ke ada ja buku rujukan Matrikulasi.tapi kalau nak beli tengok dulu keluaran bila.jgn beli je,sbb setiap batch akan ada perbezaan.mybe mcm tukar2 sub topic,ni dok atas,tu dok bwh ke.

jgn risau nanti di KMPP akn jual buku rujukan.

Anonymous said...

:) huhu.. thanks again.. ouhh,mcm tu ke,, hurm,, saye ingat nak amik modul 3 sbb nye saye mmg x minat fizik.. hehehe., tp kalo bab2 komputer ni saye pun x berape nak minat sgt laa..hehe.. kalo saye fokus dlm kuliah insyallah saye bole buat.. kak,, exam sains komputer susah x?

adibah aziz said...

kak ana ! kak ana! kita neves lah :D

Izzaty Rodzi. said...

Kak Farhana .
Kat sana ade gym tak ?
Asing laki perempuan ke tak ?

Ukhti Hana said...

Anonymous:InsyaAllah adik boleh buat! ^_^
jujur,sbjk s.comp yg mudah nk score drp sbjk2 sains tulen.Mind set kn benda tu mudah,InsyaAllah mudah.ok!jgn risau2 sgt.

adibah aziz:budak ni mai dah...~ =p
lama tak bersapa.hehehe...neves apa plk dia ni~

IzzatyRodzi:Ya adik..ada gym di blok asrama yg agak hujung berhampiran dgn Cafe A.
asing laki perempuan,akak sndri tak pernah pergi.dgr org kata asing la.

celoRenghijaU said...

Assalamualaikum,,akak nk tanye ni..klau g kelas tutor,kuliah 2 suma wajib pakai kasut kulit/pvc 2 ke??

Ukhti Hana said...

fantasy:Waalaikumussalam.ye dik,tanya je.. =)

kulit/pvc,mana2 pun boleh asalkan kasut tu jenis bertutup dan warna hitam.

ya wajib pakai waktu pembelajaran berlangsung(kecuali waktu koko).

Anonymous said...

Assalamualaikum kak, saya nak tanya, Matriks Penang ni wajib memakai tdung ke? atau hanya wajib memakai baju kurung?

Anonymous said...

assalamuaalaikum kak,,,
hurm,, kat situ ade iron baju x?
slalu berebut x nak pakai?

Ukhti Hana said...

Anonymous I :
Waalaikumussalam dik..silakan,tanya saja. =)

Maaf jika apa yg bakal akak perkatakan ini menguris hati adik.
Akak harap adik sudi baca sampai habis.
akak sgt menghargai.

pertama skali,tahniah ya sbb adik antara seorg drp berpuluhribu yg dipilih Allah utk melanjutkan pelajaran di KMPP.
bersyukur lah.. ^_^
adik muslim?sudah tentu akak rasa,sbb adik menyoal mengenai tudung.

KMPP tak mewajibkn bertudung.TAPI adik yg akak sayang kerana Allah meski kita tak pernah bersua,Allah mewajibkan kita menutup aurat.bertudunglah ya..lebih comel!

persoalan baju kurung pula..
wajib berpakaian baju kurung sewaktu sesi pembelajaran utk yg beragama islam dan bukan islam.

itu kan lebih sopan dan comel adik..nasihat akak buat adik yg akak syg,tutuplah aurat dgn sempurna(jgn lupa pakai stokin) walau di mana kita berada.

InsyaAllah,Allah akan redha dgn kita dan akan mempermudahkan hamba-Nya dlm berjihad menuntut ilmu.ingat,kita nak berjaya di dunia dan akhirat.Bila kita tutup aurat dgn sempurna,Allah syg kita.
InsyaAllah berjaya.yg penting niat kerana Allah,kita belajar merupakan 1 ibadah.

Terima kasih ya dik..sbb sudi baca "leteran" akak ni sampai habis.

^_^ Good Luck!

Ukhti Hana said...

Anonymous II :

Waalaikumussalam dik.Kalau akak tak silap setiap blok akan ada 1 bilik iron.tapi rasanya,tak ada pelajar yg guna bilik tu sbb masing2 bawa iron sendiri.
owh ya,jgn bawa peti ais(kecil) sbb tak dibenarkan.akak bg tahu ni sbb ada kes bwa peti ais. ;)

boleh bawa water heater ya..

Amar said...

Salam'alaik....akak....best la KMPP....srnk sgt....^_^

Ukhti Hana said...

Wa'alaikumussalam...
ye dik,baguslah~
Alhamdulillah...dah 5 hari orientasi kan.

Amar said...

yup...
minggu dpn start kuliah...
pray 4 us ye sis...^_^

Ukhti Hana said...

semoga berjaya dlm memegang amanah sebagai seorang pelajar di KMPP.
InsyaAllah..
Akak pun sedang tunggu result UPU bulan 7 nanti keluar,Mohon doanya ya dik.

Amar said...

Ameen....insyaallah...
moga jd seorg victorious ^_^

athirah said...

assalamualaikum akak farhana. saya form 5 tahun ni. nak survey tentang matrikulasi, maklumlah nak sambung belajar plak kan lepas ni. hihi pastu jumpak blog akak. Alhamdulillah. nak tanya, satu bilik berapa orang? matrik ni dekat tak dgn bandar?

Ukhti Hana said...

Wa'alaikumussalam adik.. :)

maaf sangat sebab baru dpt reply msj adik ya..akak baru perasan msj ni.

oh,form 5?good luck SPM ya!^^
InsyaAllah..moga adik dapat sambung belajar di kolej terbaik lepas ni..

satu bilik cuma 4 orang ja kalau di KMPP lah..sbb akak belajar di KMPP.kalau matrik lain,tak tahu pula..jgn risau 4 org tu,dah cukup2 selesa..luas biliknya..

KMPP,kepala batas ni tak dak lah mcm bandar di KL.dia cuma ada pekan.btw,its okey la~kalau nak outing hujung minggu..ada pasar malam yg berdekatan juga..dekat tak dekat la,kena naik bas juga.

dik..KMPP memang best.pendek kata,awesome lah!senior2 n pensyarah caring!included me,hehe..

semoga Allah permudahkan urusan adik..dan salam Ramadhan! ^^

athirah said...

hehe terima kasih for the wish. mmg saya target nak masuk Matrik Penang tapi takut tak dapat sbb saya budak kedah. maksu duduk kepala batas, so senang la kalau ada emergency apa2. hihi erm tu lah, takmau roommate ramai2. takut ganggu study plak. akak masih dkt KMPP ka? mana tau ada rezeki kita jumpa taun depan. hee. eh salam ramadan jugak untuk akak yg baik ni :)

Ukhti Hana said...

sama2 dik..no biggie
wah!wah!bagus3!!ada future study plan.akak memang asal p.pinang,tinggal di bukit mertajam.so..memang saja pilih kmpp sbb dekat dgn rumah,senang balik.hehe..

dik..akak dah jadi alumni kmpp pun.HAHA..dah sambung degree skrg ni di UniMAP,Perlis.dulu,akak belajar modul3(sains) di kmpp dpt yg program 1 tahun.di KMPP ada 2 program utk budak sains.program 1thn/2thn.kita akan dpt tahu 1/2 thn program masa dpt tawaran nanti.
ada aliran akaun juga(program 1thn ja)

aliran sains ada 3 modul.modul(fizik,kimia,bio) 1,modul2(fizik,kimia,sains comp) & modul3(bio,kimia,sains comp)
modul juga akn ditawarkan terus pada kita masa di matrik nanti,tapi jgn risau kalau tak minat modul yg kita dpt tu..bleh tukar..akak dulu pun tukar dari modul1 ke modul3.


Unknown said...

Assalam kak, nk tanye ni pakaian lelaki tie wajib pakai ke ek ? Lagi satu brg2 apa yg dilarang bawak, cthnye handphone bleh bwk tak ?

Ukhti Hana said...

Wassalam adik jann..
maaf lambat reply.
akak tak ingat lah..haha..
bawak je tie tu,maybe akan dipakai,in case ada hari2 yang formal gitu..~
handphne?boleh sgt lah dik!haha..
siap ada org bawa printer bagai lagi..

Anonymous said...

Assalamualaikum akak, nak tanya sikit ni. Untuk perempuan, mmg wajib pakai baju kurung dan bertudung sekali ke?

Firdaus Haris said...

assalamualaikum kak...sy dpt twrn matrik kmpp ni..daftar 26 hb mei 2014 ni.. lepas bce komen2 n dgr ap yg akak criter..sy jdi semangat plak nak msuk kmpp ni... hope pilihan sy tepat sebab matrik dgr citer kene bnyk struggle..takut je dgr tpi blum cube blum tahu kan, so..i try..thanks sbb bgi penerangan kt atas2 tu kak ^_^

Ukhti Hana said...

Adik Anon :
Wa'alaikumussalam
Thanks sebab sudi lawat blog akak yg tak seberapa ni :)
ya..untuk perempuan memang pakai baju kurung/jubah/baju punjabi kecuali masa ada aktiviti ko-k dan kelas tambahan malam.

even,chinese and indians pun comel je pakai baju kurung ^^
bertudung tak wajib hanya masuk matrik,tapi wajib ikut apa yang Allah dah gariskan dalam syariat islam.
untuk yang muslim,bertudung adik syg.. :)

Moga Allah berimu kekuatan adik ^_^

Ukhti Hana said...

Wa'alaikumussalam.

maaf lambat reply buat adik Anon dan adik Haris.

Teruskan Perjuanganmu! ^^ go!go!
insyaAllah..moga di permudahkan segala urusan di matrik sana.

Anonymous said...

Salam kak. Saya nak tanya untuk second intake (yg mohon rayuan matriks) akan ada tak orientasi seminggu? Dan adakah pembelajarannya lebih padat sebab kena catch up dengan first intake? Dan second intake ni PST juga kan? Maaf jika banyak bertamya. Harap dapat kongsi pengalaman buat second intake ��

Ukhti Hana said...

Wassalam adik..akak dulu pun dapat masuk matrik 2nd intake dik :)
ya..akan ada orientasi..tapi tak sampailah seminggu..dlm 3/4 hari gitu sahaja..agak padat orientasi tu dengan ceramah pengisian shj..tak sempat pun fasi nak buat game dlm orientasi utk 2nd intake.tapi tak pe..Alhadulillah ok jer..
pembelajaran di matrik tak dpt disangkal lagi,memang padat pun..
yang dpt 2nd intake ni memang kena struggle lebih pada 1st intake sbbnya ketinggalan dalam 2 minggu gitu kot seingat akak..
dia orang dh belajar byk dah..so,kena kejar balik lah apa yg kita ketinggalan tu.Lecturer tak kan ulang balik dari awal..kita yg kena ikut step diaorg :) InsyaAllah Allah permudahkan segalanya..jgn risau.

2nd intake pun ada PST n PDT,its depends pada result SPM kita juga kot..

Anonymous said...

Salam akak,mcm mna brbka dsna,mksdnya brbka dblik atau bbas brbka dmna2?

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers