Wednesday 6 April 2011

10 wasiat untuk muslimah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. ^^

sepuluh wasiat ini disampaikan baginda saw kepada puterinya Fatimah... semoga ianya menjadi panduan bukan sahaja kepada kaum wanita tetapi juga lelaki dalam mengharungi hidup.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/197306_190204917685446_162855667087038_459409_6509566_n.jpg

1. ya fatimah... kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah swt pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. ya fatimah... kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah swt menjadikannya tujuh tabir pemisah dirinya dengan neraka.

3. ya fatimah... tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya dan mencuci pakaiannya melainkan allah swt akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. ya fatimah... tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya melainkan Allah swt akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. ya fatimah... yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. andai kata suami mu tidak redha kepada mu maka aku tidak akan mendoakan mu. ketahuilah wahai fatimah kemarahan suami adalah kemurkaan Allah swt.

http://api.ning.com/files/V2T7nd0I5XSXAUhJgUStmT1Z4vUDDGMV-xjW3a0YqRNk2a*P0B2SIfa6Y8wy0054KSEMAFTcQhw9tfzAdE-CEvSwe7CG2Nu5/16144_175765384332_167892744332_2671561_4841516_n.jpg

6. ya fatimah... apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah swt menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah swt menerima pahala baginya sama dengan pahala pejuang di jalan Allah swt. jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan daripada kandungan ibunya. apabila meninggal ketika melahirkan maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. di dalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga dan Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

7. ya fatimah... tiadalah wanita yang melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas melainkan Allah swt mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan dan Allah swt memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. ya fatimah... tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami melainkan Allah swt memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. ya fatimah... tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah swt mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. ya fatimah... tiadalah wanita yang meminyaki kepala suaminya dan menyisirnya, meminyaki janggutnya dan memotong kumisnya serta memotong kukunya melainkan Allah swt memberikan minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah swt mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. dan Allah swt menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi siratal mustaqim dengan selamat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs013.snc4/34032_109814919069088_100001217410704_69338_3605806_n.jpg

p/s:semoga sepuluh perkara ini menjadi satu tiupan semangat untuk kita semua dalam meredah onak dan duri kehidupan dunia.

4 comments:

Unknown said...

perkongsian yang baik. Teruskan berkongsi :)

Ukhti Hana said...

Syukran akh iqbalsyarie

InsyaAllah ^^

s a r said...

Alhamdulillah. menarik! :)

Ukhti Hana said...

Alhamdulillah.Moga bermanfaat ya ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers