Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^^
Siapa kat sini dah ada lesen Kereta??? (angkat tangan!~)
hemm...ramai juga yer.. (p/s:to liyana tak yah la angkat tangan,tau la lulus,huhuhu..)
Untuk entry kali ini,ana nak cerita pengalaman ana belajar di sekolah memandu melati dan ujian JPJ(yang menggerunkan tu~) ;D
Hari selasa yang lepas tu..{29/3/11} ,hari yang mendebarkan tu,huhuhu...JPJ test
lepas ambil no.siri kat office dia kesemua calon yang bakal diuji oleh pegawai JPJ terpaksa?? beratur untuk dapat kan tag no.siri tadi utk digantung di leher.No.siri ana emmm....kalau tak silap warna kuning 39 (kotttt... lupa,suda~)
okeyh~lepas dapatkan tag no. masing2 gantungkn di leher anda kalau tak mahu kena marah~ huhuhu...tak de la kena marah sampai mcm ni ~gimik je
lepas tu,tunggu untuk masuk bilik dengar ceramah dari "ketua pegawai JPJ"
aduh~ramai sgt2 dlm bilik tu yang tunggu utk dengar ceramah,maklum lah kan~musim2 mcm ni la bebudak lepasan SPM yg paling ramai sekali (termasuk ana la~)yang tak berkesempatan nak dapat kan tempat duduk,okeyh la~diri jer tak lama pun.(ana???berdiri la jg)
Pegawai JPJ tu kata:Utamakan keselamatan,pakai tali pingang keselamatan dan bla...bla..bla...(byk lg la kalau nak terangkan) aiiceehh..mcm la ingat sgt~
n tak lupa juga Pegawai JPJ tu kata tak payah la takot dgn kami,kami tak makan orang,kami makan nasi =D
then,sesorang no.siri dipanggil utk isi borang JPJ sehingga la no.siri ana yg dipanggil,aduh~mcm mne pula boleh tak dengar tadi.ok,cover2 tak de la lambat bertindak balas sgt.
lepas tu,pergi la jalan sampai kat pondok menunggu utk di test oleh JPJ.ramai sgt2~
sabar je la tunggu,
giliran demi giliran mendahului~dan barisan kerusi masih dipenuhi mengikut no.siri masing2.
tetiba...seorang kaum hawa(lebih kurang sebaya) yg duduk kat sebelah ni bersuara:errr...tak takot ka?nampak relax shj.
ana:hemm...takot jg la(tak kan nak tunjuk,dlm hati ni berdebar la cik kak oii~)
Macam2 gelagat la masa tunggu tu sambil tengok calon2 lain yang sedang di test di bawah(kat kawasan kena test,kawasan menunggu di atas).Paling ramai sekali kaum cina.Sambil tengah tengok tu ada juga calon2 yg gagal(sudah semestinya la ada kan,termasuk ana) contohnya mcm langgar tiang tu ka,naik bukit terundur/terkeluar dari garisan kuning.Bila dengar tiang terjatuh atau lihat kereta yg naik bukit tu gagal,ada jer suara sumbang bunyi oooouuuwwwcchhh~(lebih kurang maksud dia mcm aduh,mungkin) mahu tak bunyi mcm tu,maksudnya gagal la test JPJ anda(gagal utk test yg bukit maksudnya tak bleh dh buat parking n 3 penjuru TAPI! untuk test jalan raya,still boleh lagi),dan sila keluar dari kereta secepat nya!~(ramai lg yg beratur)
Semakin berdebar la bila sampai giliran ana,okeyh...dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim masuk kereta,pakai tali pinggang,start enjin kalau mati,masuk gear 1,tarik handbreak,gerak.....!!!~ test kat bukit dulu.
bawa la kereta tu oleh ana sampai kat atas bukit agak2 tayar dah ada kat garisan kuning,brek,tarik handbreak.dengan semangat tengok kat luar bawah,tayar atas garisan kuning,Angkat TANGAN terus! ouuhh...semangat!
tetiba... aduh~ enjin mati pula dah.nak start balik(apa lagi ketaq/gigil la)
bila dah gelabah tu,benda lain yg buat,pegi lepas break tangan,brek kaki pun lepas juga(hemm...tunggu lg,kereta tu pun undur la kebelakang)
Pegawai JPJ tu kata FREE GEAR N TARIK HANDBREAK!~TURUN KERETA
masih dalam keadaan blurr...
betul ke apa yang ana dengar ni,dengan lemah+malu3(malu la semua calon lain tengok!~awat la budak ni gagal) turun dari kereta,tutup pintu kancil tu,tak rapat,tutup lg sekali,tak bleh juga,lagi sekali,hemmm....(nampak sgt lemah semangat terus)sudah,Pegawai JPJ tu kata mai sini tanda tgn kat sini ngn sini.
Kalau kita gagal kat atas bukit tu,ha..alamat nya berhenti la atas bukit tu turun,tak bleh la nk undur2 dh la~(atas bukit oww...semua nampak la~) M.A.L.U.
owh ya...time JPJ test pagi tu hujan...
Lepas tu,jalan la dgn longlai+kecewa pergi ke pondok seterusnya untuk test jalan raya pula~
teringat pula time belajar kat kelas memandu melati ni sblm hari test,masa time bebas(bebas=bwa keta sndri tanpa cikgu di kwsn dlm kelas memandu,utk luar kat jalan ada cikgu) .masa bawa kat jalan raya,uncle(cikgu) tu kata..haiyaa...mcm mna ni,bwa keta gear tak tukar,lepas bonggol baru brek,stearing lemah.
aduh~huhuhu...sedih,memang tak reti bab2 nak tukar gear ni.mcm mna ni???esok dah nak test!~ hemm...nak kata apa?senyum ja la..(senyum bersalah)
Lepas balik sekolah memandu,ajak abi jom pegi belajar kereta kat mana2.Abi kata,sblm ni ajak tak mau pi,ni last2 baru nak p.(ye la...kereta abi AUTO,kat sana manual, tu yg malas)
Okeyhh..pak lang bagi pinjam keta(manual) utk belajar bawa ngan abi.Sebelum tu pergi ambil ummi balik kerja(petang dah) kat Hospital BM>pergi Batu Kawan.(jauh oww)
Stadium Batu Kawan,hari sblm tu ada jom heboh tu,habis sepah kawasan tu,bukan depa nak cuci!!!~orang nak belajar bawa keta ni.aduh~huhuhu...
belajar bawa kat luar stadium la,best rupa nya belajar kereta ni.(kalau tahu awal2 lg dah ajak abi dgn semangat!)
p/s:Abi kata,emmm..ok juga bwa keta(sblm ni punya dok beleter la sbb tak mahu belajar awal2 lagi)hehehe...sorry la~ummi sampai takot naik keta dgn ana petang tu,mau tak nya,ummi kata ana bawa laju.hehehe...ummi selalu dok cakap bagi signal bila nak kona/belok selekoh tu.thanks ummi sbb ingat kan ana,kalau tak perangai tak bg signal tu terbawa-bawa pula sampai JPJ test nanti.
okeyhh..berbalik pada JPJ test di jalan raya.Alhamdulillah...ana lulus! 17/20.hehehe...
ada 3 kesalahan tu,tak sempat tengok pun,terus bg kat office melati ja utk booking test JPJ lagi sekali utk yg gagal bukit tu.RM50 melayang ~
Alhamdulillah..bersyukur sgt sebab lulus juga kat bahagian jalan raya.Nasib baik la kan~
tak mahu la jadi mcm spongebob yg gagal sampai 99 kali kan???
Lepas test JPJ semua selesai,booking utk test JPJ yg ke2 pun dah selesai,balik la~
ana tunggu ven melati la nak balik rumah(guna transport melati)
masa dalam ven tu dengar lagu freedom-Maher Zain,semangat balik nak buat test JPJ Ke 2 nanti. =D
Di bawah ni nak kongsi sikit la~
--> Cara hendak menggerakkan kereta.
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.
Sumber:http://tipsbelajarmemandu.blogspot.com/
iklan comel~ ^^
p/s 1:Doakan ana berjaya untuk test JPJ ke2 ya..
p/s 2:Jangan sombong dgn pegawai JPJ ya masa test,hormat dia(bagi salam)bukan nak bodek,cuma hormat la.okeyh!~
p/s 3:Bila la pulak nak ambil lesen moto(moto???takot la..)
p/s 4:jangan ketawakan rakan yang tak pas test JPJ ni
(kejam je),sebaliknya doakan la kejayaan buat mereka.
Sekian dari ana,
Wassalam.
Thursday, 31 March 2011
Monday, 28 March 2011
Maher Zain ~ FREEDOM ~ ^^
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
MAHER ZAIN!~
F.R.E.E.D.O.M
^________^
Maher Zain's latest single titled "Freedom" was composed by him during the height of the Egyptian turmoil in February 2011. This song was first recorded live at Stadium Melewati, Shah Alam, Malaysia during his "Mahir Zain Live In Concert" appearance on Friday, February 25, 2011.
Subhanallah, lagunya memang menaikkan semangat. !~
Maher Zain - Freedom ( Official Lyric )
Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call
And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
p/s:Semangat la lagu ni!~InsyaAllah...Moga lebih semangat lagi ana utk JPJ test(kereta) esok.^^
p/s:nak download lagu ni?? KLIK SINI
Wednesday, 23 March 2011
Tangis & Tawa di kongsi bersama...SPM2010 lakaran sejarah
Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin,23/3/2011,Rabu
telah menjadi lakaran sejarah dalam hidup ana,telah terbuku di dalam Lauh Mahuz(tiada dipasaran ya..yang tak boleh di ubah lagi!~
Lembaran baru ini yang akan membawa ana berlayar menuju matlamat dan impian.InsyaAllah~
Lembaran itu ialah "hei!result spm dah keluar la!~"
apa?????????????????
Buat semua sahabat batch SPM2010 yang lulus dengan cemerlang dan straight A,mabruk ya!~
Kelmarin,23/3/2011,Rabu
telah menjadi lakaran sejarah dalam hidup ana,telah terbuku di dalam Lauh Mahuz(tiada dipasaran ya..yang tak boleh di ubah lagi!~
Lembaran baru ini yang akan membawa ana berlayar menuju matlamat dan impian.InsyaAllah~
Lembaran itu ialah "hei!result spm dah keluar la!~"
apa?????????????????
Buat semua sahabat batch SPM2010 yang lulus dengan cemerlang dan straight A,mabruk ya!~
Man Jadda Wa Jada
Siapa yang berusaha,InsyaAllah pasti berjaya.
Alhamdulillah...ana redha dengan ketentuan dari Ilahi buat ana.
Namun,ana masih mengharapkan sinar pelangi dibalik hujan itu~
Dear Diary...
ehem2..nggeee~
lepas dapat result,pergi salam2 muallimah(cikgu) ucap terima kasih.
ummi call kat sekolah,dengan redha ummi terima apa aje result ana,Alhamdulillah...
InsyaAllah Ummi ada hikmahnya.
lepas tu balik rumah ajak kawan2 sekali nak tinjau2 untuk isi borang online dan selidiki sikit2 apa2 yang patut tu.
kawan ana tersedar!!!~
dia tak beli lagi no.pin untuk IPG(Maktab Guru)
aduh..~!
ana dah forward dah suruh beli no.pin dan isi borang online.
owh~mungkin juga dia terlupa dan anggap tarikh "off" tu tak lepas lagi.
semak2 balik kat internet,
owh....~ouuhhh.....S.E.L.A.M.A.T!
IPG di lanjutkan sampai 25/3/2011 ni
Alhamdulillah,masih sempat InsyaAllah
Hah!tunggu lagi?
apa lagi kami pun rancang la nak pegi BSN beli no.pin untuk dia
naik keta dengan Liyana yang dah ada "lesen memandu ya"
tup..tup...jeng!JENG!jeng!!!~(suspen)
Farhana,kenapa salinan sijil lepasan sekolah ini ada kat hang(loghat uthara)?
bukan ka kena bagi kat teacher tadi masa kat sekolah?
dengan terkejut nya ana...haaa..????sambil buat muka blur n tak bersalah + TERKEJUT!
ya ka?aduh~ macam mana boleh tak perasan pula ni.
kena pi sekolah balik la.
owkehh~perancangan di atur...
Pergi rumah liyana ambil kereta>sekolah(hantar tu la~)>pergi BSN(beli no.pin)
Perancangan di tukar!!
Pergi rumah liyana ambil kereta>sekolah(hantar tu la~)>u-turn ke rumah liyana>syahrina(kwn 1 lg)hantar moto kat rumah tok>liyana bawa adik>alin ada sekali>pergi rumah tok syahrina>pusing balik pergi ambil Hajar>Teruskan perjalanan>ambil majidah>pergi BSN>pergi jusco>Balik..~
Rancang nak pergi BSN 3 orang.
last2~jadi 7 orang dalam kereta liyana.(maaf ya,menyusahkan)
Best nya...~jalan2 ngan kawan,lagi ramai,lagi meriah...
maaf ya asmira n aina.
sebenar nya nak pegi beli no.pin shj.
Singgah POPULAR beli novel baru~
yeaaahhhh!
Siapa yang berusaha,InsyaAllah pasti berjaya.
Alhamdulillah...ana redha dengan ketentuan dari Ilahi buat ana.
Namun,ana masih mengharapkan sinar pelangi dibalik hujan itu~
Dear Diary...
ehem2..nggeee~
lepas dapat result,pergi salam2 muallimah(cikgu) ucap terima kasih.
ummi call kat sekolah,dengan redha ummi terima apa aje result ana,Alhamdulillah...
InsyaAllah Ummi ada hikmahnya.
lepas tu balik rumah ajak kawan2 sekali nak tinjau2 untuk isi borang online dan selidiki sikit2 apa2 yang patut tu.
kawan ana tersedar!!!~
dia tak beli lagi no.pin untuk IPG(Maktab Guru)
aduh..~!
ana dah forward dah suruh beli no.pin dan isi borang online.
owh~mungkin juga dia terlupa dan anggap tarikh "off" tu tak lepas lagi.
semak2 balik kat internet,
owh....~ouuhhh.....S.E.L.A.M.A.T!
IPG di lanjutkan sampai 25/3/2011 ni
Alhamdulillah,masih sempat InsyaAllah
Hah!tunggu lagi?
apa lagi kami pun rancang la nak pegi BSN beli no.pin untuk dia
naik keta dengan Liyana yang dah ada "lesen memandu ya"
tup..tup...jeng!JENG!jeng!!!~(suspen)
Farhana,kenapa salinan sijil lepasan sekolah ini ada kat hang(loghat uthara)?
bukan ka kena bagi kat teacher tadi masa kat sekolah?
dengan terkejut nya ana...haaa..????sambil buat muka blur n tak bersalah + TERKEJUT!
ya ka?aduh~ macam mana boleh tak perasan pula ni.
kena pi sekolah balik la.
owkehh~perancangan di atur...
Pergi rumah liyana ambil kereta>sekolah(hantar tu la~)>pergi BSN(beli no.pin)
Perancangan di tukar!!
Pergi rumah liyana ambil kereta>sekolah(hantar tu la~)>u-turn ke rumah liyana>syahrina(kwn 1 lg)hantar moto kat rumah tok>liyana bawa adik>alin ada sekali>pergi rumah tok syahrina>pusing balik pergi ambil Hajar>Teruskan perjalanan>ambil majidah>pergi BSN>pergi jusco>Balik..~
Rancang nak pergi BSN 3 orang.
last2~jadi 7 orang dalam kereta liyana.(maaf ya,menyusahkan)
Best nya...~jalan2 ngan kawan,lagi ramai,lagi meriah...
maaf ya asmira n aina.
sebenar nya nak pegi beli no.pin shj.
Singgah POPULAR beli novel baru~
yeaaahhhh!
Sunday, 20 March 2011
RAHSIA MEKAH & NOMBOR 1.618 -- Keajaiban Allah
Bismillahirrahmanirrahim.
Semua ilmu didunia ini adalah ilmu Allah yang diberikan khas pada manusia melalui intipatinya Al-Quran.Hati-hati, mungkin kitalah yang diperalatkan oleh syaitan untuk menghalang penyebaran dan kefahaman ilmu.ingat, syaitan sangat bercita-cita menjahilkan semua manusia agar mudah disesatkan olehnya.
Antara kandungan Video:
1) Nisbah 1.618 ni memang dah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk sebab rekabentuk gunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. itulah sebab nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.
2)Yang lagi ajaib rupa2nya bila diukur, kota mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.
3)Tambah2 ajaib lagi bila ayat 96 surah al imran, ada terselit perkataan mekah kat tgh2 ayat tu. Ayat ni relevan sebab menyebut ttg mekah sbg petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan mekah, ternyatalah perkataan mekah dalam ayat tu pun terletak dlm nisbah emas 1.618....
kebetulan? tak mgkn...ini adalah perancangan tuhan yg cukup teliti.
Rahsia Keajaiban Mekah dgn Nombor 1618 Keajaiban Islam
Himpunan 40 Hadis Nabi Muhammad SAW
Bismillahirrahmanirrahim.
Rasululullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh at-Tobarani yang bermaksud:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara; dan jika kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Hadis Nabi."
Hiburan berinfomatif. Hiburan untuk santapan rohani dan jasmani. Ringkasan himpunan 40 hadis Nabi Muhammad SAW dengan iringan lagu Al-Muallim oleh Sami Yusuf. Amalkan pengajaran dari hadis untuk kebaikan dunia dan akhirat, insyaallah.
Indahnya MUSLIMAH bertudung labuh ^_^
Bismillahirrahmanirrahim.
Saat qalbu merungkai bicara yang tersingkap di dalam sangkar, mulut terkunci menghurai bicara tabir, jari jemari menari-nari di atas papan kekunci cuba untuk menyigkap rasa ini,mata meliar mencari solusi bicara hati,nur suria terlindung di balik kepulan awan kolumbus yang semakin pucat zahirnya,lalu...terbitlah titik2 jernih dari kepulan awan suram itu,permata jernih itu turun membasahi tanah bumi duniawi yang gersang,menyuburkan tanaman,hidupan dan menyegarkan qalbu musafir dunia ini seperti ana,awan kolumbus yang tadinya suram itu kembali galak beransur-ansur menerbitkan bau warna suci, lalu memberikan kesempatan buat nur suria menerangi alam duniawi,tiba2 sang pelangi ceria menyelusuri awanan putih kebiruan merentasi nur suria itu,SubhanAllah lafaz ditabir bibir dizahirkan,sungguh indah ciptaan Ilahi,Kegusaran yang tadinya membelenggu naluri membuahkan hasil yang warna warni di sulami dedaun kayu berzikir memuji Ilahi.
Kitaran itu berulang lagi sehingga dunia memejamkan mata,sehingga pepohon diam membisu,sehingga musafir dunia tiada nyata.
Begitu juga qalbu ini,
saat gusar pasti akan membelenggu
saat ceria pasti akan menyinari
Maaf ya,berpuisi entah apa-apa ^^
TAPI...(diam membisu seketika)
Telah lama hati ini ingin merungkai gusar awan kolumbus yang terpendam dalam hati,
namun tak punya kekuatan diri.
Akhirnya,titik-titik jernih itu membasahi pipi dan didalam hati hanya mampu berdoa padamu Ya Rabbi.
Adakah ana membuat kan anda tertanya-tanya??hehehe...maaf sekali lagi =D
Sebenarnya ana sudah lama terpaut pada dia,
indah sekali memandang,
ingin sekali mencuba,
Ana jatuh cinta denganmu tudung labuh dan niqab(masih waras ya!)
(^_~)
Sekian lama,hati memendam rasa yang membuak-buak bagai gunung berapi yang hanya menghitung saat untuk meletus!Duuuuuuuuuuusssssssssshhhhhhhhhhhhh.....~
Ana membuat keputusan untuk merungkai sulaman gusar dalam hati ini buatmu ummi.
ummi...ana teringin sangat bertudung labuh dan berniqab.
ummi...benar,hati ini benar2 tulus
ingin bertudung labuh dan berniqab
Ana akui,
ana hanya musafir dunia yang biasa,
mencari sinar mardhatillah ilahi,
mengecapi redha ilahi,
ana hanya bersekolah di sekolah harian biasa bukan sekolah agama.
ana juga bergaul dalam persahabatan.
Namun ana masih waras dalam mengenal hukum garis syariat,
ana hanya ingin lebih mendekati mu Ya Allah
Ya benar,bukan dengan hanya bertudung labuh dan berniqab dapat mendekati ilahi
Namun ana ingin berhijrah ke arah yang lebih baik dan ana selesa dengannya
salahkah?
Setelah mata bertentang dengan ummi menutur bicara rahsia terpendam ini
ummi lebih memilih memberikan ana "lampu merah"
ana sangat mengharapkan "lampu hijau" itu dari ummi.
{ni bukan siri merebut lampu trafic light ya..!~} ;)
bertudung labuh menjadi persoalan tergantung,inikan pula berniqab?
ana akur pertama kalinya,
Namun hati tetap berperang berjihad
untuk bertudung labuh dan berniqab
Ummi memberikan alasan ilmu agama tidak cukup,akhlak itu ini,nanti nak belajar macam mana,kerja lagi dan ...
Ana akur dan ana akui mengenainya,ana tidak miliki ilmu agama yang gred A++
Jika itu yang ummi persoalkan ana faham
ana akan cuba memenuhi kretiria itu ummi,
InsyaAllah...
ingat tak lagi ummi,
semasa kita berjalan bersama di Terengganu,ana cuba memujuk ummi dan meminta ummi menemani ana untuk ke satu kedai yang menjual tudung labuh itu.
Ummi sudi menemani ana,hati ana berbunga indah
setelah sampai di kedai itu,ummi membelek kain itu.
ummi kata kain itu hangat(panas) nanti bila pakai.
lalu...kami berpaling untuk pulang ke hotel penginapan.
tak jadi beli,
ana sabar menanti saat indah itu
ketika berjalan-jalan di Kuala Lumpur,
ana mengajak ummi untuk ke kedai kain untuk membeli membuat tudung labuh,
namun...hajat itu tidak juga kesampaian.
ana akur...
Ummi...tahu tak yang ana masih menanti hari itu,
Ummi...terima kasih kerana sudi juga memberikan kebenaran untuk ana bertudung labuh
meskipun kebenaran ummi masih samar
Harapan ana,semasa melanjutkan pelajaran di IPT nanti
ana akan bertudung labuh.
niqab?InsyaAllah...akan menyusur
Mohon Doanya ya..^^
Moga bertambah lagi kecintaan serta kasih sayangku pada Allah SWT
Rasulullah SAW
Ummi dan abi
ana masih ingat semasa hati menimbulkan rasa untuk bertudung labuh dan berniqab
dan di saat itu lah
ramai muslimah yang bertudung labuh dan berniqab yang ana jumpa
di mana sahaja
bahkan yang melintasi di hadapan rumah ana
adakah ini hidayah dari Allah?
hidayah itu milik Allah
Moga Allah mempermudahkan lagi hajat ana ini
AMIN...
Untuk melakukan kebaikkan itu pasti ada halangan dan cabaran.
^_^
Biar pelangi itu membiaskan cahaya nya,
biar awan kolumbus itu menagih keindahannya,
biar permata jernih itu membebaskan dirinya,
biar suria itu menyinari lembaran qalbu,
Ya Allah kurniakanlah Kami Kejayaan dalam Keputusan SPM2010 kami
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH...
Ya Allah kurniakan la kami kejayaan dalam keputusan SPM kami...
Semoga kami semua berjaya dengan cemerlang...
Semoga semua sahabat2 kami bergembira dengan keputusannya
dan
janganlah ada seorang pun yang tercicir dan bersedih dengan keputusannya,
jika kau telah tetapkan kegagalan buat kami
maka ubahkanlah menjadi sebuah kejayaan...
najihna fikulli imtihan khususan fi spm ya Allah...
fi dunia wal akhirah istajibillahuma doa ana ya Allah aminn...
Moga kita semua beroleh keputusan yang terbaik dan cemerlang.
(SPM2010)
AMIN
23 March 2011,Rabu
TRIP WITH FAMILY March 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
بارك الله فيكم
السلام عليكم
Sedikit perkongsian melalui gambar'pic' yang ana ambil semasa perjalanan melawat negeri2 dalam Malaysia ni.^^
TRIP with my lovely FAMILY.
5 hari 4 malam
12/3/2011 - 16/3/2011
Sabtu - Rabu
Terengganu > Teluk Chempedak(Pahang) > Genting Highland(Pahang) > Kuala Lumpur
Perjalanan yang panjang...Kesian abi selaku pemandu kereta,fuh!~mesti letih bawa sampai beratus-ratus KM.
Kalau la ana dah "settle"kan lesen memandu,InsyaAllah ana boleh gilir2 bawa kereta dengan abi. =D
Walaubagaimanapun,akhirnya...ana kecundang.demam! hehehe.. (-_-)"
Ujian dari Allah...
demam masa time balik dari Trip
Alhamdulillah dah sembuh sehari lepas tu
Tapi...
Ni baru berkesempatan nak update blog setelah AFK selama beberapa hari.
gambar2 trip kat bawah ni sepatutnya disusun ikut urutan yg betul.
Dah jadi macam ni,maksudnya gambar yang dari bawah tu sepatutnya start dulu.
maaf...akan kesilapan ini.. =)
SubhanAllah...
Memang indah ciptaan Allah di dunia ini.
بارك الله فيكم
السلام عليكم
Sedikit perkongsian melalui gambar'pic' yang ana ambil semasa perjalanan melawat negeri2 dalam Malaysia ni.^^
TRIP with my lovely FAMILY.
5 hari 4 malam
12/3/2011 - 16/3/2011
Sabtu - Rabu
Terengganu > Teluk Chempedak(Pahang) > Genting Highland(Pahang) > Kuala Lumpur
Perjalanan yang panjang...Kesian abi selaku pemandu kereta,fuh!~mesti letih bawa sampai beratus-ratus KM.
Kalau la ana dah "settle"kan lesen memandu,InsyaAllah ana boleh gilir2 bawa kereta dengan abi. =D
Walaubagaimanapun,akhirnya...ana kecundang.demam! hehehe.. (-_-)"
Ujian dari Allah...
demam masa time balik dari Trip
Alhamdulillah dah sembuh sehari lepas tu
Tapi...
Ni baru berkesempatan nak update blog setelah AFK selama beberapa hari.
gambar2 trip kat bawah ni sepatutnya disusun ikut urutan yg betul.
Dah jadi macam ni,maksudnya gambar yang dari bawah tu sepatutnya start dulu.
maaf...akan kesilapan ini.. =)
SubhanAllah...
Memang indah ciptaan Allah di dunia ini.
Jangan panic bila cable car ni berhenti di tengah2 hutan belantara tu.
mereka ada sebab.
Sebab nya nak sesuaikan dengan cuaca dan memberikan keutamaan kepada warga tua yang menaiki cable car ni.
dah sedia???
Bismillahhirrahmanirahim..
bergerak.....!!!!!~krek..krek..krek....zummmm............
jumpa pelancong arab,korea,jepun. =)
Bismillahhirrahmanirahim..
bergerak.....!!!!!~krek..krek..krek....zummmm............
jumpa pelancong arab,korea,jepun. =)
Semasa di perhentian R&R menuju ke Genting Highlands..
curi2 ambil gambar,adik lambat sangat singgah beli ice-cream pula. =D
curi2 ambil gambar,adik lambat sangat singgah beli ice-cream pula. =D
Subscribe to:
Posts (Atom)