Thursday, 5 July 2012

Ya "Di Sini" lah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^_^



KMPP.
Di sini aku mengenal suasana biah solehah
Di sini aku berjinak dengan bulatan gembira

Meskipun cuma setahun tempohku belajar di sini
banyak yang telahku coret dalam "buku sejarah" hidupku
tanpa aku sedari..

Di sini aku mengenal lebih mendalam erti persahabatan
Di sini Allah pilih aku untuk melalui ujian-Nya
Di sini aku mengenal pensyarah yang penyayang
+ pensyarah yang ambil berat tentang aku..
pernah pensyarah kimia bagi nasihat peribadi tentang hubungan kita dgn Allah dekat awak?
rasa nak menangis ja bila ingat balik.

Di sini ketabahan dalam diriku lagi bertambah dengan kuasa dua
Di sini bakal aku melakar yang seterusnya
Di sini Allah mengetuk "pintu hatiku"
"pintu hatiku" di sini bukanlah bererti jodoh ya.. =.="
sebaliknya di jalan ini aku tempuh untuk merebut redha dan kasih sayang ilahi

Ya...
Di sinilah segalanya tercatat di Lauh Mahfuzh
"setiap kejadian telah tertulis jelas di dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) tidak ada satupun kejadian yang terjadi kebetulan."


Di sini persaingan mula menjengah
Di sini hidup bertambah warna
bagai pelangi selepas hujan
Indah berseri mewarnai alam.. ;)


Di sini aku mengajar diriku agar lebih bersyukur
Di sini mujahadah makin melangkah laju
bersama sahabat..tak kira baru ke lama.
Ya sahabat inilah yang bersamaku di setiap perjuangan.gigih betul!


Ini langkahku~  ^_^

Terus melaju
Ini langkahku
Bangkitkan jihad !!
Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman... =)

Di sini pertama kali sambut Ramadhan bersama teman
Di sini jumpa UNIC & Ustzh.Fatimah Syarha secara live
Di sini...aku tertanya-tanya
pernah ntah naik bas rasmi KMPP ni? =.="
rasanya pernah sentuh ja bas tu.hehe..

Di sini aku jumpa qalbu yang dekat dengan surau
Di sini,Surau An-Nur pernah tercatat lembaran sejarah
persahabatan.
Di sini mudah menguntum senyuman pada mawar agama
walaupun hakikatnya diri ini bukanlah seorang yang mudah
peramah
Di sini aku mula cintai tahajjud dan dhuha
kenapa waktu menganggur ni susah sangat nak buat?
perlu mujahadah dan kekentalan hati,ikhlas dlm ibadah
kerana ALLAH..

Di sini mata sepet ini mula bertemankan kaca mata
tapi jarang berkaca mata(power tak kuat)
bila di tanya mengapa?
jawapanku:rasa macam dok dlm akuarium
ketawa sahabat praktikumku berhambur

aduh!sudah mula melalut ni..
lebih baik buat conclusion sblm panjang description.
konklusinya ambil rangkap nasyid Brothers-Selamat Berjuang
persembahkan....

"Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo....

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman..."


# cuak rasanya result UPU nak keluar tak lama lagi.dan perlu diingatkan buat diri ini perjuangan wajib di teruskan!ya..wajib!tak kira kat mana pun kita.Berjuanglah hingga keakhirnya!

#kenapa blog rasa lagi lembab load dia,mungkin sebab tukar template.

jgn terkejut dgn kata ganti diri pertama yang digunakan admin.kejap "ana" kejap "aku"

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers