Wednesday, 25 July 2012

Syria Care !

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




 



Budak Syria ini tabah dan sangat tenang dalam hidupnya, saya mengkagumi tahap keimanannya. Boleh saksikan di youtube kalau terror Bahasa Arab. Ini terjemahannya.

Beliau ditanya bagaimana kecederaan yang dialami beliau dengan kehilangan kedua belah tangan, buta sebelah mata kiri dan cedera pada bahagian perut.

Ditanya: “Bagaimana kamu menguruskan diri kamu?”

Budak ini menjawab: ”Aku tidak berkata kecuali Al-Hamdulillah”.

Sambungnya lagi: "Keadaan aku lebih baik dari orang lain. Aku masih mempunyai sepasang kaki, ada orang lain yang kehilangan tangan dan kaki.

Aku takkan mengeluh aku bimbang kufur pada Allah. Kedua-dua tanganku telah masuk Syurga, jadi aku tak perlu merasa sedih..

Permohonan aku kepada rakyat Kuwait, 'Doakan kemenangan kami... bantulah kami...'

Allah kurniakan aku empat anggota (tangan dan kaki) lalu dia mengambil dua tanganku dan Allah kurniakan aku sepasang mata dan dia ambil satu daripadanya dan dikekalkan satu lagi untuk aku melihat KEMENANGAN...”

MasyaALLAH! Mantap hatinya dan teguh sungguh jawapan orang muda ini.
 



# jangan kita hanya berdiam diri seolah lumpuh jasad dan roh!tidakkah kita melihat?setidaknya berdoalah untuk mereka agar kemenangan dapat dicapai.ayuh,berdoa sahabatku!Syria Care,Muslim Care!

1 comment:

ireminisces said...
This comment has been removed by a blog administrator.