Wednesday, 25 July 2012

Duhai Syria

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.   = '(








  :: DUHAI SYRIA ::



Sedang kami menikmati musik Kpop, RnB, Balada, dan Rock,
kalian didendangkan dengan ledakan bom, herdikan musuh, tangisan anak, dan teriakan takbir pejuang.




Sedang kami bermalasan di atas katil melayan FB, menonton anime, dan mengupdate blog,
kalian pula sedang terbaring menahan pedih tembakan tentera Bashar, ada yang kaku menjadi syahid, tidak kurang yang putus anggota tubuh.



Aduhai Syria...
Ke mana hilangnya sensitiviti kami untuk kalian? Kenapa kami tidak mendengar tangisan kalian? Sampai bila kami berterusan hanyut tanpa peduli keperitan kalian? Kumohon kepada 'kami' yang sedang membaca, jentik relung hati kita agar terpercik sinar kesedaran untuk saudara kita di sana. Kumohon.


"Dahulu rakyat Syria bertungkus-lumus menghulur bantuan kemanusiaan kepada kami. Kini, tibalah masanya untuk kami (rakyat Palestin) membalas jasa mereka dengan mengumpul dana kewangan untuk rakyat Syria yang ditindas oleh rejim Bashar (walaupun kami serba kekurangan).

Pesan kami kepada rakyat Malaysia, andainya kalian tidak dapat menyumbang bantuan dari segi kewangan dan tenaga kepada saudara kita di Syria, cukuplah sekadar kalian mendoakan kesejahteraan mereka. "

p/s: Petikan dari Ceramah Syria Berdarah dan Bahaya Syiah oleh Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria.



untuk lebih jelas sila klik:boleh beri sumbangan ada no.akaun di situ.




Buktikan kita PEDULI !!!

 

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers