Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^_^
The successful ones are those who attach themselves to the Qur'an!
" The Love Letter".
"This is the Book; in it guidance sure, without doubt; to those who fear Allah." (Al-Baqarah:2)
Andai suatu hari, sedang sibuk kita membelek-belek buku di perpustakaan,
tiba-tiba di tengah-tengah helaian buku kita terselit satu surat cinta
daripada orang yang kita suka. Apakah perasaan kita ketika itu? Adakah
kita akan membaca surat itu dengan sekadar baca sambil membuat muka
ketat tiada perasaan ataupun bersungguh-sungguh membacanya sehingga
menangis-nangis ataupun tersenyum sehingga ke telinga. (aku bukan menyuruh korang menghantar surat cinta, sekadar contoh)
Bagaimanakah pula dengan keadaan kita ketika membaca ayat-ayat cinta dari Allah SWT? Sahabat-sahabat dahulu menangis teresak-esak ketika membaca al Quran kerana takut dengan azab yang Allah janjikan buat mereka yang kufur. Ketika orang-orang kafir Quraish mendengar ayat-ayat Quran yang dibacakan oleh rasulullah, mereka juga tahu untuk berasa takut sehingga berkata, " Cukup-cukup ya Rasulullah, kami tahu ajaran yang dibawa oleh engkau itu benar, namun ini adalah agama adat resam nenek moyang kami, kami harus pertahankannya."
Sedangkan kita membaca ayat-ayat cinta Allah tanpa punya sedikit perasaan kerana apa? kerana al Quran itu di dalam bahasa arab dan ramai yang tidak mengetahui maksud sebenar ayat yang dibaca. Itulah gunanya al Quran terjemahan. Rugilah kita kerana kita tidak tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan al Quran. Seolah-olah kita suka mendapat surat cinta dari orang yang kita suka tetapi satu reaksi apa pun tidak dapat kita berikan.
Buat penggemar-penggemar novel, mereka akan membaca novel itu dengan sepenuh hati, sehinggakan mencurah-curah air mata ketika membaca babak sedih. Jikalau mereka membaca buku anatomy, mereka akan menggunakan sepenuh akal mereka untuk mengingat sebetul-betulnya di manakah origin , insertion, elevation, action muscles yang ada pada anggota badan. Begitu juga adanya manusia yang membaca al Quran dengan akal, hanya ingin mencari kaitan Islam dan sains. Bacalah al Quran itu dengan hati.

SEANDAINYA AL QURAN MAMPU BERBICARA
"Aku pasti ada di setiap rumah muslim, tetapi aku pasti tiada di jiwa setiap muslim Aku pasti diletakkan di rak yang tinggi, tetapi aku jarang dibaca Terkadang aku diletak di tempat-tempat yang kotor, kata mereka untuk menghalau jin dan syaitan Aku dikucup selepas dibaca dengan penuh rasa tanda kasih dan hormat, tetapi isiku dilupakan selepas membaca."
No comments:
Post a Comment