Monday, 25 April 2011

Jaga diri baik-baik ya.. ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.




"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah(haiwan) terdapat pahala dalam membuat baik kepadanya." {Hadis riwayat Bukhari,Ahmad dan Ibn Majah}


"Kasihanilah sesiapa sahaja yang ada di bumi ini,nescaya kalian akan dikasihi oleh yang ada di langit." {Riwayat Tirmidzi,Ath Thabrani dan Al-Hakim}




Pernah bela hamster?Hamster memang comel sangat2..~suka3 ^_^
Ana pernah bela hamster ni mula tahun ni 2011,tapi sekarang?dah tak bela lagi dah..sebab ummi ana dapat jangkitan kuman dari hamster ni dan mungkin juga ada alahan dengannya,Wallahu'alam..
Hamster pertama yang ana bela ialah spesis Roborovski(betul ke ejaan ni?)
Hamster jenis Roborovski ni kecil je dan aktif.Ana bela hamster sepasang.Tapi lepas 2 hari seekor daripadanya mati sakit,mungkin sebab masa dalam cage tu dia menyendiri,diam,macam sakit la nampak dan yang sekor lagi tu pula suka pergi kacau(ganggu) dia,pegi main lawan2,kesian kat dia dah la lemah..then,mati.. (T_T)sedih..~huhuhu


Tak sempat bagi nama lagi,tinggal la yang sekor lagi ni,memang aktif(sangat2 aktif),main naik turun tangga rumah dia,naik wheel pusing laju2..gigit2 pagar cage tu.
Dah tinggal sekor bagi la nama...Monotaro,kenapa?sbb tinggal sesorang je..(mono)
Dan....Pada suatu malam yang gelap dan sunyi tu,tak sangka dia ada membuat rancangan nakal!~ hehehe.. =p
dia kan kecik sahaja di gigit2 pagar cage tu,robek2 macam mana ntah la sampai pagar cage tu bengkok sikit dan menyelusup keluar dengan jayanya tanpa pengetahuan ana.Monotaro keluar melalui bawah pintu,mungkin.Alahai..~macam tak percaya sahaja ruang bawah pintu tu tersangat la kecil..dan waktu pagi tu ummi ana keluar rumah dan ternampak la monotaro ni mati terdampar atas tanah depan rumah Mak Long ana.Sungguh tragis sekali..


Dalam tempoh 4,5 hari gitu..abi ajak pegi beli hamster lagi..yahuuu...!!bestnya ^_^
Pergi beli hamster dgn abi n ummi,adik?kesian la kena tinggal di asrama,hehehe.. ;)
belajar rajin2 tau!
Kali ni ana buat keputusan nak bela hamster jenis syria pula,mungkin Roborovski ni tak sesuai dengan ana.^_~
Ummi pilih yang jantan tu sebab warna bulu dia campur2 ada 3 warna,hitam,koko,putih.
Comel!~pandai ummi pilih.
Abi pilih yang betina tu oren + putih,comel juga!^_^
Apa beza Roborovski(susah sgt aaiihhh nak eja,panggil "robot" ja kan senang)
dan syria???Syria ni lebih besar dari Roborovski dan syria lebih jinak.



Ok!ni la gambar hamster syria ana ^_^
<<<----yang atas wheel tu jantan,nama dia?nak nama panjang ke nama pendek?nama panjang dia HAMTARO,nama pendek dia Miki.

<<<----yang duduk sedap jer dalam wheel tu betina,nama dia?nak nama panjang ke nama pendek?nama panjang dia HAGIMARU,nama pendek dia Ciki.


Serius cakap,nak bela hamster ni kena rajin dan sabar!~Kalau malas habis la cage dia busuk,pening bau dia~(tu..kata abi ana)Bagi ana ok jer sebab dah biasa..ahaha... ^_^(sebenarnya malas nak cuci cage)..Serius!hari2 kena cuci cage depa ni,kalau tak abi ugut nak bagi kat kawan2(huhuhu..apa kan daya,sayang hamster punya pasal+menganggur lepas SPM ni,rajin2 kan la juga cuci hari2)Dalam cage dia bubuh serbuk2 kayu..



haaa....macam mana?kemas ja kan? ^________^
ni lepas cuci cage ni,kalau tak habis ruang tamu ada bau la~
Skodeng2 la tu makanan dia kat bawah dlm bekas kuning tu..
ada:carrot comel(kecik2 ja),vitamin hamster yg warna hijau bulat2 tu,dan tak lain dan tak bukan yang tak boleh dilupakan....jeng..jeng..jennnngggg!!!!
KOCI laaa...~(ke kuaci??)


Suka tengok depa ni main2 dalam cage tu,first time diorang explore habis la..
main wheel tu,mula perlahan jer(malas le tu) dah biasa2 tu laju sokmo! *_*
main turun naik dari rumah,hohoho...besa la kan,rumah cantik gitu,rugi la kalau tak jelajah bersama teman baru pula..nggee.... =.="merepek laju jaa..



tak tipu..ni memang gambar yang paling susah nak shot,guna kamera murah sahaja. =p
gambar bila dia berdiri dan anngkat tangan dua2 gitu..memang comel habis la..~ + dgn reaksi wajah dia yang blur2...
Kawaii~^_^



Kesian la..asyik dok dalam cage sahaja,lepas la depa ni main2 kat luar cage,amboi...semangat ja!jangan kencing sudah~ = , ="
Kalau nak ambil pic ni dua2 ekor muka excited ja(ok,ni tipu)
suka datang2 dekat2 dengan kamera..nak tahu macam mana?seperti dibawah ni.





Comel kan reaksi dia..gambar blurr saja.
Hidung dia la paling menawan sekali!~pink...lembut ja..
^_^
Hamtaro aka Miki,ni kamera la..heran ka?



Setelah beberapa minggu,Miki n Ciki dapat baby..comel2 belaka..
masa anak2 hamster ni kecik2 lagi memang macam anak tikus,bezanya bila besar comel la dari tikus(spesis hamster n tikus sama ja kan) ;)
6 ekor anak dia sihat2,Alhamdulillah...


emm...ni 4 ekor sahaje..
lagi 2 ekor kena culik dengan ana untuk sesi fotografi ^_^
nanti kalau lepas semua,adoii~penat la nak cari,dah la kecik2..
2 ekor bulu putih + mata merah.(tak suka hamster mata merah mcm garang je)
Yang lain semua mata hitam.





Ni lah salah 1 hamster yang kena culik dengan ana.
comel kan?sayang dia..
tengok pipi dia kembung2 ada koci sorok(simpan) dalam tu
^_^





Ni pun kena culik juga ni utk sesi fotografi ^_^
tengok tu..comel sangat!sebab tu kena culik sekor ni~
lalala...~





Tengok cage kat bawah ni.memang cantik n unik.Macam mana la dia cuci cage tu.Cage hamster ana yg comel tu pun hari2 kena cuci(penat juga..)Kesian hamster yang tinggal dalam cage mcm kat bawah ni tak cukup nafas,penat dia nak panjat permainan terowong2 tu.kesian kat hamster tu.. ='(

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzX1TzdbeZMjws8KZ35hWuhhe8hMMb6ZvIm-qRQ9-M6b3ElpN1ceaFx6WVPPefNIBexxnPgEgQ_nabTsE03y2TZCbw43GQqvGIkGK9DRXMKn8uTbLfu-n3zqEcYPQ7VjjZwQjyRyV6-cYR/s1600/Hamster+Cage.jpg

1. Memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya.

2. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.

3. Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Seperti dalam hadis, Wanita itu masuk neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.

4. Boleh mengurung binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendakah melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.

5. Mengikut kajian dari barat ada menyatakan bahawa dengan membela haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dapat menghilangkan stress pada tahap optimum dan merendahkan paras darah tinggi.

apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)


lepas ni nak bela kucing pula.boleh ya?boleh la...~kucing comel juga.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG1LBI4QTOM9XgAe5-6ox5OQTaWgd5fsr_AJ2qLG9p4m8LiH18ohN4aOeDZy7yRyTNIx3KgI0z1iTbeJH_tBrtWOM90TYtE0iFmQJls1oxQ2OG7ZIIS4cQUC7vpEH5LNOm0Cf5hQb97Zw/s400/hop.jpg Wahai kucing yg comel,berlari lah kesini ^_^*mari2*


P/S:Kalau la boleh bela penguin..hemm... =.="
Jaga diri baik-baik ya hamster ana..^_^ (rindu la~)

Tuesday, 19 April 2011

Islam In Korea - Korean Student Became Muslim (Shahada Video)



Islam is spreading everywhere in this world ... it is not spreading by sword .. it is not spreading by violence .. it is spreading through its peaceful teachings ... when people know the pure beautiful Islam, they simply become Muslims ... mashaa Allah wa Allah Akbar.


Alhamdulillah !!

Welcome to Islam Dear Sister Mateena!

2011.01.09

Brother Abd Aziz, and his wife fatima, and new sister mateena, and me Abd Rashid.

Islam Information Center

http://www.islaminformation.net/





1 / 27 / 2011

Korean Student Became Muslim Today
Welcome to Islam Brother Habibullah

Islam Information Office
Ismail AbdurRashid Bark

www.islaminformation.net.

Wednesday, 13 April 2011

Hlovate???

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

hlovate

Siapa tak kenal Hlovate?Terus terang ana hanya mengenalinya melalui nama samaran yang digunakannya iaitu "HLOVATE".Itu pun melalui sahabat ana.Belum pernah terjumpa lagi buku-buku beliau,hah!~jakunnya ana.


aduh~Rasa tercabar pula sebagai seorang yang meminati dan mengumpul buku2 novel,tetiba novel penulisan Hlovate yang sangat diminati ramai ini tak ada??huhuhu...sadis nya~


first impression bila dengar nama pena Hlovate ni,emm...ni mesti macam penulis Harry Potter,J.K.Rowling yang digemari ramai dan yang novel karya penulisannya juga diterjemah ke bahasa melayu,entah macam mana boleh terlintas juga yang Hlovate ni merupakan seorang penulis cerita2 penyiasatan,dan Hlovate ni merupakan penulis luar. {aneh nya budak ni tak kenal Hlovate}Smile!~ ^^

tak boleh jadi ni,kena search kat encik Google ni.


Owh~rupa-rupanya Hlovate ni merupakan penulis Malaysia.Jantina..status..umur..pekerjaan..dirahsiakan oleh beliau.Dalam forum iluvislam.com pun ada thread yang membincangkan mengenai penulis Hlovate ini.Tak percaya???KLIK SINI

Daripada hasil kajian ECECECEE ;)bagi yang mengenali Hlovate akan amat mengenali & meminatinya. Tapi bagi yang tidak kenal,memang takkan ada idea siapakah dia. <<---Highlight ini

Ya..apa yang berlaku pada ana sekarang ini,no idea la~ (=.=)" Tu laa...tak kenal maka tak cinta.Bila nak beli??(buku hari tu baru beli pun tak baca habis lagi,jangan tamak)

Hlovate sebenarnya seorang penulis yang mula menulis di alam blog. Blog pertamanya http://hlovate.blogdrive.com dibina sekitar Januari 2005.Sedikit perkenalan mengenai hasil karya beliau seperti di bawah(Yang dicedok dari sumber tertentu yang dinyatakan spt dibawah):

E-novel pertamnya, GT_i Trilogy ~ GreatTroubleMaker_i; GreatTroubleMaker[i'm a senior] & GreatTroubleMaker[i'm outta Teens]~. Kisah kehidupan budak-budak sekolah asrama. I’m outta Teens pulak kesinambungan selepas watak-watak tamat zaman belajar, hingga masing-masing masuk ke alam perkahwinan. A very refresh story i can say. Dengan humor & lawak yang boleh buat kita gelak sakan; dan persoalan hidup yang buat kita fikir panjang. Bagi aku, yang menarik bagi novel ini adalah penceritaan yang selamba. Kini, novel ini telah dibukukan pada Januari 2008 dengan tajuk Aa+Bb. Bagi, Aa+Bb ni lebih kepada kisah I’m outta teen’s dengan flashback kepada kisah-kisah sewaktu mereka di sekolah. GT_i & I’m a Senior pula dibukukan pada Julai 2008 dengan tajuk [Tunas].


E-novel kedua Hlovate ialah Versus.Kisah remaja alam street yang berubah untuk hidup cara Islam. Kisah cinta yang berlandaskan Islam jugak, ada sedikit tarik tali…tapi aku tetap suka jugak…hahaha. Kesinambungan dari Versus, dihasilkan juga Ked’s Story, kisah abang kepada heroin Versus…hohoho.


E-cerpen Schubert’s Serenade, not a love story. Lebih kepada kisah adik beradik lain mak lain bapa…hohoho. Yang menariknya, it’s not a happily ever after type of story.Versi cetaknya dimuatkan dalam kompilasi 3 cerpen : Gurindam Jiwa (April 2007). Ada pernambahan dalam versi cetak, yet still not a love story


5 Tahun 5 Bulan, plain jane’s diary type of novel bagi hlovate. Novelnya yang pertama dibukukan sekitar Februari 2006. Ia kisah remaja yang belajar erti dewasa. Kisah cinta yang dipagar syariat.


Rooftop Rant,Heroinnya remaja yang datang dari keluarga yang telah porak poranda, maka selalu ingin nak bunuh diri. Kenal pada sahabat yang menjadi kawan penyelamat. Mereka terpisah kemudian. Sewaktu terpisah ini, mereka sama-sama berubah jadi yang lebih baik.

Anthem,Kisah mengenai remaja yang membesar di luar negara, terpaksa berpindah belajar ke Malaysia balik. Mengalami kejutan budaya. Sering dikutuk dari belakang oleh orang-orang yang hanya tahu mengutuk, tapi tak pernah nak suluh cara kehidupan yang sepatutnya. Bila baca buku ni buat kita fikir hakikat yang selalu kita buat, treat people bad when we have negetive first impression for them. Didn’t give the chances to people to understand & learn before change, yet expecting people to behave according to the ‘standard’ way of life regardless what kind of life they had before…hoho.

Cerpen lain tulisan hlovate ialah A Moment dan Biru.Kesimpulannya, novel-novel dia menarik kerana jalan cerita yang fresh & kreatif; penulisan yang selamba & rilex. Ayat-ayat bombastik & ilmu-ilmu yang payah nak tahu kalau bukan minat kita..haha. Dan yang paling best, penerapan cara hidup Islam bagi seorang yang biasa-biasa. Berbeza dengan watak Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta yang begitu perfect hingga sukar menjadi ikutan, tetapi watak-watak yang dihidupkan hlovate adalah insan-insan biasa yang menerap cara hidup Islam secara sederhana.

Mengenai penulis itu sendiri. Dia teramat low profile. Dia pernah tulis:

jujur-sejujurnya, kalau baca material kat sini, ignore je la me as the writer.my status,location,education,background history,abaikan aje,k.for all you know I might be in Guatemala doing phD in nuclear science,and am 35 yrs old. .atau mungkin je seorang budak tepi jalan yang nomad[bak kata aie], travel around the world,tak study,tader kerje,dan ader speciality dalam field buat air soya.

the blog is for my story to come to life,not for my life to become a story.

SUMBER:http://hurulaini.net/mengenali-hlovate-bersama-hurul_aini/



1. Gaya penulisannya c00l, sempoi, menarik..memang mendekati jiwa2 remaja sekarang.
Paling best..saya pasti tergelak bila baca novel Hlovate..tip t0p punya gaya penulisan!banyak diselit ayat2 quran 4 our references on advices
Banyak words yang saya belajar daripada novel Hlovate..sampaikan ada sekali dua kena buka kamus english-melayu..ada juga istilah2 medic (i like it!),istilah2 budak hostel,etc

2. kurengnya, novel Hlovate mix melayu+english. Bagi sesetengah yang memang sayang bahasa Melayu sangat 1000x..mungkin tak sukalaa sebab mencampur adukkan bahasa.. (bahasa rojak). Tapi bagi saya, mendekati jiwa remaja untuk berubah itu lebih penting sekarang ^_^.

aA+bB Novel
ngaa..orang kata best novel nie..
sebab berkisar tentang..... (tak tahu sebab belum baca ;p)
-life as a d0c vs engine- (macam interesting,rite?..ini orang cakaplaa)

SUMBER:http://dr-wani91.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai Hlovate,
Boleh Klik di bawah ini:


http://hlovatalk.blogdrive.com/


Wallahu'alam.

p/s:Sekadar perkongsian ya..(^_~)"
InsyaAllah nak beli juga nanti,
owh ya!siapa tahu buku Hlovate
keluaran syarikat mana???
JS?apa tu?



“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumiNYA juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya, juga kepada sahabat-sahabat baginda serta para anbiya’ yang selalu dirindui…

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNdGoG-Bg6LD7tIr-nMz9fK7iaEhLS4fJkbZqbdN5CMCldE725ikp6T4lFBX0E20RityGDJrhknNNbrWgOIej2eBLetiU2TQElEa6uYnHQP3tDg7ru6v8bNAYLq-E3fgLM6ND_JMOsCzaf/s1600/3329995218_d88eec92e3_o.jpg

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu.” {Al-Baqarah:216}

“Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”{An-Nisa:19}

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHQi_2O0O5DhrjfH0YFS4XrWMkK8IbwpWdhyphenhyphenM_z4vWCsHaESDkLS1uk6c62qYqNPzE3DG-Q2fDzuStAkFoXPIICmHLz8HPGRCgNvxLNZJYvuE8JK7HsHNA48z196GJI7DiKOmUpLVeIEOY/s320/hati.jpg

Terkadang hati ini ibarat kepulan awan.Pabila ia nya mendung sarat dengan wap air yang diberikan tekanan ia nya akan gugurkan titisan air hujan jernih membasahi bumi gersang.

Saat hati dironta dengan pelbagai dugaan dari mu Ya Rabbi,ia nya tak dapat dibendung dengan luahan kata-kata,untaian2 dugaan itu termendap di dasar hati,terasa sesak,senak,cuak sekali~

Dengan berbekalkan 5A 2B 2C 1D untuk keputusan SPM2010,dimana ana selepas ini?

Terasa agak menyesal kerana tidak berusaha dengan sepenuh keringat,hanya sambil lewa,kesudahan nya begini lah.Astaghfirullahhalazim,Muhasabah diri balik untuk lebih untuk perbaiki kelemahan diri dan lebih bersemangat menempuh lagi dalam mencari ilmu dengan niat kerana Allah.Mungkin dengan ini merupakan peringatan daripada Allah agar lebih mendekatiNya.

Maaf buat ummi dan abi,

Kerana tidak dapat memberikan yang lebih baik.Maaf juga kerana ana tidak layak bagi pengambilan Maktab Guru/kplspm.InsyaAllah…ada hikmahNya.Di mana rezeki buat ana?itu menjadi rahsia Allah SWT.Yang termampu ana lakukan disaat ini ialah bertawakal padaMu.



Berdoa..berdoa juga perlu bersungguh-sungguh.

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah saw bersabda: "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala Maha Mendengar dan mengabulkan)".

Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.



Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Yakinlah, sesuatu yang terjadi kepadamu itu bisa mendekatkan dirimu kepadaNYa walau pahit sekalipun dirasai. Adakalanya yang pahit itulah penawar dan yang manis itulah racun. Justeru, ujian dan musibah itu juga adalah suatu nikmat yang paling besar. Siapa sangka, yang pahit itu adalah antara rahsia cenderungnya hati untuk sentiasa kembali kepada Fitrah.. Siapa sangka, dengan Ujian perit itulah jambatan untuk hati sampai kepada ALLAH.. Pengaduan itu yang membawamu untuk sentiasa dekat kepadaNYA..

Benarlah, sesungguhnya tarbiyah Allah itu tidak dapat hanya difikir dengan analogi akal yang waras. Namun perlu diselami dengan hati dan jiwa yang bersih.. Berbekalkan ilmu dan iman yang teguh, yakin dengan janji Allah bahawasanya setiap ujian yang menimpa itu sarat dengan Jutaan hikmah pastilah akan membawa seseorang itu lebih dekat pada Allahul Khaliq.. Menjadikan seorang hamba itu Rindu pada sebening hati yang cinta pada ALLAH… Tiada keraguan tatkala kalamullah menjadi panduan di kala musibah melanda..



MENYUKAI YANG TIDAK DISUKAI?

surah Al-Baqarah
ayat 216.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “


KENAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286

Ini bermakna ana masih mampu untuk menanggung beban ini.(^_^)Betapa kasihnya Allah pada hambaNya sehingga Allah tidak akan memberikan seseorang itu bebanan yang diluar kesanggupannya.



KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Bolehjadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216



RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?|
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka… – Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129


Di saat diri ini terhimpit dengan dugaan Mu Ya Rabbi ana teringat akan doa-doa yg sering dijadikan sebagai sumber kekuatan

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil”

Cukuplah Allah bagiku

“Bismillahitawakkal ‘alallah”

Dengan nama Allah kepadaNya jualah aku bertawakkal.

“Allahumma Yassir Wa la Tu’assir Ya Kareem”

Ya Allah permudahkanlah ,dan janganlah Kau sukarkan, Wahai Maha Mulia.

dan ayat seribu dinar:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY3m60OPiOL5ZTn9w7t1vpVKutrDtPbq1pqcMwshw9EatsqxISbItb0pQAJYLt6rCNAxxyRCuMkyWDMomSJc2EETy4TspgnhnsiRpTYRUAX65omk80pCwJCBnnM-QivbpN-JWVyiRvRIKZ/s1600/ayat-seribu-dinar.jpg

Sama-sama kita amalkannya.Semoga segala kesusahan menjadi mudah.



AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

“…dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” – Surah Yusuf ayat 87


“Ya Allah ya Rahim.. andai kepahitan itu lebih mendekatkan diriku padaMU, ku sanggup BERJUANG! Jadikanlah hati ini sentiasa padu dalam keredhaan.. Jadikanlah Hati ini kuat tersimpul dalam keimanan. Semoga Engkau redha kepada ku.. Semoga Engkau sudi menerimaku.. HambaMu yang penuh kehinaan… ”



p/s:Buat diri ini,La Tahzan.(C U D IPT)^^ .Jika Allah selalu di hatimu ,tiada apa yang perlu engkau gusarkan.Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpamu tatkala berjuang di jalanNya adalah penebus dosa-dosamu. Bergembiralah kerana dirimu terpilih untuknya.IKHLASkan jiwamu selagi hayat dikandung
badan, selagi sihat seluruh jasad, selagi ajal belum tiba, wakafkanlah dirimu, jiwamu serta hayatmu FISABILILLAH.Sesungguhnya hidup dan nyawamu hanya sekali cuma, jadikan perlaburan terbaik buat membeli jannah.

Wallahu’alam

Kredit to: http://hatikumiliktuhanku.wordpress.com/



Tuesday, 12 April 2011

Alhamdulillah...THANK YOU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Semoga pembaca blog ana sekalian sentiasa di bawah lembayung kasih dan rahmat daripada-Nya.

http://silfianaelfa.files.wordpress.com/2009/04/23127-muslimah.jpg


ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...*syukur pada Mu Ya Rabbi*

"kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang menentukan segalanya."

ya..segalanya.

termasuklah hari ini. ^^

*owh~masih gembira* bersyukur sangat2.

kenapa??????


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ini klu nya~


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOqqjdnir_mjkwN9-dHwyecFUDtbzQaw0akk3WzHSR3tvivQzQjZzXzWtQtDKoWUQTvwNfK5F_EoGDQuUHwsihyphenhyphen9zpyGfKDG0p5KKEAHlVm9abgQo072C64dbvup57CZy7xCwYHAiJaGeh/s400/pass.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-ZHva4ukfpeE/TXcwi9mRaYI/AAAAAAAAAC4/h99l1dhCgMA/s1600/Picture2%255B1%255D.jpg



bagaimana?

faham dengan maksud klu ini?

jelas bukan?

"sudah terang lagi bersuluh"

Alhamdulillah ana lulus ujian JPJ kereta

TAPI

ianya merupakan buat kali ke2,hehehe... =)

*ujian JPJ pertamanya,gagal di bukit.*

masih ingat peristiwa itu,owh~malu sekali

untuk ujian JPJ yang pertama rujuk di artikel(entry blog) sebelumnya

Hari ini jam 12.** tengah hari baru sampai turn untuk ulangan

*Biru no.27* <<<---nombor ana

Alhamdulillah sempat buat sebelum JPJ rehat.

yay!~boleh balik awal sikit ;)

-
-
-
1) ok,NEXT! (jerit pegawai JPJ)
lafaz Bismillahirrahmanirrahim mengeringi dgn getaran hati*nervous*
ana pun drive la sampai ke bukit,

BERHENTI

*tengok tayar,ok!kena garisan kuning* >>angkat tangan.

Pegawai JPJ:Tarik handbreak~

ok

bahagian bukit:Alhamdulillah,lepas(pas)

-
-
-
2)Bahagian parking

*tetiba,gear tak makan pula*
aduh~
dalam saat segenting ini

dengan mengingati Allah membuatkan hati menjadi tenang

Alhamdulillah,lepas(pas).

-
-
-
3)Last part,3 penjuru

*masih sama,masalah gear*

cuba hingga berjaya tukar gear

Alhamdulillah,lulus...~

Alhamdulillah...THANK YOU ALLAH


nota 1:Semak kplspm/maktab guru hari ini,sedih juga tak dapat.InsyaAllah,ada rezeki lain..


“Dan sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.



“Dan sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur), sesungguhnya AzabKu amatlah pedih” Surah Ibrahim ayat 7(sambungan ayat tadi).



“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.



Sunday, 10 April 2011

Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. ^__^

Suspens tak tajuk ni?"Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati"

ke pernah dengar cerita ini?sekadar berkongsi,menarik!~selamat membaca ^^

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy17wDheQmOxG1ud3ORduvFRHjTiUiMG2vHjGsQgf2yqzFtYEgWXb1FiVfclkI13gEH4GBkSVmoqHLXfIZoZnCWrkVI6y8BywDWt86IG-M2QhgbVn4tRtcN-fpFmJ_X4ZQ5xk0-eDMquY0/s1600/emanmedia-islamic_waterfall.jpg

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Saturday, 9 April 2011

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. ^^


http://ridwan202.files.wordpress.com/2009/02/api.jpg

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Friday, 8 April 2011

Filem HARRY POTTER dan Pengaruh PETIR???


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Filem Harry Potter dan pengaruh petir.

Pengaruh petir Dewa Thor ini paling ketara boleh dilihat pada watak utama Harry Potter yang sangat popular di TV sekarang.Kebanyakan penonton tidak perasan akan simbol ini pada dahi Harry Potter .
Tanda petir pada dahi Harry Potter hanya kelihatan jelas pada komik atau kartun animasinya yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa pelakon remaja popular sebenarnya berbangsa Yahudi sebelah ibunya iaitu Marcia Jeannine Gresham.Radcliffe juga mengaku dirinya berfahaman ateis iaitu tidak mempunyai agama walaupun ibu bapanya beragama kristian Protestan.Di dalam akhbar The Guardian bertarikh 4 Julai 2009,Radcliffe menegaskan ,"i'm very proud of being Jewish."(Saya berbangga menjadi Yahudi).

Berbalik kepada simbol petir,adalah mustahil untuk meyakinkan penonton khususnya golongan ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menonton filem ini.Namun hakikatnya,berapa ramai ibu bapa yang perasan dan ambil peduli akan simbol petir yang ada pada dahi Harry Potter,apatah lagi untuk menyelidik maksud disebalik simbol tersebut.Simbol petir jelas digunakan pada gambar kartun animasi Harry Potter yg dijadikan muka depan majalah TIME keluaran 20 September 1999.

Filem Harry Potter merupakan salah satu cara utk mendidik anak2 mencintai dunia kesihiran dan ilmu hitam.

Paderi Gabriel Amoth telah melarang para ibu bapa beragama Kristian dari membeli buku-buku cerita Harry Potter kepada anak2 mereka.anda bagaimana???
Menurutnya,cerita yg terkandung di dalam buku tersebut sarat dengan unsur2 kesyaitanan.(menjurus kepada pemujaan amalan syaitan)

Filem Harry Potter cuba mempromosikan dua perkara kepada kanak2 iaitu simbol petir Dewa Thor dan juga pendidikan kesihiran.Simbol Dewa Thor(petir) menjadi unsur pemujaan masyarakat Nordic.



http://1.bp.blogspot.com/_RUahpGXWWEY/TOrhNO_UbkI/AAAAAAAAVYY/BheGFPtHF6s/s1600/HogwartsBadge.jpg


Logo sekolah sihir yang dihadiri Harry juga mempunyai gambar SINGA JUDAH.

Penggunaan gambar SINGA JUDAH pada logo sekolah HOGWARTS ini jelas membuktikan pembikinan filem Harry Potter cuba menerapkan unsur2 keyahudian terhadap kanak2 disamping memperkenalkan pula ilmu kesihiran yg bertentangan dgn AGAMA.

p/s:Perkongsian ilmu dari sumber buku Rahsia Simbol Yahudi.
salah tak ana ambil dari buku ini ya???tapi ana ubah siki2 la~ =.=

Perhatikan Sejadah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlIRdm8qXd9P3m0Zl4RDivlOrJr0QJrM-rO3XMlxDtDk6b5M0GkcdQRosnV6V5fjjhMTY5jZFd3bJ0twa82Cr3aAZturaldx8TXMJiAoKJIjyE4lQVDl5T-EnWRez6TKZ0wy_bnXtLFMA/s400/freemason.jpg

Freemason

Artikel ini juga telah dipetik dari 'efairy-holywar' dan beberapa rangkaian blog lain yang pernah ditutup oleh pihak tertentu kerana memdedahkan rahsia sulit 'The Elite'.Walau bagaimanapun pendedahan ini akan terus dibuat demi menyelamatkan kesucian dan maruah Agama Islam.Mungkin ramai yang telah mengetahui perkara ini.Namun sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu!!.Ini sangat penting demi memelihara akidah anda.

Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.Apa yang menariknya disini?
Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah :

Master Carpet Freemason1
Freemason - Mater Carpet

Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;

1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.

Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.Sila perhatikan betul-betul.


Sejadah dengan 3 ciri freemason ; checkered floor,bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)


Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.


Berikut adalah contoh sejadah yang mempunyai 3 ciri freemason iaitu (GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz.


Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye (mata) dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.

Lodge Freemason
Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.

Lodge Freemason (zoom in)
sekali lagi bandingkan dengan sejadah dibawah


Sejadah yang terdapat 3 ciri2 freemason iaitu : GAOTU (Great Architect of the Universe), All Seeing Eye (mata) dan tiang Joachim Boaz

inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar.Mereka akan mnjadikan KITA SESAT DALAM KEADAAN BERIMAN .Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam)."
Al-Baqarah 109..


Saya akan menghuraikan beberapa istilah diatas yang berkemungkinan mengelirukan anda :

1) Freemason

- Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

2) Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor

- Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

3) Bulan dan Bintang

- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

4) All seeing eye

- Simbolik/propoganda "The Hidden Hand/Dajjal" seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.


“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan).

WALLAHUALAM

Sumber : 'Efairy-Holywar'
Dari blog:BICARA TANPA SUARA (http://setanggi-permata.blogspot.com)

Copy n paste by:Nur Farhana ^^
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers