Assalamualaikum ! ^_^
Berikut adalah 5 tips bagaimana
berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh
seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh
kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan
lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita
menjaga hati.
1. Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau
ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari
perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair
kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari
orang lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan
perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan
sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke
(^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara
wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa
ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah
suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada
isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk
mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang
bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?
3. Tundukkan hati:
Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu
roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya
disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan
mereka, banyak-banyaklah berdoa,
“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki
ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills
yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the
person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan
orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang
yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke
hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila
mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab
ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati
mereka..”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke
mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah
pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat
ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya
mereka tak tewas ke dalam kemungkaran.
Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang
buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat
kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…
5. Cepatkan urusan. Ni
mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang
terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je
team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la
keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah,
buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat,
then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah
secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.
Sumber: Halaqah.net
kredit : http://akuislam.com
3 comments:
yaAllah. Syukran sis:) byk rupanya saya tak faham,,, :) tapi entah bila.. :( Syukran Syukran dear :)
=)
Afwan kak..sama2 lah kita fahami dan amalkan.InsyaAllah..
ayuh hidari ikhtilat ! ;')
byk lagi kena belajar.
syukran sbb sudi share tips ni ^_^
Post a Comment