Assalamualaikum! ^_^
Seorang perempuan memakai baju abaya hitam lengkap dengan burqanya
menjadi pusat perhatian para pengunjung mall Itäkeskus di kota Helsinki,
bandar terbesar di negara Finland. Tak seorang pun tahu bahawa sosok
dibalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim tetapi seorang
wartawan, non-Muslim, daripada surat khabar Helsingin Sanomat, salah
satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia.
Nama wartawan itu Katja Kuokkanen.
Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin
merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap
dengan burqanya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan
agama Islam, bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan
pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya. Kuokkanen
menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab.
Inilah yang ditulisnya …
Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi
kedua-dua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu
seorang laki-laki di sebuah kedai barang-barang etnik. Laki-laki itu
membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap acuh tak acuh
seperti kebiasaannya.
Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahawa saya
seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa, pakaian khas perempuan
Muslim. Tiba-tiba laki-laki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi
lagi permohonan maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya
saat meminta maaf. Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya
rasakan sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang
lain.
Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro. Ketika saya naik ke
sebuah metro berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tak terduga.
Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang
padat dengan penumpang.
“Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.
Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan
pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya. Tapi tiba-tiba
seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,” kata seorang
perempuan setengah baya sambil menyerahkan pengepit rambut saya yang
terjatuh di bangku sebelah.
Saya tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana
kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan
terbongkar.
Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai
penjaga kedai, membantu saya membetulkan burqa, dia berkata bahawa
jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana
seperti yang saya kenakan. Gadis Somalia itu juga memberitahu bahawa ia
seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna
hitam sebagai warna yang dramatik dan menarik perhatian orang ramai.
“Busana warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil
mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan sendiri
untuk menutup bahagian mukanya.
Dan di mall Itäkeskus, saya memperhatikan ramai orang yang melihat
saya dengan renungan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja
menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan
raut muka panik.
Saya sendiri mula membiasakan diri memakai abaya dan burqa. Saya
mula merasakan pakaian ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk
melihat sesuatu dengan jelas kerana burqa yang saya kenakan.
Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di
kawasan letak kereta di mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu
dengan seorang perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hemat
mengucapkan “Assalamu’alaikum”.
Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah
bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti
itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari
pelbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan
“Assalmua’alaikum” ketika bertemu dengan saya. Ketika itu saya tidak
mengerti apa arti ucapan itu, sehingga saya akhirnya tahu bahawa ucapan
itu mengandungi doa kesejahteraan dan kesalamatan.
Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai
memanggil saya. “Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi. Saya tidak
menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga
kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.
Beberapa jam selepas berjalan – jalan dengan mengenakan busana
abaya dan burqa, saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya
selanjutnya adalah Kamppi Center.
Sepanjang perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang
hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang
dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa
rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan. Ia pun tanpa ragu
menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali tidak buruk. Jika
anda memakainya, anda akan merasakan kedamaian.”
Kisah ini menjadi renungan di saat negara-negara Eropah
beramai-ramai mula melarang jilbab dan burqa. Seharunya mereka yang
mengenakan larangan itu, membaca kisah wartawan Helsinki ini sehingga
tidak perlu ada dasar larangan berjilbab atau bercadar yang sejatinya
dikuatkuasakan kerana sikap Islamofobia masyarakat Barat.
1 comment:
Asalamu alaikum,
Intersting pictures, have ou heard of `ABD ALLAH IBN RAWAAHAH
Spare a minute come have a look and share your thoughts inshAllah.
Take Care
Post a Comment