Tuesday 22 January 2013

meskipun berat,langkahku ini tetap diteruskan..

Assalamualaikum!




saya dah berada dalam gerabak ini,kerana itu pilihan saya.jadi,saya kena teruskan!




entri kali ini agak beremosi,heh.. ~.~ "
saya sekarang sudah berada di tahun 1 pengajian Universiti.
UniMAP terchinta!ahaks!(nada 1/2 ikhlas)
kos : computer network engineering.
bakal melangkah ke semester 2 tahun 1.InsyaAllah...beberapa minggu lagi(tak sampai sebulan).

sebenarnya..sebenarnya..
yang sebenar-benarnya..(haha..suspens???) =.='
saya tak nak masuk UniMAP,sebab tu antara 8 pilihan dalam upu,saya tak letak langsung Uni ni.
hahaha....(ketawa jahat)..
sebab nyyyyyaaaaaaa............
saya memang dah tahu,Uni ni tempat belajarnya(bilik2 kuliah) majoriti nya di rumah2 kedai..huhuhu..sedih baq hang!~ T_T
mana semangat nak belajar kalau macam tu..kan?kan?kan?
nak dijadikan cerita lah..masa semak upu hari jumaat dulu ni..
"anda ditawarkan UniMAP,kos sekian2..."

terkedu .

. . .


sebab yang saya tak nak tu lah yang saya dapat.
hemm...(mengeluh..)
Astaghfirullah...
maaf Ya Allah.
tapi....disebabkan saya sangat2 percayakan Allah di atas segala yang telah diaturkanNya.
saya terima tawaran itu.
kerana bagi saya itu lah yang terbaik Allah bagi!
(mula2 memang mengeluh juga lah)
 Alhamdulillah.. hidup lagi anak mak n abah ni..haha..(siap makin tembam lg pipi..eh!tak de kena-mengena pun)dengan ambil kos engin ni. ^^


“Allah burdens not a person beyond what he can bear.” Al-Baqarah:286


saya percaya ada hikmah di sebaliknya ..


Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. 
Al Baqarah : 214


Sedar atau tidak kita sedang berada dalam fasa ujian. Fasa ini kita akan diuji terus menerus. Dia mahu melihat. Hamba jenis apa kita ini. Hamba yang reti bersyukur atau hamba yang hanya tahu merungut. Ingat, sabar yang paling tinggi adalah kemampuan untuk kita sabar pada saat pertama kita menerima ujian. Bersabarkah kita waktu itu? Redhokah kita pada waktu itu?


Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Allah punya 'suprise' buat kita, jalan keluar dan rezeki tanpa disangka-sangka. Tinggal sekarang kita perlu bersabar. Menanti dengan penuh harapan. Mempertaruhkan ketakwaan. Kerana janji Allah itu benar. Walaupun ia menuntut kesabaran dan keazaman yang tinggi, jangan berputus asa. Ganjarannya kelak pasti tidak mengecewakan.

Oleh itu. saat kita diuji.Nantikanlah dengan penuh debaran kejutan apa tuhan kita sediakan untuk kita. Kejutan yang pastinya hanya buat hambanya yang bertakwa.


Kerna Tuhan itu penuh dengan kejutan...



this moment ! ahhh....i'm just wish wanna be there soon..InsyaAllah.. ^^ hope.



 ada suatu yang ingin saya luahkan.
entah lah kenapa...ia sering menghantui fikiran ini.
saya sangat2 nak belajar kos arkitek.
(setelah..saya tak layak mohon kos medik dengan pointer saya yang tidak memberangsangkan..maybe boleh dapat jodoh dengan budak medik,err..*blushing*) =.='
tapi...Allah telah takdirkan saya dijalan yang lain,laluan lain,rezeki yang lain buat saya.
saya ter 'missed' tarikh temuduga untuk kos arkitektur...hah!ambik kau!dush!dush!

jadi lah diri saya yang sekarang ini..
berdiri disini(UniMAP)
mengangkat senjata(pena) dan berjihad di jalanNya..
dengan meminjam ilmuNya..
untuk berada dijalanNya...
mengejar syurga!
moga saya dapat berlari untuk ke 'sana',InsyaAllah.^^

kerna hidup ini untuk di sana nanti..
saya cuba dan cuba dan cuba..
untuk teguh di sini dalam perjuangan ini!

"moga Allah pinjamkan saya kekuatan yang luar biasa untuk diri ini yang cuma biasa-biasa.."

^_^



saya ada impian luar biasa..

saya terlalu mengimpikannya..dah lama.
mungkin tidak untuk degree,mana tahu untuk master nanti ada rezeki saya?
doakan..
oh ya!impian tu adalah..saya sangat teringin belajar di luar negara.

kerana apa?

kerana...........



Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

( Al-'Ankabuut 29:20 ) 



saya perlu kuat,bahkan tersangat kuat berusaha untuk itu.
kekadang,saya takut pada diri sendiri.
takut tak dapat berganjak dari sini.

oleh itu..saya sangat perlukan doa kalian juga.
doakan ya!

mcm smart ja gambaq ni~ hehe..


Orang muslim yang mendoakan orang lain secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: Semoga untukmu juga
                                                                    — HR. Muslim 

jazakillah khair..jazakallah khair..


^^


Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yg sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah.Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yg terbaik :)” 

knp Hlovate selalu memahami keadaan saya??ahaks!perasan pula..~ ;)



3 comments:

.::: mr IQ :::. said...

nak amik kos arkitek.. hurm, sy budak arkitek skrg ni nak masuk sem5 dah..
selepas mendapat diploma perakaunan (3 tahun), sy ambil kos arkitek pula di Uitm. Sangat sadis kan? haha

tp skrg sudah nak masuk sem 5, sangat x percaya. Kos arkitek sangat2 penat dan susah.

jadi sebenarnya nak cakap,
kira beruntunglah dpt kos tu, kalau amik arkitek belum tentu kamu akan suka.. huhu
realitinya sangat memenatkan. tiap2 sem struggle (itu saya la)

dan lg satu perkara, kita belajar ni, kena betulkan niat, jgn belajar sebab kerja, belajarlah kerana nak dapat ilmu, barulah rasa x menyesal belajar... :)
(sekadar perkongsian je)

Ukhti Hana said...

sadis? hem,saya rasa tak.kalau dah tak minat knp mohon Archi?
dah tentu la kena ada minat sama kan.
untunglah.=)

ya saya tahu kos tu org kata "tak ada life"..saya banyak juga baca blog2 pelajar Archi.saya teringin nak laluinya..tapi,Allah lebih tahu..bahkan sangat memahami saya..Allah sayang saya.jadi Dia "hadiahkan" saya dengan kos yang saya belajar sekarang ni.

Alhamdulillah..skrg baru saya nampak hikmahnya.

belajar apa pun,saya rasa memang kena struggle.iya lah..jalan mujahadah ni kan menapak ke syurga(jika kena caranya),tentulah sukar.

ganti "lelah" dengan "lilahita'ala"..barulah tak menyesal dlm apa jua.InsyaAllah..

Jazakillah khair.

.::: mr IQ :::. said...

haha, sebenar archi bukan pilihan sy... ayah sy yg cadangkan... sy kalau boleh nak sambung Finance je.. ada skit kaitan dgn akaun..

tp sy redho je, yg penting belajar-belajar-belajar... lillahitaa'la..
dpt kerja x dpt kerja itu lain cerita.. yg penting nilai diri itu bertambah dgn bertambahnya ilmu..

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers