Tuesday, 3 May 2011

Senyum ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..



Tajuk entri kali ni "SENYUM".^_^

comel nye budak kat atas ni senyum^_^

Jujur ana katakan ana bukanlah seorang yang mudah senyum. ^_^
tambah2 dengan orang yang tidak kenali dan di kalangan ikhwan.
muka serius sahaja..http://www.emocutez.comsehingga mungkin ada yang mengatakan ana seorang yang sombong.Padahal kalau dah kenal tu..hanya yang kenal je yang tahu =)
Tapi sebaliknya akan terjadi dengan orang yang ana sudah kenali.
dan...jika seseorang itu senyum(sama jantina shj) kepada ana,dengan "gopohnya"http://www.emocutez.com <-(gambaran kegopohan versi main bola)ana akan senyum kembali*iye2 lah sangat..~ishk3* =p

Pernah sekali tu ana balik dari latihan memandu(Ven agensi memandu hantar) tepi jalan,nak balik ke rumah kena lintas depan sekolah rendah ana,jalan punya jalan..http://www.emocutez.com<-(laju jalan)tetiba!budak perempuan(merujuk kpd budak2 sekolah rendah) tu senyum kat ana,wah~comel nya*manis gitu..*ana senyum la balik~hehehe..

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


"Senyumlah..... jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu."

Senyum itu INDAHhttp://www.emocutez.com
Senyum itu SEDEKAH
Senyum itu IBADAH ^_^

Seperit manapun esok,senyumlah...
kerana senyuman itu penawar kepahitan...
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita esok dan hari seterusnya...




~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Senyum dan nilai sebuah senyuman selalunya ada tersirat berbanding yang tersurat. Jadi, senyum ni tak bolehlah main suka-suka je digunakan. Takut jadi fitnah pulak! Walaupun dikatakan "senyum itu sedekah" tapi kalau ditujukan untuk perkara yang tidak tepat, tidak lah jadi 'sedekah' sebab 'sedekah' ini merujuk kepada perkara yang baik...

Sunat senyum : Bila senyum kat kawan-kawan sesama jantina
Wajib senyum : Bila senyum kepada ibu bapa..
Makruh senyum : senyum sorang-sorang (ahaha.. berangan kah?kantoi!)
Haram senyum : Senyum kat kawan-kawan yang berlainan jantina
Harus senyum : Senyum kat orang atas pertolongan yang telah diberikan, in this case tak kesah laki atau perempuan..

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


emm..okeyh~dah faham?nak dengar cerita tak tentang senyum Nabi Muhammad SAW?*sambil angguk2 kepala*duduk diam2...yang tu*sambil menundingkan jari kearah =???entah lah..*duduk sopan2 dan selesa ya..^_^ yang tu...errrkk...sampai bersimpuh?hehehe.. =.="


Marilah
sejenak kita perhatikan kisah berikut yang menunjukkan betapa Nabi
Muhammad saw tak pernah lelah atau pun enggan untuk tersenyum.

Anas bin Malik bertutur: “Suatu
hari aku berjalan bersama Rasulullah saw, saat itu beliau memakai
selimut dari daerah Najran yang ujungnya sangat kasar. Tiba-tiba ia
ditemui seorang Arab dusun. Tanpa basa basi, laki-laki dusun itu
langsung menarik selimut kasar Rasulullah saw itu keras-keras sehingga
aku melihat bekas merah di pundak Rasulullah saw.

Laki-laki
dusun tersebut berkata, ‘Suruh orang-orangmu untuk memberikan harta
Allah kepadaku yang kau miliki sekarang.’ Rasulullah saw lalu berpaling
kepada laki-laki tadi. Sambil tersenyum, beliau bersabda, ‘Berilah
laki-laki ini makanan apa saja’.”
(HR Bukhari)

Lihatlah
betapa Nabi Muhammad senantiasa menebarkan senyumnya dalam setiap
perjalanan dakwah beliau. Dan dengan senyum itulah, tak terhitung sudah
hati yang tersentuh olehnya. Tak terhitung sudah kesombongan yang telah
luluh karenanya. Tak terhitung sudah jiwa yang senantiasa merindukannya.

Dengan
senyum hangatnya itulah Nabi Muhammad saw telah banyak menyentuh hati
para sahabat, isteri-isteri, dan para pengikutnya. Dan dengan senyum
itu pulalah dakwah beliau terus merangsek ke setiap jengkal bumi Allah
swt.

Bahkan mengenai senyum ini Nabi Muhammad saw telah bersabda, "Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah." Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya.

Demikian
Nabi Muhammad saw telah menggambarkan kepada kita mengenai arti
pentingnya senyum dalam kehidupan manusia. Dan sebagai umatnya, kenapa
kita tidak berusaha untuk mengikuti jejak beliau yang satu ini?
Menjalani kehidupan ini dengan selalu tersenyum. Dan berjuang dalam
dakwah Islam inipun tanpa melupakan senyum.

Hiasi perjuangan
dakwah Islam kita dengan senyum yang hangat, karena senyum itulah yang
pertama kali akan menyentuh hati saudara-saudara kita. Hilangkan
kekarasan dan wajah masam dari dakwah kita yang justru akhirnya akan
membuat mereka lari dari ajakan kita, dan bahkan membenci kita.

Mari, kita menjaring umat dengan senyum yang senantiasa tersemat!

“Dan sesunguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS. Al Qalam: 4)

***



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Ingin juga ana selitkan dengan beberapa fakta mengenai SENYUM,selamat membaca ^_^


http://fc03.deviantart.net/fs71/i/2010/133/0/f/Please_Smile_Domo_Kun_by_Eonn.jpg hehehe..comel la domokun ni!~ ;)

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15.Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-zg1Sqzm05qh3xhJXcvYrLB5VqeU4COnIxXamvN8Oe8ULL5-x_o34faewkRUIooDyJd1Hjl6dMnCZ5_Q1sWt6aij199tM11FKMY95RYco9s6ZsHKhz6K3_mhx1G7OYrTGUg9uM7p1dCKt/s1600/prev-senyum-ikhlas-ceria.jpg


~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dalam bergelak ketawa+senyum2http://www.emocutez.com tu jadikan ayat 82 surah at-Taubah sebagai pedoman yang senantiasa tersemat untuk diri kita.

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَMaksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."

dan

dalam ayat 60 surah an-Najm;وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَMaksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

pernah satu kisah dimana Nabi SAW keluar dr masjid dan melihat sekumpulan lelaki sedang berbual dan ketawa.lalu Nabi SAW mendekati dan berkata," Jika kamu tahu apa yang aku tahu,nescaya kamu akan banyak menangis daripada ketawa."

~ sama2 kita renungi diri masing2... ~

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


SUMBER2 : http://halaqah.net/
: http://shafiramuhamadnoh.blogspot.com/
: http://madinatulilmi.com/

http://jonmas.files.wordpress.com/2009/12/senyum_sedekah1.gif

Wallahua'lam..

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


P/S:InsyaAllah..Jumaat ini(6/5/2011) result UPU keluar,Mohon doanya sahabat2 sekalian ya..http://www.emocutez.com^_^ Syukran Jazeelan,Jazakumullah..


P/S 2:Akhirnya...hahaha...http://www.emocutez.comsudah sekian lama otak membeku,sabtu ni nak "cairkan otak yang tepu ni" (hiperbola =.='') buat adik2 junior di sekolah tersayang (^^,) ..hooraayy!!!~(jadi fasilitator utk ajar math bab plan and elevation=tajuk yang best sangat2)http://www.emocutez.com

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~

15 comments:

adibah aziz said...

senyum tak perlu kata apa apa :D

:: Zahratu Billaurah :: said...

ala, comel budak tu! ^_^ (adik sayang...*peluk*)

oh, makruh ke senyum sorang2? haha
( x...akak x buat...x..)

senyum pun satu senaman, hilang stres, kalau ada masalah, senyum je, sbb kalau ada masalah, muka tegang bukan boleh selelsai mcm tu. bila senyum, fikiran tenang, fikiran lebih jernih untuk berfikir.
(ehem, senyum juga awet muda)

akak bila masuk UIA ni, ya Allah, hampir setiap org abis akak senyum, haha (kdg2 ada rs x betul tu =_=") dan bila kita senyum kalau ada yg berbual2 kjp, lps tu jumpa balik, tgh2 jln tu, mesti tersekat-sekat, kjp jumpa dia ni, kjp jumpa dia tu, haha, bahagia rasanya~

tp betul, kalau xdk tujuan x pyh senyum dkt ikhwan, huuu, nanti dia kata, oh, anak dara ni nk menggatal. haha, xdela. xdk tujuan xpyh senyum dkt mereka, dah. ^_^

Islam itu cantik. senyum tu pun dh banyak manfaatnya. tapi ada juga larangan ketawa lebih2, bergurau lebih2 sampai terselit penipuan. Bersederhana. Islam cantik. ^_^

p/s: esok kan? oh *pengsan*
=(( masuklah UIA....

:: Zahratu Billaurah :: said...

eh, akak nak tambah sikit agi, hehe. check awal2 sbb line akan busy, haha.
ikutlah org yg lebih matang ni *smiley pakai spek* ^_~

akak doakan yg terbaik buat adik2 akak! Ameen!

Ukhti Hana said...

adibah aziz:tu lirik lagu kan?tak suka lagu tu,tak best dah la kelakar jer..hahaha.. (^^,)

Ukhti Hana said...

ye la budak tu comel sgt2,geram tengok dia senyum*picit2 pipi dia* ^_^

entah la~adik ambil hukum2 senyum tu pun dari blog org lain.Bab senyum sorang2 ni adik ada juga "terbuat" bila "terlintas" somethng yg kelakar kt fikiran,hilang tension ckt walau nampak tak betul*cover2 malu*hahaha..

ececece...awet muda gitu*sokong!*

Kalau adik dapat masuk uia even sekejap jer,adik pun akan senyum,hehehe..mau tak tu kan impian adik ^_^
Akak ni memang rajin sedekah senyum ye,mesti comel!*picit pipi*
ngee...~ =.="

"oh, anak dara ni nk menggatal. haha" = owh...TIDAK...!!Jauhkan lah dr berbuat begitu~

yup!bersederhana walau dlm senyuman.^_____^ *senyum lebar ni*

p/s:ya..esok~ dup..dup.....dup..dup.....*bunyi jantung* ^_~(dup..dup..dup..dup..dup..dup..dup..dup..dup..) >_< *takot*

Akak........jgn ler *pengsan*
*bangun ler balik* @_@

<><><> nak tambah jugak <><><>

yeaa...Akak dah bangun *pengsan* dah sbb boleh tambah sikit lg pulak tu,hehehe... ^_^

awal2 tu awal mcm mana?
awal pagi2 buta yg jam3 tu ke?
awal yg lepas subuh tu ke?
awal yg sebelum jam 12 hari yg berikutnye??
hehehe... =)

~wah...matang dah...*kagum sambil ternganga =D *

Syukran Jazeelan Akak sudi doakan utk adik2 akak ni ^_^

mira said...

Assalamualaikum..betul2, senyum kan sedekah. nak senyum kat orang lagi senang dari nak trik muka masam.
entry yng sgt best!

gud luck dik utk esok. mga tercapai impianmu. :)
terima dgn redha yer, n jgn lupa bgtau kat akak dpt mana yer. ;)

Eye-Me said...

Tumpang lalu~

Hmm, kalau senyum depan laptop, sorang2, apa pulak hukumnye?

*nak tahu jugak QS singkatan utk ape? Adkh Al-Quran&As-Sunnah? Tapi hanya ada pada petikan ayat Quran saje . . .

p/s: gud luck jgk utk UPU, nk kte esok, dh msuk esk dh ney, hehe~ walau blum knal, tpi sye thu, tmorrow iz ur big day, so, the bezt of luck, moga dpt ape yg kmu hajati. *eh, t'pjg plak, hehe*

Ukhti Hana said...

mira : Wa'alaikumussalam..hehehe..sokong akak!~ ^_^
Syukran Jazeelan,Jazakillah..

Cukup sekadar adik cakap adik kena buat rayuan,harap Akak faham..^_^

Adik redha..

Ukhti Hana said...

Eye-Me : Silakan lalu..~ ^_^
Syukran Jazeelan sbb sudi lalu dkt blog yg tak seberapa ini. =)

Hmm..Senyum depan laptop???
kurang jelas itu rasanya persoalan spt itu agak umum dan luas skopnya.

Apakah yg ukhti maksudkan itu...(seperti dibawah) :
~Senyum di depan laptop yg laptopnya "off"??? {berangan kah?} =.="

~Senyum di depan laptop sambil tengok something yang positif??? {Contoh:baca artikel kt iluvislam.com ke} ^_^

~senyum di depan laptop sambil tengok something yang negatif???{contoh:faham2 sndri ya..^_~ }

~senyum depan laptop atas dasar apa yg ukhti fikirkan?

"QS" merupakan singkatan kepada "Al Qur'an, Surah"
kerana itu cuma ada tafsirnya Kalamullah shj ukhti..

contoh nya:
Al Qur'an, Surah Al-Furqon ayat
1-34

diringkaskan = (QS, 25: 1-34)
utk memudahkan rujukan semula pada yg aslinya.^_^
Nak panggil Akak ke Adik ni?
Salam Kenal!~ ^_~
p/s:Syukran Jazeelan ukhti.

Izzati Hashim said...

Senyum (=

senyum seindah suria yang memancarkan cahaya, indah bukan?

Senyumlah selalu, kerana kadang2 walau dalam kepahitan bila tersenyum duka lara itu beransur pergi.

Dan dgn senyuman itu mampu membuatkan mereka yg melihat kita kembali tersenyum kan?

Senyum sokmo (=

Eye-Me said...

Hehe, mne ad x sbrp, siap dgn background y meriah lg, dgn pengisian2 y ckup b'mnfaat, xde kurgnye pun.

Hmm, klau kmu tgk ssorg sdg senyum dpn laptop, tpi kmu xthu apa yg ditgknye, & kmu jg xthu adkh laptop t'sbut on ke, off ke, apa tafsiran kmu? Kata lah, cth, kat kafe ke. Kmu dduk setentang. Dia sdg senyum, tpi syum pd laptop, sgguh khusyuk. Jd, dlm situasi ni, adakah senyum beliau itu sunat? wajib? harus? makruh? atau haram? Atau takde hukum yang khusus?

Owh, "Al-quran, Surah . . ."
Ptutlah cam pelik je bila baca "Al-Quran, Sunnah . . ." Sbb tu je y bleh difikirkan mse tue, thnx yea ^_^

Ehm, memandangkn farhana bru lps SPM kan, pggil Kak Mi pn bleh. Tpi bukn mee yg bese org mkn tu yea, hehe~ Akak sme umur ngan Kak B2 'Syauqatul Wardah'.

Syukran jgk sbb dh m'jwb p'soalan akak ^_^

Ukhti Hana said...

Izzati Hashim : Senyum juga ^_^
iya..sangat indah~
hehehe..senyum sokmo =)

p/s:maaf lambat reply*senyum* ;)

Ukhti Hana said...

Eye-Me : hehe..segala yg baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang drp kelemahan saya sendiri..^_^

Tafsiran saya ialah cuba kita *berfikiran positif* mengenai senyumannya pada laptop tersebut.^_^

Mengenai hukum pula,sukar bagi saya seorang insan yg cetek ilmu agama ini utk menyatakannya,nanti khilaf dan terpesong jauh pula dari syariat.Maaf ya..

it's ok! ^_^
Kalau akak tak tanya,saya pun tak tahu aq tu apa,hehehe..*tak perasan pun ada aq* ;)

baik Kak Mi!~ hehehe..bukan mee yg mkn tu,owh...~ok!ok!roger!faham..^_^

owhh.... =0 <- =.="
sama ngan kak B2.^_^

Afwan Kak Mi ^_^

Prince said...

wah bestnye blog ni.. kalau prince nak datng selalu boley x? hehehe..

Ukhti Hana said...

pRiNCe : Syukran ya akhi.
Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada kekurangan diri ana sendiri.

Jika prince punya kesempatan masa dan ruang,silakan ziarah kembali di blog ini,Moga dapat mengutip manfaat meskipun sedikit sahaja.

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers