Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. {Al-Hujurat : 49:10)
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati,ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang,semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka,jika aku dapat,aku ingin setia padanya… {Imam Shafie}
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
Kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah jua kerana Allah.
Buat sahabatku yang tersayang,
teruskan jihadmu mengutip ilmu Allah di dunia ini.
Di kesempatan yang tak berapa sempat ini(amboi..sibuk apa ntah tuan blog ni^_~) ana dedikasikan sajak(ke puisi? =.=") buat sahabat ana.errr....yang tak berapa nak puitis ni.
Terimalah.......*baca puisi *
Duhai Sahabat tercinta,
Aku mencintaimu kerana Allah,
Kita ditemukan juga kerana Allah,
Ikatan ukhuwah itu kita jalinkan,
Sersulam indah bersemi di kalbu,
Ukhuwah itu bagai seutas tasbih,
Ada awal tiada penghujung,
Dicipta untuk mengingatiNya,
Dibahagikan untuk cintaNya,
Dan diratib untuk redhanya,
Sahabat,
Masihkah kau ingat?
Kau sapaku dengan senyuman,
senyumanmu seindah biasan mentari,
Semekar bunga indah kembangnya,
bait bicaramu memikatku,
ibarat salju yang memberikan kedamaian,
Sahabat,
Kau teman setiaku,
Dikala suka dan duka,
Pabila manik jernih membasahi pipi,
Kau masih setia disampingku,
Mengucapkan kata cinta,
Membuatkanku tenang,
Sambil kau memimpinku mengenal Ilahi,
Mesyukuri segala nikmat,
Sentuhan kalbu tarbiyah diri kembali,
Sahabat,
Riangmu kau kongsi bersama,
Tenang melihat kejayaanmu,
Kasihnya diriku ini padamu,
Jika dirungkai berjela,
Ibarat hamparan awanan,
Membiru luas terbentang dilangit,
Sahabat,
Kini kau temani perjalananku,
Sehingga akhirnya bertemu ilahi,
Dalam sejarahku,
Terukir indah ukhwah kita bersama,
Jalanku yang dulunya ibarat tanah gersang,
Kau sirami dengan air ketaqwaan,
Kau tanam benih2 kesyukuran,
Kau membajakannya dengan keimanan,
Sahabat,
Apakah kau sedari apa hasilnya?
Ungkapan kata-kata,
Tidak boleh mengambari indahnya
Jalinan ukhwah kita,
Ibarat pohon yang rimbun,
Menenangkan jiwa kita,
Sesegar hijau daunan,
Semekar bunga pepohon itu,
Semerah semangat jihad kita bersama,
Pohon apakah itu??? =.=”
Itulah pohon ukhuwah kita bersama,
Sahabat,
Tiada ungkapan perpisahan
Dalam persahabatan,
Walaupun maut menjadi noktahnya,
Kerana seorang sahabat itu,
Terlalu istimewa
dalam doa saudaranya yang lain,
biarpun tanpa bayangnya.
Inni uhibbuki fillah..
Aku mencintaimu kerana Allah..sahabatku^_~
baik ngaku cepat~kalau tak!ana nangissob..sob..sob..
ishk3...ngengada jer emoticon(+ ayat atas tu sekali)
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
Terubat juga rindu untuk bersama-sama dengan sahabat ana,tadi(merujuk kpd petang tadi) pergi jusco Perda.=.="
wah...~best3!dapat explore "DinoTrek" buat kali ke-2 setelah kali pertama explore di Petrosains Suria KLCC.Akak kat "DinoTrek" tu siap ajak pegi join game lagi.
ana join jugak dengan budak2 lagi tu..hehe...^_^
Tapi........................
dapat saguhati sahaje,err..malu*tutup muka* kalah dengan budak muda lagi dari ana
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
ada juga join game ni,Akak tu bagi satu botol kaca + straw.
Akak tu suruh angkat botol tu guna straw yang dibagi.
Hemm..agak2 nyer la kan boleh ke angkat botol dengan hanya menggunakan satu straw?
mestilah boleh,buktinya sahabat ana berjaya,setelah kami cuba bergilir-gilir untuk angkat botol tu guna straw.
nak tahu teknik dia macam mana?
kepak straw tu dalam*sambil geledah kotak pensil cari pembaris* = 2cm.
masukkan straw yang telah dikepakkan hujung tu cuma sepanjang 2cm kedalam botol tersebut dan biarkan straw tu tersangkut dalam tu(merujuk kepada bahagian atas botol) dan angkat botol tu setelah straw 2cm tu betul2 muat2 jer dalam hujung botol tu.
resultnya...botol tu boleh diangkat dengan hanya menggunakan straw.
dapat hadiah stiker jenis2 dinasour.
credit to:nur farhana(ana) ->photographer ^_^
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
Terasa nak kongsi pula nama2 dinosour yang ada pada sticker ni^_^
hayati lah sendiri nama2 dinosour ni.Tak cukup feeling boleh search kat internet tengok gambar dinosour ni sekali.^_^
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
Merujuk kepada gambar gabungan di "DinoTrek" yang di atas tu,dari kiri atas sekali yang pertama.Nampak?tak jelas?*kejap ye...nak upload* ^_^
-
--
---
----
-----
------
-------
--------
----------
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~
Wahhhh.............~
eeerrkkk...tahu apa itu "maze"??
senang cerita "maze" ni macam gambar kat bawah,beza cuma bentuk tak sama ya..^_^
Beza nya lagi "maze" kat DinoTrek ni arah berpandukan soalan yang diberi.
Soalan pun mestilah ada kena mengena dengan Dinosour juga.
jawab je benar / tidak.
lepas tu..
pilih la nak belok kiri/kanan?
kalau salah tu,dapat la jalan mati ^_~
Antara soalan yang ana ingat la kan:
1)Adakah dinasour boleh hidup di kawasan gunung berapi?
2)Adakah dinasour boleh makan bunga?<-jwpn dia tidak,ana jawab benar(dapat la jalan mati dlm "maze" tu)
Memang best la,join dengan sahabat ana pulak sekali^_^
last2 dalam "maze" tu kami sesat,kelakar la masa tu sebab main "maze" tu ikut suka je tak baca soalan,main redah je(masa tu cuma ingat nak keluar dari "maze" tu,tolong!!!)^_^
akhirnya,Alhamdulillah..ana berjaya berjaya menemui jalan keluar diikuti sahabat ana yang lain di belakang..... @_@
Sangat berminat untuk jadi "volunteer" di Petrosains,mesti best kan?^_^
No comments:
Post a Comment