Tuesday, 6 November 2012

Oneshot Anecdotes~Hlovate.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum! ^_^


tak sabar tunggu novel Hlovate terbaru! ^^

Oneshot Anecdotes,persembahkan....*clap* ^^'





bila lah nak tengok budaya baca Quran di mana ja..???huh..='( biar tak nampak asing.







“Hari ni hari Jumaat.Baca al-Kahfi la patut.” Najib pandang teman di sebelah yang tengah potong fishball dengan hujung mata.Arah muka tegak je pada isi periuk yang tengah menggelegak.Senyum yang terasa nak pecah di bibir ditahan je sungguh-sungguh.Karang mau ada yang berbuka makan penyepak jadi main course silap-silap.Mee kari ni buat dessert je karang.

“Panjang sangat la surah tu….” Muka kelat. “Mengah aku nak habiskan.”

Haha.Jawapan dah diagak.Gelak yang terasa nak pecah jadi vokal pun dia telan terus je masuk perut.Telan gelak secara figurative taper.Tak batal puasa.Eheh.

Najib sengih. “Kau ni pun…..novel panjang berkajang beratus muka surat larat pulak nak baca sehari semalam tak berhenti.”

“Pedih la weh,sindir makan dalam.” Muka makin kelat.

Ketawa. “Surah Kahfi tu best la weh sebenarnya.Tapi dengan syarat kena baca sekali dengan dia punya tafsir la.”

Fahmi si teman berhenti terus potong fishball.“Lagi double the panjang nak ambil masa la kot kalau nak kena baca tafsir ayat dia sekali!Double mengah semput!”

Najib muka toya. “Aku buat tader la pulak semput putus nafas?”

“Kau lain….” Fahmi muka cemberut.Terus dia sambung kerja potong fishball.Nak makan mee kari di bumi yang beribu batu jauh dari rumah ni pandai-pandai buat sendiri la,bro.Mana nak cekau gerai tak pun merengek kat mak suruh masak.

“Amende yang lainnya.Kau makan nasik,aku makan nasik.Kau makan mee kari,aku makan mee kari….”

“Kau nampak aku pegang pisau ni?” Fahmi pandang Najib yang pegang senduk dengan kening terangkat sebelah.

Najib sengih selamba. “Sesungguhnya aku berpuasa.” Heh.

Tak jadi nak marah.Fahmi balik sambung potong fishball.

Senyap sekejap ruang dapur studio apartment tu.Hanya bunyi kipas cooker hood dan bunyi kuah menggelegak je yang mengisi ruang.Dan jugak bunyi pisau bertemu cutting-board.

Senduk di tangan mengacau kuah mee kari dalam periuk.Najib pandang Fahmi sekilas sebelum kembali dia pandang kuah mee karinya. “Kita rasa boring mengah macam tu sebab kita baca tak paham hujung pangkal,tak faham apa kot?”

Fahmi tak menjawab.Hanya terus potong fishball.

“Bila baca dengan makna,baru feel.Tau dalam tu sebenarnya sebut pasal apa.”

Tak bagi respond apa juga.Fishball dah habis,Fahmi sambung pulak dengan potong fishcake.

“Macam kalau orang tengok Hindustan tak pakai subtitle la.Sah tak faham apa kot,kan?Lost kelam kot ada.Lepas tu kata storyline ntahapahapantah.Padahal sendiri yang tak faham bahasa.” Fahmi dipandang lagi dengan hujung mata.

“Kau,memang suka bagi sindir makan dalam.” Kelat dah bertambah pahit.Makin laju tangan potong fishcake.

Najib sengih. “Tak….aku cakap benda betul la ni,cuma on a lighter note with an extreme example je.Nak bagi lagi senang faham and relate.” Senduk diletak dalam piring tepi dapur.Dia memusing badan agar dapat bersandar pada kitchen counter. “But seriously,surah Kahfi best kot.Banyak kisah.Banyak ibrah.”

“Kau jangan apply Arabic kau kat aku,boleh?” Mulut je yang menjawab.Tapi Fahmi tak angkat muka pun.

Haha. “Ibrah tu loosely translated as pengajaran la.”

“Bukan dalam surah Kahfi tu cerita pasal orang tidur dalam gua tu je ke.” Pisau yang berlari memotong fishcake terhenti.Fahmi pandang Najib dengan muka berkerut.

Sengih. Dia melangkah ke arah meja makan yang jadi pemisah ruang dapur dengan ruang belajar/bilik tidur.Tafsir hitam di tangan diletak di atas meja study si teman. “Try kau cuba baca pakai tafsir aku.Tapi dengan syarat after each ayat kena baca the meaning.”

“Kau tak nampak aku tengah buat apa ni?”

“Lepas habis masak karang la,bro!”

***

“Best betul kau punya tafsir!”

Sengih I-told-you-so.

Dengan gaya buat tak nampak sengih tu je dia terus menyambung. “Baru aku tau lepas cerita pasal pemuda Kahfi tu ada cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir as well.” Fahmi gosok dagu sambil pandang siling. “Then lepas tu cerita pasal kisah Zulkarnain pulak.An the story example of the two men with the gardens.Siap ada blow-by-blow dialogues tu.” Muka kagum. “Serius sebelum ni aku tak pernah perasan dan tau.” Masih bercerita dengan gaya bersemangatnya. “And the complimentary hadiths to support the kisah of those ayats!Serius tafsir kau best,weh.Yang pasal kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir punya hadith panjang tu memang totally detailed and complimented the ayat yang cerita pasal the kisah.And the hadith pasal Yakjuj and Makjuj jugak.” Senafas je Fahmi menghabiskan detailed commentary.Kalah sports commentator bagi commentary pasal Usain Bolt lari tengah Olimpik.

Senyap sekejap tiga saat.“I guess… the passion and enthusiasm are in the right place.” Najib sengih. “Kau dah gaya bagi review novel yang menang Hadiah Nobel je gayanya.”

“This..” Tafsir di tangan di angkat. “…is beyond all the best books ever written by mankind.Ever!” Fahmi memang gaya semangat sungguh.

“Of course.” Sengih I-told-you-so lagi.Sengaja menggiat.

“Provided that orang faham the maksud,though.” Muka berubah.

“Yang penting kita mulakan dengan baby steps kot,no?”

“Hmm.” Non-committal.Fahmi renung dinding.Dahi sedikit berkerut.Kemudian dia pandang Najib yang tengah bersila di atas katil setentang.Najib pandang dia balik dengan kening terangkat sebelah.

“Apanya?” Tau muka ada soalan.

Fahmi pandang tafsir di tangan.Kemudian pandang Najib balik. “Bukan kau ke dulu yang cakap kat aku kalau betul sayang kawan,benda yang dia paling sayang patut bagi kat kawan yang dia sayang tu.” Kening double-jerk sambil pandang tafsir di tangan.

“Weh!Tu aku nak buat pusaka keturunan aku tu!”

Hahahaha.Ingat dia je tau menggiat orang?

“Tapi kalau kau dah nak sangat,kau ambil je la de.” Muka pasrah.

Fahmi senyum. “Esok turun Darus Salam,yuk.”

“Nak cari apa?”

“Aku pun nak ada benda buat pusaka keturunan aku jugak.”

Sengih.

“Harapnya pusaka berbaca.” Fahmi sengih juga. "Dan difaham makna.Dan dihadam diamalkan jugak."

“Tau taper.Letak dalam almari kumpul habuk,tak ada makna.”

“Weh.”

“Hmm?”

“Thanks.”

Sengih aje.

________________
may Allah bless




-Hlovate-
 

3 comments:

~aLyA aIsYah~ said...

salam kalau saudari berminat untuk dapatkan shawl labuh.. boleh la jenguk di http://loveprettyhawa.blogspot.com/ spread the love of islam by tellling other gurl hijab that cover our chest is the best! gud job dear love ur post =)

dleyaaken said...

Salam..hlovate ade novel baru ke?bila ya?

Ukhti Hana said...

Wassalam..entah la,saya pun tak tahu bila nak di publishkan.tapi ni saya dapat dari fb hlovate.

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers