Thursday 15 November 2012

bukan bicara kosong!saya sayang PALESTINE.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ! ^^




Peluru kezaliman !!!



“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ”

 ( Surah Al-Maidah : 82)



***


Sememangnya,Isu Palestine bukanlah 'bermusim' !
tanya pada diri..

"Apa usaha kita untuk bantu saudara seakidah kita di sana???"

"kita semua dah berdoa untuk mereka???"jika 'ia',Alhamdulillah..

jangan terlalu pentingkan diri dan hidup dalam ketidak"peduli"an..
jangan masih berselimut dengan kesombongan!
jangan!jangan!

tolonglah ubah.

 cakna.ambil peduli.
tapi...sejauh mana?

sejauh mana kita dapat bergerak dan membantu?
setidaknya janganlah kita lupa untuk memberikan 'tembakan doa' buat mereka di sana...
meskipun jauh dari pemandangan kita,namun dengan adanya 'tembakan doa' dari kita,InsyaAllah..Allah mendengar doa kita.
usah risau!teruslah berdoa..teruskanlah berdoa..meski doa itu bisu dalam bicara,biar ia hanya bicara dalam qalbu..Allah tahu..Allah Maha Mendengar.
jadi,usah risau doamu yang bisu dalam bicara tidak didengar.




Realiti dunia sekarang.. ='(



#Realiti umat yang menyedihkan#

Ramai yang menyangka bahawa isu Palestin hanya untuk mereka yang beragama ISLAM, namun hakikatnya mereka terlupa bahawa isu ini juga membawa isu KEMANUSIAAN.

Bagi yang beragama Islam, sudah cukupkah kita keluarkan segala kemampuan kita untuk menolong mereka ? Cukupkah hanya dengan sekadar berkata; "kasihan mereka" sambil menopang dagu sehaja ?

Bagi yang bukan Islam, dimanakah kita meletakkan rasa keperimanusiaan kita ? Adakah mereka bukan makhluk yang bernyawa di mata kita ?


 ***


" Gaza diserang lagi semalam 14 Nov 2012 !. "


*berapa ramai yang cakna?*
dengan adanya medium perantaraan antara makhluk bumi yang agak efektif yakni facebook,maka tersebarlah dengan mudah berita ini.
Alhamdulillah ramai yang cakna,maka ramailah yang berdoa..

Allah..Allah..Allah..
semakin bertambah penghuni syurga Ilahi.

 Allahurabbi...
Awal muharram telah dimulakan dengan serangan Israel ke atas Palestine..

Ya Allah, LINDUNGI MEREKA di sana..
Israel cuma ada senjata..tapi kita ADA ALLAH, teruskan BERDOA untuk saudara kita di Gaza..Allah mahu doa dari kita, jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di Palestine..

Berdoalah walau di dalam hati TANPA SIAPA KETAHUI sesungguhnya Allah Maha Mendengar.


***


Saat ini Israel sedang mengebom menggunakan pesawat F-16 ke atas Gaza iaitu antara penempatan paling padat di dunia!
Israel Laknatullah!

Bacakan qunut nazilah..

Ingatlah Senjata Orang Mukmin Itu Adalah Doa Yang Sememangnya Lebih Tajam Daripada Mata Pedang.

-JANJI ALLAH PASTI BERLAKU-

***

[Hari ini Palestin menangis lagi]

Hari ini Palestin menangis lagi,
Setelah berabad lamanya menyeka air mata duka,
Menyapu air mata kecewa, air mata sengsara,
Hari ini Palestin merintih lagi,
Setelah berkurun lamanya menyaksikan bukan sepuluh,
Bukan seribu bahkan berpuluh-puluh juta anak bangsanya,
Terkongkong di sebalik penjara besi,
Teraniaya di tangan yahudi bangsat.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rejim laknatullah mula menggila,
Katanya, “ini tanah yang dijanjikan kepada kami”,
“Ini adalah kampong halaman kami”,
“Disinilah asal nenek moyang kami”,
Ahh, suara sumbang mereka mula melontarkan alasan jelek,
Hatta dengan beraninya menapakkan kaki mereka,
Memijak bumi suci Isra’ Mikraj.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rakyatnya disembelih beramai-ramai,
Tatkala segerombolan kereta kebal membedil seluruh isi Gaza,
Tatkala Bandar suci Gaza dihujani peluru tak bermata,
Kurang dari setengah jam 150 penduduk Gaza di bunuh,
Tanpa mengira usia waima bayi kecil,
Akhirnya mereka menjadi pelarian di bumi sendiri,
Angkara kejahatan syaitan bertopengkan manusia.

Hei, rakyat dunia!
Dimanakah kemanusiaan kamu?
Tidak adakah walau secebis kasihanmu untuk anak-anak Palestin?
Tidak adakah walau sedetik di hatimu mereka juga ada hak untuk HIDUP?
Mengapa kalian seolah-olah merelakan bumi suci kita diinjak?
Mengapa kalian seolah-olah mengiyakan segala tindak tanduk bangsa itu?
Mengapa kalian? Mengapa?

Hei, bangsa dunia!
Dimanakah kamu yang selama ini memperjuangkan keamanan sejagat?
Dimanakah janji-janjimu untuk meredakan konflik dan sengketa dunia?
Atau itu hanya sebahagian dari sandiwaramu, sekadar retorik semata?
Kononnya kamulah pendokong keamanan dunia,
Tapi kamu berpura-pura seperti serigala berbulu domba,
Rupanya kamulah musang berbulu ayam yang mencetus pergolakan.

Wahai saudaraku di Gaza,
Puisi ini hanya sebahagian dari apa yang terbuku dalam kamus kebenaran,
Masih banyak penderitaanmu yang disimpan kemas dalam kotak penipuan,
Bersabarlah wahai saudaraku,
Semuanya akan terpapar di dada dunia bila tiba saatnya,
Semoga ketemu lagi wahai pejuang Gaza.

#sajakDAQ2011
***
 selain berdoa..

kita boleh bergerak dengan memboikot barangan yahudi laknatullah.
yup!boikot!ayuh!

tahu barangan apa yang kita nak boikot?
ni ana kepilkan seperti dibawah.

jelas??jadi tunggu apa lagi,jom boikot dan...moga istiqamah lah!



ingat!boikot adalah peperangan.
biar kita berperang dengan nafsu,kemenangan buat islam.
berjihad lah..!ini cuma jihad kecil dari kita untuk dipersembahkan.

jika sebelum ini juga kita boikot,Alhamdulillah...teruskan!tafadhol!
ingat,boikot bukan juga bermusim.
istiqamah lah..


memang agak sukar bilamana kita berhadapan dengan keluarga dan saudara mara kita yang tidak memahami tentangnya,maka..ambil lah masa untuk menerangkan kepada mereka.biar sama-sama memahami.biar sama-sama memboikot.kan manis?

ana sendiri punya pengalaman dalam memboikot ni.
ana dulu memang makan juga lah KFC ni.tapi...setelah ana tahu KFC juga menyumbang kepada isreal laknatullah.tak kira lah dia sumbang sikit ka banyak.tetap menyumbang kan?
jadi,itu menjadi titik tolak kepada ana untuk memboikot.
sememangnya bukan senang.serius!
almaklumlah..dari kecik lagi memang dah biasa makan KFC.
bila birthday ja..sikit2 KFC..Reunion juga..sikit2 KFC.
sudah-sudahlah tu.. =(

ini cerita ana dengan sahabat se"geng"..
semasa keluar sekali dengan sahabat-sahabat..ana dengan slumber bagi tahu,tak nak makan di kedai "pak cik ayam" aka KFC.
Alhamdulillah..mereka memahami,jadi kami makan di kedai lain.
mudah kan? ^^

bak kata Hlovate : saya tak makan "pak cik ayam(KFC)" dan "pak cik burger(MCD)"..


ini cerita ana dengan family..
sewaktu abah memandu kereta ternampak sign board KFC..
"eh..jom makan KFC nak?"
"alah...jom la makan kat tempat lain,KFC tu kan sumbang duit kepada israel."
"tak sanggup nak makan..sedangkan kita tahu duit kita itu disalurkan untuk mereka buat beli peluru nak bunuh umat islam di Palestine."

='(


 Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari..
pada hari yang lain.
ana seorang dirumah,tak suka keluar,jadi abah,mak dan adik bawa balik makanan nak makan sekali.
abah beli KFC.huhu..sayu bila teringat balik.sedih!
semua orang makan KFC,tapi ana tetap bertegas tak nak sentuh sikit pun KFC.
itu azam ana.
adik ana ada juga semawa minum air,tetapi ana tetap bertegas juga tak nak.
pastu...apa lagi,mengalir la air mata ni,dalam kepala dah terbayang dah jet israel dengan pelurunya menghujani rakyat Palestine dengan kejam dan rakusnya tanpa belas kasihan.
itu azam ana!
dan..InsyaAllah,akan ana teruskan perjuangan kecil yang tak seberapa ini.
Moga Allah terima.

tak kan tergugat dengan potato wedges tu!
hemm..tak kan!!
*telan air liur jugaklah tengok iklan kat tv,huhu..*


mana ada perjuangan sekerat jalan kan?
di UniMAP,ni pun ana tetap ana.
berjuang tetap berjuang lah!
haha...memboikot maksud ana.

di Perlis mana ada Mcd segala..haha..
lagipun ana memang tak suka Mcd.
KFC tu jangan tanya lah..memang ada.
owh ya..apa kata kita tukar menu kita daripada pegi KFC,lebih afdhol pergi RFC.
RFC,Radix fried chicken.sedap gak lah! ^^

ini cerita lagi,dengan sahabat satu kos.
masa tu kami ada hal,jadi kena pegi kangar lah..
dah selesai urusan,semua pakat nak pegi makan di KFC.ana jadi serba salah.
tapi ana tetap bersuara,ana cakap kat depa yang ana tak makan KFC.ha..tu dia..keluaq dah bahasa utagha tu..
Alhamdulillah..mereka faham.
tiba-tiba,ada sorang ni tanya:"boleh tak masuk KFC?"
rasa kelakar sikit dengan persoalan tu,tapi ana jawab juga:"err...rasa bersalah juga la."
kawan tu pun angguk-angguk.
masuk ja kedai "Pak cik ayam",ana terus ambil tempat nak duduk.yang lain semua dah serbu kaunter.Almaklumlah...lapaq kot masa tu.
bosan..ana bawa keluaq phone main game angry bird.haha..*childish* ^^

tetiba...salah sorang dari kawan ana datang(patah balik dari kaunter),dia ajak pegi beli nasi kandaq..
owh..terharu kot masa tu.
kami pun keluaq la dari kedai "pak cik ayam" menuju ke kedai "pak cik mamak" pulak dah..
dengan membawa perut yang lapaq..
dah selesai membeli(tapau),kami pun patah balik menuju kedai "pak cik ayam"..
dengan harapan nak makan sekali dengan kawan-kawan yang lain.
meskipun sebenarnya dalam hati,dah risau sangat dan terasa cuak takut kena halau dengan akak KFC.
kaki tetap melangkah masuk jugak,terus menuju tingkat atas kedai "pak cik ayam" sebab kengkawan ada di tingkat atas.

letak bungkusan daripada kedai "pak cik mamak" atas meja..
buat muka cuak kejap..sebab tak nampak pekerja KFC,nak minta izin tumpang makan di situ.
last sekali...
"encik..encik..er....nak tumpang makan makanan luar kat sini boleh?"
skema kan ana?haha..
encik tu dengan muka blur...dan setelah itu dia bersuara:
"hem..boleh"

Alhamdulillah..
rasa seperti berjihad pula.haha..padahal bukannya apa pun.


pas tu...tunggu apa lagi..buka lah bungkusan tu..
dan...kengkawan yang makan KFC tu kata"hem....bau kari.."
haha...malu la ana.


***


sumber di bawah dari fb:

Update Tengah Malam: Rejim Israel terus menyerang gaza, Kecederaan hampir mencecah 100 orang dan kematian sudah mencecah 16 orang termasuk kanak-kanak Baby Hanin 10 bulan dan Waleed AlAbdlah 2.5 thn. Teruskan menyumbang.

Buat para mahasiswa/siswi atau badan kebajikan dakwah kampus atau komuniti masyarakat setempat yang prihatin. Cubalah untuk kutip dana semampunya.

Saya yakin dengan Aqsa Syarif. Di kala kita tidur, mereka masih berjaga memikirkan tentang saudara kita disana. Tatkala kita menyambut perayaan bersama keluarga, ada aktivis yang dihantar ke sana. Saya ikuti perkembangan mereka dalam diam.

Hulurkanlah setakat yang mampu walaupun hanya RM1.
Update Tengah Malam: Rejim Israel terus menyerang gaza, Kecederaan hampir mencecah 100 orang dan kematian sudah mencecah 16 orang termasuk kanak-kanak Baby Hanin 10 bulan dan Waleed AlAbdlah 2.5 thn. Teruskan menyumbang.

Buat para mahasiswa/siswi atau badan kebajikan dakwah kampus atau komuniti masyarakat setempat yang prihatin. Cubalah untuk kutip dana semampunya.

Saya yakin dengan @[107299275960416:274:Aqsa Syarif]. Di kala kita tidur, mereka masih berjaga memikirkan tentang saudara kita disana. Tatkala kita menyambut perayaan bersama keluarga, ada aktivis yang dihantar ke sana. Saya ikuti perkembangan mereka dalam diam.

Hulurkanlah setakat yang mampu walaupun hanya RM1.






***













"Jangan putuskan doa kalian, dengan doa kalian semoga Gaza(Palestin) terus kuat berjuang."








4 comments:

Arina Shamsul said...

saya benci kekejaman..

jom boikot ramai2..

Unknown said...

Allah tak pernah missed pandang usaha kita, dan kental hati kita, mahu usahakan lahirkan benci pada mereka (Yahudi).

InsyaAllah. Ini satu ingatan pada saya juga agar istiqomah dalam usaha yang tak seberapa untuk menunjukkan cinta kepada rakan muslimin di Gaza.

nahwanz said...

assalamualaikum.

jika anda simpati dgn apa yang berlaku di palestine;

mantapkan aqeedah, tambahkan ilmu. maka akan lahirlah ketaqwaan yang berlandaskan manhaj yg sahih.

baru datang pertolongan allah.

semoga allah memberi hidayah kepada kita semua. ameen.

Ukhti Hana said...

nahwanz:

Wa'alaikumussalam.ya itu lah yg utama,mantapkan aqidah kita dulu.

ameen..jazakillah khair ukhti.! ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers