Friday, 14 September 2012

Husnuzon pada Sang Pencipta !

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.



Salam perjuangan dari bumi Perlis.ahaks~ehem...sedar tak sedar dah 2 minggu di Perlis,UniMAP.=)
di sini memang kena banyak bersabar dengan dugaan2 yang sedia ada.sabar je la..tak sempat nak buat entri tentang kehidupan baru di sini.InsyaAllah,ada masa saya pasti buat entri tersebut.di bawah ini nak kongsi sesuatu khas buat sahabatku jauh merantau di negeri sembilan sana,salam perjuangan ukhti!terus tabah ya! ;')

dan..semestinya peringatan di bawah adalah tamparan sampai lebam buat diri ini juga,haha..

 


Masing-masing akan diuji dengan situasi berbeza.
Mungkin kadang-kadang situasi sama tapi cara penerimaan kita terhadap sesuatu itu yang membezakan kita.
Allah datangkan 'hujan' bukannya berpanjangan, akan ada masanya ia akan berhenti

Lain orang lain pengalaman, kadang-kadang dirasa ujian kita maha hebat.
Kenapa diuji dengan perkara sedemikian? Orang lain tidak?!
Sebab orang lain ada ujian yang lain, yang tidak kita ketahui.
Allah uji sesuai dengan kemampuan kita.
Bila diuji, maknanya Allah tahu kita kuat untuk hadapinya, kan ('=

Hadir suatu ujian untuk tarbiah jiwa kita supaya terus kental, terus tabah meniti hari-hari mendatang. Kuatkan semangat!

kita punya tempat bergantung yang hebat dan mantap, iaitu Allah. Keep faith in Allah, for He loves those who are patient in everything.

Ya Rabbi,
damaikanlah jiwa-jiwa yang dilanda keresahan,
tenangkanlah hati-hati yang terusik,
kuatkanlah semangat mereka yang memerlukan,
hilangkanlah resah yang berbuku di sudut hati,
gantikanlah yang hilang dengan yang lagi baik,
campakkanlah rasa rindu, kasih dan cinta
hanya pada yang hak,
Kau buangkanlah kesedihan yang bermukim
dan gantikanlah dengan kegembiraan.




 

 ~✿ Kadang-kadang kita TERLUPA,
Kita JAUH daripada ALLAH SWT..
LALAI dalam MENJAGA HUBUNGAN kita denganNya..
Sebab itu JANGAN DITANYA kenapa kita sangat LEMAH bila DERITA menimpa..
Kerana kita RASA BANTUAN itu TIADA daripada-Nya..

Dan HATI

berasa KOSONG akhirnya..
Namun, KEKOSONGAN itu perlukan UBATNYA..
Dan, UBATNYA adalah dengan MENDEKATKAN diri PADANYA...
Biarlah DAHI kepada bumi MELEKAT dengan SUJUD yang penuh BERKAT



























No comments: