Friday, 28 September 2012

kembali pada-Mu,bersediakah kita?

Bismillahirrahmanirrim.
Assalamualaikum wbt !   ^_^







" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)






 Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. 

Itu adalah satu kepastian dan wajib kita percayai sebagai seorang hamba Allah yang beriman.Hanya saat kematian itu saja yang kita tidak pasti bila,bagaimana dan di mana. 


Sabda Rasulullah s.a.w., 
"Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman." 


Alangkah indahnya kerana bagi orang yang beriman kematian merupakan hadiah bagi mereka kerana mereka telah melengkapkan persiapan untuk menghadapi kematian menuju ke satu alam yang kekal bagi mereka dan mengecapi kenikmatan syurga yang dijanjikan.


indah kan?bila bertemu dengan Pencipta kita dengan roh dan jasad yang bersih!


 bukankah mengingati mati itu malah membuatkan hati kita HIDUP,bukannya membuatkan hati kita mati.



“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka inilah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat”

 (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abu Dunya)


 “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yg telah kamu lakukan” 

(Surah Al-Jumaah:8 )



. . .



#  Bagaimanakah nanti blog saya di ketika hari kematian...masanya belum diketahui namun ia adalah sebuah pemergian yang akan datang. Sama-samalah kita berusaha dan bersedia, kerana ia adalah satu pemergian yang tiada peluang ulangan. Hidup adalah sebuah exam yang gagalnya tiada ruang untuk mengulang. Nauzubillah. 






 "Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kami dengan keadaan penghujung yang buruk"








No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers