Thursday, 28 June 2012

cuba mengerti

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^_^

 


 situasi 1

Suatu malam yang hening,ketika bulan malu2 mula menebarkan "nur" pembiasannya..indah.pepohon yang hijau di siang harinya hanya kelihatan samar-samar dalam kegelapan malam..Tiba-tiba kedengaran dua beradik ni sedang berbicara..kelihatannya agak tegang.uurrgghh..

Akaknya sudah mulai teguh dengan pendiriannya untuk men'delete' koleksi lagu2 dalam mp3 nya.
# owh ya..mp3 tu ada macam2 lagu la termasuk la korea,jepun,english,indon,taiwan,nasyid ...bla3.ce tanya berapa koleksi surah2 Al-Quran dalam mp3? sekerat dua ja yang ada..tu pun,dengar ka?

Adik : Betul ke nak delete semua lagu dalam mp3 tu?
Kakak : ya la..(dengan wajah serius) = . ="
Adik : ala....buat pa nak delete semua...
Kakak : biaq la..ish sibuk ja !
dengan nada yang slow...~ fu..fu...fu...~
Kakak : nak delete semua senang sebab dah bercampur aduk dengan lagu2 yang lagha dan nak mendapatkan keredhaan Allah.Kak pernah dengar kak senior tu kata kalau nak dapatkan keredhaan Allah,delete semua lagu2 korea tu..ada bran?
Adik : berlalu pergi dengan hati yang hampa..= '(
sebab si adik dah tak bleh nak pinjam macam buat harta semalaman bila balik asrama,dah tak dak lagu indon jiwang tu semua dik oiii...hoho..   (O.o)"
Kakak : Kan melangkah kaki dengan pasti
                  Menerobos segala onak duri
             Generasi baru yang telah dinanti
                  Tak takut dicaci tak gentar mati

             Bagai gelombang terus menerjang
                  Tuk tumbangkan segala kezhaliman
             Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
                  Hingga pertiwi gapai sejahtera

             Takkan surut walau selangkah
                  Takkan henti walau sejenak
             Cita kami hidup mulia
                 Atau syahid mendapat surga {Shoutul Harokah : Gelombang Keadilan} yoossshhhh!!~

Kakaknya terus dengan hati yang riang gumbira mendelete segala isi mp3 yang selama ini selamat "mendiami" di dalamnya.kini tidak lagi..hehe..

nasyid ...ADD
Al-Quran ...ADD
Kakak : melaung dari tempat mengadap laptop~adik!!!lagu2 yang inspire(tak dak unsur lagha) ada?boleh ja kalau nak suruh kak ADD!  =)

  fighting!~



situasi 2
Sewaktu bersiap-siap nak outing ngan family,si akak ternampak kelibat si adik yang masih terkedek-kedek dalam bilik.buat apa lama2 ntah budak kecik ni,nak kena ni~ hishh..suka melembabkan perjalanan..tetiba......................................



tercipta la sedepa dialog lagi ~


Kakak : Napa hang pakai baju lengan suku ni,sambil menjuihkan bibir kearah baju tu..
Adik : tak kata apa cuma . . . menjeling tajam.
Kakak : tu tak tutup aurat dengan sempurna la budak~  ;(
Adik : buat deeekkk je... (de di sebut spt depa)
Kakak : tu tudung,sambil cuba memperbetulkan tudung si budak kecik tu agar labuh menutupi dada.ishh...
Adik : la..biaq la kat orang,kalau nak tutup aurat....adik tutup dengan sempurna siap pakai stokin la sepatutnya kan?nantilah...
Kakak :  . . .  Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu buat adikku. TT ^ TT

Wahai adik yang aku cintai kerana Allah,tahukah engkau bahwa bila selangkah kita keluar dari rumah dengan tidak menutup aurat,abah kita selangkah pula mendekati neraka.Nauzibillah minzalik..Mahukah kau melihat yang sedemikian berlaku keatas abahmu? muhasabah diri !!!

# ramai hari ini yang menutupi auratnya antara siku hingga pergelanggan tangan dengan memakai hand glove sock bila baju mereka berlengan pendek.

bagus! kerana anda tahu itu aurat dan cuba serta usaha menutupinya dengan sempurna dari pandangan ajnabi yang tidak halal untukmu.

Tapi...alangkah bagus sekali seandainya kau menutupinya dengan sambungan lain yang lebih longgar,contoh:inner yg berlengan panjang dan longgar!


Alangkah bagus lagi jika kau menyedari bahwa pabila kau sedang mengenakan baju berlengan pendek serta hand sock,itu bukan menutup aurat,tapi membalut aurat! maaf jika ana berkasar,justeru hal ini yang ingin ana tekankan.Jika seseorang itu memakai baju yang berlengan panjang bahkan juga mengenakan sekali dengan hand sock,itu leeebbbbiiiihhhhhh BAIK~Tafadhol !

✿ Biarlah orang kutuk kita pakai BAJU KETINGGALAN ZAMAN asal kita tak pakai BAJU AKHIR ZAMAN ✿ 
# seterusnya...kaki juga Aurat! serius!dulu waktu zaman kegelapan ana,waktu tu masih jahil dan ana tak tahu kaki tu aurat.Ya ALLAH...ampunkan hamba-Mu ini.malu sangat,lagi malu dengan Allah. =(
memanglah kadang2 tu leceh sikit bila kita pakai stokin terpijak pula air atau tetiba hari hujan daaannnn stokin pun basah.
TAPI . . . Apa la nak dikisahkan sangat dengan stokin kita yang basah tu daripada api neraka Allah yang penuh azab.Tak susahpun nak amalkan pakai stokin ni,caya lahhh! : )
Jom beli stokin dan pakai ~ ! ^_^ jom!  jom!  jom!  ayuh sahabatku muslimah ^_--
nak yang lebih osem ? ha... O.o   sila KLIK SINI
http://syahirul.com/wp-content/uploads/2011/08/aurat-kaki.jpg
 
situasi 3
Semasa temankan emak untuk menempah baju kurung.Ini apa yang ana kagum dengan tukang jahit,mereka berdakwah disamping mencari pendapatan yang halal dan diredhai Allah.
Mak : nanti bila jahit baju kurung ni yang belah kain susun tu(ala...kain kan tepi tu yang tersusun berlipat-lipat tu la~) minta tolong bagi jangan lebar sangat ya..
tukang jahit : owh,haa ya ya.nanti saya ukur,bukannya apa saya buat bagi lebar sebab bila naik moto tak la kain terangkat sangat,kalau naik kereta tak apa la.
ana yang sedang mendengar,cubauntukmemahami dan ini tafsiran ana :
bila kain susun > lebar > langkah besar > naik moto > tak nampak kaki/betis >kan AURAT tu~ 
anda ! ya anda yang bergelar tukang jahit/designer tu! 
anda jahit baju2 tempahan macam mana?maksud ana,baju2 yg mereka tempahkan tu jenis yang menutup aurat tak?anda pasti mereka tempah baju yang ciri2nya tak jarang ..tak singkat ..tak ketat..bla3....???
fikirkan . . .
tahu tak semua itu akan ditanya Allah di hari pengadilan akan amal2 yang kita lakukan di dunia!kebaikan akan dihitung dan dinilai walau sebesar biji sawi sekalipun (dan juga keburukan).

 
  # Turning point.bila lagi?Tegur ana yang lemah lagi hina ini,jangan biarkan ana jauuuhhh terpesong dari rahmat dan Syurga-Nya.tegur ana..jika ana salah,nasihat ana agar tidak lalai.
Imanku ini hanya senipis kulit bawang. TT ^ TT
maafkan ana ya.. Moga "bakul2" anda hari ini penuh dengan iktibar daripada berblog walking.

Perkongsian : Hero-Hero Bola Sepak

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^_^

sumber



Artikel ini ditulis betul-betul selepas saya menonton satu video di YouTube, tentang tiga orang bintang bola sepak Muslim yang sedang berada di puncak karier mereka bersama kelab bola sepak Newcastle United; Papiss Demba Cisse, Demba Ba dan Hatem Ben Arfa.

Saya tertarik untuk bercerita tentang mereka, kerana bagi saya, ketiga-tiga individu ini banyak memberi inspirasi kepada saya dan kepada peminat sukan bola sepak di seluruh dunia, terutamanya mereka yang beragama Islam.

Dalam beberapa aksi meraikan gol, Papiss Cisse dan Demba Ba sering meraikan kejayaan mereka menyumbangkan gol kepada pasukan dengan cara melakukan sujud syukur. Ia menjadi suatu tarikan di mana ramai orang mula bercakap-cakap tentang pemain beragama islam.

“Eh, ada juga muslim yang hebat main bola ya?”

Tapi pada saya, mereka bukan sahaja hebat menendang bola, tetapi juga hebat memperagakan kecintaan mereka kepada agama ini.

Kita semua tahu bahawa mereka sedang bermain untuk kelab yang besar, yang berpangkalan di UK. Di sana, agama islam ialah minoriti. Penganutnya masih jatuh dalam kelompok yang kecil, bahkan tidak dinafikan wujud lagi sentimen-sentimen dan isu agama yang timbul, dengan seruan-seruan untuk membenci Islam masih lagi membara walaupun usaha demi usaha dilakukan untuk mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan antara umat islam di sana dengan alam.

Keberadaan dua figur ini ternyata menambah baikkan hubungan yang runcing ini. Mereka, para pemain bola sepak muslim bertindak sebagai agen pemangkin yang membantu proses keharmonian ini.

“Setakat sujud saja, apalah sangat!”

Bukan seorang dua yang memperlekehkan tindakan berani dua orang wira kelab Newcastle United ini. Baiklah, mari sama-sama kita lihat pada sebuah ayat al-Quran dalam surah al-Qasas ayat 77:
“Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah berikan kepadamu di dunia”
Allah SWT berikan kita kemahiran yang pelbagai. Ada yang hebat bersyarah. Contoh, Imam Hassan al-Banna. Bicaranya memukau. Hujahnya mantap. Tidak sedikit manusia yang terbuka hijab mereka, lantas cahaya iman menusuk masuk, memanahi hati-hati mereka.

Yang terdampar di tebing binasa, bangun menuju puncak cahaya. Kurniaan Allah kepada beliau berupa seni berpidato ini ternyata digunakan dengan optimum, dan bakal menjadi satu lombong pahala buat Imam Hassan al-Banna.

Ada pula orang yang Allah SWT beri kelebihan menulis. Contohnya, Harun Yahya. Karya-karya beliau sentiasa segar, bertenaga, penuh nilai intelektual dan hebat. Tidak sedikit manusia yang berjaya melihat cahaya Islam, hasil pembacaan dan penelitian mereka terhadap karya Harun Yahya. InshaAllah, seni menulis itu bakal menjadi aset berharga yang akan dia bawa bertemu Ilahi.

Ada juga yang pandai melukis. Jika saya boleh beri satu nama, saya akan sebut nama Nik. Saya tak mengenali individu ini, tapi saya mengenali lukisan-lukisannya bermula dengan majalah Ujang keluaran Moy, dan kini, beliau melukis karikatur-karikatur yang membawa mesej keagamaan. Golongan remaja yang menyukai suatu yang berbentuk visual, ternyata mudah terpikat. Sedikit sebanyak, mereka mendekati agama ini hasil lukisan seorang kartunis.

Begitulah juga dengan main bola sepak. Ada orang yang memang Allah SWT anugerahkannya sepasang kaki yang lincah. Mereka boleh menggelecek bola, dan boleh melepaskan tendangan yang padu. Antara orang-orang itu ialah Papiss Cisse, Demba Ba dan Ben Arfa.

Dan mereka bertiga sedang menjalankan dakwah, di padang bola sepak!

Mereka melakukan sujud syukur, sebagai lambang kesyukuran mereka. Ini ialah satu dakwah yang tidak langsung, di mana mereka memperagakan prinsip di dalam islam. Apa dia?

“Ingat Allah dalam setiap gerak langkah kita!”

Di saat berjaya menjaringkan gol, ucapan syukur ialah suatu yang paling patut meniti di bibir kita. Bukan sekadar itu, syukur juga dizahirkan dalam tindakan. Bersujud ialah salah satunya.

Melalui watak-watak di atas padang ini, dunia melihat islam itu sebagai agama yang tidak terpisah pada tempat. Walaupun di atas padang, orang islam tetap perlu beragama islam. Tidak hanya di bawah lindungan kubah masjid dan tidak juga di atas tikar sejadah.

Islam ada di mana-mana, sehingga di atas padang!

Keberanian dua orang pemain ini melakukan sujud syukur, sebagai pengenalan bahawa mereka ialah muslim, mengingatkan saya pada satu ayat di dalam al-Quran pada surah al-Maidah ayat 54;

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling daripada agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.”

Mereka benar-benar tidak takut pada celaan orang-orang yang mencela!

Sebenarnya, selain daripada Papiss Cisse, Demba Ba dan Hatem Ben Arfa, seorang lagi pemain bola sepak yang berbangga dengan Islam dan menjaga prinsipnya, ialah Yaya Toure. Dia ialah pemain bintang dalam kelab Manchester City, yang mana kelab inilah yang merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu temubual selepas tamat perlawanan, seorang rakan sepasukan Toure, Joleon Lescott memberi botol arak kepadanya, kononnya sebagai acara sambutan atas kemenangan pasukan mereka. Tapi apa yang Toure kata?

“Kamu simpanlah. Saya seorang muslim. Saya tidak minum!”

Subhanallah. Di depan televisyen, dengan ditonton jutaan manusia, beliau berkata, “Saya seorang muslim. Saya tidak minum!”

Ini secara tak langsung telah mengajar masyarakat dunia bahawa salah satu prinsip Islam ialah menjaga akal, di mana setiap kita diharamkan memakan atau meminum sesuatu yang bakal menumpulkan dan merosakkan akal. Bahkan masyarakat dunia juga maklum, bahawa meneguk arak ialah satu perbuatan yang tidak elok. Jadi, bila seorang muslim menolak minuman keras kerana alasan ia perintah agama, maka orang yang berakal pasti akan sedar bahawa agamanya itu ialah agama yang menyeru kepada kebaikan!

Frederic Kanoute ialah seorang lagi individu muslim yang hebat. Membaca kisahnya sahaja di laman wikipedia membuatkan saya menjadi malu sendiri. Terlalu malu!




Kanoute menyarung baju yang tertulis perkataan “Palestine” yang mana perbuatannya itu berjaya menarik perhatian dunia terhadap kekejaman Zionis.




Beliau bukan lelaki yang dilahirkan daripada rahim seorang ibu yang beragama Islam. Sebaliknya, Kanoute menjadi muslim ketika usianya 22 tahun. Penyerang bola sepak yang pernah beraksi untuk kelab West Ham United dan Tottenham Hotspurs itu juga sangat menjaga prinsip. Yang haram, ditolak dengan tegas sebagai haram. Dia enggan untuk menyarung jersi Sevilla kerana ketika itu, tertera dengan jelas di depan jersi itu tulisan 888.com yang mana itu ialah laman sesawang perjudian.

Enggan mempromosikan judi, dia berkeras tidak mahu menyarung jersi itu lalu pihak pengurusan terpaksa akur dengan membenarkan dia menyarung jersi yang tidak ditampal dengan tulisan-tulisan yang menyentuh sensitiviti umat islam.

Beliau juga menghabiskan banyak wang untuk islam. Antaranya, beliau membeli sebuah masjid di Sepanyol dengan duitnya sendiri, kerana kerajaan Sepanyol mahu menjual masjid itu. Semoga Allah SWT membalas setiap helaian wang kertas yang dikeluarkannya dengan balasan yang berganda-ganda dari sisiNya.

Kanoute terkenal sebagai seorang pemain yang sangat tenang. Dikasari di tengah padang pun, dia tidak melenting. Tidak pula dia memaki hamun seperti pemain bola sepak lain. Tapi ada satu insiden, peminat Sevilla bingung. Pelik, apabila hero mereka yang seringkali tampil tenang dan bersahaja di tengah padang, berang dan hampir bergaduh dengan pemain pihak lawan, Cesc Fabregas. Selepas diselidiki, rupa-rupanya bekas kapten Arsenal itu telah mengeluarkan kata-kata kesat. Bukan lagi mengeji atau memaki hamun Kanoute, sebaliknya menghina agama Islam!

Kita lihat betapa izzah dan cintanya beliau dengan agama ini. Seorang yang sabar dengan caci maki, tetapi sangat defensif bila agamanya dihina orang!

Kita bagaimana? Bukan sedikit ikhwah yang pakai jersi bola sepak yang di depannya, besar tulisan Carlsberg. Tak ada sensitiviti. Tak ada izzah.

Bahkan bukan sedikit kita yang marah bila Melayu dihina, tetapi bila agama islam dihina, diam pula macam tikus!
Satu lagi ikhtibar daripada Kanoute, di saat masyarakat dunia buta daripada melihat kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin, Kanoute menyarung baju yang tertulis perkataan “Palestine” yang mana perbuatannya itu berjaya menarik perhatian dunia terhadap kekejaman Zionis.

Orang yang tak tahu, tiba-tiba jadi tahu. Manakala orang yang sudah tahu, bertambah peduli dan simpati.

Saudaraku, benar kita bukan hebat main bola sepak. Sepak bola pun kadang-kadang entah ke mana-mana perginya bola tu. Tapi ini bukan artikel tentang bola. Tidak. Tapi ini satu cerita tentang dakwah.

Kita maklum bahawa dakwah ialah suatu yang wajib. Walaupun dengan mata pedang hinggalah kepada mata pena, dakwah tetap ada tempatnya di dalam agama ini.

Dan dakwah yang paling terang, ialah melalui akhlak.

Pemain bola sepak Islam ini memperagakan islam di padang bola. Kita, doktor muslim juga boleh memperagakan islam di bilik bedah. Seorang jurutera boleh memperagakan Islam di tapak pembinaan. Seorang saintis boleh memperagakan Islam di makmal. Seorang pegawai bank boleh juga memperagakan Islam di dalam bank. Seorang guru juga, memperagakan islam di dalam bilik darjah.

Kita ini sudut masing-masing. Buat yang boleh berdakwah dengan bersyarah, silakan. Biarkan suara kita didengari hingga ke kaki langit. Buat yang mampu menulis, izinkan jari anda menari selincahnya. Biarkan tulisan kita dibaca hingga ke zaman cucu cicit kita.

Tapi jika tak mampu bercakap, tak mampu menulis, jangan sempitkan peluang dakwah anda. Lihat kepada Papiss Cisse dan Demba Ba. Di tengah padang pun mereka memperkenalkan islam kepada 99.99% penonton yang bukan islam. Kita, bukankah ada lapangan kita sendiri?




# Sungguh aku terpana dengan dakwah mereka.

Thursday, 21 June 2012

Ukhwah sampai SYURGA.


 Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^_^





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9NLyITZMS8K7g7IZX-T1_FoblLuQU72Mto7mBTO-hWY-SqVw7QcpW_Van9P_BCqwI4ccMC5vhqm_7M0LgmBpkNmPccgV-y506up1r5OY2aylhuOjLtks7UZtVf9AGrfFUrg5aOSHaXk4/s320/382986_313017452063111_100000645768956_1000064_1105504048_n.jpg


 
Sahabat,jujur ana rindu antum semua.ukhuwah kita masih erat kan?meskipun sekarang ni kita membawa haluan masing2..kita masih tetap berhubung,InsyaAllah.Kita kenal dah lama..sangat lama..dari zaman berhingus lagi,ingat lagi waktu pernah merajuk dan bla..bla..bla..heh =D


Sahabat ana yang paling lama ana kenal Awathif,sejak dari darjah 1.Mak ana cakap dulu waktu darjah 1,Cikgu Sa’adiah cikgu subjek bahasa inggeris merangkap guru kelas kita pernah report kat mak bagi tahu yang kita berdua ni sangat rapat,kemana ja kita pasti bersama.Alhamdulillah,ana punya sahabat sebaik ukhti.tak lupa juga sewaktu zaman berhingus lagi nakal tu ana juga bersahabat dengan asmira,majidah,liyana,syahrina,aina,azleen,hawa,annisa dan shazlin dan juga sahabat2 ana yang seangkatan dengannya tak mampu nak taip banyak-banyak.yang ana sebut nama tu antara yang sangat rapat dengan ana.Syukran Jazeelan semuanya kerana sudi bersahabat dengan ana seorang yang pendiam ini. =) sayang semuanya kerana Allah,Moga  kita berjumpa di sisi Allah dalam syurga Firdausi-Nya.Sahabat,andai diri ini tidak ditakdirkan di syurga(nauzubillah minzalik) genggam eratlah tangan ku ini sahabat,bawalah ana bersama dengan mu di sana,Syurga. = ‘(


Awathif antara sahabat ana paling lama,kami masih berhubung sudah 12 tahun kan?(sambil menghitung jari jemari)Sekarang dah jadi Ustazah,Mabruk!
Ingatlah sahabat,kasih dan cinta kita mencipta lakaran yang indah di dunia ini moga ianya juga berkekalan hingga diSANA ya..


Owh ya,tak lupa juga kenalan ana di sekolah rendah agama(Madrasah Nahdatul Hasanah),sekolah agama yang beroperasi hanya pada hari sabtu dan ahad.Meskipun begitu(ehem2..siap ada penanda wacana lg )*mata bersinar*ana sayang sangat murabbi ana kat sini,ana banyak belajar tentang agama di sinilah antara permulaannya..sangat bermakna.Syukran Allah,kerana memberikan kesempatan buat ana untuk belajar di sini.Subjek yang ana paling suka,Sirah.kalau sekolah kebangsaan sejarah la..Tapi sirah kat sini tak sama dengan sekolah menengah sebab Sirah di sini belajar mengenai sejarah nabi dan rasul.OSEM!tak caya?Mak Su(Acu) ana siap belikan buku cerita Sirah lagi waktu ana cemerlang dalam akademik sekolah rendah. =) sebenarnya,ana nak pensil warna yang panjang tu,ada banyak jenis warna sebab selain suka membaca,ana suka warna. ^__^ (tapi,tak pe buku cerita pun ok pe)Thanks tu Solehah(Alhamdulillah ingat lagi nama dia),my junior madrasah dulu,yang bimbing akak baca jawi.


Perjuangan kita berjihad di medan pertempuran ilmu tidak hanya berhenti di zaman hingusan itu sahaja.tiba-tiba pulak ana teringat saat kita semua saling bermain bersama..indah.memori.


Liyana,nakal sangat ni,suka main kejar-kejar dalam kelas.eerrgghh…memang tak matang,siap ajak Syahrina geng sekali.cis!~ =.=”  yang sadisnya,bila di tingkatan 2 bila ana ceritakan kembali,liyana tak ingat.( T.T )
 
Meneruskan perjuangan di medan peperangan di tanah gersang berbekalkan seekor kuda gagah dan lembing,errkk..ke pemanah?pistol terlalu moden untuk zaman itu yang berlatar belakangkan ala-ala gurun gersang lagi tandus…maaf,buat lawak sengal pula.
Tapi,itu lah hakikatnya bila berdepan dengan sesuatu perjuangan yang amanahnya terbeban erat berat di bahu tak pernah ringan.hakikatnya begitulah..ilmu itu bagai kan cahaya..


"Aku mengadu kpd guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~ kata Imam Syafie.


Kita sama-sama ambil exam PMR dan SPM di sekolah menengah yang sama juga,bezanya sahabat makin bertambah,rindu hajar(kita kenal di SMK sebab tak sama SRK).Ukhuwah itu makin mekar terasa bagai bunga sakura yang indah mekar menebarkan warna-warnanya yang indah di sebalik kelopaknya yang senantiasa berzikir pada ya Khaliq(Maha Pencipta).Bagaimana kita?adakah kita juga sentiasa bezikir kepada-Nya?Muhasabah diri buat ana juga yang sering alpa.


Tetiba..teringat satu persoalan dari sahabat ana,Hajar.Hajar pernah bertanya kepada ana,kenapa bila kita lihat pohon-pohon kita rasa tenang.Kalau tak silap jawapan ana ketika itu sebab warna hijau dapat beri ketenangan,mungkin.tersentap bila ana dengar jawapan daripada sahabat ana yang seorang ni,Hajar cakap sebab pohon-pohon itu sedang berzikir kepada yang menciptakannya,Allah.Cuma..Cuma kita saja yang tak dengar.hemm… @_@ (perbualan ini telah di olah oleh penulis untuk menambahkan rasa) ;)   Bittaufiq wannajah di Negeri 9 sana.


Asmira,hang siap hafal lagu Pak cik Mahir Zain(MZ) lagi ya..kemain aihh.. =} tu la..ana dah cakap lagu-lagu MZ memang best.First time dengar lagu MZ waktu di dewan makan asrama budak perempuan ada program apa ntah,cikgu pasang.Balik tu terus cari kat internet dan download semua lagu dia,memang inspire habis.
Emm..tiba2 ada mood nak cerita sorang-sorang sahabat ni.


Aina memang cekap subjek Lukisan Kejuruteraan(LK),best kan subjek ni lukis-lukis dan mencabar!Aina baik suka tolong kami ni bila draw2 dan terhenti setengah jalan tanya lepas ni buat apa?dia mesti tolong.Syukran Aina.. ^_^   Bittaufiq wannajah di uiTM sana ya..


Liyana,sekarang dah mahir bawa kereta laju-laju ya..kena bagi tazkirah keselamatan jalan raya ni.ishk3..budak sorang ni tak makan saman.jangan la bawa moto dan kereta laju-laju lagi ya..Bittaufiq wannajah sahabatku calon STPM2012.ana sedang menganggur ni(jangan jeles) =)
Bila kita boleh together2 lg? $_$ <tak sesuai jer smiley ni.

Majidah,jaga kesihatan ya,jaga pemakanan,jaga diri,jaga iman.jangan asyik baca komik ja!sayang semua,sedih pula bila kita semua dah tak boleh jumpa selalu macam dulu.ya macam dulu,ingat tak lagi kita makan ais kacang dan laksa sama-sama?ok,cukup2 la tu.. ^_--    Bittaufiq wannajah sahabatku calon STPM2012.


Syahrina,kita sama-sama dah habis program matrikulasi.yang bezanya Syah dah tamat program matrikulasi / Asasi undang-undang uiTm.Farhana dan Asmira KMPP.ingat lagi waktu zaman sekolah dulu,bila buat karangan inggeris ja mesti ada tanya Syah kan?Maaf ya..tak banyak Tanya,sikit ja. =D


Azleen,kita berpisah waktu lepas PMR sebab Alin terima tawaran Sekolah Sains.tapi kita masih berjumpa kan.Mabruk Alin sebab dapat Asasi UIAM yang ana juga pernah impikan meskipun tak layak buat ana.sedih.tapi tak apa sebab Allah lebih tahu yang terbaik buat ana.ana tahu itu. =) Alin,selamat meneruskan perjuangan ya!


'Dan Dialah yang mempersatukan antara hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah lah yang mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.'- Al-Anfaal:63.


Maaf yang lain,tak dapat nak cerita semuanya di sini,tapi ingatlah sahabatku semua yang dikasihi Allah,kita sahabat sampai syurga ya..genggam erat tangan ini sama-sama. = ‘(

Izinkan ana cerita sedikit saja lagi mengenai sahabat perjuangan ana yang sama-sama di sekolah menengah meneruskan perjuangan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP).Asmira dan Fatin(ini antara yang akrab namun ada lagi sebenarnya)Fatin,kita tak rapat di sekolah tapi ditakdirkan Allah di Lauh Mahfuz kita akrab di KMPP.Syukran kerana sudi bersahabat dengan Farhana ni.


Tadi dengar lagu Brothers-selamat berjuang,teringat saat kita sama2 kita bertiga menempuhi ranjau dan duri dalam menuntut ilmu di sana.suci satu perjuangan itu bila berlandaskan niat kerana-Nya.sangat sedih bila terkenangkan kembali waktu itu,ana kecundang dalam perjuangan pertama mengenal erti pertempuran di sana,tapi asmira dan fatin tetap bersama-sama membantu ana untuk terus bangun dan berjuang.jihad!ingatlah perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis,kan sahabatku?


Lagi terharu bila Asmira sudi mengajar ana math di surau sampai lewat malam.sedih.terharu.ikhlasnya hatimu sahabat.Mabruk ya Asmira sebab dapat tawaran tu,meneruskan perjuangan lebih awal dari ana.dan…ingat lagi Fatin,Maaf sahabat andainya kau rasa terganggu dengan kehadiranku di bilik mu untuk ana meminta tunjuk ajar.Terima kasih atas kesabaran yang telah kau titipkan buat ana.Syukran Jazeelan. jazakallahu khairan kathira (Semoga Allah memberikan ganjaran dengan kebaikan yang banyak).



Selamat berjuang sahabatku semuanya.selamat berjuang!selamat berjuang!ingat,kalian semua kuat!Allah ada bersama kita!Semoga Allah memberkatimu.Saat indah kita bersama.memori.





 Dedicate this video to everybody out there who is trying hard to fulfill your duty as a khalifah...


Tuesday, 19 June 2012

Malam indah bersama-Mu Ya Rabb

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.




"Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,amat cinta memberi keampunan,maka ampunilah kami.."



 

Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH.” – (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa’id)


Tujuannya

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ‘ ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.




Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat pelbagai sanjungan dan galakan supaya manusia mengejar fadhilat sembahyang malam, firman ALLAH Ta’ala:
” Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji.” – (Al – Isra’ – 79)



Di dalam surah az-Zariat ayat (18) ALLAH memberi sanjungan yang tinggi kepada amlan-amalan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat balasan syurga, di antara amalan itu ialah mereka yang banyak melakukan ibadat sembahyang di waktu malam dan memohon keampunan di saat-saat dinihari.
Waktu sembahyang itu luas, ia boleh dikerjakan di awal malam, di pertengahan malam dan di akhir malam selama sembahyang itu dilakukan selepas sembahyang Isya’. Menurut al-Hafiz Rasulullah s.a.w. tidak sembahyang malam di satu waktu tertentu, malah ia sembahyang mengikut kesempatan dan keselesaan yang didapatinya tetapi waktu sembahyang yang paling afdhal ialah ditengah malam iaitu masa sepertiga malam yang akhir.
Bilangan rakaat sembahyang malam tidak juga ditentukan, ia boleh terlaksanakan dengan satu rakaat sembahyang yang didirikan selepas sembahyang Isya’. Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Hendaklah kamu dirikan sembahyang malam walaupun satu rakaat.”

Tetapi yang paling afdhal ialah sebelas rakaat atau tiga belas rakaat seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan satu rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.








Walaupun demikian, seseorang itu tidaklah disuruh mengerjakan sembahyang malam dengan memaksa-maksakan dirinya secara keterlaluan, kerana ibadat yang sempurna pastilah dilakukan dengan selesa dan ikhlas, apabila ia terlalu mengantuk ia boleh tidur dulu untuk beberapa waktu, kemudian barulah bangkit sembahyang. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
” Apabila seseorang dari kamu sembahyang malam, kemudian bacaan al-Qur’an menjadi asing bagi lidahnya kerana mengantuk hingga ia tidak tahu apa yang dibacakannya, maka hendaklah ia tidur dulu.”



Dalam satu Hadis lagi Rasulullah s.a.w. bersabda :
” Buatlah amalan-amalan itu sekadar kuasamu kerana ALLAH itu tidak jemu hingga kamu jemu.”


Amalan yang sedikit tetapi tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang.
Kerana itu persoalan menentukan waktu sembahyang malam dan menentukan banyak mana rakaatnya terserahlah kepada pertimbangan sendiri berdasarkan keikhlasan dan rasa ‘ubudiah’ yang murni.
Di antara peraturan-peraturan yang disunatkan dalam sembahyang malam ialah :

(1) Apabila ia hendak tidur, ia disunatkan untuk bangkit sembahyang malam supaya keazamannya dapat membangkitkannya di waktu yang tepat.

(2) Sesudah mencuci muka, mengambil wudhuk dan bersugi dia disunatkan membaca doa-doa khas sembahyang malam.

(3) Ia disunatkan memulakan sembahyang malam itu dengan dua rakaat yang pendek dan ringkas, selepas itu boleh ia menyambung sembahyang itu seberapa ia suka.

(4) Menggerakkan isterinya agar ia turut serta bersembahyang malam, dan bagi isteri disunatkan menggerakkan suaminya.


Hadis bab ini telah menyebutkan bahawa orang-orang yang banyak mendirikan sembahyang malam akan ditempatkan sejajar dengan golongan yang amat disanjungi ALLAH, iaitu golongan orang – orang yang tidak sunyi mengingati dan menyebut ALLAH sama ada dengan hati, dengan lidah atau dengan kedua-duanya sekali sama ada dalam bentuk berzikir, membaca al-Qu’ran, memikirkan masalah-masalah ilmu yang ada hubungan dengan ketuhanan atau masalah-masalah pengetahuan yang diredhai ALLAH, kerana mempelajari ilmu itu ialah mempelajari undang-undang ALLAH yang berlaku dalam alam ini.

Sumber: http://www.ukhwah.com/

Monday, 18 June 2012

Muwasafat Tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^_^

10 Muwasafat Tarbiyah

 


Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?

Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul.

1) Aqidah Sejahtera (Salim-ul Aqidah)
Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dengan selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah swt

2) Ibadah Yang Sahih (Shahih-ul 'Ibadah)
Tidak menolak untuk melaungkan azan
Bersuci dengan sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat untuk menunaikan haji
Beriltizam dengan adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
Mengasihi orang yang lebih muda
Menghormati orang yang lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4) Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)
Menjauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi
5) Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)
Mampu membaca dan menulis dengan baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riyadhusshalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yang dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism)
Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yang bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7) Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)
Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)
Penampilan yang elok
Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu untuk belajar

10)Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yang memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dengan pasangan yang sesuai


sumber


Thursday, 14 June 2012

Jangan kita sombong!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. ^_^


Do You Think You Are Handsome
Or Beautiful ??

You are rich?
You are strong?
You are INDEPENDENT?
You don't NEED any one?

Okay Now, What About When You
Die ??

You NEED someone to clean your body.
You NEED someone to cover your body with Kaffan..
You NEED someone to burry your body,
AND, The most IMPORTANT thing, YOU
NEED SOMEONE TO PRAY FOR YOU.

So,don't be ARROGANT !!
Be HUMBLE in this world !!

Remember shaitaan was not a stupid
But, he was arrogant !!!!!!!

Like and share.... and remind others too! Jazakum Allah Khairan
 
 
 

Tuesday, 12 June 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh.



Bismillahirrahmanirrahim.

"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...." [surah 24; an-Nur; ayat 35]

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [surah 24; an-Nur; ayat 46]


Saya percaya... ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.

Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agar tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya.

Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang 'biasa-biasa' sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.

Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru 'dipanggil' pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3;

1) Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah. 

2) Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali 'terpikat' dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.

3) Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.

Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,

Renungilah firman Allah; 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."  [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]

Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.

Sesungguhnya, biar kita hilang 'seseorang' atau 'sesuatu' demi Allah. Daripada demi 'seseorang' & 'sesuatu' kita kehilangan Allah. Nauzubillah.

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan.

Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah;

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


contoh 1: Tudung Akel bidang 50.


Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.


9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)


contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.


CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba... masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita. 

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.  

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.  

Firman Allah swt; "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." [surah 24, an-Nur; ayat 31]

Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.


Firman Allah swt;
"Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." [surah 29; al-ankabut; ayat 6]




"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah." [HR Bukhari & Muslim]


Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. :) Sesungguhnya, antum bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.

Semoga bermanfaat, insyaAllah.

Salam Maal Hijrah. Taqaballahu minna wa minkum. 
 
Allahu 'alam.


p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya. Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hati saya untuk tetap di jalan ini. Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira. 

Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.  

Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2 serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan sempurna. insyaAllah :)

Moga diberkati Allah sis..
♥  http://syauqahwardah1209.blogspot.com(sumber asal)

lelaki soleh idaman

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8fLXz51uoaz-QtQwWv5Fcfza4wkOwf3Fol4kcH-t1muzlj5I9pZvamgxl3saXRtyu1HOlx5-fYxexOEwrdsWNzzYc719oOQq0XxnKu4fAPFR0FsWmc3TQ7Md4DALrUwwnXVb6hTcQKR3L/s400/529830_439441609399191_120582987951723_1727045_630122246_n.jpg



Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya 


 

Monday, 11 June 2012

Menuju Ramadhan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. ^_^



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitXaGWlW2ql7bX8AfGz9F5tE7pAPoxpeI4mvCnmi2su3MiT4k4p2sbHnLyA8lf4DyMYg60KBOdDrPo2B3LVQGTr1BZIBKkHlB2FSr4Y3IKp1gbVDaBzizAiOTz8FUbhL31n_UbffRkbTs/s400/ramadhan_11.jpg


Ayuh!sama-sama kita countdown menuju bulan yang penuh keberkatan,bulan Ramadhan Al-Mubarak.Ramadhan kali ini berbeza buat ana ;) sebab berpeluang menunaikan ibadah puasa  disamping keluarga(sebelum ni dengan kawan2 KMPP).InsyaAllah...






"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8q5Jqk59ToHTbqJe7T3wIc4U6LsrVkRG3rcYvP9xxBhhf6KNEAg5SiBgNvtJ9DxXhBLIzFuEhvQcAYO61Vc-POqwbjK673TdijiXQ_SA8cXkhF5ZSpOYxNXsoMs6Yhb117PtBVTDbnAWW/s400/4833484305_12c7a8b528_o.jpg




Klik~untuk tumbesaran. =.="



 

Make Al-Quran as Your Love Letter




Sudah mulakan persediaan?




Kalau benar CINTA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. ^_^


JANGAN HAMPIRI
Z.I.N.A

Firman Allah:

Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)








Sunday, 3 June 2012

7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.

Assalamualaikum w.b.t.



 


 7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.

1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)

Sumber : http://ahmadraje.blogspot.com/2012/03/6-jenis-mata-yang-dicintai-oleh-allah.html


Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers