Saturday, 26 November 2011
SALAM MAAL HIJRAH (1433 HIJRAH)
Assalamualaikum..
Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah. Semoga hari
Tahun Baru 1433 Hijrah ini dapat kita menambah amalan
khususnya menghayati penghijrahan Rasulullah SAW.
Saturday, 15 October 2011
Bukan bibir ini berbicara,namun hati ini bersuara..
Lama juga rasanya dah tak update blog ni.selalu buka jenguk blog tapi tak berkesempatan nak update.Tambahan pula ana tak bawa lappy ni pegi KMPP(Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)sekali.Takut banyak benda lagha yang ana buat daripada belajar.belajar?belajar?kat sini ana ditakdirkan untuk melanjutkan pelajaran ana setelah SMKPenanti.Alhamdulillah...
Tapi..belajar di sini memang tekanan.Sebenarnya kat mana2 pun tekanan juga.Dengan result UPS yang ....urrrrggghhhh teruk! =.=" umi n abi,i'm so sorry. =(
Walaupun 4 subjek sahaja.kimia,biologi,matematik n sains komputer.Tapi semua subjek tu berat2.Belajar kat sini,lecture laju.....nak habiskan pembelajaran ikut masa,macam ni la.tekanan juga la..dah la first time belajar duduk asrama.homesick?mula2 tu ye la..tapi lama2 dah tak kisah sangat dah bab rindu2 kat rumah ni sebab yang paling dirisaukan study kat sini.Hanya Allah ja yang tahu.menangis?sudah semestinya...tapi jujur menangis sebab tak dapat nak tangkap apa yang pensyarah ajar kat dalam kuliah.Ya Allah....
MUET speaking test selasa ni.. ='(
ni dugaan juga,group ana gabung dengan pelajar kelas akaun yang tak kenal?
tahu..tak kenal langsung~buat masa ni just contect guna mesej ja untuk bagi tahu dia yang kita ni akan berjuang sekali.bila kita nak buat latihan ya?nape tak contect ana pun?ke...ana yang patut bertindak? =(
PSPM(exam last sem2) akan menjelema khamis ni.Tapi persediaan?apa nak jadi dengan ana ni mudah sangat putus asa dan mudah juga bersemangat balik tapi lepas tu rasa lemah balik.faham?
Ya Allah..tolong lah hambamu yang lemah ini.
Malam2 kononnya nak stay up sampai 3 pagi.ni pukul 12 malam dah syahid atas buku.tambah2 kalau study bio,10 minit lepas tu dah syahid atas buku.macam mana nak jadi doktor di Hana!bangun la!kimia.....math...bio....s.comp.....MUET!!!!!!!!!!~ =.="
PSPM !Coming soon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
makin jauh kita lari,makin dekat dia datang nak tegur kita.
Hai...PSPM dah datang ni,awak dah sedia?
toleh belakang,
...
ehhh,awk PSPM bila datang?tak sedar pun.
ha......................sudah jangan la jadi seperti situasi diatas ni,menakutkan sgt! = {
nak tak nak,ana dah ada di sini,nak tak nak ana kena belajar.ana nak belajar!ana suka belajar!tapi kenapa ana selalu lambat dapat dari orang lain?Ya Allah..betapa kau mendugaku.
Myroomate,budak akaun 4 flat,makan cukup,tidur cukup,siap boleh lepak baca novel berlambak-lambak,tengok video hujung minggu,main game.tapi dia 4 flat!mudah ja Allah bagi kat dia.
ana !cukup!jangan merungut!ingat itu ujian dari ALLAH!
sabar....
redha....
PSPM?
InsyaAllah ada masa lagi,teruskan usaha......usaha.....usaha.....usaha.....usaha.....!!!!!!!!!!!!!!!!
Allah tengok usaha kita,bukan kejayaan!~
ni dapat luah juga akhirnya kat blog(i'm home outing sehari dua),dah lama pendam dan rasa malu ja nak luah tapi sekarang,Alhamdulillah ringan beban sikit.Pray for my succes ya! ^_^"
nak balik Kolej dah~
adios..
Assalamualaikum.
Doakan kejayaan saya.Syukran jazeelan. ^.^"
Friday, 2 September 2011
Mumtaz untuk Ummah!
“macam mana ni, banyak tak baca lagi”
“alamak, tinggal seminggu nak exam...”
“Alhamdulillah, persediaan ana tahun 1, ana sempat habiskan 20 kali bacaan 1 madah...”
“IsyaAllah, tahun ni paling kurang jayyid jiddan. Apa pun mesti mumtaz... mumtaz untuk UMMAH”
Ini adalah lumrah kebiasaan belajar di Mesir. Kita akan temui dan rasai bila hampirnya hari exam. Semua orang akan memberi reaksi yang berbeza, ada yang tenang, gelisah, yakin, takut dan macam-macam lagi ragam. Ketika ini juga, setiap masa, qudrat dan usaha digembleng sepadu mungkin untuk fokus menguasai pelajaran.
Jika sebelum ini kita mempunyai masa lapang untuk membuat itu dan ini, tetapi lain halnya ketika musim peperiksaan ini. Masa tidak akan dibiarkan terbuang begitu sahaja, biar makan tak kenyang, tidur tak lena,mandi pun kurang. Hatta ketika inilah seorang akan mudah berubah perwatakannya. Ketika dia menghadapi peperiksaan berbeza dengan perwatakannya sebelum peperiksaan.
Ini hanyalah gambaran kasar bagaimana seseorang itu menghadapi imtihan di Mesir. Anda pula bagaimana? Apakah perwatakan anda dalam menghadapi peperiksaan?
SEBAGAI SEORANG MAHASISWA MUSLIM
1. JELAS MATLAMAT SEBENAR
KITA DATANG MESIR UNTUK KUASAI ILMU YANG DIPELAJARI DAN KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK BERBAKTI PADA MASYARAKAT.
Kita mempunyai hak sebagai seorang pelajar, iaitu untuk belajar dengan bersungguh sungguh, pastikan memahami apa yang dipelajari. Kita juga ada hak sebagai seorang anak untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, membalas kembali curahan pengorbanan dan keringat seorang ayah dan ibu. Bahkan kita juga mempunyai HAK SEBAGAI HAMBA ALLAH, iaitu menjaga solat berjemaah walaupun sepadat mana silibus yang perlu dihabiskan, membaca al qur’an dan zikir. menjaga solat subuh jemaah di masjid dan bangun di tengah malam mengaharapkan keampunan dan pertolongan daripada Allah.
2. KEJAYAAN MILIK ALLAH
Penting kita memahami bahawa ALLAH LAH YANG MEMBERI KEJAYAAN atau yang sebaliknya.
“Engkau memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkau menghina sesiapa yang engkau kehendaki. Di tangan engkaulah segala kebaikan. Ssesungguhnya engkau maha berkuasa ke atas segala sesuatu” (26 ali imran)
3. TAWAKAL YANG SEMPURNA
Dan bersyukur sekiranya cemerlang dan redha sekiranya kurang cemerlang. Teruskan usaha mencari ilmu Allah dan jgn mengalah serta sentiasa bersangka baik pd diri kita dan Allah, insyaAllah...
pesan Rasulullah...
"barangsiapa yg melalui satu jalan utk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga..." riwayat Muslim
Tapi pastikan, kita menyerah diri kepada Allah SETELAH berhempas pulas memahami subjek peperiksaan, menghafal kesemua ‘muqorror’ yang diberikan, menggunakan masa dan tenaga semaksimum mungkin (tidak sampai memudharatkan kesihatan).
4. INDAHNYA HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM
Inilah PERWATAKAN kita menghadapi peperiksaan. Inilah kita bergelar PELAJAR YANG HIDUP DALAM KEADAAN MUSLIM.
Kitalah sebagai seorang muslim, yang setiap hari bersaksi pada Allah...
KITA DI MALAM HARI PEPERIKSAAN
Malam adalah waktu yang paling indah dan berharga buat seorang pelajar, lebih-lebih lagi ketika musim peperiksaan ini. Ia adalah waktu yang penting yang diperlukan untuk merehatkan tubuh badan. Oleh itu, pastikan waktu malam diurus dengan sebaiknya untuk :-
1. Mengulangkaji tajuk-tajuk penting disamping menguatkan maklumat yang telah pun dihafal. Serta, membaca sesuatu yang baru malam itu.
Doa memulakan ulangkaji:
Doa selepas mengulangkaji
2. Jangan hanya berpegang kepada hafalan tanpa memahami apa yang dihafal .
3. Asah penguasaan ilmu dengan membuat kertas soalan peperiksaan lepas untuk mendapatkan gambaran umum menjawab peperiksaan. Sediakan alat tulis untuk menjawab peperiksaan. Tidur awal dan bertawakallah kepada Allah dengan berdoa sebelum tidur.
Doa memasuki dewan peperiksaan:
KITA DI HARI PEPERIKSAAN
- Berusaha memelihara solat subuh di masjid
- Mengambil sedikit masa untuk membaca Al qur’an
- Solat hajat 2 rakaat.
- Membaca zikir subuh (mathurat)
- Membuat ulangkaji ringkas dengan nota yang sedia ada.
- Meminta ibubapa dan orang soleh untuk mendoakan.
- Doa ketika keluar rumah
KETIKA MENJAWAB KERTAS SOALAN
1. Doalah ketika menerima kertas soalan.
2. Membaca soalan terlebih dahulu.
3. Dapatkan maklumat/bayangan setiap soalan tersebut.
4. Susun jawapan yg paling utama.
5. Mulakan dengan soalan senang dahulu.
6. Khususkan untuk setiap soalan masa yang mencukupi serta sediakan masa yang cukup untuk menyemak jawapan semula.
7. Jika menghadapi kesulitan ketika menjawab soalan,berdoalah .
Ketika sukar menjawab:
Atau:
Jika anda terlupa jawapan:
8. Pastikan kekemasan tulisan dan susunannya yang memudahkan doctor/pensyarah untuk menanda
SETELAH PEPERIKSAAN
JANGAN rujuk Kembali kepada subjek/soalan peperiksaan, kerana apa yang penting untuk kita adalah bertawakal kepada Allah. Bersujud syukurlah kerana dapat menjawab soalan.
INGATLAH
Janganlah kita lupa bahawa peperiksaan ini hanyalah ujian di dunia, dan ketahuilah apakah persediaan kita untuk menghadapi PEPERIKSAAN DI HARI AKHIRAT
Nukilan daripada pelajar arab,
www.azharway.com
p/s: Ayuh Farhana!teruskan perjuangan ini!Mumtaz untuk ummah!yang utama adalah untuk ALLAH yang abadi!teruslah bersemangat dalam perjuangan ini Farhana!InsyaAllah di sebalik kesulitan dan pengorbanan terselit kejayaan..Amen Ya Rabb...
FARHANA MUMTAZ!!! ^_^
Monday, 22 August 2011
Takdirku untuk bermujahadah di sini.
"Mengapa mujahadah itu pahit?"
kerana...SYURGA itu MANIS!
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumiNYA juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya, juga kepada sahabat-sahabat baginda serta para anbiya’ yang selalu dirindui…
SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akbar!
Sesungguhnya dan sememangnya perancangan Allah itu yang terbaik buat setiap hambaNYA.
Dah lama ana nak cerita di sini mengenai perjalanan hidup ana bergelar sebagai seorang pelajar semula setelah beberapa bulan bergelar penganggur..heh.. ^_~
Banyak dugaan yang ana tempuhi.Alhamdulillah..akhirnya Allah takdirkan ana untuk meneruskan pembelajaran ana di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Sesi 2011/2012.
Siapa sangka?ana sendiri pun tak sangka yang ana akan ditakdirkan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang sains lagi dan kembali untuk menilik periodic table,menulis report,menjalankan eksperimen,bermain-main dengan formula dan nombor.
Kerana ana merancang untuk melanjutkan pelajaran ana dalam bidang selain sains,macam...arkitektur,kejuruteraan atau sastera.Oleh itu,UPU ana meletak sasaran Asasi Seni Bina dan Alam Sekitar(UIAM) sebagai sasaran utama.Sasaran yang seterusnya Matrikulasi pangilan kedua.Sasaran yang seterusnya lagi tingkatan enam.ana tidak terlalu berharap untuk mendapatkan sasaran ke2 ana, yakni meneruskan lagi dalam bidang sains.Jadi...ana masa tu sangat berharap untuk mendapatkan sasaran utama ana UIAM.Tapi...Allah lebih mengetahui yang terbaik buat ana.Allah telah takdirkan sasaran yang ke2 buat ana untuk terus bermujahadah dalam mendapatkan ilmu.Alhamdulillah...
Meskipun ana agak kecewa tak dapat melanjutkan pelajaran di UIAM.ana gembira sebab Allah berikan yang lain buat ana.Ana tahu Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat ana.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216
Alhamdulillah...ana rasa bertuah sangat sebab di tempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ni.nak tahu kenapa?teruskan membaca sehingga noktah yang terakhir.InsyaAllah...
Pagi Khamis itu,9 Jun 2011...
bakal bermulanya perjalanan mujahadah buat ana
kembali
bergelar
sebagai
seorang PELAJAR semula!
tergalas
TANGGUNGJAWAB
di bahu ini!
Pagi itu,ingatkan awal lagi sampai di Kolej.Rupa-rupanya dah ramai lagi pelajar panggilan kedua yang berpusu-pusu di Dewan Al-Farabi untk mendaftar.Wah..segak2 n comel semuanya.hehehe..Berbekalkan azam dan semangat untuk berjihad di sini.
Lafaz bismillah didahulukan bermulanya langkah menuju 1matlamat yang sama dengan cara yang berbeza.Terpancar nur di wajah-wajah penyejuk hati menenangkan jiwa,ayah bonda..
melihat anak-anak mereka dengan semangatnya untuk mengalas tangunggjawab ini.
Alhamdulillah...proses pendaftaran berjalan dengan lancar.yeah!dapat kot putih labuh(ala-ala doktor)tapi lengan pendek=(
Rupa-rupanya..ada hikmahNYA,panas pakai kot tu masa nak ber"eksperimen" dalam makmal.Nasib lengan pendek kot putih tu dan baju kurung menutupi aurat.
Di sini semuanya wajib berbaju kurung untuk yang muslim(perempuan sahaja).=.="
sejuk mata memandang. =)
Gambar di bawah ni di ambil dari ihsan google..
gambar menunjukkan dewan Al-Farabi,Pusat Sumber,bangunan Dewan Kuliah,Makmal dan laluan berbumbung di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) ini.
Di KMPP ini asrama dia dipanggil Kompel.Setiap kompel ni ada nama-nama dia dan ada nombor blok.Blok lelaki BlokC(C1,C2,...).Blok Perempuan A&B(A1,B1,A2,B2,...)A1 ni di belakang sekali dekat dengan padang dan jauh la kalau nak jalan pergi kuliah.Berkorban lah tenaga keringat tu. ^_~ Ana dapat blok tengah dan tingkat 4!hehehe..penat angkut barang-barang masa mula datang sini.Nasib baik ada umi,abi n adik^_^
Setiap hari ulang alik dari tingkat4 ke kuliah.Alah bisa tegal biasa.Alhamdulillah...
Suka dengan budaya di KMPP ni,setiap pagi nak ke kuliah akan ada bacaan doa.Bila masing-masing kelam kabut berjalan ke kuliah,semuanya berhenti dan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca.Ameen...
Dan!waktu malam juga ada bacaan doa dalam pukul 11.00 malam.
Suatu hari,ana agak berlengah-lengah nak pergi kuliah.Tiba-tiba ana dengar siren agak kuat bunyi nya.ana pun tanya la roomate bunyi siren kebakaran ke?dia ketawa..dia kata tu bunyi siren untuk kejutkan pelajar-pelajar yang masih berlayar dalam mimpi.hah..begitu rupanya pun ada. =}
Ana dapat Modul1 pada mulanya.Program di Matrkulasi ini ada 3 jenis Modul.
Modul1 = kimia,biologi,fizik,math,MUET
Modul2 = Kimia,fizik,sains komp,MUET
Modul3 = kimia,biologi,sains komp,MUET
Tapi...ana tukar ke Modul3.Selamat tinggal makmal fizik.
Here i come computer lab!!!hehehe...^_^
Pemandangan kat kolej ni penuh kehijauan dengan pepohon dan daunan yang berzikir indah pada Yang Khalik.Cantik sangat!!! ^_^
Buktinya........
Gambar di atas ni dari bangunan makmal kimia kalau tak silap.Tengok tu..ada tasik comel!>_<
Gambar ni pula mungkin diambil dari bangunan makmal biologi ^_~
Eeemmm...apa lagi ana nak cerita ya? =.="
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
=.=" zzZZZ..
owh ya!Kat sini ada Tasik yg lebih besar daripada "tasik comel" kat depan bangunan makmal2 tu semua.
Tadaaa........ini lah dia tasik tu.Tu wakaf kat tengah tasik.
Dulu,rajin juga riadah dengan sahabat ana.Sejak kebelakangan ini tak sempat nak pergi riadah di situ lagi.Masing-masing sibuk dengan Exam Pertengahan Semester1. =p
Pentad!??
Ketat!???
????
ha...sudah,ape tu?
Budak-budak kat sini buat singkatan pejabat pentadbiran jadi Pentad.
kedai potostat(ejaan gopoh^_~) jadi ketat.
ni jalan menuju ke dataran pelajar.Bangunan yang warna biru hijau tu la bangunan pentadbiran KMPP.^_^
Masa solat sunat terawih para pelajar berjemaah di dataran pelajar ni la depan bangunan pentadbiran.Petang2 dalam pukul 5.30 petang,AJK Surau/An-Nur Commite muslimin akan bergotong royong menghampar tikar di dataran pelajar ni siap2 untuk solat sunat terawih malam tu.Ukhwah itu indah ^_^
Dalam bulan yang mulia penuh keberkatan ini,di Surau An-Nur ada anjurkan tadarus Al-Quran.Alhamdulillah..ramai muslimat yang melibatkan diri.
Kalau hujan,berjemaah di Surau An-Nur.
Alhamdulillah..khatam Al-Quran pun dah selesai dijalankan sebelum ana balik kampung ni.
ana sekarang dah cuti raya.hehehe...jangan jealous ya bagi sesiapa yang belum cuti.Sabar ya.....
Islamik juga belajar disini.
Tapi tak boleh nak nafikan la ada ja budak2 mentah yang bercouple.
ishk..ishk...ishk...rimas betul la! =(
maaf ya bagi sesiapa yang tersinggung.
ana bukan An-Nur Commite,tapi kawan ana ya.
jadi...ana pernah join masa muslimat An-Nur Commite "rushing"(entah betul ke tak ejaan tu)
"rushing" ni macam cegah kemungkaran la(couple2 tu)
Anti Couple! ^_^
Di sini banyak juga program-program yang diadakan termasuklah program dalam bulan Ramadhan ni.Antaranya Brotherhood dan 1pelajar 1Al-Quran/P1Q1(Maaf..ini je yang ingat)
Program 1pelajar 1Al-Quran ni setiap pelajar kena bawa Al-Quran pergi kuliah.Ada hikmah di sebaliknya,InsyaAllah..Bawa Al-Quran pun kan dapat pahala.Senang ja kan dapat pahala?
Dan hikmah lainnya ialah macam pasangan ni dia nak jumpa atau buat date la kononnya..tapi dia bawa Al-Quran,tak kan la dia jadi buat date juga kot?Lain la kot nak tadarus atau baca tafsir sekali ka(perli.. =.=")
Aiiikk..cerita punya cerita tak tunjuk lagi gambar kat bawah ni.^_^
sebelah pintu gerbang KMPP.
Gambar atas ni,InsyaAllah pelajar2 KMPP ja yang pandai tafsir.^_~
Bangunan asrama yang sebelah kiri.
Bangunan dewan Al-Farabi,makmal2 semuanya,tutorial2,dewan kuliah sebelah kanan.
Di tengah tu surau An-Nur,pentadbiran,dataran pelajar.
Di KMPP ada 4 buah cafe.(Cafe A-D)
Kalau tinggal kat sini jangan risau bab makan ni.
ni kan KMPP,ustaz kata Kolej Makan Pagi Petang.^____^
ha..terbukti!tak payah nak risau lagi.
Bulan empat hari tu ada buat larian di KMPP.
gambar ihsan dari google. ;D
Di sini ramai juga pelajar dari negeri Kelantan,Terangganu.
ana orang Pulau Pinang.^_^
ada juga yang ingat ana ni orang kelantan.Mungkin sebab ana bertudung labuh.
kalau nak cakap ana ni dialek kelate,hem...muhong la~
kecek kelate pun tak reti.main hentam ja,InsyaAllah boleh
tapi tu la,kawan2 kelantan gelak ja bila ana kecek kelate.tak jadi la ana oii~ =}
kelas di sini panggil praktikum.
kalau belajar tutorial(buat latihan),amali ikut praktikum masing2.
tapi kalau nak masuk dewan kuliah gabung dalam 5 praktikum.lebih kurang 100+
Di KMPP ada subjek tambahan selain yang wajib tu dan selain KOKO
ada subjek agama islam/moral dan Dinamika.
Dinamika ni macam Sivik la juga ada belajar protokol2 semua tu.
Sebut pasal protokol teringat hari tu ada ujian protokol di meja makan di cafeD.makan chickenchop~ =.="
sedap kot..hehehe.. ^_^nak lagi!(eh...puasa la)
Kenangan di sini hari pertama berpuasa dan bersahur tanpa bersama keluarga.Di sini,masa sahur kadang-kadang akan diberitahu melalui speaker setiap asrama.
Sebelum bulan puasa hari tu memang best dan pelajar semuanya semangat nak sambut bulan Ramadhan ni, Alhamdulillah..Siap buat countdown lagi.Countdown tu ditampal di board kenyataan,Comel la countdown tu^_^
dan lagu Opick-Ramadhan tiba selalu berkumandang di corong speaker setiap kompel muslimat
suka lagu tu..Ramadhan tiba!Ramadhan tiba!Ramadhan tiba!
Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..
Opick-Ramadhan tiba ^_^ KLIK SINI untuk dengar lagu
~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~
LIRIK seperti di bawah.
Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka
Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata
Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya
Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X
Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~
Sempena Hari Kemerdekaan setiap kompel kan bertanding.masing2 pasang bendera di tingkap bilik.1 bilik,2 bendera.semangat la~
Owh ya,ada juga pelajar yang pasang lampu lip lap(lampu raya) kat bilik.bajet filusnya sendiri la..
Masa nak balik kampung tu budak Kelantan,Terangganu semangat nak balik.
Masa sebelum kuliah,boleh je slamber pasang lagu raya. ^_~ (not me)
Nak cerita lagi,setiap hari jumaat muslimin pergi solat jumaat dan muslimat ada Kuliah Zohor.
Sebelum bulan puasa,masa kuliah tu spare gula-gula siap.Nanti bila mengantuk ada "ubatnya" =.="
tak suka tertidur dalam kuliah >_< errrrggghh..
Akhir kalam.
Ramadhan Kareem..
p/s:jangan main mercun! <<--(ayat skema setiap tahun ni ja)
p/s:jangan lupa solat sunat tahajud sekali.Jom! ^_^ Qiamulail mengejar lailatul qadar
Puasa jangan lupa,Solat jangan tinggal.
nasihat dan tamparan buat diri ini,hamba yang lemah.
Wednesday, 17 August 2011
Renungan Ramadhan {Bahagian 1}
Salam. InsyaALLAH beberapa hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberi seribu makna kepada kita. Jadi jangan lupa manfaatkan kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan.
Selalu kita akan ditanya, apakah persediaan kita untuk bulan Ramadhan yang akan datang? Jawapannaya sudah tentu “Ulangkaji”. Baca balik rukun-rukun puasa atau perkara-perkara asas tentang puasa. Kemudian, kita juga boleh membaca artikel atau hadis berkaitan kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan. Oleh sebab itu, kali ini saya ini berkongsi karya comel daripada Brotherhood Arts. Kali ini saya akan kongsi 10 sahaja, InsyaALLAH lepas ni saya kongsi 20 lagi karya menarik semperna kita menghayati bulan Ramadhan pada kali ini. InsyaALLAH.
Comelkan? Bukan setakat comel, tapi mesej yang disampaikan juga amat mudah dan menarik. Pelukis juga menyatakan:
All hadiths attached are VALID and SAHIH. Insyallah.
Jangan lupa layari fanpage Brotherhood Arts kerana mereka juga menjual beberapa produk Muslim yang menarik! Jangan lupa juga untuk berkongsi entry ni kepada rakan-rakan anda. Semoga ramai yang mendapat manfaat. InsyaALLAH.
Saturday, 6 August 2011
Marhaban Ya Ramadhan
Doa Jibril menjelang Ramadhan yang mafhumnya..
"Ya Allah,kau abaikanlah puasa umat Muhammad yang apabila
sebelum memasuki Ramadhan tidak melakukan perkara berikut:
meminta ampun kepada ibubapa,bermaafan sesama suami isteri,
bermaafan dengan orang sekitarnya.."
Lantas Nabi Muhammad s.a.w. mengaminkannya sebanyak 3 kali
MasyaAllah...
Semoga kita mendapat rahmat dari Allah dalam Anugerah Bulan yang penuh berkat dan mulia ini.Amen...
p/s:pertama kali,ana puasa n sahur jauh dari keluarga berada di KMPP ini.Maaf,sebab ana jarang2 update sekarang ni.ana tak bawa lappy pergi sana.Alhamdulillah exam pertengahan semester1 baru sahaja melabuhkan tirainya.Setelah berjuang di medan perang dalam bulan yang Mulia ini dengan bersenjatakan pena di tangan mengangkat tinggi dalam perjuangan jihad menuntut ilmu Ilahi dan akhirnya...ana hanya mampu bertawakal kepadaNYA yang Maha Esa.
Mohon Doanya ya dari sahabat2 yang sudi membaca entri di blog ana ini.Salam Ramadhan.^_^
Semoga amal ibadah dan kebajikan kita semakin meningkat.Ameen Ya Rabb
Saturday, 25 June 2011
Anda buatlah keputusan sendiri selepas melihat video ini
Bismillahirrahmanirrahim.
"PENIPUAN DALAM SEJARAH????????" ...
Untuk lihat video di bawah ini sila ''pause'' kan playlist instrumental di bawah sekali ya.Syukran.^_^
Thursday, 2 June 2011
Terus BERJUANG untuk PALESTIN !
Alhamdulillah,syukurku panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus mengembara di bumiNYA juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya,juga kepada sahabat-sahabat baginda serta para anbiya' yang dirindui..
Tepuk dada Tanya IMAN.
"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad."
~ Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa,nyawa,harta,anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.
~Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa,kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.
~Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.
~Selama lebih daripada 60 tahun,Kami hidup di medan pertempuran.Selama waktu itu juga,kami dijajah,dizalimi,diseksa,dibunuh dan juga diperangi.
~Mengapa?Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah,dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
~Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.
~Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.
~Namun Kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
~Jikalau kami gugur syahid,dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja,nantikan hari pembalasan.
~Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.
~Kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.
Gambar(SUMBER) di bawah memaparkan kekejaman rejim zionist.AllahuAkbar!