Friday, 2 September 2011

Mumtaz untuk Ummah!





“macam mana ni, banyak tak baca lagi”

“alamak, tinggal seminggu nak exam...”

“Alhamdulillah, persediaan ana tahun 1, ana sempat habiskan 20 kali bacaan 1 madah...”

“IsyaAllah, tahun ni paling kurang jayyid jiddan. Apa pun mesti mumtaz... mumtaz untuk UMMAH”

Ini adalah lumrah kebiasaan belajar di Mesir. Kita akan temui dan rasai bila hampirnya hari exam. Semua orang akan memberi reaksi yang berbeza, ada yang tenang, gelisah, yakin, takut dan macam-macam lagi ragam. Ketika ini juga, setiap masa, qudrat dan usaha digembleng sepadu mungkin untuk fokus menguasai pelajaran.

Jika sebelum ini kita mempunyai masa lapang untuk membuat itu dan ini, tetapi lain halnya ketika musim peperiksaan ini. Masa tidak akan dibiarkan terbuang begitu sahaja, biar makan tak kenyang, tidur tak lena,mandi pun kurang. Hatta ketika inilah seorang akan mudah berubah perwatakannya. Ketika dia menghadapi peperiksaan berbeza dengan perwatakannya sebelum peperiksaan.

Ini hanyalah gambaran kasar bagaimana seseorang itu menghadapi imtihan di Mesir. Anda pula bagaimana? Apakah perwatakan anda dalam menghadapi peperiksaan?



SEBAGAI SEORANG MAHASISWA MUSLIM

1. JELAS MATLAMAT SEBENAR

Tentu sekali masing-masing ketika sampai sahaja di Mesir ini sudah mempunyai matlamat sendiri, perancangan sendiri, dan apa yang disusun dan digariskan untuk mencapainya. Apa pun pastikan tujuan utama kita berHIJRAH ke bumi mesir untuk :-
KITA DATANG MESIR UNTUK KUASAI ILMU YANG DIPELAJARI DAN KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK BERBAKTI PADA MASYARAKAT.

Sesungguhnya orang yang hidup untuk dirinya sendiri, ia akan hidup kecil dan mati sebagai orang kecil. Sedangkan orang yang hidup untuk umatnya, ia akan hidup mulia dan besar, serta tidak akan pernah mati (Sayyid Quthb)

Kita mempunyai hak sebagai seorang pelajar, iaitu untuk belajar dengan bersungguh sungguh, pastikan memahami apa yang dipelajari. Kita juga ada hak sebagai seorang anak untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, membalas kembali curahan pengorbanan dan keringat seorang ayah dan ibu. Bahkan kita juga mempunyai HAK SEBAGAI HAMBA ALLAH, iaitu menjaga solat berjemaah walaupun sepadat mana silibus yang perlu dihabiskan, membaca al qur’an dan zikir. menjaga solat subuh jemaah di masjid dan bangun di tengah malam mengaharapkan keampunan dan pertolongan daripada Allah.

2. KEJAYAAN MILIK ALLAH

Neraca untuk menilai sama ada seseorang mahasiswa itu dapat memahami dan menguasai apa yang diajar oleh pensyarah/doktor bergantung pada keputusan peperiksaan. Walaubagaimana pun, Allah memiliki segala-galanya, berhak memberi nikmat kepada sesiapa yang dikehendakinya dan DIA lah yang berkuasai menahan dan menghalang sesuatu nikmat itu sampai pada hambaNya.
Penting kita memahami bahawa ALLAH LAH YANG MEMBERI KEJAYAAN atau yang sebaliknya.

“Engkau memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkau menghina sesiapa yang engkau kehendaki. Di tangan engkaulah segala kebaikan. Ssesungguhnya engkau maha berkuasa ke atas segala sesuatu” (26 ali imran)

3. TAWAKAL YANG SEMPURNA

Biar apa natijah yang diperolehi setelah usaha yang terbaik dan tawakal kepada Allah, mohonlah pada Allah keputusan yang terbaik .
"pohonlah kpd Allah supaya diberi kurniaanNya, kerana sesungguhnya Allah amat suka apabila diminta..." riwayat Imam Tirmizi


Dan bersyukur sekiranya cemerlang dan redha sekiranya kurang cemerlang. Teruskan usaha mencari ilmu Allah dan jgn mengalah serta sentiasa bersangka baik pd diri kita dan Allah, insyaAllah...

pesan Rasulullah...

"barangsiapa yg melalui satu jalan utk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga..." riwayat Muslim

Tapi pastikan, kita menyerah diri kepada Allah SETELAH berhempas pulas memahami subjek peperiksaan, menghafal kesemua ‘muqorror’ yang diberikan, menggunakan masa dan tenaga semaksimum mungkin (tidak sampai memudharatkan kesihatan).

4. INDAHNYA HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM

Inilah PERWATAKAN kita menghadapi peperiksaan. Inilah kita bergelar PELAJAR YANG HIDUP DALAM KEADAAN MUSLIM.
Kitalah sebagai seorang muslim, yang setiap hari bersaksi pada Allah...

Katakanlah: ‘Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah Al-An'aam : 162.)

KITA DI MALAM HARI PEPERIKSAAN

Malam adalah waktu yang paling indah dan berharga buat seorang pelajar, lebih-lebih lagi ketika musim peperiksaan ini. Ia adalah waktu yang penting yang diperlukan untuk merehatkan tubuh badan. Oleh itu, pastikan waktu malam diurus dengan sebaiknya untuk :-

1. Mengulangkaji tajuk-tajuk penting disamping menguatkan maklumat yang telah pun dihafal. Serta, membaca sesuatu yang baru malam itu.
Doa memulakan ulangkaji:

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

2. Jangan hanya berpegang kepada hafalan tanpa memahami apa yang dihafal .

3. Asah penguasaan ilmu dengan membuat kertas soalan peperiksaan lepas untuk mendapatkan gambaran umum menjawab peperiksaan. Sediakan alat tulis untuk menjawab peperiksaan. Tidur awal dan bertawakallah kepada Allah dengan berdoa sebelum tidur.

Doa memasuki dewan peperiksaan:

“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

KITA DI HARI PEPERIKSAAN

  1. Berusaha memelihara solat subuh di masjid
  2. Mengambil sedikit masa untuk membaca Al qur’an
  3. Solat hajat 2 rakaat.
  4. Membaca zikir subuh (mathurat)
  5. Membuat ulangkaji ringkas dengan nota yang sedia ada.
  6. Meminta ibubapa dan orang soleh untuk mendoakan.
  7. Doa ketika keluar rumah


KETIKA MENJAWAB KERTAS SOALAN

1. Doalah ketika menerima kertas soalan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

2. Membaca soalan terlebih dahulu.

3. Dapatkan maklumat/bayangan setiap soalan tersebut.

4. Susun jawapan yg paling utama.

5. Mulakan dengan soalan senang dahulu.

6. Khususkan untuk setiap soalan masa yang mencukupi serta sediakan masa yang cukup untuk menyemak jawapan semula.

7. Jika menghadapi kesulitan ketika menjawab soalan,berdoalah .

Ketika sukar menjawab:

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Atau:

“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika anda terlupa jawapan:

“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku."

8. Pastikan kekemasan tulisan dan susunannya yang memudahkan doctor/pensyarah untuk menanda

SETELAH PEPERIKSAAN

JANGAN rujuk Kembali kepada subjek/soalan peperiksaan, kerana apa yang penting untuk kita adalah bertawakal kepada Allah. Bersujud syukurlah kerana dapat menjawab soalan.

INGATLAH

Janganlah kita lupa bahawa peperiksaan ini hanyalah ujian di dunia, dan ketahuilah apakah persediaan kita untuk menghadapi PEPERIKSAAN DI HARI AKHIRAT

Nukilan daripada pelajar arab,

www.azharway.com











p/s: Ayuh Farhana!teruskan perjuangan ini!Mumtaz untuk ummah!yang utama adalah untuk ALLAH yang abadi!teruslah bersemangat dalam perjuangan ini Farhana!InsyaAllah di sebalik kesulitan dan pengorbanan terselit kejayaan..Amen Ya Rabb...

FARHANA MUMTAZ!!! ^_^


4 comments:

N.A.M.N said...

suka ngan post ne.. ^^

~feez~ said...

salam...lama x menjenguk ke entri enti...hmm...jap2,enti nih belajar kat mana?mesir or egypt????

Nur Farhana said...

N.A.M.N = Syukran Jazeelan.

~feez~ = Waalaikumussalam.ana belajar di Malaysia ni saja~ >_<
Kolej Matrikulasi P.Pinang.Batch Maktab Mahmud ada sini juga yg ana kenal.

~feez~ said...

owh..ingtkan enti belajar di mesir...
yup,bnyk maktab mahmud yg dapat situ..:)