Thursday 1 November 2012

ana dan 'smart circle'.

http://youtu.be/mCsFOe2FU98
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ! ^^







hayati dengan mata hati ^^


eh?!pernah ke dulu ana join usrah?budak hingusan macam ana ni,dulu hidup dalam 'jahiliyah circle',ana bukan budak sekolah agama.tapi itu bukan alasan buat ana untuk bangun dengan semangat sambil menjerit "Sayonara Jahiliyah".hoyehh!~Alhamdulillah...Allah bimbing ana kini dalam landasan yang benar.

Imbasan sirah menunjukkan walau sahabat Nabi sekalipun mempunyai kekurangan dan jahiliyah dalam diri. Mereka yang dekat dengan Nabi!

Bagaimana kisah Abu Dhar menggunakan perkataan 'anak orang hitam' kepada Bilal, dan apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah SAW, beliau berkata,
“Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Dhar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.

[Di ambil dari Sahih Bukhari (8/76)]



Dulu zaman muda di sekolah,mana pernah dengar BADAR.rupa-rupanya itu adalah badan dakwah dan tarbiyah.owh gitu~waktu di Matrikulasi pun,ana tak tahu sangat akan kewujudan usrah a.k.a bulatan gembira segala..seriyes,tak tahu!mungkin sebab ana second intake,jadi tak boleh nak join AJK Surau.=( tak pe lah dah tak boleh join AJK Surau,dapat join AFC,An-Nur Fan Club.An-Nur ni nama Surau ana semasa di KMPP dulu.AFC ni diwujudkan sebab nak handle satu program islamik yang sememangnya diadakan saban tahun.Program tu MEMORI,minggu evolusi minda optimis remaja islam.di Surau An-Nur juga sangat aktif dengan kuliah maghrib,solat jemaah dan qiam sesama.memang best!imarahkan surau.ana pun ada jugak join brotherhood tapi masa sem2 lah,sebab konon nak study sem1 tak nak ganggu.kat sana mana ada sisterhood.=)


Dan..sekarang ana dah sambung study di UniMAP.waktu first datang sini,otak dah memang set nak cari 'bulatan gembira' disini sebab nak isi kekosongan hati dan untuk makanan rohani,makanan iman.bukan setakat jasad saja yang perlukan makanan kan?tapi..persepsi ana bila sampai di Uni ni agak berbeza..nak tahu kenapa?Semasa Orientasi,tak ada langsung solat berjemaah!setakat ceramah yang banyak teramat sehingga buat orang bosan tu ada la.tazkirah?ada tu ada,sekali ja pun.huh..kat sini kaum selain melayu tu ramai.jadi bila nak buat program yang keagamaan ni macam susah la.lagipun memang peraturan disini tak boleh nak buat secara terbuka aktiviti keagamaan.memang sedih.Macam mana lah tak hanyut budak-budak Uni.Memang lah ianya sebenarnya bergantung pada diri sendiri.tapi sekurangnya bila ada aktiviti macam usrah ni dapat membimbing kita dan mengingatkan kita setiap masa agar ada pada landasan  yang benar di sisi Allah.

Di sini kalau nak jalankan smart circle,secara diam-diam.memang tabik spring la,akak-akak di sini sampai ketuk pintu setiap blok nak bagi tahu malam ni ada tayangan video yada2...SubhanAllah!ana pernah join,selalunya lepas solat maghrib jemaah ada usrah(yang dalam bulatan tu)..pas tu ada la tayangan video.best!osem!owh ya,disamping ana join usrah besar ni ana juga ada join satu lagi usrah yang dihandle oleh naqibah,senior dari tahun4.nak di jadikan cerita,ana dapat join usrah ni semua sebab ada sensei ni mesej ana.waktu pendaftaran tu ada sensei yang minta no.fon ana,katanya untuk mudah inform aktiviti masa orientasi.tapi semasa orientasi tu tak ada langsung information daripada sensei tu.pelik!lepas seminggu orientasi baru dapat contect,akak tu ajak jumpa.lepas tu ana jumpa dia dan borak2 lebih kepada ta'aruf(pengenalan) la..Alhamdulillah,akak tu ajak ana join usrah bawah dia.jadi akak tu naqibah ana sekarang.^^ Allah sayang ana.usrah tu yang cari ana.precious!rasa sangat bahagia sebab Allah sudi pilih ana untuk join usrah ni.


'Barangsiapa Allah nak beri kebaikan padanya, Allah akan beri kefahaman agama' 
[Bukhari]



mula-mula,seriyes rasa takut pegang amanah ni,sebagai 'anak-anak usrah'.apa ingat senang nak bermujahadah dengan nafsu?!pernah naqibah ana hantar mesej bertanya free bila sebab dia nak buat usrah.tapi ana bagi jawapan yang membuatkan ana sendiri rasa bersalah teramat!!ana kata "kak..tak boleh la malam ni sebab esok ada test"cis,dayus!huhu.. ='( ketuk kepala sendiri~lepas ni kena ubah!
lepas ni ana nak join usrah secara konsisten,InsyaAllah..

usrah ni ada rukunnya yang tersendiri =)

persembahkan resepi cinta! jeng!jeng!jeng!!!!!!!!!!!!



يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

 " Ukhuwwah is not about how many sisters or akhwat we have, but it's all about what we do for each other "



"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." 
(As-Saff ayat 4)


manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...



Ustazah Fatimah Syarha said:

"Bangunlah para daie dan daeiah dalam apa jua organisasi Islam. Bersatu dan menangi hati-hati berhajat di luar sana. Generasi kita dah mula kembali kepada fitrahnya. Hajatkan pengisian.

Buat mereka yang rasa sangat berhajat tapi rasa rendah diri nak join usrah...usrah bukan untuk orang yang dah berilmu saja. Jika sekelompok ahli nak start dengan alif, ba, ta sekalipun, kita boleh bentuk usrah permulaan. Kita mula dengan yang paling asas.

Moga kita sentiasa jelas objektif. Kita nak saling melengkapi untuk bebaskan diri dan orang lain dari neraka Allah. Bertolong bantu sejak sekarang menuju detik dibangkitkan dan ditayang segala amalan. Sebarkan bahagia..."






# Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah.



1 comment:

YuNO.nYc2X said...

hati teringin juga ingin ke usrah, Insya'Allah mudah-mudahan.

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers