Assalamualaikum
In the name of Allah of The Most Gracious & The Most Merciful
membina semula ISLAM dalam hati kita.ayuh!!! |
ya..di sini aku mulai mencari sesuatu..
sesuatu yang boleh menguatkan tunjang keimananku ..
yang dapat mengingatiku disaat aku dalam kelalaian.
usrah..
ya benar!islam bukan hanya pada usrah.
tetapi usrah dalam diam membina empayar islam dalam diri kita.
cuma pendapat picisanku..
masih tergiang ngiang di telingaku kata-kata seorang ukhti,sahabat matrikulasiku sewaktu dia menyampaikan kuliah zohor.Dimana,kuliah zohor itu adalah yang terakhir buat semua muslimat matrikulasiku...
Katanya:
"bila dah sambung belajar di Universiti nanti,cari Usrah!cari Usrah!cari Usrah!
kalau tak dapat,contect saya."
MasyaALLAH..dalam diam aku sangat mengagumi dengan kekuatannya dalam berdakwah!
bersambung....terklik update pulak dah...=.="
4 comments:
Assalamu'alaikum :)
Waah...sudah berwajah baru ya blog "journey of Muslimah" ini. Tampak lebih nyaman dan sejuk mata memandang...dan tajuk blog juga sudah berubah. Nampaknya anti memanfaatkan sepenuhnya kelebihan berinternet ni ya. Mabruk!
Walaupun berlatarbelakangkan awan biru yang syahdu semangat anti dalam usaha dakwah tetap membakar seperti matahari! Subhanallah...semoga Allah memberkati usaha anti dalam menegakkan sunnah Rasullullah S.A.W. ini, dan diharapkan lebih ramai muslimin dan muslimat di tempat pengajian anti mengikut jejak langkah anti. InsyaAllah. Kekalkan semangat waja ini! La takhaf, la tahzan. Innallaha ma'ana :)
p/s: tajuk blog macam pernah dengar...drama cerekerama tv3 ya?
>>hamba Allah<<
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah..ana buat perubahan template shj,isinya masih sama.follower tetap kah? (o.O)"
tak perlulah nak memuji lebih2,bagi ana pujian itu racun.racun yg menyerang hati dan menyebabkan "hati mati".andai tersingkap secebis kelemahan pada diri,ramai yg mencemuh.ana cuma seorang yg biasa-biasa sahaja.
"diharapkan lebih ramai muslimin dan muslimat di tempat pengajian anti mengikut jejak langkah anti. InsyaAllah."
>Syukran jazeelan,Ameen Ya Rabb..
p/s:tajuk blog ana ambil drp lagu Opick,"di bawah langit-Mu"..dah obses pula dengar lagu tu terus jatuh hati nak tukar nama blog,heh.. =.="
Assalamu'alaikum nur,
Ana bukanlah follower tetap, cuma selalu singgah sahaja. Blog anti ada daya penarik. Santai untuk dibaca.
"pujian itu racun.racun yg menyerang hati dan menyebabkan "hati mati".
Namun bukankan pujian itu satu bentuk penghargaan untuk seseorang manusia atas perkara baik yang dilakukannya? Pujian itu barangkali menjadi racun jika disertakan dengan niat yang kurang baik, tetapi jika ianya ikhlas kerana Allah, ana tidak rasa ianya akan menjadi racun, malah akan jadi batu lonjakan untuk memperbaiki diri sendiri, insyaAllah. Sedikit pendapat dari diri ana yang cetek ilmu ini.
Maafkan ana ya nur,jika ada kata-kata ana sebelum ini yang buat anti kurang senang. Ana cuma tulis apa yang terlintas di fikiran ana ketika itu. Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati ana bila melihat entry tentang usrah ini...
p/s: minat lagu-lagu Opick? ana pun...serban dia pun ana minat. hehe =p
Wa'alaikumussalam.nur?tidak pernah sahabat ana panggil ana dengan panggilan nur,mojoritinya panggil farhana.rasa sedikit janggal.
Syukran jazeelan sbb sudi singgah di blog yg tidak seberapa ini.blog ana biasa2 saja,ana sendiri biasa2 saja.Pengisian di blog ini sekadar ingin kongsi apa yang ana fikir dan ada juga artikel yg ana suka di"copy paste"di sini.
terkedu. =)
aiwah~ana setuju dengan pendapat "hamba Allah".Saya juga byk kelemahan,jadi sama2lah kita belajar ya.
entri ni?haha..tak habis tulis lagi,kekontangan idea+kemalasan+sibuk dgn studi la konon.. =)
maaf?tiada apa2nya yg perlu dimaafkanpun!tiada salah apa2.
p/s:siapa "hamba Allah"???saya kenal???akhawat???
Post a Comment