Friday, 26 July 2013

A story-aurat-*ehem..* -the-path-to-Jannah-



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




Perkongsian yang saya ingin sisipkan ini dari fb saya.jadi,mohon maaf kerna tak ada sumber sahihnya.isu aurat..ya..ya...mungkin bagi sesetengah 'mereka-mereka' menggangap isu ini biasa-biasa.lagaknya,mudah saja..tapi di sebalik itu,saya yakin masih ada yang tidak tahu batas aurat antara saudara mara kita..kerna,saya juga dulu pernah merasakan hal yang sama.terutamanya yang saya perhatikan ketika hari lebaran..ramai yang bersalam-salaman tidak kira batas-batas syariah.maksud saya,yang sepatutnya kita jaga aurat..tidak pula kita menjaganya..yang sepatutnya haram bersalaman..disalamnya pula dengan 'slumber deeekk..' jer dengan saudara ajnabi.*HAH HA..sorry sbb bahasa dah terkacuk indon sikit-languagehomosapien*

moga dapat memahami sebaiknya..  :)

sama-sama kita ambil tahu dan berubah ya..kerna mahu Allah cinta dan sayang kita.. *peace !!*




******




Kenapa asyik 'berkelubung' je walaupun kat dalam rumah?
Balik kampung dalam rumah pun nak pakai tudung, nak pakai pakaian lengkap?

Sebabbb...
Tu Allah yang suruh,
bukan sekadar ikut-ikutan.

Bila sorang pakai tudung, yang lain ikut pakai tudung walaupun dia dikategorikan tak payah pakai tudung dalam situasi tu.

So jom sama-sama cuba faham kejap.
Siapa yang perlu tutup aurat dalam rumah dan siapa yang tak perlu :')

Masalah ni selalu jadi bila balik kampung, pergi ziarah rumah sedare dan sebagainya.

Kita perlu tutup aurat pada sesiapa sahaja yang dianggap ajnabi.
Haa siapa ajnabi tu?

Kalau bagi perempuan, ajnabi adalah lelaki yang selain daripada:
1. ayah
2. atuk
3. adik-beradik lelaki kandung atau susuan
4. pakcik (adik beradik ayah atau ibu, bukan yang berkahwin dengan adik beradik ayah atau ibu)
5. suami (bukan bakal suamiii!)
(kalau dalam rumah hanya ada orang-orang yang di atas, maka tak perlu 'berkelubung')

dan perlu ditekankan juga orang-orang yang dengan selambanya kita buka aurat pada mereka sebab dah dianggap keluarga terdekat sedangkan kita wajib tutup aurat depan mereka walaupun dalam rumah:

1. sepupu lelaki
2. pakcik yang berkahwin dengan adik beradik ibu atau ayah kita

dan apatah lagi orang-orang luar yang lain

jangan silap faham yang menutup aurat hanya bila keluar dari gate rumah, selain dari tu tak payah.

sebab tu banyak kejadian bila sidai baju kat balkoni atau garaj tak pakai tudung, atau pakai baju lengan pendek, bila sepupu lelaki datang rumah, tak rasa apa kalau tak tutup aurat dsb.

sedangkan Allah suruh tutup aurat bukan sebab tempat tapi sebab orang yang ada di sekeliling kita.

no offence.
kita perlu saling mengingatkan.
sebab kita saling menyayangi kan?
sebab kita taknak sorang pun dari kita tak dapat masuk syurga kan?

"bukan salah mereka yang tidak tahu, tapi salah kita yang tak beritahu."

dan kalau dah tahu, perlu amalkan
kalau tak tahu, kena rajin dan tak malu bertanya.

insyaAllah tak rugi kalau kita bertanya lagi-lagi soal agama.

wallahua'lam.

ana faqirun ilallah.


#jgn lupa kaki juga aurat,ambil langkah berjaga-jaga..pakai stokin ja senang.







2 comments:

Sis said...

"bukan salah mereka yang tidak tahu, tapi salah kita yang tak beritahu."

ayat tersebut begitu menyentap. apekah care yg terbaik boleh kite kasitau mereka (keluarga saya) berkenaan ini. kalo cakap macam tu je, kang ingat kite perli diorg.

syukran..

Ukhti Hana said...

lumrah seseorg insan itu utk terlupa/memang tak tahu..jadi,menjadi tangungjwb kita yg tahu utk menyampaikannya..agar jelas,agar dicintai Allah..

ayat tu,saya copy paste dari fb. :)
memang sentap habis,saya juga rasa tempiasnya sis..

saya tidak begitu arif utk memberikan pendpt,tapi..saya cuma ingin berkongsi sesuatu..

dulu.."zaman kegelapan" saya,jujur saya juga tak pernah tahu.saya hanya mengetahui dgn lebih jelas setelah bertanyakan hal ini dgn seorang saudari.Alhamdulillah..Allah permudahkan.its better late than never,right?fitrah bagi seseorang tu utk usaha jadi lebih baik.

saya cuba utk terang pada mak saya dahulu..agar dia faham.well,it is not easy actually..but at least,i try something.mula pakai tudung dan stokin setiap kali balik rumah tok(sebab ada ajnabi)..mula2,mak cakap..alah,buka la tudung tu,hangat ni dok dlm rumah.tapi..saya tetap dgn pendirian saya.even my aunt pun tegur..kata:"bukan ke tak apa buka aurat depan pak cik(suaminya)?"..and i'm just straight said:"err..tak bleh,haram"
well,nampak mcm tak sopan gila lah..terus bagi hukum mcm tu.btw,masa tu pun tengah bergegas nak balik rumah..tak sempat nak terang knp.sepatutnya..kena terang lah knp tak bleh buka aurat depan suaminya,right? yeahh,my bad..my bad..i admit it,huh.. :)

dan...nak dipendekkan cerita,lama2 its just okey la..Alhamdulillah. :)

1st,sebaiknya doa dahulu moga Allah permudahkan kita utk sampaikan kpd mereka,agar dipermudahkan lisan utk menyampaikan kebenaran.InsyaAllah..all is well.

may Allah ease for you sis..
:)