Assalamualaikum wbt.
Perkongsian daripada blog seorang muslimat.
Lebih lanjut: http://allahseeker.blogspot.com/
Catatan & penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia, Gerbang menuju Jannah.
|
Sabda Rasulullah s.a.w: "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia & tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." (Hadis riwayat Baihaqi)
Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua. |
"Jodoh itu rahsia Allah SWT."
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersamanya dengannya..
1) Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
2) Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis & syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman & tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam a.s & Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam a.s & Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat pesanan Rasullullah saw:
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
4) Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon & hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu & perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan & berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis & peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw:
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina & zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina & zinanya ialah ciuman."
(Imam Muslim & Imam Abu Dawud)
Sebenarnya jalan & lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja..
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas & ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib & Atiq?
7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group? Nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta.
8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat ye, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia. Itulah kita..
9) Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat & motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu hati, dapat berkat & rahmat pula =)
10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki & suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri & keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah & berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Tiada sesiapa yang pernah paksa unttuk kita jadi malaikat dengan menolak seratus peratus kehadiran cinta itu kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia & segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu. Jangan memaksa diri untuk menghapuskan perasaan itu tetapi alirkan rasa & cinta yang fitrah itu di atas landasan redha & cinta Ilahi.
11) Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral & qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, agama Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki & wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
12) Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, jika ianya hanya untuk memuaskan nafsu semata. Kalau lelaki & perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat & rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab. Sudah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir & dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta yang tidak berlandaskan Quran Sunnah adalah penzinaan & kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan & kesengsaraan. Kasihanilah diri & ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
13) Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji!
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan & kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang. Jangan kau berlagak tahu apa yang kau tidak tahu. Sesungguhnya Allah Mahu Tahu apa sebenarnya yang kau tidak tahu.
14) Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam a.s & Hawa,sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam a.s & Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam a.s & Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi.
“Wahai Adam! Tinggallah engkau & isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai & jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat & kelemahan Adam a.s & Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam a.s & Hawa.
Begitu juga perasaan cinta. Allah hadirkan perasaan cinta bersama-sama batas-batas yang perlu kita ketahui. Ianya hadir dalam keadaan yang suci & tidak berdosa. Jadi, jangan kotorinya dengan tompok-tompok dosa & maksiat rentetan lorong-lorong yang kau lalui bersama-sama rasa cinta itu. Cinta yang suci tidak buta tetapi kau yang buta kerana tidak nampak fitrah kesucian cinta yang Allah kurniakan itu.
15) Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat & kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang paling terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah & pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa & tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Masa bercinta, dia sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin ,lewat 5 minit dah kena tengking.
16) Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya? Yang kau mahukan adalah keluarga yang bahagia. Tetapi, mahukah kau mendapatkan sesuatu yang halal & suci melalui cara yang haram & tidak diredhai Ilahi?
17) Tanya sikit. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis & syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
18) Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Kita tiada hak kerana kita pun berdosa. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran maruah atau tidak hanya boleh ditentukan oleh Allah.
19) Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta dengan cara yang Ilahi tidak redhai seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan.
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
20) Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur : 26)
VISIT THIS LINK =)
Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama.
21) Kami telah berjanji untuk sehidup semati
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki yang sebarangan, jangan diharap pada janjinya. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. Lelaki yang benar-benar ikhlas kerana Allah, akan sentiasa berusaha untuk memelihara dirinya & orang yang dikasihinya dari terjerumus ke lubuk kemaksiatan.
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.
Kadang-kadang, mereka yang pernah melalui sejarah hitam & tekad untuk berubah ke arah kebaikan lebih baik pengakhirannya dari mereka yang sememangnya baik dari awalnya kerana mereka mampu belajar dari masa lalunya. Hargai apa yang telah kau lalui & jangan sesekali kau sesali. Kau insan yang dipilih Ilahi untuk diuji! =)
"Once you've decided to change,
never look back & forget your past!
Keep in mind that Allah is always be with you.."
22) Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah diijabkabulkan.
"Dan orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan,
pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahannya & mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."
Ya Allah ya Ghaffur..
Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun & Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu & ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…
Amin, Ya Rabbal Alamiin.
Moga Allah terima taubat kita semua..
23) Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.
Ya Allah, bantulah kami. Kini kami datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami. Aamiin Ya Rabb!
Lupakanlah segala kegundahan & keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh & solehah turut kau miliki.
Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya, Allah takkan pernah menzalimi hamba-hambaNya & tidak akan pernah memungkiri janjiNya.
Never lose hope & trust to Allah. Just keep on praying!
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.
Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung
sebab-sebab
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia.
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam..
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin
"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."
|
Peringatan kpd semua lelaki "Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.'' (Imam As-Syafi'e)
Kepada lelaki, jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik. Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan. Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan .. Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan, jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..
Kepada wanita, sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya, kecundang di tangan seorang wanita.. wahai wanita, tahukah kamu siapa kamu? kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia.. Jom MENGISLAHKAN diri : ) The Beauty of Islam |