istiqamah dalam cinta
cinta dan kasih pada-Nya
ALLAH
istiqamah
usah dimulakan dengan yang berganda-ganda amalnya
sehingga di akhirnya membuatkan kita sendiri bermalas-malasan
tatkala putaran 'roda iman' di bawah
aku juga pernah merasa
bila iman ditembak nafsu
aku jadi tak terdaya
kerna aku tidak sempurna
aku juga jatuh rebah
menangis mengingati dosa
namun Allah tetap bersama
senantiasa bersama aku
dan juga kamu
jadi..
ayuh-lah bangun semula!
sapu debu2 dosa
bangkit semula gapai mardhatillah
meskipun kau mulai menapak dengan tapak-tapak kecil amalmu
namun kau istiqamah dengan amal-mu itu
Allah lebih cintai!
"Amal bagaimanakah yang paling disukai Allah?"
Jawab Rasulullah SAW,
"Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit."
{ HR Muslim }
T H E K E Y IS " I . S . T . I .Q . A . M . A . H "
Istiqamah berpegang kepada din Islam
merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah
Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.
Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang-orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Hud : 12)
Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang-orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Hud : 12)
" Istiqamah is not easy,but i will do my best;InsyaAllah "
and..you to guys!
may Allah ease..
Untuk melahirkan istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin iaitu: لله (liLlah), الله مع (bersama Allah) dan الله الى(menuju kepada Allah)
لله (liLlah) bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai mabda’ (perinsip hidup).
الله مع(bersama Allah) iaitu bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan Islam sebagai manhaj hidup.
الله الى (menuju kepada Allah) bermakna sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.
***
“Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak
disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu. Menitis air mata
tatkala merindu. Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh.
Tetapi, janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Kerana ku
tetap yakini, Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang
yang berkasih sayang kepadaKu”
— | (Asy-Syahid Hassan al-Banna) |
1 comment:
Usaha dan punya keyakinan utk istiqamah. Main point. Biidznillah :)
Post a Comment