Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
begitu tidak terhitung nikmat yang dikurniakan "Sang mentari hati kita" kepada hamba-hambaNya..
meskipun mereka sering alpa..kerna terlalu terikat dan himpit nikmat dunia yang fana(sementara).
Allahu Rabbi...Allahu Akbar !
terasa ingin menangis dengan esaknya di hadapanMu Ya Rabb..
begitu Engkau mencintai daku,hamba yang bernoda dosa.
“Saat Allah memilih hatimu,
Allah akan terus mengujimu sehingga Allah benar-benar dekat dan utuh dalam hatimu. =)”
-biar hati ini terikat padaMu.
bilamana kita 'terlangkah' masuk dalam bulatan dakwah dan tarbiyah(DnT).
sudah pasti..
bahkan tersangat ku yakin.
bahwa,'hamba' itu tidak akan menarik diri keluar kembali dari bulatan itu.
kerna dia sudah jatuh cinta..jatuh cinta ...kembali kepada tuhannya yang Esa.
tetapi...tetap ku ingin tegaskan,'jalanan ini' bukan jalanan biasa,bukan juga jalanan yang penuh riang dan tawa,dan juga bukan jalanan yang penuh dengan duri kedukaan..
tetapi...jalan ini adalah jalan kembali kepada Allah,jalan menuju syurga Allah!
mana mungkin ada yang mahu menolak nikmat syurga Allah terindah.
jika dia benar-benar menyedarinya dari awal...alangkah untungnya dia.
kerna dia membina taman-taman di syurga.menebarkan bauan indah syurga.
"Allah memberikan yang terbaik tidak kira dalam bentuk kedukaan atau kesukaan, meskipun kadangkala tidak serasi dengan keinginan, tetapi percayalah Allah mempunyai perancangan yg jauh lebih indah.."
biarpun pada awalnya hatiku ini benar merasa sedikit berat dan terbeban..namun aku gagahi jua,aku paksa diri ini..untuk meneruskan langkah dalam putaran hikmah infiniti tautan hati kerana Ilahi!
dan akhirnya,Alhamdulillah...aku makin cinta dengan jalan dari petunjukNya!
di jalanan itu,aku kembali berdiri berlari kepada Ilahi,Allahu Rabbi.. <3 |
aku sering 'ditembak' bertalu-talu..
juga sering di 'panah' dengan panahan paling berbisa..
terasa seperti 'dihumban' jatuh kedalam gaung yang dalam..
terasa 'ditampar' dengan tamparan yang hebat,kesakitannya mega giga yang ku rasa..
namun,jauh di sudut hati yang paling dalam diciptakan Sang Khaliq.
aku sebenarnya benar-benar hidup kembali dalam semua 'kesakitan' itu..
aku dapat rasakan manisnya..aku mulai makin cinta..cinta..
cinta kan semua jalan-jalan berduri menuju Ilahi.
aku jatuh cinta dengan 'kesakitan' itu,kerna itu aku tidak terlalu 'tersiksa' ketika melaluinya..
buat Murabbiah ku,moga Allah membalas kasihmu padaku dengan syurga tertinggi! Ameen Ya Rabb..
kem itu benar-benar memberikan tamparan yang hebat kepadaku,kerna Allah sayangkan ku..
Dia ingin aku benar-benar mencintaiNya..kerna itu juga Dia mengirimkan kepadaku "semua ini".
Alhamdulillah..
di saat Allah memilih hatimu.
jangan lah kau gusar untuk berpaut pada panggilanNya.
kerna Dia tahu itu yang terbaik buatMu.
ayuh!bangun dan pecut berlari kepadaNya.
Allah sangat mencintaimu sebenarnya!sedarlah!sedarlah!
wahai hati yang dipegang Ilahi,
jangan kau berduka lagi,
kerana janji-Nya itu pasti,
nikmat syurga bakal kau kecapi !
No comments:
Post a Comment