Tuesday, 17 May 2011

Menyemai Ukhuwah(^^,) + DinoTrek2 ?


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. {Al-Hujurat : 49:10)

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku & menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati,ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang,semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka,jika aku dapat,aku ingin setia padanya… {Imam Shafie}



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~



Kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah jua kerana Allah.

Buat sahabatku yang tersayang,

teruskan jihadmu mengutip ilmu Allah di dunia ini.

Teruskan perjuangan kita!!!!http://www.emocutez.com

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkWIspeNhCv2gzCybofReCBIAOwRCrRkPKTDW6ja-tYtQk8xmNkeMLcZ7oYV_Nsh-d6fw35TmcKo5FVQ6siyfFXSejmdcXtnEMdK9cOpU6dWVwLxxYB0otabRDU9oxqK6V9jVAxqhSczM/s320/ukhuwah1.jpg

Di kesempatan yang tak berapa sempat ini(amboi..sibuk apa ntah tuan blog ni^_~) ana dedikasikan sajak(ke puisi? =.=") buat sahabat ana.errr....yang tak berapa nak puitis ni.

Terimalah.......*baca puisi *http://www.emocutez.com

Duhai Sahabat tercinta,

Aku mencintaimu kerana Allah,

Kita ditemukan juga kerana Allah,

Ikatan ukhuwah itu kita jalinkan,

Sersulam indah bersemi di kalbu,

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih,

Ada awal tiada penghujung,

Dicipta untuk mengingatiNya,

Dibahagikan untuk cintaNya,

Dan diratib untuk redhanya,


Sahabat,

Masihkah kau ingat?

Kau sapaku dengan senyuman,

senyumanmu seindah biasan mentari,

Semekar bunga indah kembangnya,

bait bicaramu memikatku,

ibarat salju yang memberikan kedamaian,


Sahabat,

Kau teman setiaku,

Dikala suka dan duka,

Pabila manik jernih membasahi pipi,

Kau masih setia disampingku,

Mengucapkan kata cinta,

Membuatkanku tenang,

Sambil kau memimpinku mengenal Ilahi,

Mesyukuri segala nikmat,

Sentuhan kalbu tarbiyah diri kembali,


Sahabat,

Riangmu kau kongsi bersama,

Tenang melihat kejayaanmu,

Kasihnya diriku ini padamu,

Jika dirungkai berjela,

Ibarat hamparan awanan,

Membiru luas terbentang dilangit,


Sahabat,

Kini kau temani perjalananku,

Sehingga akhirnya bertemu ilahi,

Dalam sejarahku,

Terukir indah ukhwah kita bersama,

Jalanku yang dulunya ibarat tanah gersang,

Kau sirami dengan air ketaqwaan,

Kau tanam benih2 kesyukuran,

Kau membajakannya dengan keimanan,


Sahabat,

Apakah kau sedari apa hasilnya?

Ungkapan kata-kata,

Tidak boleh mengambari indahnya

Jalinan ukhwah kita,

Ibarat pohon yang rimbun,

Menenangkan jiwa kita,

Sesegar hijau daunan,

Semekar bunga pepohon itu,

Semerah semangat jihad kita bersama,

Pohon apakah itu??? =.=”

Itulah pohon ukhuwah kita bersama,


Sahabat,

Tiada ungkapan perpisahan

Dalam persahabatan,

Walaupun maut menjadi noktahnya,

Kerana seorang sahabat itu,

Terlalu istimewa

dalam doa saudaranya yang lain,

biarpun tanpa bayangnya.


Inni uhibbuki fillah..

Aku mencintaimu kerana Allah..sahabatku^_~


emm...ada bakat tak ana ni?hehehe...
baik ngaku cepat~kalau tak!ana nangishttp://www.emocutez.comsob..sob..sob..
ishk3...ngengada jer emoticon(+ ayat atas tu sekali)



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~




Terubat juga rindu untuk bersama-sama dengan sahabat ana,tadi(merujuk kpd petang tadi) pergi jusco Perda.=.="


wah...~best3!dapat explore "DinoTrek" buat kali ke-2 setelah kali pertama explore di Petrosains Suria KLCC.Akak kat "DinoTrek" tu siap ajak pegi join game lagi.
ana join jugak dengan budak2 lagi tu..hehe...^_^
Tapi........................
dapat saguhati sahaje,err..malu*tutup muka*http://www.emocutez.com kalah dengan budak muda lagi dari anahttp://www.emocutez.com



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~





ada juga join game ni,Akak tu bagi satu botol kaca + straw.
Akak tu suruh angkat botol tu guna straw yang dibagi.
Hemm..agak2 nyer la kan boleh ke angkat botol dengan hanya menggunakan satu straw?
mestilah boleh,buktinya sahabat ana berjaya,setelah kami cuba bergilir-gilir untuk angkat botol tu guna straw.
nak tahu teknik dia macam mana?
kepak straw tu dalam*sambil geledah kotak pensil cari pembaris* = 2cm.
masukkan straw yang telah dikepakkan hujung tu cuma sepanjang 2cm kedalam botol tersebut dan biarkan straw tu tersangkut dalam tu(merujuk kepada bahagian atas botol) dan angkat botol tu setelah straw 2cm tu betul2 muat2 jer dalam hujung botol tu.
resultnya...botol tu boleh diangkat dengan hanya menggunakan straw.
dapat hadiah stiker jenis2 dinasour.
credit to:nur farhana(ana) ->photographer ^_^




~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Memandangkan kalau ana upload gambar dari file "DinoTrek" ana yang agak banyak tu jadi melambatkan lagi entri ni diterbitkan.Ana gabungkan beberapa gambar dari explorer bersama sahabat di "DinoTrek" dalam satu gambar.Hasilnya seperti dibawah(edit guna "paint" sahaje=.='')




Terasa nak kongsi pula nama2 dinosour yang ada pada sticker ni^_^
bab nak sebut nama tu,hemmm...=.='
hayati lah sendiri nama2 dinosour ni.Tak cukup feeling boleh search kat internet tengok gambar dinosour ni sekali.^_^

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


http://www.emocutez.comGallimimus
http://www.emocutez.comProtoceratops
http://www.emocutez.comParasaurolophus
http://www.emocutez.comEdmontosaurusAlign Right
http://www.emocutez.comDeinonychus
http://www.emocutez.comTroodon<<---ini senang ingat ^_^
http://www.emocutez.comStegosaurus
http://www.emocutez.comBaryonyx
http://www.emocutez.comElasmosaurus
http://www.emocutez.comCoelophysis
http://www.emocutez.comMuttaburrasaurus
http://www.emocutez.comEuoplocephalus
http://www.emocutez.comDiplodocus


~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~

Kebanyakkan nama2 dinosour ni ada "us" di belakangnya..

Merujuk kepada gambar gabungan di "DinoTrek" yang di atas tu,dari kiri atas sekali yang pertama.Nampak?tak jelas?*kejap ye...nak upload* ^_^

LOADING

-

--

---

----

-----

------

-------

--------

----------


~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~

Wahhhh.............~

sangat excited nak main "maze" ni.
eeerrkkk...tahu apa itu "maze"??
senang cerita "maze" ni macam gambar kat bawah,beza cuma bentuk tak sama ya..^_^

http://www.printactivities.com/Mazes/Shape_Mazes/Acorn-Maze.gif


Beza nya lagi "maze" kat DinoTrek ni arah berpandukan soalan yang diberi.
Soalan pun mestilah ada kena mengena dengan Dinosour juga.
jawab je benar / tidak.
lepas tu..
pilih la nak belok kiri/kanan?
kalau salah tu,dapat la jalan mati ^_~
Antara soalan yang ana ingat la kan:
1)Adakah dinasour boleh hidup di kawasan gunung berapi?
2)Adakah dinasour boleh makan bunga?<-jwpn dia tidak,ana jawab benar(dapat la jalan mati dlm "maze" tu)
Memang best la,join dengan sahabat ana pulak sekali^_^
last2 dalam "maze" tu kami sesat,kelakar la masa tu sebab main "maze" tu ikut suka je tak baca soalan,main redah je(masa tu cuma ingat nak keluar dari "maze" tu,tolong!!!)^_^

akhirnya,Alhamdulillah..ana berjaya berjaya menemui jalan keluar diikuti sahabat ana yang lain di belakang..... @_@

Sangat berminat untuk jadi "volunteer" di Petrosains,mesti best kan?^_^

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2uNwcrTvd23SMDIxhEgdlCcNYmdN55B5wVb0Mb8CWL61lqQ6mKerdOgk4our7STBvGIBGgg-F_ZSQ9OXjh8L73CoWpkKWtemFCUpGxxt6e1xqh-UIFZpOTvCkBfZBre0uIlf0LABlt_KZ/s1600/DSC01197.JPG


http://www.emocutez.com

p/s:Maaf,jika entri ini tak berfaedah+merapu jer =)


Monday, 16 May 2011

Istikharah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

^_____^


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfQoy485UmI_xaws1TZae3Sq3zl8IVWlfchLw0Kl5T6XyUX-_pkzxAD6C9WLUIVKCsMrAlPcrZAeJYrv-xhiztqvzYAl-rayeNWZ4JI-Uy37Zx0QP4oL10edyA8rkY4SFNe0L_vknba7r0/s1600/IC+Cover.jpg


~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Agak lama juga tak update entri baru dalam blog ana.hehehe..bukannye sibuk mana pun(pemalas =.=").Ana lebih suka blog walking sekarang ini^_^*ayat macam budak menganggur lagi*Sekarang dah masuk form6.Alhamdulillah...jika ini ketentuan daripada Maha Pencipta,ana bersyukur.


Berbalik kepada tajuk entri kali ini,"ISTIKHARAH CINTA".
Maksud istikharah ini agar hamba bertawakal kepada Allah dan menyerahkan urusannya kepada-Nya untuk dipilihkan yang baik di manapun ia berada. Akan tetapi, tawakal dan penyerahan ini tidaklah benar sampai seseorang berusaha keras mencari kebaikan itu sesuai usahanya, kemudian dia kembali kepada Allah Swt yang Maha Mengetahui lagi Maha kuasa, meminta kepada-Nya agar dimudahkan bila urusan itu baik untuknya atau meminta dipalingkan darinya bila urusan itu tak baik untuknya.


SubhanAllah...melodi yang indah dari munsyid:Sigma ini bertajuk istikharah cinta.Pernah dengar alunan melodi dari munsyid ini?Ana baru pertama kali dengar.*suka*^_^
Untuk download lagu ini KLIK SINI


~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

edho_sigma(at)yahoo.com



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~

http://niknik.blog.uns.ac.id/files/2011/03/walimahan.jpg



Pernahkah mendapatkan kesulitan ketika memilih dari beberapa alternatif? Yap, terkadang manusia menghadapi ujian hidup yang harus diselesaikan dengan alternatif penyelesaian yang tepat. Sejauh mana dia berusaha untuk menyelesaikan masalah hidupnya, InsyaAllah, Dia Sang Maha Petunjuk akan memberikan jalan keluar ketika hamba-Nya selalu berserah diri kepada-Nya...



Solat sunat istikharah dilakukan untuk meminta taufik (pertolongan) dan kemudahan daripada Allah. Jabir bin Abdullah r.a berkata, “Rasulullah Saw mengajari kami Istikharah (shalat untuk meminta pilihan) dalam semua perkara, sebagaimana beliau mengajari kami surah Al Qur’an. Rasulullah Saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kamu berkepentingan terhadap sesuatu urusan (menghadapi urusan penting) maka hendaklah ia melakukan solat dua rakaat yang bukan solat fardhu, kemudian dia berdoa:




Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan berdasarkan ilmu-Mu, memohon ketentuan berdasarkan takdir-mu, dan memohon kurnia-Mu yang amat besar itu. Sesungguhnya Engkaulah yang mampu menentukan sedang aku tak mampu menentukan. Engkaulah yang mengetahui sedang aku tak mengetahui dan Engkaulah yang paling Mengetahui hal-hal yang ghaib. Ya Allah, jika menurut pengetahuan-Mu urusan ini (sebutkan urusannya) baik bagiku, baik bagi agama, kehidupan dan kesudahan urusanku ini, sekarang, dan kemudian maka mudahkanlah aku untuk menggapainya dan berkahilah aku di dalamnya. Tapi jika menurut pengetahuan-Mu urusan ini tidak baik bagiku, bagi agama, kehidupan dan kesudahan urusanku ini, sekarang dan kemudian, maka palingkanlah aku darinya dan palingkanlah ia dariku. Takdirkanlah bagiku hal yang baik di mana saja yang baik itu berada, kemudian redhailah aku kerananya [H.R Ar Tirmidzi]’


Wallahu'alam.

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~



Tuesday, 3 May 2011

Senyum ^_^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..



Tajuk entri kali ni "SENYUM".^_^

comel nye budak kat atas ni senyum^_^

Jujur ana katakan ana bukanlah seorang yang mudah senyum. ^_^
tambah2 dengan orang yang tidak kenali dan di kalangan ikhwan.
muka serius sahaja..http://www.emocutez.comsehingga mungkin ada yang mengatakan ana seorang yang sombong.Padahal kalau dah kenal tu..hanya yang kenal je yang tahu =)
Tapi sebaliknya akan terjadi dengan orang yang ana sudah kenali.
dan...jika seseorang itu senyum(sama jantina shj) kepada ana,dengan "gopohnya"http://www.emocutez.com <-(gambaran kegopohan versi main bola)ana akan senyum kembali*iye2 lah sangat..~ishk3* =p

Pernah sekali tu ana balik dari latihan memandu(Ven agensi memandu hantar) tepi jalan,nak balik ke rumah kena lintas depan sekolah rendah ana,jalan punya jalan..http://www.emocutez.com<-(laju jalan)tetiba!budak perempuan(merujuk kpd budak2 sekolah rendah) tu senyum kat ana,wah~comel nya*manis gitu..*ana senyum la balik~hehehe..

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


"Senyumlah..... jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu."

Senyum itu INDAHhttp://www.emocutez.com
Senyum itu SEDEKAH
Senyum itu IBADAH ^_^

Seperit manapun esok,senyumlah...
kerana senyuman itu penawar kepahitan...
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita esok dan hari seterusnya...




~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Senyum dan nilai sebuah senyuman selalunya ada tersirat berbanding yang tersurat. Jadi, senyum ni tak bolehlah main suka-suka je digunakan. Takut jadi fitnah pulak! Walaupun dikatakan "senyum itu sedekah" tapi kalau ditujukan untuk perkara yang tidak tepat, tidak lah jadi 'sedekah' sebab 'sedekah' ini merujuk kepada perkara yang baik...

Sunat senyum : Bila senyum kat kawan-kawan sesama jantina
Wajib senyum : Bila senyum kepada ibu bapa..
Makruh senyum : senyum sorang-sorang (ahaha.. berangan kah?kantoi!)
Haram senyum : Senyum kat kawan-kawan yang berlainan jantina
Harus senyum : Senyum kat orang atas pertolongan yang telah diberikan, in this case tak kesah laki atau perempuan..

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


emm..okeyh~dah faham?nak dengar cerita tak tentang senyum Nabi Muhammad SAW?*sambil angguk2 kepala*duduk diam2...yang tu*sambil menundingkan jari kearah =???entah lah..*duduk sopan2 dan selesa ya..^_^ yang tu...errrkk...sampai bersimpuh?hehehe.. =.="


Marilah
sejenak kita perhatikan kisah berikut yang menunjukkan betapa Nabi
Muhammad saw tak pernah lelah atau pun enggan untuk tersenyum.

Anas bin Malik bertutur: “Suatu
hari aku berjalan bersama Rasulullah saw, saat itu beliau memakai
selimut dari daerah Najran yang ujungnya sangat kasar. Tiba-tiba ia
ditemui seorang Arab dusun. Tanpa basa basi, laki-laki dusun itu
langsung menarik selimut kasar Rasulullah saw itu keras-keras sehingga
aku melihat bekas merah di pundak Rasulullah saw.

Laki-laki
dusun tersebut berkata, ‘Suruh orang-orangmu untuk memberikan harta
Allah kepadaku yang kau miliki sekarang.’ Rasulullah saw lalu berpaling
kepada laki-laki tadi. Sambil tersenyum, beliau bersabda, ‘Berilah
laki-laki ini makanan apa saja’.”
(HR Bukhari)

Lihatlah
betapa Nabi Muhammad senantiasa menebarkan senyumnya dalam setiap
perjalanan dakwah beliau. Dan dengan senyum itulah, tak terhitung sudah
hati yang tersentuh olehnya. Tak terhitung sudah kesombongan yang telah
luluh karenanya. Tak terhitung sudah jiwa yang senantiasa merindukannya.

Dengan
senyum hangatnya itulah Nabi Muhammad saw telah banyak menyentuh hati
para sahabat, isteri-isteri, dan para pengikutnya. Dan dengan senyum
itu pulalah dakwah beliau terus merangsek ke setiap jengkal bumi Allah
swt.

Bahkan mengenai senyum ini Nabi Muhammad saw telah bersabda, "Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah." Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya.

Demikian
Nabi Muhammad saw telah menggambarkan kepada kita mengenai arti
pentingnya senyum dalam kehidupan manusia. Dan sebagai umatnya, kenapa
kita tidak berusaha untuk mengikuti jejak beliau yang satu ini?
Menjalani kehidupan ini dengan selalu tersenyum. Dan berjuang dalam
dakwah Islam inipun tanpa melupakan senyum.

Hiasi perjuangan
dakwah Islam kita dengan senyum yang hangat, karena senyum itulah yang
pertama kali akan menyentuh hati saudara-saudara kita. Hilangkan
kekarasan dan wajah masam dari dakwah kita yang justru akhirnya akan
membuat mereka lari dari ajakan kita, dan bahkan membenci kita.

Mari, kita menjaring umat dengan senyum yang senantiasa tersemat!

“Dan sesunguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS. Al Qalam: 4)

***



~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


Ingin juga ana selitkan dengan beberapa fakta mengenai SENYUM,selamat membaca ^_^


http://fc03.deviantart.net/fs71/i/2010/133/0/f/Please_Smile_Domo_Kun_by_Eonn.jpg hehehe..comel la domokun ni!~ ;)

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15.Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-zg1Sqzm05qh3xhJXcvYrLB5VqeU4COnIxXamvN8Oe8ULL5-x_o34faewkRUIooDyJd1Hjl6dMnCZ5_Q1sWt6aij199tM11FKMY95RYco9s6ZsHKhz6K3_mhx1G7OYrTGUg9uM7p1dCKt/s1600/prev-senyum-ikhlas-ceria.jpg


~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dalam bergelak ketawa+senyum2http://www.emocutez.com tu jadikan ayat 82 surah at-Taubah sebagai pedoman yang senantiasa tersemat untuk diri kita.

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَMaksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."

dan

dalam ayat 60 surah an-Najm;وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَMaksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

pernah satu kisah dimana Nabi SAW keluar dr masjid dan melihat sekumpulan lelaki sedang berbual dan ketawa.lalu Nabi SAW mendekati dan berkata," Jika kamu tahu apa yang aku tahu,nescaya kamu akan banyak menangis daripada ketawa."

~ sama2 kita renungi diri masing2... ~

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


SUMBER2 : http://halaqah.net/
: http://shafiramuhamadnoh.blogspot.com/
: http://madinatulilmi.com/

http://jonmas.files.wordpress.com/2009/12/senyum_sedekah1.gif

Wallahua'lam..

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~


P/S:InsyaAllah..Jumaat ini(6/5/2011) result UPU keluar,Mohon doanya sahabat2 sekalian ya..http://www.emocutez.com^_^ Syukran Jazeelan,Jazakumullah..


P/S 2:Akhirnya...hahaha...http://www.emocutez.comsudah sekian lama otak membeku,sabtu ni nak "cairkan otak yang tepu ni" (hiperbola =.='') buat adik2 junior di sekolah tersayang (^^,) ..hooraayy!!!~(jadi fasilitator utk ajar math bab plan and elevation=tajuk yang best sangat2)http://www.emocutez.com

~ <><><><><><><><><><><><><> ^_____^ <><><><><><><><><><><><><> ~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers