Wednesday, 1 November 2017

PROGRAM I LOVE SCHOOL(ILS) 2018 Bersama NISA' PULAU PINANG

💜 PROGRAM I LOVE SCHOOL(ILS) 2018 Bersama NISA' PULAU PINANG 💜

🌷Assalamualaikum dan salam sejahtera...

2.     Tuan/Puan yang budiman, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Nisa' Pulau Pinang akan menganjurkan program I LOVE SCHOOL 2018 dengan mensasarkan 100 orang pelajar yang berstatus miskin, anak yatim & kurang berkemampuan.

3.     Nisa' Pulau Pinang akan membantu dari segi pembelian peralatan sekolah dan keperluan harian 👕📚✏👖dalam program ini.

💞💞💞💞💞💞
Adakah anda ingin sertai kami?

Jom salurkan sumbangan anda ke akaun:

🏦 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(PERSATUAN NISA' PULAU PINANG)
bernombor akaun 07043011036262

Atau

🏦 MAYBANK
(SUHAILI BINTI SAMSUDIN)
bernombor akaun
157102593880

📩Sebarang sumbangan yang disalurkan ke dalam akaun, mohon maklumkan kepada Puan Lily di talian 01158289753 (http://www.wasap.my/601158289753)

Tarikh tutup sumbangan : 30 November 2017

🎯 TARGET: RM150/seorang pelajar

4.    Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 💐

Puan Lily,
Bendahari
I LOVE SCHOOL 2018

#nisapulaupinang
#connectingyouth
#ILS2018

Perlukah ambil Vitamin lain kalau dah ambil VIVIX SHAKLEE ???

🎈Kalau dah Ambil vivix shaklee perlu ke vitamin lain???
Jawapannya..yes!✌🏼
#TuRBOVivix

💖Kebaikan Vivix Shaklee💖

Pasti buat anda jatuh chenta dengan VIVIX SHAKLEE 💘

🍇Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan

🍇Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius

🍇Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung

🍇Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis

🍇Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf

🍇Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir

🍇Membantu merawat penyakit parkinson

🍇Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar

🍇Meningkatkan kesihatan imum badan

🍇Menggalakan kesihatan keseluruhan

Ok selain dari ambil vivix..badan kita juga memerlukan vitamin2 lain dan protein yang tak dapat dalam makanan ruji dan vivix..

So..nak buat macam mana??
Ambil Set Asas shaklee..
🍃 Vitamin C
🍃 B-Complex
🍃 Vita-Lea(multi vitamin)

Apa bestnyaa set asas ni ??
👑VITAMIN C
-membantu penyembuhan tisu(anti-oksida)
-mengurangkan risiko terkena demam atau selsema

👑B-COMPLEX (ASID FOLIK)
-Anti Stress
-Elak Meroyan(post natal blues)
-Menstabilkan hormon
-menghalang dari risiko kanser n strok

👑VITA-LEA(MULTI VITAMIN)
-Membekalkan vitamin & mineral
-mengelakkan masalah anemia
-meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan badan

See...menarik kan?
💥VIVIX + SET ASAS SHAKLEE MELETOPP!!💥

Free consultation
Contact: 012-4554070
pengedar Shaklee😊

Tuesday, 17 January 2017

KHASIAT CAROTOMAX SHAKLEE




<3 KHASIAT CAROTOMAX SHAKLEE <3
.
.
Apakah perbezaan Carotomax Shaklee dan supplement lain?
✔ CarotoMax mengandungi 6 variasi karotena, yang diekstrak daripadai rangkaian sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit, dan lain-lain.
✔ CarotoMax membekalkan lebih dari 13 mg (21, 500 IU) karotenoid berfaedah ini. Berbanding dengan pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, dan beta korena yang hanya mengandungi 8 mg.
Mengapa Carotomax dari Shaklee berbeza dengan supplement lain?


.
.
➺ ia mengandungi fitokimia semulajadi yang sangat penting untuk mata, kulit, dan membran mukosa. fitokimia tersebut adalah…
➀ Aplha Carotene
➁ Beta Carotene
➂ Lycopene
➃ Astaxanthin
➄ Lutein
➅ Zeaxanthin


.
.
Pertanyaan lanjut/order:
012-455 4070
Pengedar Shaklee Malaysia :)

Saturday, 14 January 2017

Penemuan Supermassive Black Holes

Penemuan Supermassive Black Holes: 

Temubual khas bersama Nur Adlyka Ainul Annuar

SUMBER: http://www.majalahsains.com/penemuan-supermassive-black-holes-temubual-khas-bersama-nur-adlyka-ainul-annuar/



Di minggu kedua permulaan tahun 2017, Malaysia menerima satu kejutan berita kejayaan luar biasa rakyat Malaysia dalam bidang penyelidikan saintifik di luar negara. Penemuan ‘Supermassive Black holes’ dari kumpulan penyelidikan tersebut mendapat liputan meluas dari media di seluruh dunia.
Ikuti temubual eksklusif secara online bersama Adlyka Annuar, penuntut ijazah Kedoktoran dalam bidang Astrofizik, di Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, United Kingdom.  Beliau ditemubual oleh editor MajalahSains Mohd Faizal Aziz
***************************************************************

Tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama Malaysia lebih-lebih lagi di permulaan tahun 2017. Ada sesuatu yang ingin saudari perkatakan?
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MajalahSains kerana menghubungi saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengirimkan ucapan tahniah kepada saya di sini.
Saya juga memohon maaf kepada beberapa pihak dan individu-individu yang telah menghubungi saya, tetapi masih tidak menerima maklumbalas kerana saya agak sibuk buat masa ini. Saya akan cuba untuk memberi maklumbalas apabila berpeluang.
Ceritakan sedikit latarbelakang saudari, hobi, kegemaran?
Nama penuh saya ialah Nur Adlyka Binti Ainul Annuar. Saya berasal daripada Muar, Johor, dan dilahirkan pada tahun 1990. Saya merupakan anak kedua daripada 4 adik beradik, yang terdiri daripada sorang abang, dan dua orang adik perempuan. Saya juga baru mendirikan rumahtangga pada tahun lepas dengan Amirul Adli Bin Abd Aziz.
Pada masa lapang, kegemaran saya ialah menonton filem, dan meluangkan masa bersama suami dan keluarga.
Saya mula meminati bidang Astronomi sejak sekolah rendah lagi, tetapi betul-betul menetapkan minda saya untuk menceburi bidang ini ketika berumur 13 tahun setelah menonton filem Armageddon dan Apollo 13.
Bagaimana dengan dunia persekolahan dan pengajian di Universiti ?
Saya bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (2) di Muar, Johor pada tahun 1997-2002 dan kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar pada tahun 2003-2007.
Setelah tamat persekolahan, saya ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2008 untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains di United Kingdom (UK). Saya menerima ijazah Sarjana Muda (BSc) kelas pertama dalam bidang Fizik dan Astofizik daripada University of Sheffield, UK pada tahun 2013.
Saya kemudian meneruskan pengajian ijazah Doktor Falsafah di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) dalam bidang Astrofizik di Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, UK, pada tahun 2013.
Kini saya berada di bawah penyeliaan Prof. David Alexander, profesor Astronomi dan juga Timbalan Pengarah, Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Universiti Durham. Saya juga merupakan salah seorang saintis teleskop X-ray terbaru NASA (National Aeronautics and Space Administration, USA), yang dinamakan NuSTAR (Nuclear Spectroscopic Telescope Array) sejak tahun 2014 sehingga kini.
Penyelidikan PhD saya adalah berkaitan “active supermassive black holes” di alam semesta kita.“Supermassive black holes” adalah lohong-lohong hitam yang sekurang-kurangnya sejuta kali lebih berat daripada matahari kita. “Active supermassive black holes” adalah “supermassive black holes” yang aktif “memakan” benda-benda dan objek di sekelilingnya.
Penyelidikan saya memberi tumpuan khusus untuk mencari “active supermassive black holes” yang tersembunyi daripada pandangan kita kerana dilindung oleh gas dan habuk yang tebal. Saya menggunakan NuSTAR untuk mencari lohong-lohong hitam ini kerana teleskop ini dapat mengesan sinaran-X (X-Ray) daripada objek-objek ini, yang dapat menembusi gas dan habuk yang tebal tersebut. Mencari lohong-lohong hitam tersembunyi ini sangat penting untuk membantu kita memahami bagaimana lohong-lohong hitam di alam semesta mengembang dan bagaimana ia memberi kesan kepada galaksi yang mereka duduki.
Boleh ceritakan secara ringkas apa sebenarnya penyelidikan atau sumbangan saudari dalam penemuan dan pembuktian kewujudan ‘Supermassive Blackhole’ yang hangat diperkatakan ?

Galaksi NGC 1448 – Salah satu galaksi yang berdekatan dengan kita, yang dijumpai mengandungi “supermassive black hole” aktif yang bersembunyi daripada pandangan kita kerana dilindungi gas dan habuk angkasa yang tebal.
Saya merupakan ketua penyelidik salah satu (daripada dua) lohong hitam tersembunyi yang dijumpai berdekatan dengan galaksi. Lohong hitam tersebut berada di tengah-tengah galaksi NGC 1448, yang berada dalam jarak 38 juta tahun cahaya daripada galaksi kita. Oleh kerana saiz alam semesta kita sangat besar, di dalam dunia astronomi, jarak ini dikira sangat dekat dengan kita. Penyelidikan saya ini dibantu oleh saintis-saintis NuSTAR yang lain di serata dunia.
Kertas penyelidikan berkaitan penemuan ini akan diterbitkan di dalam journal “The Astrophysical Journal”, dan versi pra-cetak kertas tersebut boleh dibaca di:
https://arxiv.org/abs/1701.00497

Apa perasaan saudari melalui liputan meluas tentang kejayaan dan penglibatan saudari di dalam kumpulan penyelidikan ini.
Saya sangat berbangga dan terharu dengan liputan meluas yang diberikan. Saya sememangnya tidak menyangka kejayaan ini akan mendapat liputan sebegini rupa daripada pihak media dan orang awam.
Saya dedikasi kan kejayaan ini kepada ahli keluarga, terutamanya suami dan ibu bapa saya yang sentiasa menyokong cita-cita, dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan saya sehingga hari ini.
Harapan dan impian tentang penyelidikan bidang ini di Malaysia di masa hadapan?

Saya berharap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda negara kita untuk tidak takut  menceburi bidang Astronomi dan astrofizik, yang dianggap baru dan tidak mempunyai prospek pekerjaan yang banyak di Malaysia. Lebih ramai yang menceburi bidang ini, akan lebih banyak pekerjaan yang mampu ditawarkan, insyaAllah.
Saya juga berharap kejayaan kecil ini mampu menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik fizik dan astronomi di Malaysia untuk membangunkan lagi bidang Astronomi & Astrofizik di negara kita agar setanding di mata dunia.
Akhir sekali, besar harapan saya agar kerajaan Malaysia dapat meneruskan tajaan biasiswa kepada rakyat Malaysia yang layak dan berbakat, tanpa mengira bangsa dan agama, terutamanya pengajian lanjutan terutama di peringkat kedoktoran, kerana pada peringkat inilah kita betul-betul dapat mengumpul pengalaman yang sangat berguna dan memberi sumbangan yang besar dalam bidang yang diceburi, seterusnya mengharumkan nama negara.
Saya juga berharap kerajaan Malaysia dapat menyediakan lebih banyak pembiayaan-pembiayaan penyelidikan dalam bidang sains kepada universiti-universiti dan pusat-pusat penyelidikan di Malaysia, agar kita dapat membangunkan negara dalam bidang ini.
Salam hormat dari saya
Nur Adlyka Ainul Annuar
Durham University, United Kingdom
Jan 2017
Terima kasih kami ucapkan kerana sudi ditemubual. Kami dari MajalahSains dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar dipermudahkan segala urusan pengajian PhD saudari di sana.
All the best!


CREDIT TO: http://www.majalahsains.com/
Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers