Friday, 26 July 2013

A story-aurat-*ehem..* -the-path-to-Jannah-



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum !




Perkongsian yang saya ingin sisipkan ini dari fb saya.jadi,mohon maaf kerna tak ada sumber sahihnya.isu aurat..ya..ya...mungkin bagi sesetengah 'mereka-mereka' menggangap isu ini biasa-biasa.lagaknya,mudah saja..tapi di sebalik itu,saya yakin masih ada yang tidak tahu batas aurat antara saudara mara kita..kerna,saya juga dulu pernah merasakan hal yang sama.terutamanya yang saya perhatikan ketika hari lebaran..ramai yang bersalam-salaman tidak kira batas-batas syariah.maksud saya,yang sepatutnya kita jaga aurat..tidak pula kita menjaganya..yang sepatutnya haram bersalaman..disalamnya pula dengan 'slumber deeekk..' jer dengan saudara ajnabi.*HAH HA..sorry sbb bahasa dah terkacuk indon sikit-languagehomosapien*

moga dapat memahami sebaiknya..  :)

sama-sama kita ambil tahu dan berubah ya..kerna mahu Allah cinta dan sayang kita.. *peace !!*




******




Kenapa asyik 'berkelubung' je walaupun kat dalam rumah?
Balik kampung dalam rumah pun nak pakai tudung, nak pakai pakaian lengkap?

Sebabbb...
Tu Allah yang suruh,
bukan sekadar ikut-ikutan.

Bila sorang pakai tudung, yang lain ikut pakai tudung walaupun dia dikategorikan tak payah pakai tudung dalam situasi tu.

So jom sama-sama cuba faham kejap.
Siapa yang perlu tutup aurat dalam rumah dan siapa yang tak perlu :')

Masalah ni selalu jadi bila balik kampung, pergi ziarah rumah sedare dan sebagainya.

Kita perlu tutup aurat pada sesiapa sahaja yang dianggap ajnabi.
Haa siapa ajnabi tu?

Kalau bagi perempuan, ajnabi adalah lelaki yang selain daripada:
1. ayah
2. atuk
3. adik-beradik lelaki kandung atau susuan
4. pakcik (adik beradik ayah atau ibu, bukan yang berkahwin dengan adik beradik ayah atau ibu)
5. suami (bukan bakal suamiii!)
(kalau dalam rumah hanya ada orang-orang yang di atas, maka tak perlu 'berkelubung')

dan perlu ditekankan juga orang-orang yang dengan selambanya kita buka aurat pada mereka sebab dah dianggap keluarga terdekat sedangkan kita wajib tutup aurat depan mereka walaupun dalam rumah:

1. sepupu lelaki
2. pakcik yang berkahwin dengan adik beradik ibu atau ayah kita

dan apatah lagi orang-orang luar yang lain

jangan silap faham yang menutup aurat hanya bila keluar dari gate rumah, selain dari tu tak payah.

sebab tu banyak kejadian bila sidai baju kat balkoni atau garaj tak pakai tudung, atau pakai baju lengan pendek, bila sepupu lelaki datang rumah, tak rasa apa kalau tak tutup aurat dsb.

sedangkan Allah suruh tutup aurat bukan sebab tempat tapi sebab orang yang ada di sekeliling kita.

no offence.
kita perlu saling mengingatkan.
sebab kita saling menyayangi kan?
sebab kita taknak sorang pun dari kita tak dapat masuk syurga kan?

"bukan salah mereka yang tidak tahu, tapi salah kita yang tak beritahu."

dan kalau dah tahu, perlu amalkan
kalau tak tahu, kena rajin dan tak malu bertanya.

insyaAllah tak rugi kalau kita bertanya lagi-lagi soal agama.

wallahua'lam.

ana faqirun ilallah.


#jgn lupa kaki juga aurat,ambil langkah berjaga-jaga..pakai stokin ja senang.







Wednesday, 17 July 2013

kan ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum!




just wanna to sharing with u with this one (got it from tumblr):

Lama aku hidup, baru aku sedar suatu perkara. Aku tak pernah minta kepada Allah supaya memakbulkan doa - doa ibu dan bapa aku.


is it? *tanya iman* :)


Saranghae emak..abah..

Wednesday, 3 July 2013

mahu Allah cinta kita?

 
 istiqamah dalam cinta
cinta dan kasih pada-Nya

ALLAH
 
 
 
 
 
 
 istiqamah
usah dimulakan dengan yang berganda-ganda amalnya
sehingga di akhirnya membuatkan kita sendiri bermalas-malasan
tatkala putaran 'roda iman' di bawah
 
 
 aku juga pernah merasa
bila iman ditembak nafsu
aku jadi tak terdaya
kerna aku tidak sempurna
aku juga jatuh rebah
 menangis mengingati dosa

namun Allah tetap bersama
senantiasa bersama aku
dan juga kamu

jadi..
ayuh-lah bangun semula!
sapu debu2 dosa
bangkit semula gapai mardhatillah

meskipun kau mulai menapak dengan tapak-tapak kecil amalmu
namun kau istiqamah dengan amal-mu itu
Allah lebih cintai!
 
"Amal bagaimanakah yang paling disukai Allah?"
Jawab Rasulullah SAW,
"Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit."
 
{ HR Muslim }





T H E      K E Y      IS      " I . S . T . I .Q . A . M . A . H "
 
 
 

Istiqamah berpegang kepada din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.

Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang-orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Hud : 12)



 " Istiqamah is not easy,but i will do my best;InsyaAllah "
and..you to guys!
may Allah ease..
 
 

Untuk melahirkan istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin iaitu:     لله (liLlah), الله  مع (bersama Allah) dan الله  الى(menuju kepada Allah)



لله (liLlah) bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai mabda’ (perinsip hidup).

الله  مع(bersama Allah) iaitu bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan Islam sebagai manhaj hidup.

الله  الى (menuju kepada Allah) bermakna sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.


***

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu. Menitis air mata tatkala merindu. Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh. Tetapi, janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu” 
 
 
—  (Asy-Syahid Hassan al-Banna)          

a deeper relationship with Allah.



I hope to have a deeper relationship with Allah. This world/people are temporary.I think im done investing in friendships with people. Doesn’t work/matters anymore. I will love for just His Sake. If i see someone that loves Allah. I will love them just for that reason.

-Sa’diyah