Friday, 25 May 2012

"Palestine - Do not live in ignorance"

Assalamualaikum wbt ^_^



Allah Azzawajalla will ask you on The Day Of Judgement :




 "So what have you done to help your brothers and sisters in Palestine?"


 For Allah does not look at your results,but to look at your effort



Apa yang kita mampu,kita buat..untuk bantu saudara kita di Palestine


 Antaranya:

1) Luangkan masa anda 5 minit tengok video ini.

 2) Sharing about PALESTINE.

 3) Boikot barangan Israel

4) Sumbangan wang

5) Berdoa untuk mereka

6) dan banyak lagi...

InsyaAllah..sama2 lah kita bantu apa yang terdaya.


Pertandingan Video Ummah '12: "Palestine - Do not live in ignorance"





*fighting !* PALESTINE

Saranghae PALESTINE ~  ^_^

Thursday, 24 May 2012

Bulatan gembira di bumi sonata

                                  Assalamualaikum wbt.. ^_^

Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata | 우리의 행복한 가족 

 

Buat diri ini agar lebih mencintai Allah dan Rasulullah...

jangan lupa cari bulatan gembira ya bila di IPTA nanti!~

 

InsyaAllah...

 




fighting!

Tuesday, 15 May 2012

NAKBAH Palestin?

Bismillahirrahmanirrahim
Sangat berharap teks khutbah Jumaat peringatan tentang hari Nakba ini akan dibaca dlam bulan Mei sebagaimana telah dirangka oleh Aqsasyarif ini. Ia bukan masalah Palestin semata, tapi, ia masalah akidah yang bermaksud tanggungjawab KITA SEMUA untuk cakna dan beri perhatian. Hayatilah insyaAllah.
sumber:http://nixnadizy.blogspot.com/
Ringkasannya;
Kita sentiasa tidak lupa (ingat) hari guru dan hari ibu pada mei. (nota : hari ibu adalah setiap hari, bukan hanya satu spesifik hari) tapi, adakah kita ingat apa yang berlaku pada Mei 1948? (saya sendiri tak ingat apa yang berlaku 1948 sebab mak ayah saya pun belum lahir pada tahun ni) jadi, adakah kita tahu apa yang berlaku pada 15mei1948? iaitulah hari NAKBA. Saya hanya tahu selepas 18 tahun hidup di dunia ini iaitu sewaktu di'usrah'kan di asasi UIApj, itu pun selalu saja lupa. Seolah2 semangat cinta dan cakna Palestin itu boleh datang dan pergi begitu saja sedangkan apa yang berlaku di Palestin adalah melibatkan aqidah Islam. Allahuakbar! Sedikit tentang Nakba yang saya baca dari blog2.

NAKBA - bencana besar/malapetaka
NAKBA PALESTIN - Negara Haram Israel telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948 yang menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa. Ini merupakan tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa!
KESAN - lebih 60% rakyat Palestin diusir keluar negara dan penindasan terus berlaku terhadap rakyat Palestin sehingga hari ini.
***
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Hari ini khatib hendak membawa perhatian sidang Jumaat kepada satu peristiwa besar yang menimpa umat ini pada abad yang lalu. Persitiwa tersebut dikenali sebagi Nakbah yang membawa maksud malapetaka besar. Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera The Star of David dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diistiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion.
Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulangtahun ke 64 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Jika ada di kalangan kita merasakan tragedi Nakbah ini tiada kena mengena dengan diri kita, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan hidup kita sebagai seorang muslim. Apakah asas kepada perkara ini?
Yang pertama inilah akibat dari leburnya konsep ummah dan digantikan dengan konsep negara bangsa nation state yang dipaksakan oleh penjajahan ratusan tahun ke atas umat Islam. Umat ini diiktiraf oleh Al-Quran sebagai umat yang satu. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya ayat 92: “Sesungguhnya kamu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyembah akan Daku.”
إِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَأَنَا۟ رَبُّڪُمۡ فَٱعۡبُدُونِ
Di tempat yang lain Allah berfirman, ‘Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau bertaqwa kepadaKu.” – Surah al-Mukminun ayat 52
وَإِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَأَنَا۟ رَبُّڪُمۡ فَٱتَّقُونِ

Oleh kerana begitu mendalamnya konsep nation state yang diperkenalkan oleh penjajah maka kita pada hari ini tidak lagi menganggap umat Islam di luar dari batas sempadan antarabangsa sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan. Bahkan kadang-kadang timbul pula sentimen merendah-rendahkan muslim di negara lain atau dari bangsa lain. Oleh kerana robohnya konsep umat ini, kesatuan umat Islam berjaya dipecahkan dan sememangnya itulah yang menjadi hasrat musuh-musuh Islam. Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil mahsulnya tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas aqidah yang kukuh. Apabila aqidah berjaya dihakis dari jatidiri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu persatu. Bahkanlegacy penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang palsu sehingga wujudlah 50 negara Islam yg merdeka dan 19 negara lain yang bergabung bersama wilayah bukan Islam. Negara-negara Islam ini hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti halnya Mesir dan Sudan, Libya, Tunisia, Maghribi, Mauritania, Chad, Somalia, Ethopia dan Eritrea.
Seperti halnya Jordan, Syria, Iraq dan bahkan Palestin. Seperti juga halnya Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 69 buah dan menempatkan 1.6 billion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin di kelilingi oleh negara-negara Arab-Islam yang kaya-raya dengan hasil petroluemnya tetapi seolah-olah mandul tidak dapat berbuat apa-apa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Ketidakpedulian umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah dari sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu dari wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting dari itu ia adalah tanah suci umat Islam. Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita punya tiga tanah suci dan bukan dua. Di samping Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Ia menjadi transit atau tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Isra dan Mikraj. Ia mengisyaratkan Baitul Maqdis mempunyai makna yang cukup besar bagi Rasulullah SAW dan bagi umat Islam. Di samping itu Masjid al-Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan berdasarkan hadis-hadis yang berkaitan. Bersembahyang di masjid al Aqsa menjanjikan pahala sehingga lima ratus kali lipat berbanding bersembahyang di tempat yang lain.
“Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (di tempat lain), dan solat di masjidku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat.” – Riwayat at-Tabarani
Masjid al Aqsa juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebagaimana yang dinyatakan berikut.
Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra’ bin `Azib: Daripada al-Barra’ bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan.
Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umat Islam menziarahi Masjid al-Aqsa dan bersama dalam menguruskannya.
Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, terangkan kepada kami hukum menziarahi Baitul Maqdis.” Jawab Rasulullah SAW,  “Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid).” – Sahih Bukhari
Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Saidina Umar al-Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melingkari Masjid al-Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setelah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom Timur (Byzantium).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini.
Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid al-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh Yahudi Zionis sehingga ke hari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam terhadap isu Palestin. Di saat ini ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kepungan paling dahsyat sehingga sampai ke tahap membunuh, pemimpin negara-negara Islam diam membisu seribu bahasa. Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik dipotong, tidak ada barangan yang boleh dibawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan kepada mereka.
Hari ini pesakit-pesakit meninggal semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk peyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser. Ini tidak termasuk rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel yang melancarkan serangan demi serangan ke atas penduduk awam. Bilangan orang awam yang terbunuh akibat serangan peluru berpandu dan bedilan meriam Israel untuk tahun ini sahaja telah mencecah ratusan, termasuk kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya. Dalam keadaan yang begitu kritikal apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara umat Islam?
Walau bagaimanapun janji Allah itu benar. Tidak ada sesuatu pun kehendak Allah yang boleh disekat. Kita menyaksikan hari ini bagaimana rejim-rejim negara Arab yang mengkhianati saudara-saudara seagama di Palestin ditumbangkan oleh rakyatnya satu persatu. Rejim Hosni Mubarak yang telah menindas rakyatnya selama lebih dari 30 tahun dan mewarisi satu pemerintahan yang melaksanakan dasar Amerika Syarikat dan melindungi Israel akhirnya dijatuhkan dengan penuh penghinaan. Kembalinya gerakan Ikhwan Muslimin yang telah memimpin umat Islam selama lebih 80 tahun di Mesir tetapi ditindas selama ini adalah berita yang amat menggembirakan umat Islam seluruh dunia. Ikhwan Muslimin yang berada di barisan hadapan mempertahankan negara Palestin sejak perang 1948 insya Allah akan kembali memimpin umat ini untuk mengembalikan baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa kepada umat ini.
Abu Hurayrah menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Sebahagian dari umatku tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu Dimashq (Damsyik) dan di pintu-pintu al-Quds (Palestin) dan di sekelilingnya. Pengkhianatan dan pembelotan bagi sesiapa yang berkhianat tidak akan menyakiti mereka sedikitpun. Mereka akan tetap menang, mempertahan kebenaran sehingga saat datangnya kiamat.” – Riwayat At-Tabarani
Allah SWT adalah adalah sebaik-baik perancang. ”Mereka merancang dan Allah merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” – Surah al-Imran ayat 54
وَمَڪَرُواْ وَمَڪَرَ ٱللَّهُ‌ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَـٰكِرِينَ
Manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Turki adalah satu contoh yang amat jelas. Musuh-musuh Islam menjatuhkan Khilafah Uthmaniah dan meletakkan Mustafa Kamal Antartuk untuk menegakkan sistem pemerintahan sekular yang anti Islam. Mereka mahu memastikan khilafah Islam yang pernah menaungi dunia Islam ini tidak akan bangkit lagi. Justeru apabila Israel berdiri pada tahun 1948, Turki adalah antara negara yang paling awal mengiktirafnya. Turki menjadi sekutu paling kuat Israel.
Tetapi apa yang berlaku? Bibit-bibit tarbiyah imaniah yang disemai oleh Syeikh Badiuzaman Syed Nursi akhirnya melahirkan pemimpin-pemimpin islam yang kembali meletakkan asas-asas Islam dalam pemerintahan. Dengan penuh hikmah Raccip Tayyep Erdogan menggunakan hubungan diplomatik yang wujud di antara negaranya dan Israel untuk menekan dan mengugut Israel. Bahkan Turki kini menjadi negara yang menerajui usaha-usaha memecahkan tembok kematian yang dibina oleh Israel untuk menjerut rakyat Palestin di Gaza dengan misi-misi kemanusiaan Mavi Marmara, Land Convoy, misi Ramadhan dan beberapa misi AQSA2Gaza yang dijangka akan memasuki Gaza mulai bulan Mei hingga September ini.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita ingin mengingatkan seluruh umat Islam, isu yang berkaitan dengan permasalahan bumi Palestin bukan isu politik tetapi ia adalah isu yang berkait langsung dengan akidah umat Islam. Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah SWT, apabila umat Islam membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis Yahudi? Kekecewaan dan rasa dukacita kita terhadap kebobrokan sebahagian umat Islam dan pemimpin-pemimpinnya terubat apabila kita teringat kepada hadis Rasulullah SAW yang memberi khabar gembira dari sebegitu banyak hadis. Di antaranya:
Nahik Ibn Surim al-Sakuni menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Kamu akan memerangi golongan kafir sehingga sebahagian kamu yang tinggal akan berperang di Sungai Jordan, kamu di sebelah timur (Jordan pada hari ini) dan mereka di sebelah barat (Palestin yang terjajah).” – Dari Ibn Hajar al-Asqalani
Muadz bin Jabal menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Allah Maha Besar akan member kamu kekuatan untuk menawan as-Syams (Palestin) selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai as-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan.”
Rasulullah SAW mengatakan berhubung penghuni Tanah Suci (al-Quds), “Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak mereka dan hamba (pembantu-pembantu mereka – lelaki dan perempuan) adalah di dalam ‘ribat (pengawal pada kubu) pada jalan Allah.”- At-Tabarani
Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.” – Imam Ahmad
Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah SAW adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya dari Rasulullah SAW sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah?
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
Teks khutbah disediakan oleh Aqsa Syarif

15 Mei 2012 (Sempena Bulan Naqbah)

Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Nakba(kesengsaraan).15 May1948


sumber : facebook

dinding facebook

Assalamualaikum wbt. ^_^

Sedikit perkongsian hari ni:


Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> "WALL" <--- ?
Ia memberi makna DINDING...

Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan..

... Siapakah yang mewujudkan FB?
Mesti Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA..
DINDING RATAPAN.
Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya...

Oleh itu, saya dan anda jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka... Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang... Jadikan Wall FB Sebagai Medium Untuk Menyebarkan Dakwah..

Jika Anda Tidak Pecaya..
Cuba Anda Buka www.google.com dan serach "wailing wall of israel"..

Dan anda dapat lihat pelbagai result yang dapat.. Renung-renungkan lah...

Untuk pengetahuan dan info kita tentang YAHUDI LAKNATULLAH ini..
Elakkan diri kita dari menyerupai sesuatu kaum tersebut..

hadith Rasulullah saw, yang berbunyi:

" من تشبه بقوم فهو منهم "

Yang ertinya: “Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum itu”.
 
 
Wallahu a’lam..

Friday, 11 May 2012

Pusingan arah 180 darjah kehidupan.



Assalamualaikum wbt. ^_^





Pusingan arah 180 darjah...
berubah menjadi lebih baik,InsyaAllah!
tak mampu ana mengalihkan arah pusingan jam melawan arusnya.
tapi...kita boleh melawan arus untuk berubah kepada yang lebih baik.
tidakkah begitu?

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.
Change on the 10th hour?
InsyaAllah.
Berubahlah.Berubahlah sepenuhnya.
Tinggalkan yang hitam dan kelabu itu di belakang."{Contengan Jalanan: I-Fend}

Mati itu pasti.
Dunia? ladang akhirat.

"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka,mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta." ~ {al-Furqaan:73}


http://1.bp.blogspot.com/-8uBn_qxWEkM/TtziJesh2EI/AAAAAAAAAZ8/dWX72y3aefE/s1600/saatnya.jpg


Ya Allah...
Terima Kasih.
Alhamdulillah.

Terima kasih sangat2 sebab bawa ana kembali kepada jalan yang engkau redhai.
Dulu...ana cuma insan biasa yang terasa ada sesuatu yang kosong di sini.sini.Qalbu.Hati.
Kini...ana juga masih berdiri dan bernafas dengan izinMu Ya Allah sebagai seorang insan yang biasa juga.

Namun,kini ternyata lebih berbeza,kerana ana yang kini akan cuba untuk menjadi insan yang mengejar kesempurnaan di penglihatan Ilahi.
Mana mungkin ana dapat menjadi seorang insan yang sempurna.solehah.tanpa khilaf.
Tapi...kini ana akan "cuba" dan terus "berusaha" untuk menjadi yang "sempurna" dipandangan Yang Maha Esa.

Ini merupakan 'titik tolak' untuk "transformer" seterusnya yang mendatang.
InsyaAllah...  ^_^
Dulu,ana cuma mengerti dengan bertudung labuh dapat mengecapi ketenangan.jadi baik.dapat hidayah.
Tapi..hakikatnya,hidayah itu milik Allah!~
Sekali bila Allah "ketuk hati ini" ana terus tersedar dari buaian dunia yang penuh tipu daya dan ana mula mengorak langkah untuk berubah kearah mendapat keredhaan daripada-Nya.



- - - " When the bell rings " - - -


Hanya Allah yang tahu,bahagianya bila ana dapat men'transformer'kan diri ana kepada suatu perubahan yang lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah...
Thank You Allah.
ana bersyukur sebab Allah jadikan "novel penulisan Hlovate" sebagai pengantara buat diri ana untuk terus dan terus mengecapi keredhaan Allah dan Jannah-Nya.

kematian itu pasti.

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." ~ {al-Anbiya' : 35}


Allah berfirman,"Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja,jika kamu benar-benar mengetahui.Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu secara main-main(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? "~ {al-Mu'minuun : 114-115}



http://2.bp.blogspot.com/-TrEJ-BFukBQ/TmB18C2J3UI/AAAAAAAAA-o/WapUctoGgO4/s1600/air-mata-taubat.jpg


Forgive Me ~ Maher Zain

I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

[Chorus]

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

Repeat chorus

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Repeat chorus





berubah menjadi lebih baik
InsyaAllah        ^_^            



Thursday, 10 May 2012

Maher Zain - One Big Family

Lirik Lagu Maher Zain - One Big Family
I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny

Pre-chorus:
Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance

Chorus:
Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

Maher Zain Picture




















It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

PRE-CHORUS

CHORUS

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one

CHORUS

Lyrics & Melody: Maher Zain
Arrangement: Mustafa Ceceli & Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

 

Wednesday, 9 May 2012

Couple itu halal ???


Assalamualaikum wbt.

Perkongsian daripada blog seorang muslimat.
Lebih lanjut: http://allahseeker.blogspot.com/



Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.



Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia & tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)


Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah.
Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua.


"Jodoh itu rahsia Allah SWT."
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersamanya dengannya..

1) Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.


2) Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.


3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis  & syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman & tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam a.s & Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam a.s & Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah saw:
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani).
Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


4) Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon & hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu & perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan & berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis & peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw:

"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina & zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina & zinanya ialah ciuman."
(Imam Muslim & Imam Abu Dawud)

Sebenarnya jalan & lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong  yang boleh membawa kepada penzinaan.


6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja..
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas & ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib & Atiq?



7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group? Nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta.


8) Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat ye, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia. Itulah kita..


9) Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat & motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu hati, dapat berkat & rahmat pula =)


10) Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki & suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri & keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah & berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Tiada sesiapa yang pernah paksa unttuk kita jadi malaikat dengan menolak seratus peratus kehadiran cinta itu kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia & segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu. Jangan memaksa diri untuk menghapuskan perasaan itu tetapi alirkan rasa & cinta yang fitrah itu di atas landasan redha & cinta Ilahi.


11) Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral & qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, agama Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki & wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah saw :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."
(Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah, 2 : 235)

12) Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, jika ianya hanya untuk memuaskan nafsu semata. Kalau lelaki & perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat & rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab. Sudah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir & dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta yang tidak berlandaskan Quran Sunnah adalah penzinaan & kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan & kesengsaraan. Kasihanilah diri & ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


13) Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji!
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan & kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang. Jangan kau berlagak tahu apa yang kau tidak tahu. Sesungguhnya Allah Mahu Tahu apa sebenarnya yang kau tidak tahu.


14) Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam a.s & Hawa,sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam a.s & Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam a.s & Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah Taala SWT:
“Wahai Adam! Tinggallah engkau & isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai & jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
(Al-A’araf : 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat & kelemahan Adam a.s & Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam a.s & Hawa.


Begitu juga perasaan cinta. Allah hadirkan perasaan cinta bersama-sama batas-batas yang perlu kita ketahui. Ianya hadir dalam keadaan yang suci & tidak berdosa. Jadi, jangan kotorinya dengan tompok-tompok dosa & maksiat rentetan lorong-lorong yang kau lalui bersama-sama rasa cinta itu. Cinta yang suci tidak buta tetapi kau yang buta kerana tidak nampak  fitrah kesucian cinta yang Allah kurniakan itu.



15) Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat & kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang paling terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah & pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa & tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Masa bercinta, dia sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin ,lewat 5 minit dah kena tengking.


16) Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya? Yang kau mahukan adalah keluarga yang bahagia. Tetapi, mahukah kau mendapatkan sesuatu yang halal & suci melalui cara yang haram & tidak diredhai Ilahi?


17)  Tanya sikit. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis & syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.


18)  Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Kita tiada hak kerana kita pun berdosa. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran maruah atau tidak hanya boleh ditentukan oleh Allah. 



19)  Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta dengan cara yang Ilahi tidak redhai seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. 

Allah Talla berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(An-Nur : 3)

20) Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Allah Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur : 26)

VISIT THIS LINK =)

Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama.


21) Kami telah berjanji untuk sehidup semati
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki yang sebarangan, jangan diharap pada janjinya. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah. Lelaki yang benar-benar ikhlas kerana Allah, akan sentiasa berusaha untuk memelihara dirinya & orang yang dikasihinya dari terjerumus ke lubuk kemaksiatan.



Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab: 35)
21) Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.


Kadang-kadang, mereka yang pernah melalui sejarah hitam & tekad untuk berubah ke arah kebaikan lebih baik pengakhirannya dari mereka yang sememangnya baik dari awalnya kerana mereka mampu belajar dari masa lalunya. Hargai apa yang telah kau lalui & jangan sesekali kau sesali. Kau insan yang dipilih Ilahi untuk diuji! =)


"Once you've decided to change,
never look back & forget your past!
Keep in mind that Allah is always be with you.."


22) Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
       1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
       2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
      3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah diijabkabulkan.

Allah SWT berfirman:
"Dan orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan,
pasti akan Kami hapus kesalahan-kesalahannya & mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."
(Al-'Ankabut, 29: 7)

Ya Allah ya Ghaffur..
Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya  Engkau Maha Pengampun & Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu & ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabbal Alamiin.
Moga Allah terima taubat kita semua..


23) Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.
Ya Allah, bantulah kami. Kini kami datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami. Aamiin Ya Rabb!

Sahabatku,
Lupakanlah segala kegundahan & keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh & solehah turut kau miliki.
Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya, Allah takkan pernah menzalimi hamba-hambaNya & tidak akan pernah memungkiri janjiNya.
Never lose hope & trust to Allah. Just keep on praying!

Allah Taala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah, 2 : 153)


Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.


Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung 
sebab-sebab 
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan 
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain 
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia. 
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang 
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh 
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam..
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin



"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."

Peringatan kpd semua lelaki
 "Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

 Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
 wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..
Jom MENGISLAHKAN diri : )
 The Beauty of Islam