Monday, 22 August 2011

Takdirku untuk bermujahadah di sini.

http://www.islam101.com/art/greenbism.gif

"Mengapa mujahadah itu pahit?"

kerana...SYURGA itu MANIS!

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumiNYA juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabatnya, juga kepada sahabat-sahabat baginda serta para anbiya’ yang selalu dirindui…



http://farm2.static.flickr.com/1203/4601312710_5ce5ce00ae_o.jpg


SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akbar!
Sesungguhnya dan sememangnya perancangan Allah itu yang terbaik buat setiap hambaNYA.
Dah lama ana nak cerita di sini mengenai perjalanan hidup ana bergelar sebagai seorang pelajar semula setelah beberapa bulan bergelar penganggur..heh.. ^_~

Banyak dugaan yang ana tempuhi.Alhamdulillah..akhirnya Allah takdirkan ana untuk meneruskan pembelajaran ana di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Sesi 2011/2012.
Siapa sangka?ana sendiri pun tak sangka yang ana akan ditakdirkan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang sains lagi dan kembali untuk menilik periodic table,menulis report,menjalankan eksperimen,bermain-main dengan formula dan nombor.

Kerana ana merancang untuk melanjutkan pelajaran ana dalam bidang selain sains,macam...arkitektur,kejuruteraan atau sastera.Oleh itu,UPU ana meletak sasaran Asasi Seni Bina dan Alam Sekitar(UIAM) sebagai sasaran utama.Sasaran yang seterusnya Matrikulasi pangilan kedua.Sasaran yang seterusnya lagi tingkatan enam.ana tidak terlalu berharap untuk mendapatkan sasaran ke2 ana, yakni meneruskan lagi dalam bidang sains.Jadi...ana masa tu sangat berharap untuk mendapatkan sasaran utama ana UIAM.Tapi...Allah lebih mengetahui yang terbaik buat ana.Allah telah takdirkan sasaran yang ke2 buat ana untuk terus bermujahadah dalam mendapatkan ilmu.Alhamdulillah...

Meskipun ana agak kecewa tak dapat melanjutkan pelajaran di UIAM.ana gembira sebab Allah berikan yang lain buat ana.Ana tahu Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat ana.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

Alhamdulillah...ana rasa bertuah sangat sebab di tempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ni.nak tahu kenapa?teruskan membaca sehingga noktah yang terakhir.InsyaAllah...

Pagi Khamis itu,9 Jun 2011...
bakal bermulanya perjalanan mujahadah buat ana
kembali
bergelar
sebagai
seorang PELAJAR semula!
tergalas
TANGGUNGJAWAB
di bahu ini!

Pagi itu,ingatkan awal lagi sampai di Kolej.Rupa-rupanya dah ramai lagi pelajar panggilan kedua yang berpusu-pusu di Dewan Al-Farabi untk mendaftar.Wah..segak2 n comel semuanya.hehehe..Berbekalkan azam dan semangat untuk berjihad di sini.
Lafaz bismillah didahulukan bermulanya langkah menuju 1matlamat yang sama dengan cara yang berbeza.Terpancar nur di wajah-wajah penyejuk hati menenangkan jiwa,ayah bonda..
melihat anak-anak mereka dengan semangatnya untuk mengalas tangunggjawab ini.
Alhamdulillah...proses pendaftaran berjalan dengan lancar.yeah!dapat kot putih labuh(ala-ala doktor)tapi lengan pendek=(
Rupa-rupanya..ada hikmahNYA,panas pakai kot tu masa nak ber"eksperimen" dalam makmal.Nasib lengan pendek kot putih tu dan baju kurung menutupi aurat.
Di sini semuanya wajib berbaju kurung untuk yang muslim(perempuan sahaja).=.="
sejuk mata memandang. =)

Gambar di bawah ni di ambil dari ihsan google..
gambar menunjukkan dewan Al-Farabi,Pusat Sumber,bangunan Dewan Kuliah,Makmal dan laluan berbumbung di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) ini.

http://3.bp.blogspot.com/_RMtbNB2X-Bw/TU6GDqG66nI/AAAAAAAAAIg/T_h7fWn4eeg/s1600/kmpp3.jpg

Di KMPP ini asrama dia dipanggil Kompel.Setiap kompel ni ada nama-nama dia dan ada nombor blok.Blok lelaki BlokC(C1,C2,...).Blok Perempuan A&B(A1,B1,A2,B2,...)A1 ni di belakang sekali dekat dengan padang dan jauh la kalau nak jalan pergi kuliah.Berkorban lah tenaga keringat tu. ^_~ Ana dapat blok tengah dan tingkat 4!hehehe..penat angkut barang-barang masa mula datang sini.Nasib baik ada umi,abi n adik^_^
Setiap hari ulang alik dari tingkat4 ke kuliah.Alah bisa tegal biasa.Alhamdulillah...
Suka dengan budaya di KMPP ni,setiap pagi nak ke kuliah akan ada bacaan doa.Bila masing-masing kelam kabut berjalan ke kuliah,semuanya berhenti dan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca.Ameen...


Dan!waktu malam juga ada bacaan doa dalam pukul 11.00 malam.
Suatu hari,ana agak berlengah-lengah nak pergi kuliah.Tiba-tiba ana dengar siren agak kuat bunyi nya.ana pun tanya la roomate bunyi siren kebakaran ke?dia ketawa..dia kata tu bunyi siren untuk kejutkan pelajar-pelajar yang masih berlayar dalam mimpi.hah..begitu rupanya pun ada. =}

Ana dapat Modul1 pada mulanya.Program di Matrkulasi ini ada 3 jenis Modul.
Modul1 = kimia,biologi,fizik,math,MUET
Modul2 = Kimia,fizik,sains komp,MUET
Modul3 = kimia,biologi,sains komp,MUET

Tapi...ana tukar ke Modul3.Selamat tinggal makmal fizik.
Here i come computer lab!!!hehehe...^_^

Pemandangan kat kolej ni penuh kehijauan dengan pepohon dan daunan yang berzikir indah pada Yang Khalik.Cantik sangat!!! ^_^

Buktinya........
http://4.bp.blogspot.com/_bQux_uXG3Ao/SY-9QtyIl8I/AAAAAAAAABo/YlqXdFoMy0A/s320/kmpp.jpg
Gambar di atas ni dari bangunan makmal kimia kalau tak silap.Tengok tu..ada tasik comel!>_<

http://4.bp.blogspot.com/_Jy6GFZj0KSQ/TOqbcMc-bbI/AAAAAAAAAL8/Vch1uDZdTiA/s1600/32068_1448259133026_1429647207_31187920_6173025_n.jpg
Gambar ni pula mungkin diambil dari bangunan makmal biologi ^_~

Eeemmm...apa lagi ana nak cerita ya? =.="
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

=.=" zzZZZ..

owh ya!Kat sini ada Tasik yg lebih besar daripada "tasik comel" kat depan bangunan makmal2 tu semua.
http://lh4.ggpht.com/delang.j/RlbWSQpIcSI/AAAAAAAAAPI/ZaiYhpTYUko/s640/122794540772l.jpg
Tadaaa........ini lah dia tasik tu.Tu wakaf kat tengah tasik.
Dulu,rajin juga riadah dengan sahabat ana.Sejak kebelakangan ini tak sempat nak pergi riadah di situ lagi.Masing-masing sibuk dengan Exam Pertengahan Semester1. =p


Pentad!??
Ketat!???
????

ha...sudah,ape tu?
Budak-budak kat sini buat singkatan pejabat pentadbiran jadi Pentad.
kedai potostat(ejaan gopoh^_~) jadi ketat.

http://3.bp.blogspot.com/_sOc6WWpJmrM/SVIlUPiufsI/AAAAAAAAAS8/0DFupdIrFKI/s400/kmpp2.jpg
ni jalan menuju ke dataran pelajar.Bangunan yang warna biru hijau tu la bangunan pentadbiran KMPP.^_^

Masa solat sunat terawih para pelajar berjemaah di dataran pelajar ni la depan bangunan pentadbiran.Petang2 dalam pukul 5.30 petang,AJK Surau/An-Nur Commite muslimin akan bergotong royong menghampar tikar di dataran pelajar ni siap2 untuk solat sunat terawih malam tu.Ukhwah itu indah ^_^
Dalam bulan yang mulia penuh keberkatan ini,di Surau An-Nur ada anjurkan tadarus Al-Quran.Alhamdulillah..ramai muslimat yang melibatkan diri.
Kalau hujan,berjemaah di Surau An-Nur.
Alhamdulillah..khatam Al-Quran pun dah selesai dijalankan sebelum ana balik kampung ni.
ana sekarang dah cuti raya.hehehe...jangan jealous ya bagi sesiapa yang belum cuti.Sabar ya.....
Islamik juga belajar disini.
Tapi tak boleh nak nafikan la ada ja budak2 mentah yang bercouple.
ishk..ishk...ishk...rimas betul la! =(
maaf ya bagi sesiapa yang tersinggung.
ana bukan An-Nur Commite,tapi kawan ana ya.
jadi...ana pernah join masa muslimat An-Nur Commite "rushing"(entah betul ke tak ejaan tu)
"rushing" ni macam cegah kemungkaran la(couple2 tu)
Anti Couple! ^_^

Di sini banyak juga program-program yang diadakan termasuklah program dalam bulan Ramadhan ni.Antaranya Brotherhood dan 1pelajar 1Al-Quran/P1Q1(Maaf..ini je yang ingat)
Program 1pelajar 1Al-Quran ni setiap pelajar kena bawa Al-Quran pergi kuliah.Ada hikmah di sebaliknya,InsyaAllah..Bawa Al-Quran pun kan dapat pahala.Senang ja kan dapat pahala?
Dan hikmah lainnya ialah macam pasangan ni dia nak jumpa atau buat date la kononnya..tapi dia bawa Al-Quran,tak kan la dia jadi buat date juga kot?Lain la kot nak tadarus atau baca tafsir sekali ka(perli.. =.=")

Aiiikk..cerita punya cerita tak tunjuk lagi gambar kat bawah ni.^_^
http://3.bp.blogspot.com/_FH6fp9yf0Ao/SYe29ekkb9I/AAAAAAAACcM/F4w1U1lz8os/s400/kmpp.jpg
sebelah pintu gerbang KMPP.

http://4.bp.blogspot.com/_IyBKSZqcuZ4/S_q9uMQLDII/AAAAAAAAAEU/Wu6xGZhYTPA/s320/10220_1264935580698_1149009274_30813833_2390845_n.jpg
Gambar atas ni,InsyaAllah pelajar2 KMPP ja yang pandai tafsir.^_~
Bangunan asrama yang sebelah kiri.
Bangunan dewan Al-Farabi,makmal2 semuanya,tutorial2,dewan kuliah sebelah kanan.
Di tengah tu surau An-Nur,pentadbiran,dataran pelajar.
Di KMPP ada 4 buah cafe.(Cafe A-D)
Kalau tinggal kat sini jangan risau bab makan ni.
ni kan KMPP,ustaz kata Kolej Makan Pagi Petang.^____^
ha..terbukti!tak payah nak risau lagi.

Bulan empat hari tu ada buat larian di KMPP.
http://4.bp.blogspot.com/-acdH_dIQzeg/TeOEqtDR7GI/AAAAAAAAACM/kaucTzzwYoo/s1600/DSCN3045.JPG
gambar ihsan dari google. ;D

Di sini ramai juga pelajar dari negeri Kelantan,Terangganu.
ana orang Pulau Pinang.^_^
ada juga yang ingat ana ni orang kelantan.Mungkin sebab ana bertudung labuh.
kalau nak cakap ana ni dialek kelate,hem...muhong la~
kecek kelate pun tak reti.main hentam ja,InsyaAllah boleh
tapi tu la,kawan2 kelantan gelak ja bila ana kecek kelate.tak jadi la ana oii~ =}
kelas di sini panggil praktikum.
kalau belajar tutorial(buat latihan),amali ikut praktikum masing2.
tapi kalau nak masuk dewan kuliah gabung dalam 5 praktikum.lebih kurang 100+
Di KMPP ada subjek tambahan selain yang wajib tu dan selain KOKO
ada subjek agama islam/moral dan Dinamika.
Dinamika ni macam Sivik la juga ada belajar protokol2 semua tu.
Sebut pasal protokol teringat hari tu ada ujian protokol di meja makan di cafeD.makan chickenchop~ =.="
sedap kot..hehehe.. ^_^nak lagi!(eh...puasa la)

Kenangan di sini hari pertama berpuasa dan bersahur tanpa bersama keluarga.Di sini,masa sahur kadang-kadang akan diberitahu melalui speaker setiap asrama.
Sebelum bulan puasa hari tu memang best dan pelajar semuanya semangat nak sambut bulan Ramadhan ni, Alhamdulillah..Siap buat countdown lagi.Countdown tu ditampal di board kenyataan,Comel la countdown tu^_^
dan lagu Opick-Ramadhan tiba selalu berkumandang di corong speaker setiap kompel muslimat
suka lagu tu..Ramadhan tiba!Ramadhan tiba!Ramadhan tiba!
Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..Marhaban Ya Ramadhan..

Opick-Ramadhan tiba ^_^ KLIK SINI untuk dengar lagu

~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~

LIRIK seperti di bawah.

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X


~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~>~

Sempena Hari Kemerdekaan setiap kompel kan bertanding.masing2 pasang bendera di tingkap bilik.1 bilik,2 bendera.semangat la~

Owh ya,ada juga pelajar yang pasang lampu lip lap(lampu raya) kat bilik.bajet filusnya sendiri la..
Masa nak balik kampung tu budak Kelantan,Terangganu semangat nak balik.
Masa sebelum kuliah,boleh je slamber pasang lagu raya. ^_~ (not me)

Nak cerita lagi,setiap hari jumaat muslimin pergi solat jumaat dan muslimat ada Kuliah Zohor.

Sebelum bulan puasa,masa kuliah tu spare gula-gula siap.Nanti bila mengantuk ada "ubatnya" =.="
tak suka tertidur dalam kuliah >_< errrrggghh..



Akhir kalam.
Ramadhan Kareem..



http://2.bp.blogspot.com/_206NQLMLwIs/THnYizEHTeI/AAAAAAAABDk/fhEPgEiKM9M/s400/Lailatul+Qadar.jpg



p/s:jangan main mercun! <<--(ayat skema setiap tahun ni ja)
p/s:jangan lupa solat sunat tahajud sekali.Jom! ^_^ Qiamulail mengejar lailatul qadar
Puasa jangan lupa,Solat jangan tinggal.
nasihat dan tamparan buat diri ini,hamba yang lemah.




Wednesday, 17 August 2011

Renungan Ramadhan {Bahagian 1}

Salam. InsyaALLAH beberapa hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberi seribu makna kepada kita. Jadi jangan lupa manfaatkan kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan.

Selalu kita akan ditanya, apakah persediaan kita untuk bulan Ramadhan yang akan datang? Jawapannaya sudah tentu “Ulangkaji”. Baca balik rukun-rukun puasa atau perkara-perkara asas tentang puasa. Kemudian, kita juga boleh membaca artikel atau hadis berkaitan kelebihan-kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan. Oleh sebab itu, kali ini saya ini berkongsi karya comel daripada Brotherhood Arts. Kali ini saya akan kongsi 10 sahaja, InsyaALLAH lepas ni saya kongsi 20 lagi karya menarik semperna kita menghayati bulan Ramadhan pada kali ini. InsyaALLAH.

Ramadhan 1

Ramadhan 2

Ramadhan 3

Ramadhan 4

Ramadhan 5

Ramadhan 6

Ramadhan 7

Ramadhan 8

Ramadhan 9


Ramadhan 10

Comelkan? Bukan setakat comel, tapi mesej yang disampaikan juga amat mudah dan menarik. Pelukis juga menyatakan:

All hadiths attached are VALID and SAHIH. Insyallah.

Jangan lupa layari fanpage Brotherhood Arts kerana mereka juga menjual beberapa produk Muslim yang menarik! Jangan lupa juga untuk berkongsi entry ni kepada rakan-rakan anda. Semoga ramai yang mendapat manfaat. InsyaALLAH.

Saturday, 6 August 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan kareem.

http://fc09.deviantart.net/fs27/f/2009/244/8/8/___Ramadan_Kareem____2009___by_YIHMSN.jpg

Doa Jibril menjelang Ramadhan yang mafhumnya..
"Ya Allah,kau abaikanlah puasa umat Muhammad yang apabila
sebelum memasuki Ramadhan tidak melakukan perkara berikut:
meminta ampun kepada ibubapa,bermaafan sesama suami isteri,
bermaafan dengan orang sekitarnya.."

Lantas Nabi Muhammad s.a.w. mengaminkannya sebanyak 3 kali
MasyaAllah...

Semoga kita mendapat rahmat dari Allah dalam Anugerah Bulan yang penuh berkat dan mulia ini.Amen...






p/s:pertama kali,ana puasa n sahur jauh dari keluarga
berada di KMPP ini.Maaf,sebab ana jarang2 update sekarang ni.ana tak bawa lappy pergi sana.Alhamdulillah exam pertengahan semester1 baru sahaja melabuhkan tirainya.Setelah berjuang di medan perang dalam bulan yang Mulia ini dengan bersenjatakan pena di tangan mengangkat tinggi dalam perjuangan jihad menuntut ilmu Ilahi dan akhirnya...ana hanya mampu bertawakal kepadaNYA yang Maha Esa.

Mohon Doanya ya dari sahabat2 yang sudi membaca entri di blog ana ini.Salam Ramadhan.^_^
Semoga amal ibadah dan kebajikan kita semakin meningkat.Ameen Ya Rabb